Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 2

Tarikh : 18 Jun 2019

Tajuk Jurnal : Masalah Murid Pasif Semasa Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

1. Isu yang difokuskan

Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam


mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas Tahun 2 Cerdik dan Pendidikan Moral Tahun 3
Cekal, saya dapati kebanyakan murid kurang memberi perhatian. Ada di kalangan murid yang
tidak memberi perhatian terhadap pengajaran guru dan mereka lebih senang membuat hal sendiri
serta tidak fokus. Malah, saya dapati murid agak pasif ketika sesi pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) sedang dijalankan iaitu murid tidak responsif ketika guru mengajukan
soalan.

Masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan
komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya tidak menafikan
bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakan teknik
yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya
mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.

2. Analisis isu yang difokuskan (Punca dan Kesan Isu).

Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku seperti
kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid
kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan sewaktu PdPc misalnya
menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas
didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah
sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Mok Soon Sang menyatakan : ”Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi
dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan
perhatian terhadap pelajaran”.
Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi
guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di mana murid-murid
hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat
atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat
pasif.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang
dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan
pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon
Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah
juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak
berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut
ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya:

1. Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas terhadap
aktiviti pengajaran guru.
2. Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan diri
secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik darjah.

Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran


berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut:
”Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul,
perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh
dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi.” Mok Soon Sang (2003).
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga
disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti PdPc bercorak permainan. Pengaplikasian
teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.

5. Tempoh masa penyelesaian : 1 Minggu

6. Tindakan susulan :

Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan P&P dengan
berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka
menyatakan: ”Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik
minat murid untuk belajar”.

Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan peneguhan
negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti PdPc berlangsung. Saya amat
percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik pengajaran dapat mempengaruhi
suasana PdPc yang bakal berlaku di dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru
tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru,
adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus
menjadikan proses PdPc berkesan.

7. Tarikh tindakan susulan dilaksanakan : 21 Jun 2019

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan ;

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif namun bukanlah secara drastik, ini dapat
dilihat apabila murid Tahun 2 Cerdik dan 3 Cekal yang pasif serta kerap hilang fokus serta tidak
mengendahkan arahan guru semakin meningkatkan tahap fokus mereka ketika saya sedang
mengajar di dalam kelas.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Dalam hal seperti ini, guru sepatutnya memenuhi ilmu di dada dengan pelbagai ilmu
perguruan dan pendidikan supaya dapat diaplikasikan secara berkesan di dalam kelas demi
melahirkan output yang positif.

Rujukan

Mook Soon Sang (2003). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran, Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Reed dan Kirkpatrick (1998). Another look at evaluating training programs. Alexandria, VA:
American Society for Training & Development.

Anda mungkin juga menyukai