Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST MARK

13000 BUTTERWORTH
PULAU PINANG
Tel: 043232568 Fax: 043313652

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


KUALA LUMPUR

1.0 PENGENALAN

Kelab Bomba dan Persatuan Bahasa Tamil akan mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur. Tujuan
lawatan ini adalah untuk membuka minda pelajar tentang keindahan alam semualajadi yang
boleh dinikmati sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur. Pelajar juga akan dapat melihat tempat
melombong kuari dan marmar melalui lebuh raya Ipoh. Selain itu, program ini juga diadakan
untuk merapatkan hubungan antara guru dan pelajar. Mereka juga akan dibawa melawat ke
beberapa tempat menarik seperti menara berkembar petronas, Petrosains dan beberapa tempat
menarik lagi. Semoga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat menambah pengalaman
yang berguna kepada mereka. Program ini juga bertujuan memberikan galakan kepada ahli-ahli
dan AJK kelab Bomba dan Persatuan Bahasa Tamil SMK St. Mark dan supaya sentiasa
bekerjasama dan bersatu pada dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

2.0 MATLAMAT

Untuk memberikan pendedahan , pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada pelajar secara
realiti tentang kecantikan alam semula jadi di Malaysia selain pembelajaran yang boleh ditimba
di dalam kelas.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengeratkan hubungan antara semua ahli Kelab Bomba dan Persatuan Bahasa Tamil

3.2 Menambah idea kreatif dan inovatif menerusi penglihatan dan penghayatan.

3.3 Mendapat ilmu pengetahuan melalui pembelajaran secara informal.


4.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan Kelab Bomba dan Persatuan Bahasa Tamil sesi pagi seramai 40
orang.

5.0 TARIKH DAN TEMPAT

TARIKH: 15 dan 16 September 2018

HARI : Sabtu dan Ahad

TEMPAT: Kuala Lumpur

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Butiran Perbelanjaan Jumlah


1. Tambang bas 2500.00
2. Penginapan 1600.00
3. Tiket masuk ke tempat tertentu(40 xrm30) 1200.00
3. Ubatan 50.00
4. Dokumentasi 50.00
JUMLAH RM5400.00

7.0 SUMBER KEWANGAN

1. Sumbangan unit Ko kurikulum - RM 500 .00

2. Kutipan dari pelajar dan guru (44 xrm122.50) - RM 4900 .00

RM 5400.00
===========
8.0 GURU YANG TERLIBAT

1 Gopala 3 Parethi

2. Suriya 4. Siti Nazirah

9.0 TENTATIF PROGRAM

JUMAAT PROGRAM
7.00 pagi Bertolak dari sekolah
2.00 petang Check in
3.00 - 5.00 Petang Pusat Sains Negara
6.00-7.00 petang Persediaan Makan Malam
8.00-10.00 malam KLCC
11.00 Malam Tidur
SABTU
7.00 -8.00 pagi Sarapan
8.30- 10.00 pagi Muzium Tekstil Negara dan Bangunan Sultan
Abdul Samad
10.00 – 12.00 pagi Upside Down House – Menara KL
12.30 tengahari Makan
2.00 tengahari Bertolak Pulang
8 .00 malam Tiba di sekolah

10.0 PENGAGIHAN PELAJAR

MELAYU CINA INDIA JUMLAH


L P L P L P L P
8 4 3 6 12 7 23 17 40
11.0 PENUTUP

Oleh itu, Kelab Bomba dan Persatuan Bahasa Tamil berharap agar program yang dijalankan
akan memberi manfaat kepada semua ahli yang terlibat .

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… ………………………………
( ) (NG SIM HOON)
Setiausaha Kelab Bomba Guru Penasihat Kelab Bomba

Diluluskan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. …………………………………….
( EN PATHMANATHAN A/L SUPPIAH ) (EN MURUGAN A/L MUNIANDY)
P.KANAN KOKURIKULUM PENGETUA
KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


KUALA LUMPUR

TARIKH:

15 & 16 SEPTEMBER 2018

TEMPAT :

KUALA LUMPUR