Anda di halaman 1dari 13

BELAJAR CARA BELAJAR

 Bahagian 1: Persediaan Untuk Belajar


 Bahagian 2: Persediaan Tempat Belajar
 Bahagian 3: Penggunaan Teknik Belajar Yang Betul
 Bahagian 4: Belajar dengan Lebih Efektif
 Tips Tambahan
 Amaran

Bahagian 1: Persediaan Untuk Belajar


Sebelum anda belajar ataupun mengulangkaji, andalah terbaik anda
mengetahui bagaimana untuk “bersedia untuk belajar“. Berikut adalah cara-
caranya.

1. Mengatur Masa
Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu
mengaturnya dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan
membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan
mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda
keputusan yang lebih dalam peperiksaan.
Jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran
yang anda sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang
pembelajaran (sains ataupun sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan
sekadarnya dan ianya munasabah, agar anda boleh ikut perancangan anda
dengan baik.

Anda perlu imbangkan sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum.


Sekiranya anda sedang mengalami masalah dalam kelas, anda perlu
pertimbangkan kerja sambilan ataupun aktiviti kokurikulum. Dalam keadaan ini,
anda perlu utamakan gred pembelajaran terlebih dahulu dan berhentikan untuk
sementara komitmen yang lain, sehinggalah keputusan anda meningkat.

Untuk pelajar kolej mahupun universiti, anda perlu memperuntukkan masa


mengulangkaji pelajaran bergantung kepada tahap kesukaran dan kadar jam
kredit sesuatu subjek tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai subjek fizik
sebanyak 3 jam kredit, anda perlu belajar 9 jam seminggu (3 jam x 3 tahap sangat
sukar).
Ataupun contoh yang lain: subjek sastera yang agak sukar, anda boleh
memperuntukkan 6 jam seminggu untuk subjek tersebut (3 jam x 2 tahap agak
sukar).

Walaubagaimanapun, di atas adalah sekadar cadangan sahaja, anda boleh


mengubah cadangan di atas mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa
yang pasti, anda perlu menguasai subjek tersebut, dan faham apa yang penting
untuk kehidupan anda.

2. Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri


Dapatkan rentak pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan dengan
jadual waktu anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh menangkap
dengan baik, dan ada sesetengah tidak. Oleh itu, cuba sesuaikan diri dan
berikan penekanan pada bahagian yang anda kurang.

Dan sekiranya anda seorang yang agak lambat untuk memahami sesuatu, anda
perlu peruntukkan masa yang lebih banyak untuk belajar.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi


Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur
yang mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan
yang sangat besar kepada prestasi pembelajaran anda.

Hal ini sangat penting sekiranya anda perlu mengambil ujian pada keesokan
harinya. Pastikan anda tidur pada malam sehari sebelum ujian itu, elakkan
daripada mengamalkan amalan tidak tidur sebelum ujian. Dan jangan belajar
last minute!

Satu kajian telah membuktikan bahawa orang yang mendapat tidur yang
mencukupi mempunyai prestasi yang jauh lebih baik daripada orang yang
tidak/kurang tidur dari segi ingatakan dan daya pemikiran.

Namun, jika anda memang tidak sempat untuk belajar atas sebab-sebab yang
lain, anda boleh mengambil tidur sekejap pada malam harinya untuk beberapa
minit (15-30 minit) sebelum mulakan ulangkaji. Kunci jam terlebih dahulu sebelum
tidur untuk mengelakkan daripada tidak jaga, ataupun minta rakan kejutkan
anda.

Setelah bagun, lakukan pergerakan fizikal sebelum mula mentelaah pelajaran.


Pengambilan kopi juga boleh membantu bagi kebanyakan orang.
4. Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan
Jika anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun
mahasiswa, anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini
boleh mengganggu tumpuan anda semasa belajar.

Oleh itu, anda sebaiknya menghilangkan gangguan tersebut sebelum


memulakan ulangkaji. Cuba selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang
boleh mengganggu anda itu terlebih dahulu sebelum anda mengulang kaji.

