Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN FUTSAL
KARNIVAL KOKURIKULUM

PERINGKAT
ZON TENGAH

PENGANJUR
PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS PENGLIHATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG
1. PENGENALAN

Pertandingan Pertandingan Futsal dalam Karnival Kokurikulum Sekolah Sekolah integrasi


Penglihatan menyediakan ruang dan peluang kepada warga ppki penglihatan dan seterusnya
membina jaringan kerjasama ke arah kecemerlangan diri dan sekolah OKU penglihatan. Di
samping itu, penganjuran tersebut diharap dapat mencungkil bakat- bakat baru pemain futsal
dlm kalangan OKU penglihatan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi selaras
dengan Pembangunan Sukan Negara.

2. MATLAMAT
Matlamat pertandingan ini adalah seperti berikut ;

I. Mengetengahkan potensi para pemain yang berbakat Zon Tengah sekolah pendidikan
khas integrasi penglihatan.

II. Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan
pemain dan membentuk sikap serta amalan positif dengan menunjukkan disiplin yang
tinggi ketika bertanding.

III. Penganjuran pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pemain
untuk memahami permainan serta undang-undang futsal

IV. Mendedahkan para pemain supaya lebih cenderung untuk kearah kehidupan yang
positif dengan melakukan aktiviti riadah disamping menimba pengalaman untuk
menyertai pertandingan yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.

3. OBJEKTIF

1. Mencari bakat- bakat pemain futsal sekitar Zon Tengah OKU Penglihatan sekolah
Pendidiknan khas integrasi.
2. Mengeratkan lagi silaturrahim antara guru- guru, jurulatih, kakitangan sekolah, pihak
pejabat serta murid- murid yang menyertai pertandingan ini.
3. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan para peserta atau pemain bagi
menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan.
4. Memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pengalaman melalui sukan dan
sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan.

4. TEMPAT PERTANDINGAN
Cadangan tempat untuk mengadakan pertandingan futsal ialah di Gelanggang Futsal Arena
Telok Gadong, Klang.

5. SASARAN

Murid dari sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi Penglihatan Peringkat Zon Tengah.

6. TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Cadangan tarikh ialah pada 07 April 2020

7. PERASMIAN

Upacara penangguhan rasmi

8. ANGGARAN DAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran A

9. JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Penaung :

Penasihat : En Willy ak Johnson ( Ketua UPPK, Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit )

Pengerusi : En Langgie anak Ujang ( Pengetua, SMK SEDAYA )

Naib Pengerusi 1 : En Mohamed Rosdi Bin Mawardi (PK HEM, SMK SEDAYA)

Naib Pengerusi 2: En Chia Fuk Khien (PK KOKURIKULUM, SMK SEDAYA)

Penyelaras : En Hilary anak Tadong (Ketua Waden, SMK SEDAYA)

Setiausaha : En Zool Hilmi Bin Yaman (Setiausaha, SMK SEDAYA)

Ahli Jawatankuasa Pertandingan :

1. En Sanjay ak Bana ( SK Ng Machan )


2. En Wat ak Ayom ( SK ST Francis Xavier )
3. En Kenny Bilong Lusat ( SK Nanga Pedai )
4. En Terreance Juan ( SK Nanga Jagau )
5. En Ronny Ak Saba ( SK Nanga Tada )
6. En David John (SK Nanga Machan)
10. SYARAT PERTANDINGAN

Rujuk Lampiran B

11. BORANG DEKLARASI DAN KEBENARAN IBUBAPA

Rujuk Lampiran C

12. PENUTUP

Adalah diharapkan pertandingan futsal ini dapat dijalankan dengan jayanya kelak. Kerjasama
daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat amat diperlukan. Semoga objektif
pertandingan ini nanti dapat tercapai.

