Anda di halaman 1dari 4

Sekolah Kebangsaan Jelempok

Bercerita lelaki

TAJUK : KISAH NABI ADAM SI SYURGA

Bismillahirrahmanirrahim. Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh... dan


salam 1 Malaysia. Sekalung ucapan terima kasih digubah untuk pengerusi, barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana dan ucapan ukhwah kepada guru-guru serta
gugusan sahabat sekalian.

Salam dihulur tanda pengenalan, Diserikan dengan senyuman menawan, Di


pagi yang ceria hamba sembahkan, Kisah Nabi Adam di syurga menjadi pilihan.

Sahabat sekalian, Keadaan di dalam Syurga Allah SWT amatlah penuh


dengan keindahan yang sempurna. Tiada cacat cela dan kekurangan. Maka dengan
kehendak Allah SWT dan dengan kekuasaan yang Maha Kuasa menjadikan Nabi
Adam sebagai penghuni syurga Nya, manusia pertama yang dicipta daripada tanah.
Firman Allah SWT

َ‫ب ث ُ َّم ِإ َذا أ َ ْنت ُ ْم بَشَر ت َ ْنت َ ِش ُرون‬


ٍ ‫َو ِم ْن آيَاتِ ِه أ َ ْن َخلَقَ ُك ْم ِم ْن ت ُ َرا‬
yang bermaksud , Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya
(menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah;
setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi
manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. ( surah Ar-Rum ayat 20 )

Ya, manusia dijadikan oleh Allah SWT, sebaik-baik makhluk ciptaannya. Namun
sayangnya, kini, kita dapati bayi-bayi dibuang di sana sini. Selain itu, berlaku juga
pemerdagangan bayi.

Sidang hadirin sekalian, Sesungguhnya Allah SWT telah mengarahkan para


malaikat, iblis dan semua isi syurga supaya sujud hormat kepada Nabi Adam.
Namun, Iblis enggan menuruti perintah Allah swt itu. Maka jadilah Iblis sebagai
makhluk yang dilaknat oleh Allah swt.
Sekolah Kebangsaan Jelempok

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:

َ‫ْلِيس‬‫ِب‬ ‫ِا‬
‫َّل إ‬ ‫د وا إ‬َُ‫َ سَج‬
‫َ مَ ف‬ ِ ‫د وا‬
‫ِل د‬ ُُ‫ِكَةِ اسْج‬ َ‫ْم‬
‫ََل ئ‬ ‫ْ نَا ل‬
‫ِل‬ ‫قل‬ُ ْ
‫ِذ‬‫َإ‬
‫و‬
َ
‫ِرِي ن‬ ْ‫َ ا‬
‫ل كَا ف‬ ‫َ مِن‬‫َكَا ن‬
‫َ و‬ ‫َاسْتَكْبَر‬ ‫ٰ و‬
‫َى‬‫َب‬‫أ‬

"Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya


tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah
ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah ayat 34)

Dengan penciptaan Nabi Adam ini, ia menimbulkan kebimbangan kalangan


malaikat. Namun, Allah swt menyatakan kepada mereka bahawa Allah swt Maha
Mengetahui apa yang dilakukan. Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada
Malaikat;

‫ِي‬‫ِنِي جَاعِل ف‬‫ِكَةِ إ‬ َ‫ْ م‬


‫ََل ئ‬ ‫ُّ كَ ل‬
‫ِل‬ ‫َب‬ ‫ر‬ َ
‫ق ال‬َ ْ‫ِذ‬
‫َإ‬‫و‬
ُِ‫ْس‬
‫د‬ ‫يف‬ُ ْ
‫َن‬‫َا م‬ ‫ُ ف‬
‫ِي ه‬ ‫َل‬ ‫َت‬
‫َ جْع‬ ‫ال وا أ‬ُ ‫ق‬َ ً
‫َة‬
ۖ ‫ِ خَل‬
‫ِي ف‬ ‫ْلَر‬
‫ْض‬ ْ‫ا‬
َ‫ِ ك‬
‫مد‬َْ‫ُ بِح‬
‫ن سَبِح‬ ‫َ حْن‬
ُ ُ ‫َن‬‫َ و‬ ‫ِم‬
‫َا ء‬ ‫ِكُ الد‬
‫َسْف‬‫َي‬‫َا و‬‫ِي ه‬
‫ف‬
َ
‫م ون‬ َُ‫ْل‬‫َع‬ َ ‫َا‬
‫َّل ت‬ ‫َعْل‬
‫َ مُ م‬ ‫ِنِي أ‬‫َ إ‬ َ َ
‫ق ال‬ ۖ‫ل ك‬ ‫َد‬
َ ُ‫ِس‬ ‫نق‬َُ
‫و‬

yang membawa maksud "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang


khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di
bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah ayat 30)

Kini, kita saksikan bahawa sifat takbur dan bangga diri telah banyak
menjatuhkan diri sendiri contohnya para pemimpin dunia ramai yang bersifat takbur
telah jatuh kerajaannya. Pengajarannya, kita jangan bongkak dan takbur dan jangan
buruk sangka terhadap orang lain.

