Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN INOVASI KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH


SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Pembinaan model kapal terbang merupakan satu aktiviti STEM yang tidak asing lagi di
Malaysia. Sama ada pembinaan model kapal terbang dalam bentuk statik, "free flight" atau
model kawalan jauh adalah terpulang kepada setiap individu untuk memilih dan
menikmatinya. Inovasi STEM mereka bentuk kapal terbang kawalan jauh hanya memerlukan
pelajar menggunakan kemahiran asas dan sedikit kefahaman dalam bidang aeromodeling.
Pertandingan ini bertujuan memupuk minat, memperkaya serta memperkukuhkan
pengetahuan pelajar mengenai bidang aeromodeling dan keupayaan mereka cipta model
pesawat kapal terbang (jet) serta pengenalan kepada peralatan elektronik kawalan jauh
penerbangan (peralatan bantuan mengawal kapal terbang).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membina dan mereka bentuk sebuah pesawat kapal terbang (jet) kawalan jauh yang
boleh diterbangkan dan dikawal dengan baik serta dapat melakukan aksi-aksi
aerobatik dan mengharungi cabaran dalam litar penerbangan.
2.2 Membuat pemasangan dan menetapkan komponen elektronik yang membolehkan
kapal terbang diterbangkan secara kawalan jauh.
2.3 Menggalakkan murid memahami, mengamalkan dan mengaplikasikan konsep
teknologi aeromodelling seperti dalam dasar-dasar STEM Kebangsaan.
2.4 Berupaya berinovasi mereka cipta pelbagai jenis dan bentuk kapal terbang kawalan
jauh yang boleh di uji dalam pelbagai aspek.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah menengah
(Tingkatan 1 hingga 5 sahaja) yang belajar di sekolah menengah bantuan
kerajaan persekutuan. Sekolah bantuan kerajaan negeri dan swasta
dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri
(sahaja) atas dasar jemputan dan segala kos pertandingan ditanggung oleh
sekolah tersebut.
3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
3.3 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang
peserta dengan seorang guru pembimbing.
3.4 Penyertaan adalah secara berpasukan dari sekolah yang sama.

1 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Setiap pasukan WAJIB membuat pengesahan peralatan dan bahan-bahan pembinaan
serta komponen yang akan digunakan dalam pertandingan dari panel hakim. Proses
pembinaan akan dilaksanakan selama 4 jam pada sesi pagi secara kuarantin.
4.2 Peserta bebas menentukan reka bentuk dan saiz kapal terbang (jet) semasa sesi
pembinaan. (*Templat kapal terbang (jet) boleh dibawa oleh peserta.)
4.3 Sesi pemasangan komponen elektronik adalah selama 3 jam pada sesi petang.
4.4 Pengujian kestabilan kapal terbang boleh dibuat oleh peserta jika perlu dengan izin
panel hakim. Pengujian penerbangan akan dijalankan pada sesi petang selepas selesai
sesi pembentangan kepada panel hakim.
4.5 Kapal terbang (jet) yang dihasilkan mestilah boleh diterbangkan.

4.6 PERINGKAT PERTAMA – PROSES REKA BENTUK DAN PEMBINAAN


4.6.1 Peserta dikehendaki menghasilkan kapal terbang (jet) sendiri tanpa seliaan
guru penasihat.
4.6.2 Peserta bebas menggunakan bahan-bahan asas yang telah ditetapkan (sila
rujuk lampiran B).
4.6.3 Pemilihan motor, ESC, Bateri Lipo dan Servo haruslah bersesuaian dengan
jenis kapal terbang (jet) yang hendak dihasilkan.
4.6.4 Kapal terbang yang dihasilkan mestilah asli hasil buatan peserta sendiri
dan TIDAK menggunakan pihak ketiga untuk menyiapkan kapal terbang
berkenaan.

4.7 PERINGKAT KEDUA – PEMBENTANGAN


4.7.1 Setiap pasukan perlu membuat pembentangan kepada panel hakim mengikut
undian giliran semasa pendaftaran pasukan.
4.7.2 Pasukan perlu membawa kapal terbang lengkap bersama radio transmitter
semasa sesi pembentangan.
4.7.3 Sesi pembentangan hanya berdasarkan soal jawab antara hakim dan peserta.

