Anda di halaman 1dari 1

Nama surah: At Tiin

1. Surah ke-95 dalam al-Qur'an


2. Surah Makkiyah
3. Dinamakan At Tiin kerana merupakan perkataan pertama dalam ayat pertama

Maksud surah:
1. Sumpah Allah yang pertama
Tin dan zaitun: pohon tin dan zaitun yang banyak tumbuh di Syams iaitu negeri Nabi
Isa a.s.
2. Sumpah Allah yang kedua
Bukit Sinai: Gunung di Tursina dimana Nabi Musa a.s. bermunajat kepada Allah
3. Sumpah Allah yang ketiga
Kota Makkah: penutup semua nabi iaitu Rasulullah s.a.w.
4. Manusia itu dicipta dalam sebaik-baik kejadian
5. Manusia yang akan dijatuhkan
6. Manusia yang selamat daripada dijatuhkan oleh Allah
7. Allah menegur mereka yang menolak kebenaran dan tidak menggunakan akal mereka
8. Allah hakim yang adil

Jumlah ayat: 8 ayat

Tempat diturunkan: Di Kota Mekkah selepas surah Al-Buruj

Asbabun nuzul:
1. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Al-Aufi yang bersumber pada Ibnu Abbas, surah
At Tiin turun berkaitan dengan pertanyaan para sahabat tentang balasan amal orang
yang sudah pikun. Melalui surah ini, Allah menegaskan bahawa amal orang yang
beriman dan beramal soleh akan sentiasa mengalir pahalanya meskipun orang itu
mengalami pikun.

Pikun: orang yang pelupa/nyanyuk/kurang waras khasnya kepada orang tua yang semakin
meningkat usia

Tafsir surah/ayat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Demi buah Tiin dan Zaitun
2. Dan Gunung Tursina
3. Serta negeri (Makkah) yang aman ini
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
5. Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan
itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah
6. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala
yang tidak putus-putus
7. (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang
pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-
dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
8. Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Pengajaran:
1. Kita wajib mensyukuri nikmat Allah yang besar kepada manusia.
2. Kita hendaklah sentiasa beramal soleh kerana balasan bagi mukmin yang beramal
soleh pahalanya tidak terputus

Rumusan:
1. Allah Taala bersumpah bahawa Dia menciptakan manusia dan menyeimbangkannya.
Kemudian Dia kembalikan manusia ke darjat paling rendah kecuali mereka yang
beriman. Mereka yang beriman mendapat pahala yang besar. Sesungguhnya Allah
merupakan hakim paling adil.

Anda mungkin juga menyukai