LAMPIRAN A
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERTANDINGAN FUTSAL 17TKB

ANJURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PENGLIHATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG
(ZON TENGAH)

BIL SENARAI BARANG KUANTITI JUMLAH ( RM )

1 Kos Sewa Gelanggang


Hanging medal
2 3 set 150.00
( Johan, N. Johan, Ketiga )
3 Trofi ( Johan, N. Johan, Ketiga ) 3 set 180.00
3 Bola futsal 4 biji 160.00
4 Air Mineral 20 kotak 240.00
5 Cenderahati (pengadil) 6 120.00
6 Air Kotak (teh bunga) 10 kotak 180.00
7 Baju pegawai bertugas 15 helai 300.00
8 Baju ball picker 6 helai 120.00
8 Roti Bun 100 ketul 80.00
Nasi tapau (pegawai bertugas) (21 x RM7.00) x 2
3 21 bungkus x 2 hari
2 hari hari = 294.00

JUMLAH RM 1824.00

LAMPIRAN B

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN FUTSAL


KARNIVAL KOKURIKULUM
ZON TENGAH
1. PENGANJUR PERTANDINGAN
Kejohanan ini dianjurkan oleh PPKI Sk Klang.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang (FIFA), FAM, Peraturan Am futsal
dan mengikut perubahan daripada pengelola.

3. PEMBENTUKAN PASUKAN
Tiap-tiap Zon dibenarkan menghantar DUA pasukan futsal sahaja.
Para pemain futsal hendaklah murid yang bersekolah do Sekolah Program Pendidikan
Khas Integrasi.

4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem Pertandingan dijalankan secara “Sistem Liga Penalti A B ”
A. Sistem Penalty 8 meter
B. Sistem Penalty 6 meter
( Tertakluk kepada bilangan pasukan )

5. MASA PERMAINAN
Tempoh masa permainan ialah 5 minit bagi setiap separuh masa perlawanan dan 1 minit
untuk rehat. (5-1-5)
(11 minit keseluruhan perlawanan).

6. PAKAIAN
Semua pasukan yang bertanding dimestikan memakai jersi lengkap.

7. KELEWATAN
Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang permainan 15 minit lebih awal
sebelum masa yang ditetapkan bagi perlawanan tersebut.

8. PERUBAHAN TARIKH PERTANDINGAN


Jawatankuasa pengelola berhak untuk mengubah dan membatalkan tarikh perlawanan
dan pertandingan yang telah ditetapkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak
dapat dielakkan.

9. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Bagi perkara yang tidak dinyatakan diatas, pihak pengelola berhak untuk
membuat keputusan dan keputusan adalah muktamad.

10. TEMPAT DAN TARIKH PERLAWANAN


Semua perlawanan diadakan di Gelanggang Futsal, Arena Telok Gadong.
Tarikh pertandingan diadakan pada 07 April 2020

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN


Tarikh tutup penyertaan ialah 24 Mac 2020
Sila hantar borang penyertaan kepada Cik Esther Joan Dawson 012-3040756
ppkiskklang@gmail.com

12. KESELAMATAN
Semua pengurus pasukan diwajibkan menjaga keselamatan pemain masing-masing dan
borang deklarasi serta borang perakuan ibubapa adalah perlu.

13. HADIAH PERTANDINGAN


JOHAN : Hanging Medal + Trofi
N. JOHAN : Hanging medal + Trofi
KETIGA : Hanging medal + Trofi

LAMPIRAN C

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN FUTSAL


PERINGKAT ZON TENGAH
2020
ANJURAN PPKI PENGLIHATAN SK KLANG

Nama Sekolah : ___________________________________________________

Nama Pengurus : ________________________ No HP : ___________________

Nama Jurulatih : ________________________

Nama Pen. Jurulatih : ________________________

Bil Nama Pemain Tarikh Lahir No. Sijil Lahir


/ No. IC
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Tandatangan Pengurus

.……………………..…………… Tarikh ; …………………


( )
COP
SEKOLA
H

Anda mungkin juga menyukai