Tidak pun, anda boleh melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian
anda daripada komitmen yang lain. Antaranya anda bersenam ataupun
bersukan pada sebelah petang dan kemudian belajar pada sebelah malam.

5. Elakkan Gangguan Teknologi


Alatan elektronik seperti telefon pintar dan laptop serta talian internet
merupakan satu gangguan utama kepada para pelajar. Kenapa tidaknya,
kerana semuanya memberikan anda kebebasan untuk berhubung dengan
rakan-rakan dan menonton video-video kucing yang lucu tanpa henti.

Jujurlah, kebanyakan kita sangat mudah diganggu oleh media sosial seperti
Facebook, Twitter, Whatsapp, Youtube ataupun mana-mana media yang lain.
Anda boleh block ataupun menghalang komputer anda daripada mengakses
laman-laman sesawang tersebut untuk seketika.

Gunakan masa tersebut untuk belajar dengan sepenuh hati, dan setelah selesai,
anda boleh menyambung bersosial – tiada masalah.

Jika tidak berhasil, anda boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga
ataupun rakan untuk memegang alat elektronik anda (komputer, telefon bimbit)
seketika anda mentelaah pelajaran.

Bahagian 2: Persediaan Tempat Belajar


Menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran amatlah
penting kerana ia boleh meningkatkan daya tumpuan pelajar. Berikut adalah
beberapa cadangan:

1. Dapatkan Tempat Yang Sesuai Untuk Belajar


Anda yang ingin belajar, oleh itu anda perlu pandai memilih tempat belajar yang
sesuai dengan kehendak anda. Anda seharusnya selesa semasa belajar, itu
sangat penting untuk mengelakkan anda daripada merasakan belajar itu
membebankan.

Jika kerusi di perpustakaan tidak memberikan keselesaan, anda perlu berubah


kepada tempat yang lebih selesa. Selain tempat pembelajaran, pakaian anda
juga memainkan peranan. Cuba pakai pakaian yang anda rasa boleh
memberikan keselesaan kepada anda. Pakaian tersebut mungkin boleh jadi
yang tidak terlalu panas, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu menonjol (untuk
mengelak daripada mendapat perhatian orang awam).

Pada masa yang sama, elakkan belajar di tempat yang terlalu bising ataupun
boleh mengganggu perhatian anda. Namun, jangan terlalu sunyi ataupun selesa
sehingga anda boleh tertidur. Contohnya belajar di atas katil – saya tahu, para
pembaca pernah belajar di atas katil kemudian tertidur, dan menyesal pada

keesokan harinya

Belajar di meja adalah tempat yang paling sesuai dengan postur tempat duduk
yang optimum. Tidak terlalu rendah mahupun terlalu tinggi. Pastikan
meja/tempat duduk anda itu anda gunakan semata-mata untuk belajar,
bukannya untuk melayan filem di komputer.

Jika itu kesnya, ia boleh mengingatkan anda akan ‘rasa’ untuk menonton filem
semasa anda berada di meja tersebut – kerana anda sudah terbiasa dengan
keadaan tersebut.

2. Pilih Muzik Yang Sesuai


Sesetengah pelajar lebih menyukai keadaan yang sunyi untuk belajar, dan
sesetengah lain pula lebih menyukai melayan lagu semasa belajar. Mana-mana
pun tidak mengapa, asalkan ia memberikan kesan yang positif kepada prestasi
anda dalam pembelajaran.

Mendengar lagu ataupun musik boleh membantu anda untuk tenang,


melegakan emosi dan memberikan anda motivasi kepada anda. Jika anda
selesa dengan musik, anda digalakkan untuk mendengar lagu instrumental. Jika
tidak berminat, anda boleh juga mendengar mana-mana lagu dari artis
kegemaran anda, asalkan ia tidak memberi
gangguan kepada anda.