Tahu kah sahabat sekalian, Sesungguhnya kehidupan Nabi Adam di dalam


syurga telah dikurniakan ilmu pengetahuan yang tinggi dan para Malaikat berasa
Sekolah Kebangsaan Jelempok

takjub dengan ilmu baginda. Baginda mengetahui semua nama benda. Malaikat
amat menghormati Nabi Adam.

Malaikat itu menjawab:

‫َا‬
‫َل م‬‫ِا‬
‫َا إ‬ ‫لن‬ ‫ْم‬
َ َ ‫َل عِل‬ َ َ‫ْح‬
َ َ‫ان ك‬ ‫ال وا سُب‬ُ َ‫ق‬
ُ ْ ُ
‫ال حَك‬
‫ِي م‬ ‫َل‬
‫ِي م‬ ْ َ
‫ال ع‬ ‫نت‬َْ ‫ِا‬
‫ن كَ أ‬ ‫ۖ إ‬ ‫ام‬
‫ْ تَنَا‬ ‫عَل‬

Yang membawa maksud "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak
mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
(Al-Baqarah ayat 32)

Namun, sebaliknya, Iblis berdendam dengan baginda dan ia berjanji untuk


menyesatkan keturunan Nabi Adam iaitu kita semua. Negara kita Malaysia pada
masa ini dalam keadaan aman damai dan kita mesti bersyukur. Pengajarannya, kita
wajib menanamkan sifat syukur atas nikmat dari Allah swt ini.

Betapa sunyi dan kesepian, Terasa kini tanpa ditemani, Dicipta Hawa untuk
mu Adam, Ibu sekalian umat manusia. Ketika Nabi Adam berada di syurga yang
penuh dengan kenikmatan yang sempurna, baginda masih merasa sunyi. Maka,
Allah swt telah menciptakan Hawa sebagai isterinya yang diambil dari tulang rusuk
Nabi Adam. Maka, baginda pun tidak merasa sunyi lagi selepas itu. Allah swt juga
melarang Nabi Adam dan isterinya daripada memakan buah khuldi. Dan kami
berfirman:

َ ْ َ‫ْجُك‬
‫ال جَناة‬ ‫َو‬ ‫َ و‬
‫َز‬ ‫نت‬َْ‫ْ أ‬‫ُ اسْكُن‬‫َم‬
‫ي ا آد‬َ ‫ْ نَا‬
‫ُل‬‫َق‬‫و‬
ِ
‫ِه‬‫َٰ ذ‬
َ
‫با ه‬ ‫ْر‬
ََ ‫تق‬ ََ
َ ‫َل‬ ‫َا و‬ ‫ُ شِئْتُم‬‫ْث‬ ‫َغَد‬
‫ً ا حَي‬ ‫َا ر‬ ‫ْه‬
‫َل مِن‬َُ
‫َك‬‫و‬
َ ِ‫َ الظاا‬
‫ل مِي ن‬ َ ُ‫َتَك‬
‫ون ا مِن‬ ‫َ ف‬‫َة‬‫الشاجَر‬

"Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isteri mu dalam syurga, dan


makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai,
dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka
akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah ayat
35)
Sekolah Kebangsaan Jelempok

Buah larangan disantap mereka, Adam dan Hawa tercampak ke dunia, Berakhirlah
kisah Adam di syurga, Nabi Adam dikeluarkan oleh Allah swt dari syurga kerana tipu
daya Iblis. Baginda dan isterinya diperdaya memakan buah khuldi.

Pada hari ini, syirik dan murtad serta gejala sosial semakin membimbangkan
kita semua. Oleh itu kita mesti kuatkan iman dan bertekad jangan mudah terpedaya
dengan hasutan syaitan.

Sidang hadirin sekalian, Begitulah kisah Nabi Adam di syurga. Moga-moga


kita akan dapat mengambil iktibar dan teladan dari cerita tadi.

Terbang sekawan si burung nuri,

Hinggap sebentar di dahan meranti,

Hamba ingin mengundur diri,

Silap kata harap dimaafi.

Wabilahitaufiwalhidayah

wassalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai