Anda di halaman 1dari 4

Lankah-langkah yang pertama ialah dengan menyediakan peralatan

untuk membuka driveshaft seperti jack stand, special tool tirod end,
jack hidraulik dan special tool untuk membuka driveshaft.

Langkah yang kedua ialah jack kenderaan dengan menggunakan jack


hidraulik sebelum membuka tayar pada kenderaan supaya lebih
mudah.

Seterusnya, setelah jack kenderaan, letakkan jack stand pada rangka


kenderaan untuk memastikan ia selamat dan tidak berlaku
kemalangan.

Yang keempat, membuka nut yang bersaiz 21 pada tayar sebelum


membuka tirod end.

Langkah yang kelima pula adalah dengan


menggunakan special tool tirod end untuk
mengeluarkan tirod end. Selepas itu, buka
nut yang bersaiz 17 pada tirod end dengan
gunakan spana saiz 17 yang disediakan.
Langkah seterusnya membuka nut yang bersaiz 32 pada hub kenderaan
terlebih dahulu sebelum membuka driveshaft pada kenderaan.

Kemudian buka nut yang bersaiz 17 pada


bahagian absorber untuk memisahkan
absorber pada knuckle dan tarik knuckle untuk
mengeluarkan driveshaft. Seterusnya, menarik
hub keluar dari kenderaan.

Akhir sekali, masukkan special tool driveshaft


untuk menarik keluar driveshaft daripada
gearbox. Kemudian buat pemeriksaan
terhadap driveshaft sama ada boleh
digunakan ataupun tidak. Sekiranya terdapat
kerosakan ia perlu ditukarkan dengan yang
baharu.

Cara untuk memasang pul, masukkan driveshaft pada gearbox sekiranya


tiada sebarang kerosakkan yang terdapat pada boot ataupun driveshaft.

Masukkan kelip pada boot supaya ianya tidak


mudak tercabut dari ball joint. Kemudian
masukkan hub pada driveshaft.
Selepas itu, masukkan nut yang bersaiz 17 pada skru absorber.
Seterusnya, masukkan nut bersaiz 32 pada hub dan kunci nut
tersebut dengan ketat.

Mengunci nut pada tirod end,


kemudian masukkan tayar dan
ketatkan nut yang tersebut pada rim
tersebut dengan rapi.

Yang terakhir, keluarkan jack stand


dengan perlahan-lahan setelah
semuanya selesai dipasang,
kemudian turunkan hidraulik jack
dari kenderaan tersebut dengan
berhati-hati supaya tidak berlaku
sebarang kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai