Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN

SENARAI TUGAS SAYA

1. TUGAS-TUGAS HAKIKI

a) MENGAJAR
- Melaksanakan proses PdPc mengikut perancangan
- Pengurusan kelas teratur dan terkawal
- Membuat penilaian dan tindakan susulan

b) MEMBUAT PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


- Meneliti dan membahagi unit, kemahiran berdasarkan sukatan pelajaran atau
buku panduan khas.
- Mengenal pasti buku rujukan, buku kerja, ABM/BBM yang diperlukan
- Mengenal pasti strategi PdPc yang sesuai
- Merancang penilaian menyediakan rancangan harian dengan teliti

c) MENTADBIR DAN MENGURUS BILIK DARJAH


- Memastikan kelas dalam keadaan teratur
- Memastikan persekitaran fizikal selesa untuk proses pembelajaran

2. TUGAS-TUGAS KHAS
a) GURU KELAS
- Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong
Ketua Kelas dan lain-lain
- Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas
- Menanda jadual kedatangan harian setiap hari
- Menentukan semua butir yang di kehendaki ada di dalam buku daftar
kedatangan pelajar ditulis dan dikemaskini.
- Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas
- Mengambil tindakan mengikut prosedur yang di tetapkan bagi pelajar yang tidak
hadir ke sekolah.
- Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti P &P.
Permainan, dan satu pasukan unit beruniform.

b) GURU ASET
- Menguruskan Verifikasi Stor (bagi Stor Pusat/Utama) mengikut jadual ;
- Menyediakan laporan tahunan mengenai pengurusan asset
- Memeriksa harta modal dan inventori sekurang-kurangnya 1 kali setahun
- Memeriksa setiap aset berserta kad daftar
- Menyediakan Laporan Pemeriksaan Harta Modal Kew.PA-10 dan Laporan
Pemeriksaan Inventori Kew.PA- 11 kepada Ketua Jabatan.
3. TUGAS SAMPINGAN

a) PENYELARAS RUMAH SUKAN


- Mengagihkan murid mengikut rumah sukan
- Merancang, menyelaras dan membuat laporan aktiviti sukan antara rumah.

b) GURU SIT IN
- Membuat senarai guru Teach-In sekiranya tedapat guru yang tidak ada/atau
keluar stesen.

c) GURU BERTUGAS HARIAN


- Memastikan tugas guru harian dilaksanakan
- Mengisi Buku Laporan Bertugas Harian
- Mengawasi kebersihan kelas dan kebersihan kawasan sekolah
- Mengawas kedatangan murid menepati waktu datang dan balik sekolah
- Membantu guru disiplin mengatasi murid datang lewat
- Memastikan murid telah beratur dengan kemas sebelim aktiviti NILAM
- Membantu pengawal keselamatan di pintu pagar sekolah mengendalikan
urusan murid balik dengan selamat tanpa ada masalah yang tidak diingini
berlaku
- Memantau keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah dan mengawasi
harta benda sekolah

d) GURU PENASIHAT KADET REMAJA SEKOLAH


- Merancang pengisian setiap perjumpaan
- Mengambil kehadiran murid semasa aktiviti dijaankan
- Memastikan murid dapat mempelajari dan mempraktikkan ilmu yang telah
dipelajari

Anda mungkin juga menyukai