Elakkan daripada mendengar radio kerana perbualan DJ boleh memberikan


gangguan kepada anda. Tidak percaya cubalah!
Anda boleh membuat playlist lagu-lagu yang anda gemari di dalam mp3 player
ataupun dalam telefon pintar anda. Kemudian shuffle sepanjang anda belajar.

Contoh muzik instrumental yang sesuai untuk belajar:

3. Dengar Lagu Latar


Lagu latar ataupun senang dikenali sebagai background music juga boleh
membantu anda dalam pembelajaran. Ini merujuk kepda bunyi-bunyi alam
semula jadi seperti bunyi air terjun, hujan ataupun hutan boleh membuatkan
anda lebih fokus, pada masa yang sama tidak terlalu bising sehingga
mengganggu.

4. Tutup Televisyen (TV)


Belajar sambil menonton TV = 0% Belajar 100% Menonton TV

Ramai pelajar yang suka mengamalkan belajar sambil menonton TV, tapi
percayalah ia merupakan satu idea yang tidak tepat, walaupun ramai yang
menyatakan mereka boleh fokus lebih.

Faktor visual oleh TV secara tidak langsung boleh mengalihkan perhatian anda
dari buku ke kaca TV. Pada masa yang sama, percakapan/perbualan drama
dalam TV boleh meransang otak anda.

5. Makan Dengan Hemah


Makan makanan yang sihat dan berkhasiat semasa anda sedang belajar.
Elakkan makanan seperti jajan dan gula-gula yang mengandungi banyak gula
dan lemak.

Pilihlah makanan yang boleh membekalkan tenaga seperti buah-buahan


ataupun kacang. Jika anda inginkan manisan, makanlah coklat hitam (dark
chocolate). Minum air masak yang mencukupi, dan teh jika anda mahukan
kafein.

Anda digalakkan untuk mengambil makanan sebelum belajar, untuk


membekalkan badan anda dengan nutrisi yang cukup dan untuk elakkan
badan daripada lapar semasa belajar di dalam kelas.
Bahagian 3: Penggunaan Teknik Belajar Yang Betul
Apa gunanya anda belajar, tetapi menggunakan teknik yang tidak tepat dan
tidak boleh memberikan kesan yang positif kepada pencapaian akademik
anda? Ini boleh membantu:

1. Guna SQ3R
SQ3R Merupakan satu kaedah pembelajaran yang melibatkan pembacaan aktif
untuk membantu anda memahami dan menguasai sesuatu bahan tersebut.
Kaedah ini melatih anda untuk previu sesuatu bahan agar lebih bersedia.
SQ3R merupakan singkatan kepada:

Survey/Skim – anda melakukan imbasan yang singkat ke atas semua carta,


gambar, kata-kata kunci dan bahagian-bahagian yang terdapat di dalam
sesuatu topik subjek yang berkenaan. Berikan perhatian kepada learning
outcome yang sering dinyatakan dalam setiap topik/subjek pembelajaran,
kerana itulah yang anda perlu tahu dan kuasai.
Question – jadikan semua benda yang anda dapat dari Survey itu sebgai soalan,
seperti kenapa ini, kenapa itu, bagaimana, kenapa dan sebagainya.
Read – baca topik tersebut dengan perasaan untuk mencuba menjawab soalan
yang anda adakan sebelum ini. Pastikan anda mendapat jawapan kepada
soalan-soaln itu tadi dalam langkah ini.
Recite – ulangi jawapan-jawapan yang anda dapat secara lisan dan mana-
mana maklumat penting yang anda dapat dalam topik berkenaan.
Review – pastikan anda melakukan reviu kepada pembelajaran anda dan
ulanginya untuk subjek-subjek yang lain.
Untuk keterangan yang lanjut akan kaedah ini, sila tengok video ini:

2. Highlight Isi-Isi Penting


Gunakan highlighter ataupun kaedah menggaris isi-isi penting dalam teks
bacaan, agar anda lebih mudah untuk mengesannya semasa mengulangkaji
pelajaran. Namun begitu, janganlah menggaris kesemua petikan itu!

