Anda di halaman 1dari 22

TAJUK : MEMERIKSA ,MEMASANG DAN MENGUJI SISTEM PELINCIRAN DAN PENYEJUKAN

PADA MESIN LARIK

1.0 PENGENALAN

Peralatan, mesin dan bangunan dalam sesebuah industri itu lama-kelamaan akan menjadi buruk
dan rosak. Bila ini berlaku maka terpaksalah pihak industri tersebut membeli peralatan, mesin atau
membina bangunan yang baru. Ini merlukan belanja yang besar. Tempoh masa sebelum sesebuah
mesin, atau bangunan itu rosak, bergantung kepada sejauh mana ia dijaga. Penjagaan inilah yang
dipanggil Senggaraan.
Senggaraan yang baik lagi berkesan amatlah diperlukan untuk memastikan setiap peralatan, mesin
dan bangunan itu boleh digunakan dalam satu masa yang dianggap menguntungkan. Peralatan, mesin
dan bangunan yang tidak disenggarakan dengan baik dan betul akan cepat rosak dan merugikan dari
segi pelaburan modal membeli. Untuk itu perlulah sesebuah industri merancang dan mengamalkan satu
sistem senggaraan yang berkesan sekiranya ingin menjadikan sebuah industri yang menguntungkan.

1.0 DEFINISI SENGGARAAN

Senggaraan adalah segala bentuk aktiviti-aktiviti yang dilakukan bertujuan memastikan sesebuah
peralatan, mesin dan bangunan itu sentiasa berada keadaan yang membolehkan ia digunakan
dengan baik dan berkesan.
Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan di sini adalah aktiviti-aktiviti penjagaan seperti melaras, membersih,
melincir, mengecat dan sebagainya

2.0 FUNGSI SENGGARAAN

Didalam segala industri yang ada didunia ini fungsi senggaraan adalah berbeza mengikut
kemahuan dan kehendak industri. Diantara fungsi-fungsi bahagian senggaraan itu adalah seperti
berikut:

i. Senggaraan terhadap peralatan loji yang sedia ada.

ii. Senggaraan ke atas bangunan dan persekitaran loji.

iii. Memasiikan peralatan diberi pemeriksaan dan pelinciran yang mencukupi sebelum dan selepas
setiap penggunaan.

iv. Mengubahsuai peralatan atau bangunan jika perlu.

v. Mencapai kesemua objektif dengan kos senggaraan yang paling minimum


2. Masalah berkaitan fungsi mesin

Pastikan setiap fungsi komponen


untuk mengenalpasti
kebarangkalian kerosakan

3.0 CARA-CARA SENGGARAAN DILAKUKAN


Terdapat empat perkara penting yang sentiasa memerlukan senggaraan. Berikut diberikan cara-
cara yang baik untuk menjalankan senggaraan ke atas keempat-empat perkara tersebut. Empat
perkara tersebut ialah :
i. Senggaraan Mesin dan Peralatan

ii. Senggaraan Peralatan Tangan

iii. Senggaraan Alat-alat Pembekal Kuasa

iv. Senggaraan Bangunan


3.1 Senggaraan Mesin dan Peralatan

3.1.1 Unsur-unsur di bawah ini perlu dicatatkan di dalam Buku Rekod Senggaraan
untuk setiap mesin dan peralatan yang ada.
 Nama mesin/peralatan.

 Tarikh diperbuat dan Nama pengeluar.

 Tarikh dibeli dan Nama pembekal.

 Kos pembelian.

 Nombor siri pada mesin/peralatan.

 Jumlah masa mesin/peralatan telah digunakan sejak baru.

 Kekerapan pemeriksaan yang dijalankan terhadap mesin/peralatan.

 Jumlah kos dan jenis senggaraan yang pernah dilakukan terhadap mesin/peralatan.

 Anggaran masa sebelum mesin/peralatan jadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

3.1.2 Semua mesin/peralatan mestilah dibersihkan setiap kali siap digunakan kerana
kebersihan adalah penting dalam senggaraan, (Lihat Gambar Rajah 1)

 Memberus serpihan pada mesin/peralatan.

 Membuang habuk, gris, minyak dan lain-lain.

