BAMMM! Kilat sabung-menyabung di luar sana menandakan hari akan hujan dengan
lebatnya. Suasana turut bertukar menjadi kelam dan gelap. Hari mula hujan.
Hmmm.. pelik sungguh ya kawan-kawan. Tadi, saya lihat hari begitu cerah dan terang-
Pernah dengar tak kawan-kawan tentang kitar air? Kitar air inilah yang menyebabkan
hujan berlaku. Keadaan ini melibatkan 2 proses penting iaitu penyejatan dan
kondensasi menyebabkan hujan pun turun. Untuk lebih jelas, Mari dengarkan cerita
Dalam satu gumpalan awan putih, terdapat satu molekul air bernama Drip-drop. Drip-
drop dan rakan-rakannya sangat gembira dengan kehidupan mereka di atas sana.
“Bosannya hari ini. Tiada apa-apa yang menarikkah akan berlaku di sini?,"
gumamnya.
Selang beberapa ketika, Drip-drop melihat awan mula berubah menjadi semakin
Bam! Kedengaran hentaman guruh menggegarkan awan. Dia sangat terkejut. Drip-
drop tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia memerhatikan rakan-rakannya turut
meronta-ronta untuk bergerak. Tiba-tiba, dia merasakan dirinya jatuh dari awan.
Akhirnya, dia mendarat di tanah, sama seperti rakan-rakannya yang lain. “Apakah
Drip-drop tidak dapat memikirkan apa-apa lagi selain menangis. Dia mahu pulang ke
rumah.
Sewaktu dia ingin bergerak, satu lagi molekul air jatuh tepat di sebelahnya.
”Hai, apa khabar? Lebat sungguh hujan tadi, ya? Nama saya Droplet. Awak pula?"
"Hai, saya Drip-drop. Apa yang baru berlaku tadi? Apa itu hujan?”
“Saya mahu pulang sekarang. Bolehkah awak membantu saya kembali ke awan?"
Kata Drip-drop.
Kawan-kawan, Drip-drop dan Droplet telah jatuh sebagai hujan. Mereka berasal
daripada wap air yang menyejuk dan berkumpul bersama-sama membentuk awan.
Apabila molekul air telah banyak berkumpul, awan tidak dapat lagi menampung berat
mereka. Lalu, mereka pun jatuh sebagai hujan. Kadang kala, hujan itu boleh juga turun
dalam bentuk salji, hujan ais atau hujan batu, bergantung kepada suhu sesuatu
tempat itu.
"Sudah tentu! Ini adalah suatu kitaran," kata Droplet sambil tersengih besar.
Tidak berapa lama kemudian, hujan pun berhenti. Matahari mula muncul. Molekul
udara yang lain seolah-olah hilang ke udara. Drip-drop mula takut. Droplet cepat-cepat
dipanaskan. Molekul air yang jatuh tadi dipanaskan oleh cahaya matahari yang
memancar. Setelah berubah menjadi gas, mereka akan menjadi lebih ringan dan
"Saya terbang! Saya terbang! Adakah kita juga sedang mengalami penyejatan?” Dia
"Ya, Drip-drop. Di atas sana nanti, kita akan menjalani kondensasi,” jawab Droplet.
Apa pula kondensasi, kawan-kawan? Kondensasi terjadi apabila wap air atau gas,
berubah menjadi titisan air semula. Hal ini berlaku kerana suhu di atas semakin
"Oh, dan apa pula yang berlaku selepas itu?” Tanya Drip-drop.
"Kitaran itu akan diteruskan, Drip-drop. Kita akan jatuh sebagai hujan semula! Ia
adalah satu pengembaraan yang tidak akan berkesudahan. Itulah hidup kita semua,
mengajar saya tentang kitaran air ini, Droplet,” kata Drip-drop ketika mereka sampai
Baiklah, kawan-kawan. Sekarang, sudah jelas tentang proses kitar air ini?
Kesimpulannya, kitar air ini berlaku setiap saat dan ketika. Pada saat ini pun, kitar air
ini sedang berjalan. Jadi sayangilah semua sumber air kita. Jangan dicemari air yang