Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu
murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada
pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga
dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang,
pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di
Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Matlamat Program
Program Transisi Tahun Satu akan dapat :
1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.
2. Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran,
guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
3. Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Objektif
Di akhir program, murid-murid dapat:
1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran
yang formal.
2. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi
kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau
mata pelajaran.
3. Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dan adab ketika berada di
sekolah.
4. Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Pengelola
Program ini akan dilaksanakan oleh unit Kurikulum.

Kumpulan Sasaran
Semua murid Tahun 1 sesi 2020 (Senarai nama rujuk Lampiran 1)

1
Tarikh dan Tempat Pelaksanaan
Tarikh : 2 Januari 2020 (Khamis) hingga 17 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.20 tengah hari pada hari Isnin hingga Khamis
7.30 pagi hingga 11.50 pagi pada hari Jumaat
Tempat : Dewan Sementara SK Jeram

Tema Program

MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA

MINDA CERGAS
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir
secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu
dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang
awal lagi menunjukkan Minda Cergas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga
diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang
mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu
melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan
tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-
nilai murni yang ada atau yang dibawa dari pra sekolah.

MATA BERCAHAYA
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar
bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru.
Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-
aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru
mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui mata
bercahaya mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

2
AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM TRANSISI
TAHUN SATU SESI 2020
PENGERUSI : Pn. Hjh Hasnita binti Hassan
(Guru Besar)

TIMB. PENGERUSI : En. Mohd Hairul Razib bin Nordin


(GPK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Khairul Niza bt. Ismail


(GPK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Suzana bt. Chen


(GPK Kokurikulum)

PENYELARAS / : En. Norazmi bin Maskor


DOKUMENTASI

PEN. PENYELARAS / : Pn. Pavitra A/P Sinnivasagam


SETIAUSAHA

AJK PELAKSANA (Semua guru Tahun 1)


BIDANG TUGAS NAMA AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PERSEMBAHAN MURID Pn. Norakmar Binti Rahmatullah
Pn. Siti Aminah Binti Azmi
PENGACARA MAJLIS En. Norazmi bin Maskor
BACAAN DOA En. Zafarul Idham Bin Shamuli
SIARAYA DAN LCD En. Mohd Nazarudin Bin Hassan
En. Najmi Bin Kenanas
PERSIAPAN DEWAN Pn. Fairuz Binti Mokhtar
En. Mohd Salleh Bin Zainal
Pekerja Swasta
KAWALAN DISIPLIN En. Abd Aziz Bin Chai Chok
MURID Cik Nur Amalina Binti Ahmad
JURUFOTO Pn. Murnizahayu Binti Aripin (Semasa Majlis) &
Semua guru Mata Pelajaran Tahun 1 (Semasa PdPc)
PENYEDIAAN HADIAH Pn. Pavitra A/P Sinnivasagam
Pn. Saidatul Akmar Binti Shaari

3
BIDANG TUGAS GURU BAGI

PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2020

BIDANG TUGAS GURU-GURU MATAPELAJARAN


 Memahami konsep dan tujuan Program Transisi
 Menggunakan pelbagai pendekatan terhadap murid yang berbeza.
 Membantu merancang aktiviti yang memenuhi keperluan JERI murid.
 Merekod dan mengemaskinikan rekod pembelajaran 3M dan dalam aktiviti pra huruf, pra
nombor dan pra warna.
 Membuat laporan dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa mengenai perkembangan
setiap murid dalam mata pelajaran mereka.
 Merangka strategi untuk menyelesaikan tahap penguasaan 3M murid yang berbeza.
 Menyimpan hasil keputusan penilaian, pemerhatian dan ujian sepanjang tahun.
 Menjaga dan mengemaskini sudut dan ruang mata pelajaran masing-masing.
 Membuat dan membaiki ABM untuk dipamerkan di sudut atau ruang mata pelajaran.
 Menyediakan rancangan tahunan bertema dan rangka aktiviti untuk minggu transisi.

BIDANG TUGAS GURU KELAS


 Memahami konsep dan tujuan Program Transisi.
 Menyediakan persekitaran kelas yang ada persamaan dengan tadika.
 Melukis pelan bilik darjah.
 Menyediakan sudut ruang mata pelajaran.
 Menjaga dan memantau keceriaan dan kebersihan kelas berdasarkan garis panduan yang
diberikan.
 Prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan murid semasa di sekolah dan bertanggungjawab
kepada ibu bapa dan penjaga murid.
 Menyediakan senarai bahan dan peralatan untuk kegunaan bilik darjah
 Mengumpul maklumat untuk tujuan pengrekodan daripada ibu bapa atau penjaga murid.
 Menyimpan rekod profil dan rekod kesihatan murid.
 Membahagikan murid kepada kumpulan mengikut kecerdasan dan tahap kemampuan murid
selepas minggu transisi.

4
 Mengumpul dan menyediakan laporan murid tentang penguasaan nilai, rutin dan peraturan
dalam bilik darjah secara berterusan.
 Mengutip dan merekod yuran daripada ibu bapa dan penjaga.

BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS TAHUN SATU


 Merangka dan menyelaras aktiviti untuk tiga minggu (sepanjang Program Transisi
dijalankan).
 Merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, Majlis Suaikenal Tahun Satu 2020 dan Majlis
Penutupan Minggu Transisi 2020.
 Mencari sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti yang hendak dirancang.
 Mengumpul rekod serta laporan untuk dirumuskan kepada pihak pentadbir.
 Mengemaskini fail perlaksanaan program transisi secara berterusan.
 Membantu menyedia dan mengedar bahan edaran kepada ibu bapa penjaga.
 Membantu memantau sepanjang perlaksanaan program.
 Bertindak sebagai pakar rujuk.

BIDANG TUGAS SETIAUSAHA AJK KERJA


 Mencatat minit mesyuarat dan taklimat yang dilakukan secara formal atau tidak.
 Membantu merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, minggu transisi, majlis suai kenal
murid Tahun Satu dan Majlis Penutup Minggu Transisi.
 Menyedia dan mengedarkan aturcara bagi setiap majlis formal sepanjang program diadakan.
 Mengedar surat edaran dan jemputan kepada pihak yang berkenaan.
 Memastikan maklumat disampaikan jelas dan mendapat maklumbalas seperti yang
dikehendaki.
 Menyimpan fail dan rekod perlaksanaan program.
 Menyediakan laporan bertulis mengenai perlaksanaan program di akhir tahun.

5
ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA ANGGARAN
BIL ALATAN KUANTITI CATATAN
SEUNIT PEBELANJAAN

1 Tanda nama 57 RM 1.00 RM 57.00 Etika


pemakaian
tanda nama

2 Fotostat lukisan 60 RM 0.20 RM 12.00 Pertandingan


Mewarna

3 Hadiah 5 RM 2.00 RM 10.00 Pertandingan


Mewarna

JUMLAH RM

TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2020

10.50 pagi : Ketibaan guru dan murid ke dewan sementara


11.00 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
11.10 pagi : Bacaan Doa
11.15 pagi : Taklimat ringkas Program Transisi Tahun 1
: Ucapan Guru Besar
: Persembahan murid (5 – 10 minit)
: Penyampaian hadiah pertandingan mewarna
11.50 : Bersurai

PENUTUP
Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2020 ini diharap dapat berjalan dengan baik hasil
kerjasama daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/penjaga dapat
menghantar anak-anak mereka yang telah cukup umur untuk mendaftar di kelas pendidikan pra
sekolah supaya mendapat pendidikan awal kanak-kanak secara menyeluruh. Justeru, segala
perancangan yang telah dirancang oleh pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.

