Anda di halaman 1dari 4

2.

0 ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka surat

1. Borang Maklum Balas 1

2. Prakata 2

3. Isi kandungan 3

4. Penulisan refleksi 4-5

5. Kesimpulan 6

6. Lampiran 7-8
3.0 PENULISAN REFLEKSI

3.1 TEKAN TUBI

Semasa melaksanakan ujian pra SEGAK, saya berada pada tahap superior dengan
mendapat skor 5 bagi tekan tubi dengan catatan sebanyak 41 kali. Manakala, bagi ujian post
pula saya mendapati berlakunya penurunan di mana bilangan tekan tubi yang berjaya saya
lakukan hanyalah sebanyak 35 kali sahaja. Walaupun keputusan tekan tubi bagi ujian post
saya masih berada di tahap superior, namun berlaku penurunan dari segi bilangan tekan tubi
yang dilakukan. Hasil dapatan saya mendapati bahawa saya kurang melakukan latihan yang
melibatkan daya tahan otot tangan terutama sekali otot biceps selepas ujian pra
menyebabkan otot-otot tangan saya tidak berada pada tahap yang baik. Hal ini terjadi
mungkin kerana terlalu masa saya terlalu banyak dihabiskan di hadapan komputer riba untuk
melakukan tugasan memandangkan minggu peperiksaan makin mendekat.

3.2 NAIK TURUN BANGKU

Bagi ujian naik turun bangku pula, skor yang saya peroleh semasa ujian pra ialah skor 3
dengan mencatatkan kiraan nadi dalam masa seminit sebanyak 107 kali denyutan. Walau
bagaimanapun, berlaku penurunan prestasi ketika menjalankan ujian ini bagi ujian post di
mana saya hanya mendapat skor 2 sahaja dengan kiraan sebanyak 123 kali kiraan nadi. Hal
ini demikian kerana saya melakukan ujian naik turun bangku ini dengan kiraan yang pantas
menyebabkan kadar nadi saya meningkat secara mendadak. Selain itu, faktor kurang cergas
juga menjadi penyumbang ke arah kemerosotan ini kerana saya jarang berjoging mengelilingi
maktab dek kerana kekangan waktu pada waktu petang.
3.3 RINGKUK TUBI SEPARA

Ujian ringkuk tubi separa ini dijalankan bagi menguji daya tahan dan kekuatan pada oto
abdomen pelajar. Bagi ujian pra, saya berjaya melakukan ringkuk tubi separa sebanyak 31
kali sahaja iaitu berada pada tahap superior namun pada ujian post, saya telah meningkatkan
bilangan perlakuan ringkuk tubi separa dengan merekodkan bilangan sebanyak 36 kali. Hal
ini demikian kerana selepas menjalani ujian pra, saya lebih banyak menumpukan perhatian
terhadap meningkatkan kekuatan abdomen saya dengan melakukan aktiviti ringkuk tubi
separa setiap pagi selepas bangun daripada tidur.

3.4 UJIAN BLEEP TEST

Ujian bleep test dilaksanakan bagi menguji tahap stamina para pelajar. Bagi ujian pra, saya
telah berjaya melakukan ujian bleep test ini pada tahap 6-3 dengan mencapai tahap superior.
Manakala, bagi ujian post pula, prestasi saya telah meningkat dengan melakukan ujian
tersebut pada tahap 6-6, meningkat sebanyak 3 tahap. Hasil dapatan saya mendapati bahawa
tahap keyakinan saya sebelum melakukan ujian tersebut meningkat dek kerana mendapat
sokongan yang amat padu sekali daripada kawan-kawan dan pensyarah. Selain daripada
rutin berjoging mengelilingi maktab yang sentiasa dilakukan pada awal pagi juga dilihat
menjadi faktor peningkatan tahap bagi ujian bleep test ini.
4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, prestasi saya semasa melakukan ujian pra adalah


setara jika dibandingkan dengan pestasi saya ketika ujian post. Namun terdapat peningkatan
dari beberapa aspek terutama pada ujian ringkuk tubi separa. Menyedari akan hakikat inilah
maka objektif utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan warganegara
yang sihat, cergas dan produktif melalui pengenalan mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) iaitu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
patut disokong oleh semua pihak kerana menye =\

dari akan kepentingannya.

Anda mungkin juga menyukai