Highlight apa yang anda rasa anda perlu tahu dan ingat sudah mencukupi.
Untuk pilihan highlighter pula, cuba dapatkan yang berwarna kuning kerana ia
sangat sesuai untuk digunakan pada kertas putih. Penggunaan highlighter yang
berwarna merah ataupun hijau sesuai dengan kertas berwarna, tidak sangat
sesuai dengan kertas berwarna putih.

Untuk menggaris pula, digalakkan untuk menggunakan warna yang tidak sama
dengan warna tulisan dan menonjol, seperti merah.
Jika anda jenis yang kemas ataupun tidak suka menconteng buku, anda boleh
pilih untuk menggunakan sticker note. Ia sangat popular dalam kalangan pelajar
perempuan di sekolah menengah. Ia sangat mudah untuk didapati di mana-
mana kedai alat tulis seperti Popular.

Cara untuk menggunakannya adalah sangat mudah, anda perlu menulis nota-
nota penting secara ringkas ke atas kertas tersebut dan tampal pada sebelah
petikan bacaan anda untuk mengasingkan isi-isi penting yang berkaitan.

3. Buat Ringkasan
Salah satu cara yang paling mudah untuk belajar secara efektif adalah dengan
membuat nota ringkasan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dengan
berbuat demikian, anda akan mula berfikir akan fakta dan kaedah pemahaman
sesuatu dengan cara anda sendiri, bukannya dengan cara orang lain yang
mana mungkin boleh mengelirukan anda.

Jika anda mempunyai bilik persendirian, anda boleh tingkatkan keberkesanan


membuat nota ini dengan membacanya dengan kuat. Sangat sesuai dengan
orang yang lebih selesa dengan kaedah pembelajaran secara verbal.

Jika anda mempunyai masalah untuk mengingati nota anda, cuba mengajar
apa yang anda faham ataupun apa yang anda tulis kepada rakan anda. Cara
ini sangat berkesan untuk menambahkan kefahaman anda kepada sesuatu
topik tersebut.

Anda boleh mengagihkan topik-topik kepada rakan-rakan anda, dan setiap


orang perlu membentangkan beberapa topik. Lakukan secara bergilir-gilir,
percayalah teknik ini sangat berkesan.

Dan, semasa membuat nota, anda digalakkan untuk menggunakan pelbagai


warna. Hal ini kerana warna-warni boleh meransang otak kita jika dibandingkan
dengan nota yang berwarna hitam putih sahaja.

4. Buat Flash Card


Anda boleh menukarkan nota-nota anda menjadi flash card untuk
memudahkan anda membawanya kemana-mana sahaja. Hal ini sangat sesuai
jika anda mengamalkan kaedah pengambilan nota Cornell, yang mana
melibatkan kaedah mengatur nota mengikut kata kunci (macam indeks). Anda
juga boleh menggunakan flash card ini untuk nota definisi ataupun maksud
sesuatu istilah sains.
Ataupun anda boleh membuat soalan pada satu lampiran dan jawapannya
pada lampiran yang lain. Ia sangat sesuai kerana flash card memang untuk
tujuan di-flip dan senang dibawa.

5. Kaedah Perkaitan
Antara kaedah belajar yang berkesan adalah dengan mengaitkan sesuatu
fakta/infomasi yang baharu dengan sesuatu yang sudah lama anda tahu.

Sebagai contoh, anda berkenalan dengan seseorang yang baharu, dan


kebetulan namanya adalah sama dengan nama kakak anda. Tidakkah anda
akan senang mengingati namanya berbanding dengan nama yang anda
jarang dengar.