6
Lampiran 1

SENARAI NAMA MURID TAHUN 1

BIL NAMA MURID


1 ABINAYA A/PKUMARESAN
2 AHMAD IKHWAN NUR BIN AHMAD AKMAL NUR
3 AHMAD SYAHMI BIN SHAMSUL KAMAL
4 AHMAD SYAZWAN BIN MOHD NURUL HISYAM
5 AMMAR MIKAIL BIN ABU ZARIN
6 ARIF AFIS HAIKAL BIN KAMAL ARIFFIN
7 DHIA ALEEYA QARISYA BINTI MUHAMAD FADZIL
8 FATIMAH BINTI KHAIRUL ANUAR
9 FAUZAN SHAHIR BIN HASBULLAH
10 HANI EZZARA BINTI MUHAMMAD FAEZ
11 HARIZ NUR ADLI BIN HALIM
12 HARIZ ZULQARNAIN BIN ABDUL RAZZAQ
13 IZZ DHANIESYA SOFEA BINTI ABDUL HAFIZ
14 MAGEN A/L SANTHIRA KUMAR
15 MIKHAIL BIN NAROL NIZAM
16 MOHAMAD FARIS BIN MOHAMAD FAIZAL
17 MOHAMAD RAZIQ HAIKAL BIN ABUDL RAZZAQ
18 MUHAMAD DANIAL MIKHAEL BIN MAT FUJI
19 MUHAMMAD ADAM FAKHRULLAH BIN SHAMSUDIN
20 MUHAMMAD ADAM HARIS BIN ABDUL RAHIM
21 MUHAMMAD ADAM IRFAN BIN KHAIRUL HAFIDZ
22 MUHAMMAD ADAM MIKHAIL BIN MOHD SHAIRIL
23 MUHAMMAD AMAR IZAM BIN MOHD IZAM
24 MUHAMMAD AUFA DANIAL BIN MOHD AZWAN
25 MUHAMMAD AZFAR RIFQI BIN KAMISAN
26 MUHAMMAD AZIZUL IKHWAN BIN ABDULLAH
27 MUHAMMAD DAFFA ANIQ BIN MOHD RIZAL
28 MUHAMMAD HAZIQ ILMAN BIN KHAIRUL IZHWAN
29 MUHAMMAD IZZUL IMAN BIN SYAHRIL
30 MUHAMMAD KHALIF FAQISH BIN MOHD ERWAN
31 MUHAMMAD NOR HAKIM BIN ABDUL MALIK
32 MUHAMMAD TAJRIE UMAR BIN SHARIL
33 MUNIRAH MUJAHIDAH BINTI HASBULLAH @ AHMAD AZZALI
34 NAZRAN BIN JEFRI
35 NOR AININ QALESHA BINTI MOHD AMIRUL RASYIDI
36 NUR ADELIA QAISARAH BINTI MUHAMAD FAIZUL
7
37 NUR AMIRA RAISHA BINTI ZULFARIZAL
38 NUR HANISAH AMANI BINTI MAZLI
39 NUR JANNAH NASUHA BINTI EMIEFENDEY
40 NUR SUHAIFAH SUHANNA BINTI SUPHIAN SAMANPHIRAT
41 NUR'AINA ANISAH BINTI ABDULLAH
42 NURAMIRA HAFIZAN BINTI SAHNIZAN
43 NURFITRI AID ALSYAH BIN ABDUL AZIZ
44 NURIN SYASYA FARZANA BINTI ABD SUKUR
45 NURJANNAH BINTI HAZMAN
46 NURKHAYRA MIRZA BINTI MUHAMMAD SABARUDDIN NUR
47 NURUL FARHANA BINTI ABDUL RAHIM
48 NURUL HAWA NATASSA BINTI MOHD HAIRUL
49 NURZHAFIRAH ALIAH BINTI MUHAMAD FAIRUS
50 PUTRI DAMIA MAISARA BINTI JASMI
51 PUTRI NUR AINA SOFIA BINTI SUHAIDEE
52 QHAIRUN NISAKH BINTI MUHAMMAD RASYIDI
53 SITI NUR AYUNI ALYNNA BINTI ABDUL GHANI
54 SITI NUR SHAHEERA BINTI SHARUL NIZAM
55 SITI SYAFIAH BINTI MOHD SAKRI
56 SOFIA SARAH BINTI ZAMZAM
57 SOFIA UMAIRAH BINTI ZAMZAM

Anda mungkin juga menyukai