Anda di halaman 1dari 14

ORIENTEERING

PENGENALAN

 Sukan yang menggunakan peta dan kompas


 Sukan yang memerlukan peserta bergerak dari satu kawalan ke kawalan lain
 Boleh dilakukan di bandar atau desa
 Perlu kemahiran membaca peta dan kompas
 Tugas dilakukan oleh peserta melalui laluan yang disediakan
 Juga dikenali sebagai sukan berlari (running sport)
 Jarak laluan kebiasaannya antara 1km-13km
 Memerlukan kecergasan dan ketahanan fizikal

SEJARAH (UMUM)

• Major Ernst Killander memulakan orienteering dalam kalangan pengakap sebagai


latihan ketenteraan di Sweden (1800an)

• Bapa aktiviti orienteering (Father of Orienteering)

• Gabungkan alam semula jadi dan orienteering.

• Guna kompas dan peta untuk navigasi dalam hutan

• Mac 1919: pertandingan orienteering pertama dijalankan

• penyertaan 155 orang

• Laluan sejauh 15km

• Tahap kecergasan sebagai penentu kemenangan

• Peta yang digunakan kurang tepat

• 1930: kualiti peta meningkat.

• Kemahiran teknikal orienteering dan kecergasan sebagai penentu kemenangan.

• Tahun 1960an, sukan orienteering telah berkembang dengan pesat.

• Tahun 1961, International Orienteering Federation (IOF) telah ditubuhkan.

• Kejohanan orienteering negara-negara Eropah yang pertama telah dilangsungkan


pada tahun 1962.

• Orienteering O-Ringen
• acara orienteering yang terbesar di dunia.

• dilangsung selama 5 hari

• melibatkan seramai 25,000 peserta dari seluruh dunia dan meliputi lebih dari
100 landasan orienteering.

SEJARAH (MALAYSIA)

 bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan
Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983.
 Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983.
 Tahun 1986, Persatuan Orienteering Selangor & Wilayah Persekutuan (WOA)
ditubuhkan.
 Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan
dalam tahun 1988.
 Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA.
 Pada tahun 1994, Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) telah ditubuhkan.
 Orienteering kini merupakan satu aktiviti wajib dalam program pendidikan luar institusi
pengajian tinggi.

KAEDAH

Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF)

 Menggunakan kaki (Foot-O)


 Berbasikal (MB-O)
 Menggunakan ski (Ski-O)
 Orang kurang upaya (Trail-O)

Malaysia

 Foot-O
o Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
o Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
o Orienteering Jalan raya (Street Orienteering)
o Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
o Orienteering Malam (Night Orienteering)
o Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
o Norwegian Event
JENIS

 Teratur
o Dikenali sebagai Cross-country orienteering
o Mengandungi 8-20 kawalan
o Panjang dan jarak mengikut kategori
 Remaja – 2km
 Dewasa - 5-15km
o Pemenang dikira untuk peserta yang terpantas menamatkan laluan.
 Bermarkah
o Digunakan untuk pertandingan
o Dilakukan di tempat terbuka dan mempunyai pelbagai laluan
o Peserta dibekalkan peta yang mempunyai 12-20 titik kawalan
o Setiap titik kawalan mempunyai markah tersendiri
o Titik kawalan sukar membawa markah 30-50
o Titik kawalan mudah membawa markah 10
o Peserta bebas memilih titik kawalan yang hendak dilalui
 berganti-ganti
o Dikenali sebagai Relay Orienteering
o Acara berpasukan (3-4 orang)
o Setiap anggota tunjuk kebolehan masing-masing
 malam hari
o Memerlukan kemahiran tinggi untuk bergerak pada waktu malam
o Kemahiran asas
 mencari arah
 menganggar jarak
o Jarak antara setiap titik kawalan tidak jauh
 Farsta
o Permulaan sama untuk setiap laluan
o Digunakan dalam kejohanan Dunia di Denmark
 Vannas
o Permulaan sama tetapi mempunyai satu kawalan am
o Setiap kumpulan dibahagikan kepada 2
 sebahagian di permulaan
 sebahagian di kawalan am
 Motala
o Sama seperti Vannas tetapi turutan berbeza
o Turutan laluan ditentukan melalui lukisan dan lakaran
 Bermaklumat
o Dikenali sebagai Point to Point Orienteering
o Bergerak berdasarkan maklumat yang diperoleh
o Dilakukan secara individu/ kumpulan
 Gabung dengan aktiviti lain
 ekspedisi

KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING

 Sukan untuk semua


 Meningkatkan kecergasan fizikal, mental dan daya tumpuan
 Memberi cabaran & keseronokan
 Membina sikap positif & keyakinan diri
 Menggunakan persekitaran yang sihat
 Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
 Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas
 Membuat keputusan dengan tepat dan pantas.

PENYEDIAAN LALUAN

 Kawasan yang selamat


 Mengenal pasti tahap kecergasan, kesihatan, jantina dan umur peserta
 Memastikan klu ditulis
 Memastikan kompas berfungsi

TATACARA MELETAKKAN KLU

 Letakkan klu pada objek statik


 Letakkan secara terbuka agar peserta nampak
 Boleh diletakkan di atas tanah
 Jika ditanam, jangan tanam terlalu dalam dan pastikan sebahagian kertas klu dapat
dilihat

TEKNIK MENULIS KLU

 Memastikan bacaan, bearing dan jarak sasaran ditulis


 Klu yang ditulis jelas
 Pantun yang digunakan perlulah mempunyai pembayang yang jelas
 Boleh dilakukan dalam teknik penyoalan atau tugasan
PETA

 Cara untuk menggambarkan bahagian pada bumi dengan jelas berserta gambaran
yang terperinci.
 Bahagian pada bumi, lukisan, skala pada permukaan yang menunjukkan ciri-ciri
semula jadi dan buatan manusia yang dilambangkan melalui gambaran lukisan atau
simbol
 Kedudukan garisan melintang dan menegak digambarkan melalui lukisan garisan
kontor pada jarak yang berbeza bergantung pada skala yang terdapat pada peta dan
pada kawasan tanah yang mempunyai ciri-ciri semula jadi.
 Di Malaysia, jabatan yang bertanggungjawab dalam pemetaan ialah Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur

TUJUAN PEMBACAAN PETA

 Untuk mengemudi atau menavigasi laluan mengenai negara atau negeri tanpa sesat
dan untuk mengenali ciri-ciri pada bumi yang diwakili oleh simbol-simbol tertentu.
 Untuk memahami maklumat grafik pada peta di mana membolehkan kita
membayangkan gambaran pada permukaan bagi tujuan perancangan.
 Untuk memberi kebebasan untuk melawat tempat-tempat yang bukan buatan manusia
tanpa perasaan takut untuk sesat.
 Untuk merancang laluan sebelum memulakan perjalanan.

KESELAMATAN PETA

Peta topografi

 Barangan kawalan
 Tidak boleh jatuh kepada pihak yang tidak berkelayakan (musuh).
 Boleh membahayakan keselamatan negara.
 Maklumat keselamatan dalam peta dipadamkan, terutamanya pengkalan tentera dan
lain-lain tempat strategik.
 Jika sesuatu peta sudak tidak mahu digunakan, mesti diserah balik kepada pihak
berkenaan, atau jika perlu musnahkan peta tersebut.
 Cara memusnahkan peta yang paling mudah ialah bakar atau dikoyak saiz kecil dan
ditabur serata tempat yang luas.
PENJAGAAN PETA

 Peta perlu elak daripada terkena air, lumpur atau terkoyak.


 Simpan peta dalam kabinet yang dibina khusus untuk simpan peta.
 Jika dibawa ke lapangan, letak dalam bekas kalis air.

JENIS-JENIS PETA

 Peta topografi
o disediakan dalam lima (5) atau enam (6) warna yang berbeza,
o mempunyai sistem Universal Grid yang bercetak di atas bersama dengan
maklumat marginal
 Peta panduan jalan raya
 Peta khusus
 Atlas
 Peta imej satelit
 Peta orienteering

PENGETAHUAN ASAS PETA

 Teknik membaca peta


o Kenal pasti maklumat pada peta
 Tajuk dan nombor siri
 Petunjuk peta
 Koordinat, Longitut dan Latitud
 Koordinat dibaca berdasarkan longitud dan latitud
 Latitud - jarak sudut dari garis khatulistiwa, samada ke utara
atau selatan.
o Latitud ktatulistiwa = 0º
o Latitud kutub utara/selatan = 90º
 Longitud - jarak sudut timur-barat daripada garis Meridian
(melalui kota London).

Latitud

Longitud

 UTM’S (Universal Transverse Mercator)


 Sistem grid yang boleh diguna untuk mencari posisi.
 Biasanya digunakan oleh pihak tentera atau untuk kajian dan
tujuan tinjauan.
 Membahagikan bumi kepada grid.
 Setiap grid dikenal pasti melalui nombor zon dan abjad (zone
designator).

 Skala dan Grid peta


 Skala
o Skala peta dinyatakan dalam bentuk nisbah dan skala
besar
 1: 50 000 bermakna ‘1 cm di atas peta
bersamaan dengan 50 000 cm di permukaan
bumi’.
 Dalam kiraan kilometer bermakna ‘1 cm = 0.5km”
o Peta disediakan dalam ukuran skala nombor,
1:2500000, 1:100000, 1:50000 dan 1:25000 adalah
contoh skala yang selalu digunakan. Peta Topografi
menunjukkan ciri-ciri semula jadi dan buatan manusia
dengan tahap keperincian ditentukan oleh skala peta,
contohnya: 1:25000 (skala yang besar) akan lebih
terperinci berbanding 1:20000 (skala yang kecil)
 Contoh skala:
 Grid
o Garisan grid menegak ialah Garisan Timuran
o Garisan melintang ialah Garisan Utaran.
o Setiap garisan grid mempunyai nilai.
o Dalam menentukan kedudukan sesuatu tempat, nilai
garisan Timuran disebut terlebih dahulu dan diikuti oleh
nilai Garisan Utaraan.

 Rujukan grid
o Kaedah untuk mencari kedudukan sesuatu tempat atau
objek dalam peta topografi dengan menggunakan
garisan grid melintang dan menegak.
o Rujukan grid 4 angka
Berdasarkan peta di atas, masjid Kg. Permatang Pasir terletak di RG 4674

o Rujukan grid 6 angka


 Bahagikan jarak antara dua Garisan Timuran
yang mengandungi objek kepada sepuluh
bahagian yang sama jaraknya dan nombornya.
Rujuk gambar rajah di bawah.

 Bahagikan jarak antara dua Garisan Utaraan


kepada sepuluh bahagian yang sama jaraknya
dan nomborkan. (Rajah (b)).
 Cari titik persilangan antara Garisan Utaraan
dengan Garisan Timuran yang merentasi
masjid.
 Kontor
 Magnetic Declination
 Simbol atau petunjuk peta
o Kenal pasti warna pada peta
 Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
 Perang - kontor & jalan raya
 Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
 Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
 Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
 Biru - kawasan berair
 Teknik membaca kompas
 Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

KOMPAS

 Alat yang dicipta untuk mencari arah, mengukur jarak dan menentukan kedudukan
 Jenis kompas
o Prismatik
 Digunakan oleh tentera
 Lebih kecil
o Orienteering
 Kompas Silva
 Direka oleh 3 beradik yang berminat dalam orienteering di
Sweden
 Bentuk
 Basplate compass
 Thumb compass
 Clip compass
 Ciri-ciri
 Tapak kompas
o Diperbuat daripada plastic lutsinar
o Mempunyai skala, kanta pembesar dan arah laluan
(following arrow)
 Rumah kompas
o Kapsul kompas mempunyai bacaan 360º
o Boleh diputar atau diselaraskan
o Mempunyai garisan orienteering
o Jarum kompas berwarna
 Merah – utara magnet
 Putih/ kuning – arah bertentangan utara magnet
o Kompas Marin
o Kompas Kiblat
o Kompas Digital
 Komponen Kompas