Apa yang hendak saya bawa disini adalah dengan melakukan perkaitan antara
dua perkara, ia boleh meransang ingatan anda! Berikut adalah beberapa cara
yang anda boleh guna.

i. Kaitkan dengan Kegemaran anda


Sekiranya anda gemar mendengar lagu, melukis mahupun menari, anda boleh
mengaitkannya dengan pembelajaran dan jadikan hobi anda kepada alat
bantuan belajar. Sebagai contoh, anda boleh menyanyikan nota-nota belajar
dalam rentak lagu kegemaran anda. Percaya atau tidak, sudah banyak
pendekatan seperti ini digunakan untuk memudahkan pembelajaran.

Antaranya adalah ini:

Jika anda suka melukis pula, anda boleh melakarkan nota-nota kedalam bentuk
cerita ataupun lukisan, tidaklah bergantung kepada tulisan yang membosankan
sahaja.

ii. Gunakan Singkatan Perkataan (Acronym)


Kaedah ini boleh dikatakan sangat popular digunakan dalam subjek sejarah dan
sains. Kaedah ini sangat sesuai untuk mengingat fakta-fakta dan nota-nota yang
bersifat senarai ataupun sesuai proses.

Cara-cara adalah dengan menggunakan huruf pertama dalam setiap senarai


dan jadikan senarai perkataan yang lebih menarik.
iii. Peta Minda
Membuat peta minda tidak asing lagi dalam kalangan pelajar. Konsepnya
adalah dalam pengembangan nota dan isi-isi penting dalam cabang dan
ranting peta minda tersebut.

Cara-cara membuat peta minda adalah bermula dengan topik besar akan
sesuatu, biasanya akan diletakkan ditengah-tengah peta minda. Kemudian,
cadang-cadang akan dilukis mengikut kreativiti masing-masing mewakili sub-
topik subjek tersebut. Setelah itu, ranting-ranting yang lebih kecil pula akan diukir
untuk ditempatkan isi-isi penting.

6. Pecahkan Kepada Bahagian Yang Lebih Kecil


Salah satu kaedah pembelajaran adalah dengan mengecilkan skop kepada
beberapa bahagian. Ia dapat meringankan beban dan persepsi anda akan
sesuatu topik tersebut. Anda juga boleh mengasingkan nota mengikut topik, kata
kunci ataupun mana-mana pembahagian yang anda rasa sesuai.

Kaedah ini bertujuan untuk mengurangkan beban otak anda, kerana manusia
tidak boleh mengingati sesuatu yang banyak dalam masa yang sangat singkat,
namun tidak mustahil jika dalam jangka masa yang lama dan berperingkat-
peringkat.

Bahagian 4: Belajar dengan Lebih Efektif


Berikut pula adalah beberapa teknik belajar yang anda boleh amalkan semasa
mengulangkaji.

1. Berikan Badan Rehat


Jika anda belajar untuk beberapa jam dalam satu sesi, pastikan anda
mengambil rehat sekurang-kurangnya 5 minit setiap setengah jam ataupun
sejam. Ini boleh membantu peredaran darah ke otak anda, pada masa yang
sama boleh memberikan ketenangan kepada fikiran anda. Keadaan tersebut
boleh meningkatkan daya ingatan dan tumpuan anda.

Semasa rehat tersebut, anda bolehlah mengambil sedikit snek, pergi ke tandas
mahupun lakukan sedikit senaman ringan agar badan anda sentiasa segar untuk
sesi seterusnya.

2. Ambil Nota Dalam Kelas


Semasa dalam kelas, pastikan anda mengambil nota apa yang penting
disampaikan oleh guru anda. Anda tidak perlulah gunakan ayat yang lengkap
dengan tatabahasa yang cantik molek, sekadar anda boleh baca untuk rujukan
semula sudah memadai. Anda boleh mencantikkan nota tadi kemudian hari,
apa yang penting adalah jangan ketinggalan dalam ilmu yang dicampaikan.

