Anda di halaman 1dari 5

Ulasan Persembahan

Teater Muzikal Uda Dan Dara

Anthropini Techni Production (UPSI)

Tajuk : Uda dan Dara

Watak-watak : Uda, Dara, Malim, Mak Dara, Alang Bakhil, Utih, Pemuda Kampung, Pak Long,

Pak Guru, Pak Lebai, Ngah Muda, Penjual Kuih, Dayang, Pak Tua, Mak Bedah, Gadis Kampung, Mak

Long, Mak Temah

Bentuk teater : Teater Muzikal

Ulasan

a) Unsur teater

i. Pelaku : Pelaku terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaku manusia dan pelaku bukan manusia.

Dalam pementasan ini, hanya terdapat pelaku manusia sahaja. Contohnya seperti Uda, Dara,

Malim, Pementasan ini juga terbahagi kepada dua jenis watak seperti watak pratagonis dan watak

antagonis. Watak yang bersifat pratagonis adalah Uda, Dara dan Utih manakala watak yang

bersifat antagonis pula adalah Alang Bakir dan konco – konconya. Watak Uda dan Dara adalah

dinamik dimana wataknya berubah – ubah dari segi emosi dan perakuannya. Dari aspek vokal

pula, kesemua pelakon dapat melontarkan suara dengan projeksi suara yang jelas dan dari segi
aspek artikulasi pula, pelakon mampu menjaga artikulasi dengan baik semasa pementasan ini

dijalankan. Dari segi intonasi pula, penekanan pada watak Dara sangat tinggi apabila Dara

seorang yang sangat lemah – lembut dan bersopan – santun. Amirah Razak sebagai pemenggang

watak Dara mampu menunjukkan ekspresi wajah semasa melakonkan watak ini. Secara

keseluruhannya, lakonan naskah Uda dan Dara ini baik dan mudah difahami oleh penonton yang

hadir.

ii. Ruang : Ruang pentas yang digunakan ialah ‘proscenium’. Pelaku dapat menguasai ruang

dan posisi dengan baik. Dari segi posisi pelaku telah menggunakan kesemua posisi di dalam

pementasan ini. Pengarah juga dapat mengawal pelakon menggunakan notasi blocking para

pelakon dengan baik.

iii. Mesej : Mesej yang ingin disampaikan dalam pementasan ini adalah tentang bagaimana

orang bawahan ditindas dengan orang atasan disamping kisah percintaan yang mengatasi wang

ringgit.

iv. Naskhah Lakon

KLIMAKS

KONFLIK

EKPOSISI PELERAIAN
Eksposisi : Mengisahkan tentang percintaan antara darjat dan wang ringgit yang ditolak

pinangan Mak Uda untuk dihantar kepada Mak Dara kerana Mak Dara ingin Dara bersama

dengan orang lelaki bandar yang lebih banyak wang dan ringgitnya berbanding Uda yang

hanya mengharapkan kepada hasil daripada sawah padi sahaja. Namun, Uda tidak berputus asa

dan dia pergi ke bandar untuk mencari wang ringgit walaupun keputusanya itu tidak

dipersetujui oleh ibunya, rakan-rakan dan seluruh masyarakat di kampung itu. Uda pergi ke

bandar sambil membawa bekal-bekal yang diberikan oleh seluruh orang di kampung itu dan

tidak lupa juga dia membawa barang yang diberikan oleh gadis kesayanganya, Dara.

Konflik: Setelah Uda pergi ke Bandar meninggalkan ibunya, rakan-rakan dan semua

keluarganya, Alang Bakhil bersama konco – konconya pula datang ke kampung untuk

berjumpa dengan Mak Uda. Tujuannya adalah mengambil kesemua padi-padi milik Mak

Uda. Mak Uda mengambil keputusan untuk tidak memberi kesemua padinya kepada Alang

Bakhil. Keputusan Mak Uda untuk tidak memberi padi-padi tersebut membuatkan Alang

Bakhil berasa sangat marah dan menyuruh orang-orangnya itu untuk memukul Mak Uda.