 Menutup mesin/peralatan sekiranya ia tidak perlu digunakan dalam masa yang agak panjang
(misalnya masa cuti).

3.1.3 Pelinciran pada mesin/peralatan mestilah diperiksa setiap kali sebelum


menggunakannya. Seorang operator mesin/peralatan tadi haruslah mengetahui:

 Tempat-tempat tertentu yang memeriukan pelinciran,

 Jenis dan kuantiti pelinciran yang sesuai digunakan.

 Alat-alat yang sesuai digunakan untuk menambah kadar pelinciran pada mesin/peralatan.
Contohnya pam gris atau corong,
3.1.4 Mesin/peralatan haruslah diuji dan dilaraskan pada masa-masa yang telah
ditetapkan oleh pengeluar. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

 Bearing, pergandingan (coupling), kekunci (keys).

 Tali sawat.

 Penjajaran.

3.1.5 Pemeriksaan ke atas mesin/perlatan mestilah dibuat terhadap perkara- perkara di bawah ini:

 Pemeriksaan ke alas alat-alat keselamatan yang sedia ada pada mesin/peralatan contohnya
suis, sistem brek, meter dan sebagainya dilakukan sebelum mesin/peialatan yang dijalankan.

 Pemeriksaan bulanan ke atas mesin/peralatan yang dijangka akan mudah rosak

 Pemeriksaan tahunan terhadap mesin/peralatan yang tidak mudah


rosak dan dianggarkan tahan lama.
 Sesetengah daripada mesin/peralatan memerlukan pemeriksaan oleh badan-badan tertentu
yang diiktiraf oleh kerajaan. Ini juga perlu dilakukan di samping pemeriksaan yang dijalankan
sendiri oleh kakitangan loji itu.

 Menyediakan senarai langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjalankan


mesin/peralatan.

 Setiap mesin/peralatan yang perlu disenggara mestilah disenggara dengan seberapa segera
yang boleh sebelum kerosakan itu bertambah teruk

 Memastikan persekitaran kerja yang selamat. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian
ialah :

 Pengadang keselamatan dan alat-alat keselamatan lain.


 Zon-zon keselamatan yang selalunya di luar garisan kuning.
 Keadaan lantai (tidak licin).
 Suis-suis eleklrik, alat-alat pengawal dan wayar-wayar bumi.
 Kaedah operator melakukan kerjanya (mestilah dengan kaedah yang selamat).
4.0 Senggaraan Peralatan Tangan

Peralatan tangan dan juga malalat haruslah sentiasa dijaga supaya berada dalam keadaan yang
baik. Ini adalah untuk menjamin kerja-kerja yang cekap dan mengelakkan kemalangan daripada
berlaku semasa alatan tadi digunakan. Antara cara-cara untuk menyenggara peralatan tangan ini
ialah:

(i) Memeriksa matalat - hujung mata alat hendaklah sentiasa dikisar supaya tajam dan mudah
melakukan kerja dengannya.

(ii) Pemeriksaan dan pembaikan hendaklah dilakukan ke atas peralatan tangan sebelum
digunakan. Antara langkah-langkah yang wajar diambil ialah :

 Mengetatkan pemegang-pemegang peralatan yang longgar dan jika perlu bolehlah


digantikan dengan pemegang yang baru.

 Tanggalkan serpihan-serpihan yang terdapat pada peralatan-peralat seperti kikir dan


sebagainya.

 Gantikan dengan segera bahagian-bahagian peralatan yang rosak.

 Bagi peralatan elektrik pula, pastikan yang bahan-bahan pendebat dalam keadaan yang
baik dan gantikan mana-mana pendebat yang telah rosak dengan segera.

(iii) Operator yang bakal mengendali mana-mana peralatan haruslah diberikan serba sedikit tunjuk
ajar tentang cara-cara membaik pulih kerosakan-kerosakan yang kecil pada peralatan
tersebut. Ini untuk mengelakkan operator tadi dari bahaya akibat menggunakan peralatan
yang rosak.

5.0 Senggaraan Alat-alat Pembekal Kuasa


Alat-alat pembekal kuasa seperti motor, tali sawat, takal, syaf dan penyambung
elektrik seharusnya juga disenggara dengan baik. Diantara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :

 Sentiasa membersihkan alat-alat tersebut.


