Anda di halaman 1dari 3

Nama saya _________________ berumur ________________ .

Saya berasal dari


______________. Saya disini hari ini ingin menceritakan jalan kehidupan saya. Saya
mempunyai 3 orang adik -beradik. Saya adalah anak bongsu. Tahap pendidikan saya
adalah sehingga tingkatan 3 saya pernah mendapat surat amaran sebanyak 10 kali
dan pernah digantung sekolah kerana terlibat dalam pergaduhan, ponteng kelas,
ponteng sekolah, lawan guru dan banyak lagi. Semasa disekolah rendah kehidupan
saya sangat berbeza saya adalah seorang pelajar yang baik kehidupan saya berubah
apabila menjejak kaki di tingkatan 1 kerana salah memilih rakan. Rakan adalah salah
seorang yang dapat mempengaruhi kehidupan kita. Saya pernah dibuang sekolah 2
kali kerana pernah memukul rakan saya sehingga cedera. Ibu bapa saya telah
memberi nasihat serta pernah menghukum tetapi saya tidak berubah akhirnya saya
masuk dalam kumpulan gangsterisme semasa berumur 15 tahun dan pelajaran saya
semakin hari semakin merosot. Rokok, alkohol dan dadah telah menjadi sahabat baik
sehingga menjejaskan kesihatan tetapi disebabkan ketagihan saya tidak boleh
menghentikan. Setelah memasuki kumpulan gangsterisme saya telah melakukan
banyak kesalahan jenayah seperti meragut, memukul, cubaan membunuh, menjual
dadah dan pernah menculik kanak-kanak. Alam keremajaan saya banyak dihabiskan
dalam penjara sekarang saya sudah insaf dengan perbuatan saya tetapi tiada orang
untuk disayangi.

Mengapakah anda terlibat dalam gengsterisme ?

Pernahkah anda berfikir tentang ibu bapa dan keluarga?

Bagaimanakah perasaan anda apabila melakukan perbuatan jenayah ini ?

Pernahkah anda berfikir keadaan mangsa setelah melakukan perbuatan jenayah ?


Bolehkah anda mengundur masa yang telah disia-siakan ? berikan sebab.

Pernahkah anda takut pada tuhan ? Berikan Sebab.

Bagaimanakah kamu dapat melakukan perbuatan yang keji ini ?

Mengapakah anda tidak pergi mencari keluarga dan tinggal bersama dengan

mereka ?

Dimanakah rakan anda yang lain ?

Apakah yang anda lakukan sekiranya dapat bersama dengan keluarga ?

Apakah cita-cita anda semasa dibangku sekolah ?

Bagaimanakah anda hendak membaiki kehidupan?

Sekiranya keluarga anda tidak menerima anda, Apakah anda akan lakukan ?

Apakah nasihat anda untuk remaja yang terlibat dalam gejala negatif ?
Adakah anda masih mengambil dadah, alkohol dan rokok ?

Bagaimanakah anda dapat menghentikan bahan larangan ini.

Bagaimanakah tahap kesihatan anda sekarang ? Apakah anda perlu lakukan untuk

meningkatkan tahap kesihatan ?

Anda mungkin juga menyukai