1. Kempen Ceria Mr DIY x Glade akan berlangsung dari 15 Jun 2019 hingga 31 Ogos
2019 (“Tempoh Kempen”). Mr. D.I.Y. Trading Sdn. Bhd. dan S.C. Johnson & Son (M)
Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh
Kempen tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang
diterima di luar Tempoh Kempen akan dibatalkan secara automatik.
2. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang
berumur 18 tahun ke atas (pada 15 Jun 2019) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-
ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau
berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak
Penganjur.
5. Hadiah-hadiah Kempen:
a. Hadiah Utama x 1: Perodua Aruz 1.5 X.
b. Hadiah Pertama x 4: Vespa S125 setiap satu.
c. Hadiah Kedua x 6: Samsung Galaxy S10+ 128 GB setiap satu.
d. Hadiah Sagu Hati x 100: RM100.00 Baucar Mr DIY setiap satu.
e. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh
Kempen.
f. Hadiah Utama dan Hadiah Pertama tidak termasuk insurans, pendaftaran dan
cukai jalan, di mana kos-kos tersebut akan ditanggung oleh pemenang. Pihak
Penganjur berhak menukar warna kereta dan motosikal ke warna yang lain.
g. Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam
puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah. Hadiah-
hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan
kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.
h. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau
sebelum penuntutan hadiah Peraduan sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti
pengenalan diri yang diterima oleh pihak Penganjur adalah Kad Pengenalan
Malaysia atau Lesen Memandu. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan
kelayakan peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti
pengenalan diri.
i. Pihak Penganjur berhak atas budibicara mutlaknya untuk menggantikan mana-
mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa
tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh
dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas
sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah
diberikan dalam 'keadaan sedia ada'.
6. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku
sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam
Kempen ini.
7. Dengan menyertai Kempen ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi
maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama
dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti,
pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun
pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas
penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.
8. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk
memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat
ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan
digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat
peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur
dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini untuk
tujuan pemasaran dan promosi yang kini dan di masa hadapan serta untuk
menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya anda memaklumkan
pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1800-88-0081 bahawa maklumat
tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak
Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau
dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.
9. Dengan menyertai Kempen ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma
dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.
10. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan
Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para
peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
11. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan
dilayan.