 Memberi pelinciran yang secukupnya kepada alat-alat yang menghasilkan gerakan seperti
motor dan lain-lain.
 Memeriksa tali sawat.
 Menguji motor dan alat-alat pemula (starting equipment )yang lain.
 Memastikan wayar.wayar elektrik sentiasa ditebat dengan baik
6.0 JENIS-JENIS SENGGARAAN
Terdapat pelbagai jenis senggaraan yang diamalkan atau dilaksanakan oleh semua sektor
industri. Terdapat tiga jenis senggaraan yang biasa dilakukan atau yang diamalkan didalam sektor
industri iaitu :
(i) Senggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance).
(ii) Senggaraan Pembetulan (Corrective Maintenance).
(iii) Senggaraan Ramalan (Predictive Maintenance)

Senggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)

6.1.1 Senggaraan jenis ini adalah senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan dilakukan
sebelum sesebuah peralatan, mesin atau bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan berterusan dari
semasa ke semasa mengikut jadual-jadual senggaraan yang telah ditetapkan. Senggaraan jenis ini
adalah lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja-kerja senggaraan yang berterusan tetapi secara
jangka panjang ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar-besar dapat dielakkan. Senggaraan
kawalan mengandungi :

 Rekabentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan.


 Pemeriksaan loji dan alatan mengikut jadual untuk mengelakkan kerosakan
daripada berlaku.
 Membuat servis, baikpulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa berada
dalam keadaan yang sempurna.
 Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan seperti
mengecat peralatan dan bangunan.
Contoh format senggaraan harian
Format Yearly
Maintenance
Forklift\
Forklift\ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Bulan
No.1 2/1 2/5 2/9
No.2 12/1 12/5 12/9
No.3 22/1 22/5 22/9
No.4 2/2 2/6 2/10
No.5 12/2 12/6 12/10
No.6 22/2 22/6 22/10
No.7 2/3 2/7 2/11
No.8 12/3 12/7 12/11
No.9 22/3 22/7 22/11
No.10 2/4 2/8 2/12
No.11 12/4 12/8 12/12
No.12 22/4 22/8 22/12

Contoh format senggaraan tahunan


Water
TROUBLE-SHOOTING
Pump
CORRECTIVE ACTION
1 Fill pump and turn by hand. If necessary, use glycerine to lubricate stator.
2 Check motor nameplate data. Test voltage, phase and frequency.
3 Measure actual discharge pressure and compare to your specification.
4 Remove debris and correct any damage.
5 If liquid temperature cannot be reduced, use an undersized rotor.
6 Check specified application, If necessary, change stator material.
7 Increase liquid-to-solids ratio.
8 Clean pump and rinse out after each use.
9 Increase NPSHA; eliminate leaks (see No. 10).
10 Check seals; tighten piping connections.
11 Packing: tighten stuffing box or replace packing. Mech. seal: replace rings or seals; remove deposits.
12 If drive is variable speed, increase speed at pump.
13 Heat pump (stator) to operating temperature.
14 Reduce suction losses; lower liquid temperature; install pump at lower elevation.
15 Fill pump; provide dry run protection; relocate suction piping.
16 Replace stator.
17 Replace stator, check specified application; change stator material of construction if necessary.
18 Replace rotor; determine cause; change rotor material of construction if necessary.
19 Replace necessary parts; seal and refit carefully.
20 Re-align pump and drive.
21 Replace coupling elastomer; re-align.
22 Replace bearings, lubricate and seal. For high temperature, check bearing tolerances and lubrication.
23 If drive is variable, set at lower speed.
24 Measure viscosity and compare to specified viscosity
25 Measure specific gravity and compare to specified specific gravity.
26 Service stuffing box; replace worn shafts.
27 Change packing material.
28 Reverse polarity of drive motor.
29 Rework or replace seal faces.
30 Replace o-rings; check specified application. Change o-ring material of construction if necessary.
Kelebihan-Kelebihan Sistem Senggaraan

 Kerja-kerja senggaraan dapat dirancang dengan lebih berkesan oleh jabatan


senggaraan.