Semasa mencatat, gunakan ringkasan agar anda dapat menyalin dengan lebih
cepat. Adalah lebih baik jika anda boleh membuat singkatan sendiri untuk tujuan
ini, tidak pun gunakan yang biasa orang guna. Sebagai contoh, anda ingin
menulis “yang”, singkatkannya kepada “yg” ataupun “y” sahaja. Senang kan?

Untuk dapatkan keberkesanan yang lebih dalam menyalin nota dalam kelas,
cuba bertanyakan soalan kepada guru semasa dalam kelas. Tanya berkaitan
dengan nota yang anda salin. Dapatkannya jawapannya dan salin sebagai
nota kaki kepada nota asal anda. Selain anda mendapat lebih dari kelas anda,
anda juga secara tidak langsung memberikan sumbangan kepada seluruh
rakan-rakan sekelas anda.

Selain mendapat ilmu, anda juga boleh elakkan daripada rasa mengantuk
semasa dalam kelas dan akan dalam keadaan terjaga.

3. Cantikkan Nota Di Rumah


Semasa anda mencatat nota dalam kelas, anda perlu utamakan catatan
tersebut bukannya kekemasan nota itu. Hal ini kerana kekemasan dan
pemahaman boleh dibuat luar kelas, sebaik sahaja kelas itu tamat.

Anda digalakkan untuk kemaskan segala nota-nota belajar anda pada hari
yang sama kelas tersebut dijalankan. Hal ini kerana apa yang anda belajar masih
segar dalam ingatan, dan anda boleh lengkapkan nota, jika terdapat mana-
mana bahagian yang tertinggal.

Kaedah ini secara tidak langsung menggalakkan anda untuk mengulangkaji


pelajaran. Sesetengah orang lebih mudah untuk mengingat dengan banyak kali
mengulang sesuatu.

4. Jadikan Belajar Lebih Menarik


Kenyataan yang logik ataupun yang biasa didengari kadangkala tidak
memberikan tarikan kepada anda, sebagai contoh “belajarlah rajin-rajin, nanti
dapat keputusan yang baik, boleh pergi ke universiti yang baik, lepas itu boleh
kerja yang banyak gaji” – saya tak rasa menarik langsung dengan kenyataan
biasa itu.
Sebaliknya, anda perlu wujudkan sesuatu yang menarik kepada anda untuk
belajar. Kaitkan apa yang anda belajar dengan sesuatu yang anda suka.
Mungkin langkah/kaedah ini agak sukar untuk dipraktikkan, namun kebanyakan
kes para pelajar lebih berminat untuk belajar.

5. Ulangkaji Subjek Yang Sukar Terlebih Dahulu


Semasa mengulangkaji pelajaran, mulakan dengan subjek yang anda rasa sukar
terlebih dahulu. Hal ini untuk memberikan seluruh tumpuan yang masih segar
anda kepada subjek yang anda perlu tekankan terlebih dahulu. Kemudiankan
subjek-subjek yang anda rasa agak senang untuk skor.

Semasa mengulangkaji, tekankan apa yang sangat penting dahulu. Fakta-fakta


yang kecil itu dikemudiankan pun boleh. Utamakan asas-asas dahulu.

Janganlah anda membaca buku teks dari muka depan ke muka akhir secara
linear sahaja, dan menghafal fakta-fakta yang anda dapat sepanjang jalan
anda membacanya. Sebaliknya, daya ingatan kita lebih kuat jika kita boleh
mengaitkan fakta-fakta sesuatu. Selepas baca setiap bab, cuba kaitkannya
dengan satu sama lain. Senaraikan apa yang sama, apa yang berbeza, apa
kaitannya, dan sebagainya.

Bagi pelajar di universiti, pensyarah kadang-kadang ada menyatakan apa yang


penting dan apa yang perlu ditekankan. Oleh itu, anda perlu gunakan petua
yang pensyarah anda bagi.

6. Fahami Definisi dan Maksud


Bagi sesetangah subjek, definisi ataupun maksud sesuatu perkataan sangat
memainkan peranan yang penting. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan
subjek yang banyak memerlukan anda menghafal definisi sesuatu, anda perlu
dapatkan pemahaman yang mendalam akan maksud tersebut.