Jeritan Mak Uda yang menandakan dia sakit itu membuatkan Utih melawan orang - orang

Alang Bakhil. Namun, Utih juga turut dipukul, masyarakat di kampung itu menjadi huru-hara.

Sehinggalah Malim dan rakan-rakan silatnya yang lain datang dan melawan Alang Bakil dan

orang-orangnya. Alang Bakhir dan orang-orangnya terus berlari meninggalkan kampung itu.

Mak Uda memberitahu semua orang disitu supaya tidak menyampaikan kepada Uda tentang

peristiwa ini.
Klimaks : Alang Bakhil berjumpa dengan Mak Dara dan menyuruh Mak Dara untuk

mengahwinkan Dara dengan lelaki bandar. Dalam masa yang sama mereka berdua ada

merancangkan sesuatu untuk memisahkan Uda dan Dara. Setelah penat mencari wang dan

ringgit, Uda pulang ke kampung dengan penuh gembira. Dia sudah lama tidak melihat wajah

ibunya itu. Orang kampung turut gembira dengan kepulangan Uda yang sudah lama

meninggalkan kampung itu.

Peleraian : Dara menunggu akan kehadiran Uda. Mereka akhirnya berjumpa setelah lama

tidak bersua. Tidak lama mereka berborak, kedengaran ada orang sedang menembak. Tiba-tiba

Uda jatuh. Uda meninggal dunia disebabkan terkena tembakan itu. Semua orang kampung turut

sedih atas kehilangan Uda. Malim sahabat baiknya itu telah mengambil keputusan untuk

berperang dengan Alang Bakir walaupun pada mulanya dihalang oleh Pak Long sendiri.

v. Penonton Kolektif : Penonton yang hadir ke pementasan ini adalah pelajar-pelajar dari

Sekolah Seni Malaysia Perak, Sekolah Sains Tapah, SMK Tinggi Selang Selangor dan SMK

Kuala Lumpur. Ketika pementasan dijalankan, terdapat penonton yang keluar ke tandas, ada juga

yang mengeluarkan telefon bimbit dan ada juga penonton yang memberi respon semasa

persembahan dijalankan.

vi. Gabungan Pelbagai Seni : Dari segi aspek ini, terdapat pemuzik -pemuzik dari pelajar

Diploma Jurusan Muzik yang memainkan lagu yang terdapat di dalam Drama Uda dan Dara.

Contoh alat muzik yang digunakan adalah flute, jido, drum, keyboard, serunai dan lain – lain

lagi.
b) Sinografi

i. Set dan Prop : Set yang digunakan dalam pementasan teater ini, dimana mereka

menggunakan set yang kampung seperti rumah, pangkin dan banyak lagi. Prop yang

digunakan dalam pementasan teater ini pula ialah, daun, guni padi dan lain – lain lagi.

ii. Kostum : Kesemua pelakon memakai kostum yang sesuai dengan latar masa dan watak

masing - masing. Mereka dikatakan mengeluarkan seorang RM 300 untuk pemberlanjaan

kostum.

iii. Tatarias : Kesemua pelaku memakai ‘make up’ korektif berdasarkan karakter masing-

masing dan sesuai dengan latar tempat dan latar masyarakat. Mereka juga memakai make-

up yang berjenama Kryolan. Di dalam tatarias ini, watak Pak Guru adalah watak yang

mengambil masa 2 jam untuk disiapkan kerana menggunakan janggut yang diperbuat

daripada benang guni.

c) Nilai dan pengajaran.

Nilai yang terdapat di dalam pementasan ini, kita perlulah berbuat baik dengan semua orang tidak kira

kaya atau miskin sekali pun. Kita juga sebolehnya membantu orang yang susah bukannya mengkeji

mereka walaupun mereka susah. Kita juga sebolehnya membantu mereka yang susah bak kata pepatah

“susah – susah dahulu, bersenang – lenang kemudian” kita juga boleh melakukan amalan berdasarkan

pepatah ini.Kita juga perlu berani mempertahankan hak kita .