 Alat-alat ganti dapat dikesan terlebih awal.

 Bahagian pengeluaran dapat merancang penggunaan mesin dan perlalatan sekiranya


mengetahui mesin /peralatan yang mana akan memerlukan kerja-kerja senggaraan untuk
memastikan tiada gangguan dalam kerja-kerja pengeluaran.
 Ketahanan alatan boleh dipertingkatkan.Kos senggaraan dapat dianggarkan dan ini
menolong dalam kerja-kerja merancang belanjawan.
 Senggaraan yang berkesan akan dapat mengurangkan kos pengeluaran secara
keseluruhan kerana pengeluaran yang berterusan tanpa gangguan kerosakan besar.
 Keselamatan pekerja lebih terjamin kerana peralatan sentiasa di dalam keadaan yang
tidak membahayakan.
LUKISAN, DATA DAN JADUAL :

Gambarajah : Sistem Pelinciran (Saddle)


Gambarajah : Senarai komponen Sistem Pelinciran (Saddle)
Gambarajah : Sistem penyejukan mesin larik
Gambarajah : Senarai komponen Sistem Penyejuk

PERALATAN DAN BAHAN.


Jobs sheet & Work Order
Set Alatan senggaraan
Filler gauge
Belting set
Cleaning Solvent
Coolant oil
Lubrication Oil
Set O-ring
Screw driver Spannar set

Allen key set Spannar box

Spray Karat (wd40) Puller Set


LANGKAH- LANGKAH KERJA

- Sebelum membuka Piston pump dan coolant pump pada mesin pastikan bekalan kuasa utama

mesin di OFFkan.

- Buka mounting bracket pump dan keluarkan pump dari perumahnya. Keluarkan O-ring dan

periksa keadaannya. Jika rosak tukar dengan yang baru.

- Bersihkan inlet dan outlet valve daripada sebarang kekotoran dan benda asing yang tersumbat.

- Periksa minyak dan tukar/tambah jika perlu.

- Sebelum menyelenggara system penyejukan mesin pastikan setiap sambungan wayar elektrik

dari control panel ke motor pump ditanggalkan. Pelajar hendaklah menanda terlebih dahulu

wayar sambungan motor three phase.

- Keluarkan dan bersihkan pepasangan coolant pump bersama coolant tank. Pastikan inlet dan

outlet hose tidak tersumbat dari kekotoran dan benda asing yang menghalang aliran cecair.

- Setelah dibersihkan pasang semula pepasangan pump, pastikan pendawaian motor pump

disambungkan dengan betul dan flexible hose di ikat dengan baik.

- Uji cuba system pepasangan pam setelah siap dipasang. Campuran coolant dan air hendaklah

seimbang bagi mengelakan pembentukan sludge yang cepat.


Sistem Pelinciran Mesin Larik

- Penjagaan pelinciran untuk komponen/peralatan mesin yang bergerak adalah menjadi


tanggungjawab pengendali. Dalam usaha untuk memastikan bahawa mesin itu berjalan
dengan baik dan mengekalkan ketepatan, pelinciran tetap diperlukan.
- Sebelum mengendalikan mesin , pastikan bahawa semua minyak pelincir adalah pada
tahap yang sepatutnya dan mencukupi.
- Setiap bahagian mesin yang memerlukan pelinciran ianya menggunakan minyak yang
sesuai seperti minyak gris, minyak gear dan minyak pelincir yang mempunyai kelikatan yang
berbeza.
- Gunakan carta di bawah sebagai panduan untuk mata pelinciran yang sepatutnya didapati
di kebanyakan mesin larik . Jika anda mendapati bahawa mesin yang anda gunakan adalah
berbeza secara drastik dari cadangan pihak pengeluar mesin, pastikan merujuk seorang
pakar/pengajar untuk jadual pelinciran untuk bagi mesin tertentu.
Litar Pendawaian Coolant Pump Mesin larik
SISTEM PENYEJUKAN MESIN.

Fungsi sistem penyejukan mesin adalah untuk :

1. Memastikan alatan pemotongan dan bendekerja tidak terlebih panas (over heating) dengan
memindahkan haba melalui bendalir mengikut kitaran system penyejukan terbina pada mesin.