Jangan hafal semata-mata hafal, sebaliknya fahami apa yang hendak


dimaksudkan dan cuba membuat definisi perkataan tersebut dengan ayat yang
anda sendiri. Anda akan sedari bahawa anda akan lebih mudah untuk
mengingati ayat yang diolah oleh anda sendiri.

7. Buat Kumpulan Belajar (Study Group)


Anda digalakkan untuk membentuk satu kumpulan belajar dimana anda semua
boleh berkongsi apa yang masing-masing dapat semasa menjalani kelas. Anda
boleh bertukar- tukar nota, flash card, latihan dan anda boleh mengajar ahli
yang masih tidak mahir dalam mana-mana topik.
Anda boleh membahagikan ahli kumpulan untuk menerangkan mana-mana
topik kepada semua ahli. Lakukannya setiap kumpulan belajar setiap hujung
minggu ataupun bila-bila masa yang anda rasa selesa.

Namun, perlu ingat, banyak kumpulan belajar tidak berbuahkan hasil kerana
sesetengah pelajar tidak memberikan kerja sama yang baik. Oleh itu, sebelum
membentuk kumpulan belajar, pastikan anda membuatnya dengan ahli-ahli
yang betul-betul berminat untuk belajar dan boleh memberikan komitmen.

Tips Belajar Tambahan


1. Selain menghafal, anda perlu mengetahui/menguasai apa yang anda hafal
tersebut, sehingga anda boleh menerangkannya kepada rakan-rakan yang lain.

2. Belajar dengan orang yang rajin dan pintar boleh memberikan anda
semangat. Seeloknya jadikan mereka sebagai rakan belajar anda.

3. Berikan kekuatan untuk anda belajar dengan menonton video atau


mendengar kata-kata semangat.

4. Belajar satu subjek dalam sesuatu masa. Elakkan campur aduk dengan subjek
yang lain.

5. Berikan rehat dan hadiah kepada diri sendiri setelah anda berhasil mencapai
sesuatu, seperti menyiapkan latihan ataupun mendapat keputusan yang
cemerlang. Kadang- kadang anda pun perlu bergembira.

6. Jangan menangguhkan kerja. Belajar dan ulangkaji pelajaran pada awal


wakut untuk elakkan daripada tidak sempat pada saat akhir.

7. Kebanyakan buku teks mempunyai chapter review pada permulaan topik.


Jadikan ia sebgai satu panduan akan apa yang anda perlu kuasai.

8. Pastikan anda faham konsep subjek/topik yang anda sedang pelajari. Jika
tidak, anda akan merasakan ianya tersangat sukar.

9. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, anda digalakkan untuk menyalin


semula apa yang anda ingat ke atas kertas putih.
10. Jangan lupa akan keberkatan ibu bapa dan para guru. Pastikan anda
meminta mereka doakan anda untuk mencapai keputusan yang baik.

Amaran
1. Jangan belajar ketika anda tertekan ataupun stress, kerana tidak akan
berhasil. Usaha anda akan sia-sia. Adalah terbaik jika anda hilangkan tekanan
tersebut sebelum memulakan ulangkaji/belajar.

2. Jangan belajar ataupun ulangkaji sehingga tidak menjaga kesihatan. Anda


perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerapkan bersukan semasa
anda menuntut ilmu.

Kesimpulan
Belajar tiada akhirnya. Belajar tiada titik noktah. Oleh itu, anda perlu memanfaat
apa yang anda ada sekarang untuk belajar dengan sebaiknya, dan dapatkan
keputusan yang berbaloi dengan usaha yang anda curahkan.

Saya berharap panduan yang disenaraikan di atas dapat membantu anda


dalam pembelajaran anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan
ataupun tambahan kepada senarai di atas, bolehlah berbuat demikian di
bahagian komen di bawah.

Anda mungkin juga menyukai