4.8 PERINGKAT KETIGA - UJIAN PENERBANGAN


4.8.1 Peserta akan diuji dengan menerbangkan kapal terbang tersebut dan perlu
melaksanakan pergerakan penerbangan sekurang-kurangnya 2 kali
pusingan, 2 kali aksi aerobatik, 2 kali aksi menaik dan 2 kali aksi
menurun dalam tempoh masa minima 2 minit dan maksima 4 minit.
4.8.2 Peserta akan memaklumkan kepada hakim dan penonton untuk setiap aksi
penerbangan berikut:
(i) Terbang lurus
(ii) Pusing kanan
(iii) Pusing kiri
(iv) Terbang menaik
(v) Terbang menurun
(vi) Aksi aerobatik
4.8.3 Kapal terbang perlu melalui cabaran yang ditetapkan pada litar pertandingan
penerbangan. (*AKAN DILAKSANAKAN BERMULA PADA TAHUN
2021)

2 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
4.8.4 Setiap pasukan akan diberikan peluang ujian penerbangan kedua jika
difikirkan perlu dan layak oleh panel hakim. Giliran pengujian penerbangan
akan ditentukan melalui undian semasa pendaftaran atau taklimat
pertandingan.
4.8.5 Sebarang kerosakan pada kapal terbang semasa sesi pengujian penerbangan
adalah tanggungjawab pasukan sendiri. Pasukan dibenarkan membuat
pembaikan pada kerosakan kapal terbang.
4.8.6 Dalam mengendalikan kapal terbang kawalan jauh seseorang juruterbang itu
mestilah memiliki etika juruterbang kawalan jauh (airmanship) yang baik.

3 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Binaan badan kapal terbang hendaklah menggunakan bahan-bahan yang dibenarkan
dan selamat digunakan seperti compressed foam board, polystyrene atau corrugated plastic
board.
5.2 Semua peralatan untuk pembinaan (lampiran A) dan bahan-bahan asas binaan kapal
terbang (lampiran B) perlu dibawa oleh peserta dan adalah di bawah tanggungan
pasukan masing-masing.
5.3 Setiap kapal terbang yang dihasilkan perlu menjalani ujian penerbangan.
5.4 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari
masa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada semua pasukan.
5.5 Sebarang keputusan hakim adalah muktamad.

6.0 KAEDAH PENGHAKIMAN

6.1 Sekurang-kurangnya 3 orang hakim akan menghakimi sesi pembinaan,


pembentangan dan penerbangan.
6.2 Penilaian markah akan ditentukan berdasarkan kriteria berikut:
6.2.1 Pembinaan dan Reka bentuk - 30%
6.2.2 Soal jawab - 20%
6.2.3 Ujian penerbangan - 50%

7.0 HADIAH DAN SIJIL

7.1 Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.


7.2 Pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian.
7.3 Hadiah Terbaik akan diberikan mengikut penilaian dua (2) kategori pertandingan
iaitu Kategori Reka Bentuk Terbaik (50%) dan Kategori Penerbangan Terbaik (50%).
7.4 Jumlah markah dari dua (2) kategori ini akan menentukan pemenang keseluruhan
pertandingan sehingga tempat ketiga.
7.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.

8.0 PANDUAN PENGELOLAAN

8.1 Persiapan Tempat


8.1.1 Tempat Pembinaan Kapal Terbang (Jet).
Dewan tertutup dan berkunci untuk sesi pembinaan kapal terbang dan
kuarantin kapal terbang. Meja banquet (2 buah) bersama kerusi (2 buah) untuk
setiap pasukan dan punca bekalan elektrik.
8.1.2 Tempat Ujian Penerbangan.
Kawasan lapang sekurang-kurangnya bersaiz 2 padang bola sepak.
8.2 Keperluan Hakim
8.2.1 Klip fail borang pemarkahan.
8.2.2 Pena mata bulat (ball pen), artline pen, stapler gun, binding tape dan tepung.
8.2.3 Kalkulator dan komputer riba.

4 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
9.0 KEPERLUAN PERTANDINGAN

9.1 Pembesar suara boleh alih 1 unit (portable speaker).


9.2 Walkie-talkie 3 unit.
9.3 Khemah besar 2 unit (20x20) dan khemah kecil 2 unit (10x10).
9.4 Safety tape dan spray warna kuning

10.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Sukan dan Seni, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

5 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
11.0 BORANG PENGHAKIMAN

6 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
LAMPIRAN A

PERALATAN PEMBINAAN KAPAL TERBANG


(Dibawa oleh pasukan)

1. Cutting Board/Cutter Mat


2. Cutter dan Blades
3. Hot Glue Set (1 hot glue gun & 10 glue stick)
4. Pembaris Besi (50cm)
5. Pemutar Skru Philip (laptop)
6. Playar
7. Sticker Colour Tape (pelbagai warna)
8. Extension Plug (3 meter)
9. Solder set
10. Peralatan lain difikirkan perlu