2. Menyelamatkan alatan pemotongan dan bendekerja dari terbakar.

3. Mengurangkan angkali geseran yang berlaku pada komponen yang bergesel dan bergerak.

4. Memastikan penyudahan permukaan pemotongan lebih baik dan kemas.

5. Mengasingkan dan mengelak kan tatal dan partikal pemotongan dari melekat dan tersumbat
pada peralatan dan bendekerja semasa beroperasi.

Jenis-jenis sistem penyejukan

1. Sistem penyejukan cecair.

2. Sistem penyejukan udara

3. Sistem penyejukan cecair penyejuk


Masalah yang dihadapi dalam Sistem Penyejukan dan Pelinciran mesin

Bil Symtom Problem Solving

1 Pengaliran coolant Pam tidak Periksa pendawaian elektrik


terganggu/ berhenti. berfungsi (fius,switch,contactor)

Gear melekat, Bersihkan gear dan shaft


berkarat

Pusingan Cuci impellar, periksa arah


Impellar pusingan impellar
perlahan

2 Aliran cecair coolant rendah Hos Tukar hos/cuci


& perlahan tersumbat/rosak

Stop valve Servis/tukar stop valve


rosak

3 Aras cecair coolant rendah Coolant oil Tambah coolant oil mengikut
kurang nisbah yang betul.

Kebocoran Baiki & tampal takungan.


pada takungan.

Kebocoran Ganti hos


pada hos

Kitaran cecair Periksa kedudukan tray tatal


coolant tidak dan pastikan ianya dipasang
masuk kedalam dengan betul
tangki.

4 Coolant berbau Cecair coolant Tukar cecair coolant mengikut


terlalu nisbah yang betul.
lama/berlemak
KESIMPULAN :

1. Kerosakan di satu bahagian mesin disebabkan oleh kerosakan pada subsistem yang lain pada
mesin. Mengasingkan subsistem, boleh membantu memberi tumpuan kepada satu sistem pada
satu masa.
2. Sebelum membaiki pada mesin ,pastikan bekalan kuasa kepada mesin telah dimatikan. Semak
untuk melihat jika ada tekanan ,kerana tekanan yang disimpan ini boleh menyebabkan kecederaan
kepada anggota dan kerosakan mesin.
3. Senarai ini juga akan mengurangkan masa yang diperlukan untuk penyelesaian masalah dan boleh
menghapuskan bahagian- bahagian masalah yang bertukar-tukar .
4. Selepas membuat senarai , langkah seterusnya adalah masa untuk membuat keputusan mengenai
yang mana satu daripada punca sebab kerosakan. Kesimpulan ini, pada mulanya, kelihatan sukar
tetapi ini langkah asasnya titik permulaan bagi bahagian pembaikan penyelesaian masalah.
5. Dapat mempelajari teknik yang betul ketika membaiki peralatan mesin dan kenal peralatan yang
digunakan.
6. Ikut SOP yang telah tetapkan
7. Membuat keputusan dengan betul agar mesin yang dibaiki dapat bertahan lama dan
mengurangkan kos.
LANGKAH- LANGKAH KESELAMATAN YANG BERKAITAN DENGAN SENGGARAAN MESIN

LARIK

i. Jangan bergurau senda dan mempermainkan rakan-rakan.

ii. Matikan suiz kuasa sepenuhnya selepas mesin tidak lagi digunakan.

iii. Pakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan.

iv. Elakkan memakai barang perhiasan seperti jam, cincin, gelang dan jam tangan.

v. Mengutamakan kebersihan setiap masa.

vi. Mempunyai sikap bertanggungjawab pada diri sendiri.

vii. Menghargai dan berpuashati dengan hasil kerja sendiri.

viii. Tidak gopoh semasa melakukan kerja.

ix. Pakai pakaian bengkel yang sesuai dan elakkan memakai pakaian yang longgar.

x. Gunakan pelindung mata seperti cermin mata gogel atau pelindung muka.

xi. Tahu kedudukan suis kecemasan.

xii. Gunakan playar atau berus untuk membuang sisa besi pada benda keja.

xiii. Sapu sekeliling tempat kerja setelah selesai dan susun peralatan ditempat yang disediakan.