CARA BACAAN BEARING DAN ARAH LALUAN MENGGUNAKAN KOMPAS

 Peta dan kompas


o Letakkan kompas di atas peta selari dengan laluan yang hendak dituju
o Putarkan dial kompas sehingga tanda N dan garisan orienteering selari dengan
garis utara magnet pada peta
o Letak kompas dengan rata di atas tapak tangan
o Pusingkan badan sehingga jarum merah selari dengan panah merah yang
menandakan utara
o Anak panah menunjukkan arah tepat destinasi yang hendak dituju
o Bacaan bearing diambil mengikut bacaan dial pada tanda anak panah tuju
kompas ‘following arrow’.
 Kompas tanpa peta
o Letakkan kompas pada tapak tangan
o Halakan ‘following arrow’ ke arah sasaran
o Pusingkan dial sehingga jarum merah selari dengan tanda N pada kompas
 Back bearing
o Bacaan bearing daripada tempat yang telah dituju
o Jika bearing ke destinasi kurang daripada 180º, tolak 180º dengan bacaan
bearing tersebut
 Contoh (60°) 180°-60°=120°
o Jika bacaan bearing ke destinasi lebih daripada 180°, tolak bacaan tersebut
dengan 180°
 Contohnya (240°) 240°-180°=60°

Teknik-teknik Asas Orienteering

 Teknik melaras peta


o Melaras peta utara
 Untuk membetulkan kedudukan peta supaya sama dengan kedudukan
muka bumi
o Bentang peta di tempat yang rata/ tanah
o Letakkan kompas di atas peta
 Pastikan arah orienteering kompas selari dengan utara magnet peta
o Pusingkan peta dan kompas sehingga jarum magnetik selari dengan utara
magnet kompas
 Teknik susur tangan (Handrails)
o Teknik asas dalam pemilihan laluan dengan menggunakan ciri-ciri garisan
seperti jalan, lorong jalan kaki, sungai, pagar dan lain-lain.
o Mengenal pasti dahulu ciri-ciri yang boleh digunakan untuk susur tangan
sebelum bergerak ke destinasi.
 Teknik titik sasaran
o Ciri yang jelas pada ciri garisan atau yang berhampiran sebelum anda tiba di
kawalan yang dituju
 Simpang atau selekoh jalan atau sungai
o Pilih titik sasaran yang paling hampir ke destinasi.
o Perlahankan pergerakan apabila hampir ke titik sasaran
o Pastikan arah yang perlu diikuti dan jarak untuk menghampiri kawalan
o Boleh diikuti dengan teknik susur tangan
 Relokasi
o Teknik yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti kedudukan sebenar
atau sesat
o Peserta perlu berehat dan jangan panik
o Peserta tidak perlu bergerak atau merayau ke arah yang tidak dikenal pasti
o Laraskan semula peta kea rah utara
o Bandingkan ciri muka bumi yang boleh dilihat
o Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri terakhir yang
dilalui dan semak dalam peta
o Cari ciri garisan yang jelas sebagai permulaan semula pergerakan
o Teruskan bergerak ke titik kawalan
o Dapatkan bantuan sesiapa untuk kembali ke titik kawalan jika masih tersesat

Rujukan

Abd Rahim Md Nor (2004). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Buku Teks Geografi
Tingkatan 3. Malaysia: Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Mohd. Zaini Ujang (2005). Persatuan Orienteering Malaysia: Oreinteering Asas. Retrieved on
February 12, 2019 from
http://info.frim.gov.my/cfdocs/InfoCenter/NRE2005/Nota%20ringkasOrienteering.pdf

Kirk, Colin (2006). Canadian Orienteering Federation: “History of the Canadian Orienteering
Federation” (in English). Retrieved on February 12, 2019 from
http://www.orienteering.ca/HISTORY.htm

Kjernsmo, K. (2000). How to use a Compass - Compass and Map interaction. Retrieved
February 14, 2019, from http://www.learn-orienteering.org/old/lesson2.html

Anda mungkin juga menyukai