7 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
LAMPIRAN B

BAHAN DAN KOMPONEN ASAS ELEKTRONIK UNTUK PEMBINAAN KAPAL


TERBANG KAWALAN JAUH (JET)
(Dibawa oleh pasukan)

NO. ITEM BILANGAN


Foamboard (compressed foam board/
1 Tiada had
polystyrene/ corrugated plastic board)
2 Fiber Tape 1

3 Motor 1

4 Propeller 1

5 Electronic Speed Control (ESC) 1

6 Bateri Lipo 1

7 Servo Tiada had

8 Control Horn Tiada had

9 Linkage Stopper Tiada had

10 Push Rod Tiada had

11 Rod Fiber Tiada had

12 Radio Transmitter + Receiver 1

13 Pengecas Bateri 1

14 Bateri Checker 1

Nota:
Bahan-bahan dan komponen elektronik untuk pembinaan mestilah mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan seperti senarai di atas. Pemilihan motor, ESC, Bateri Lipo dan Servo
haruslah bersesuaian.

Pasukan wajib mendapatkan pengesahan bahan dan komponen elektronik dari panel hakim
sebelum pertandingan. Tambahan aksesori untuk hiasan boleh dibawa dan perlu membuat
pengesahan dan kelulusan oleh Ketua Teknikal Pertandingan.

8 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
LAMPIRAN C

TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI

1400 – 1800 Pendaftaran Pasukan

HARI PERTAMA 1800 – 2000 Rehat dan Makan Malam

2000 - 2300 Taklimat dan Majlis Pembukaan

0700 – 0800 Sarapan Pagi

0830 – 0900 Taklimat Pertandingan

0900 – 1300 Pembinaan RC Jet

HARI KEDUA 1300 – 1430 Makan Tengah Hari / Solat / Urus Diri

1430 – 1730 Pemasangan Komponen Elektrik

1730 – 1745 Taklimat Pembentangan

1745 – 2300 Rehat / Makan Malam / Urus Diri

0700 – 0830 Sarapan Pagi

0830 – 1300 Sesi Pembentangan

1300 – 1430 Makan Tengah Hari / Solat / Urus Diri


HARI KETIGA
1430 – 1745 Pengujian Penerbangan

1745 – 2000 Rehat / Makan Malam

2000 – 2300 Majlis Perasmian

0700 – 0800 Sarapan Pagi


HARI KEEMPAT
0800 – 1000 Pergerakan Pulang

9 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
BORANG PENGESAHAN SPESIFIKASI BAHAN
DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

NO. ITEM BILANGAN SPESIFIKASI


Foamboard (compressed foam board/
1
polystyrene/ corrugated plastic board)
2 Fiber Tape

3 Motor

4 Propeller

5 Electronic Speed Control (ESC)

6 Bateri Lipo

7 Servo

8 Control Horn

9 Linkage Stopper

10 Push Rod

11 Rod Fiber

12 Radio Transmitter + Receiver

13 Pengecas Bateri

14 Bateri Checker

TANDATANGAN PESERTA: TANDATANGAN KETUA TEKNIKAL

…………………………………. …………………………………………
( ) ( )

10 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
GARIS PANDUAN PENERBANGAN
A. Terbang lurus

B. Pusing kanan

11 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
C. Pusing kiri

D. Terbang menaik

12 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
E. Terbang menurun

SAIZ ZON PENDARATAN

10 meter

PADANG 5 meter

13 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
BORANG PENYERTAAN
BENGKEL INOVASI KAPALTERBANG KAWALAN JAUH SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
STAINABLE ENERGY

NEGERI
AND BUILT ENVIRONMENT ”

NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MAIL

NAMA GURU JANTINA BANGSA MYKAD NO TEL

PESERTA
BANGSA
BIL NAMA PESERTA JANTINA MYKAD
M C I L

BILANGAN VEGETARIAN
GURU MURID

Pengesahan: Cop Rasmi :


...........................................................
( ) Tarikh:

14 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM
BORANG MAKLUMBALAS PERTANDINGAN
NAMA PERTANDINGAN:
KATEGORI: PEGAWAI TEKNIKAL / GURU / HAKIM*
*Sila pilih salah satu
UMUR:
JANTINA:
KEKUATAN PERTANDINGAN :

KELEMAHAN PERTANDINGAN:

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Silakan serahkan borang kepada pihak Urusetia Pengelola. Maklum balas amat
dihargai. Terima kasih.

15 I Kertas Konsep Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh I Karnival STEM KPM