Anda di halaman 1dari 6

Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli,

Jalan Kasawari, Felda Ulu Penggeli,


Kluang, Johor.

PERTANDINGAN PERMAINAN
TRADISIONAL
PERINGKAT SEKOLAH
2019

“PERMAINAN TRADISIONAL
PENYAMBUNG WARISAN”

Tarikh : 9 Oktober 2019


Tempat : Balai Muafakat, SK LKTP Ulu Penggeli
PENGENALAN
Permainan tradisional adalah merupakan salah satu lambang kebudayaan bagi sesebuah
masyarakat. Ianya dimulakan dan diperkenalkan terlebih awal oleh nenek moyang terdahulu
dan diturunkan kepada generasi-generasi seterusnya sehingga sekarang. Permainan Tradisional
turut dikenali sebagai permainan rakyat. Sebilangan besar permainan tradisional masih lagi
dimainkan sehingga kini. Namun, terdapat juga permainan tradisional yang tidak dimainkan
lagi dan hanya diketahui oleh nenek moyang terdahulu. Antara permainan tradisional
masyarakat Melayu yang masih lagi dimainkan sehingga sekarang adalah seperti gasing,
congkak, ketingting, wau, batu seremban, sepak raga dan lain-lain.
Pertandingan permainan tradisional yang dilaksanakan secara tidak langsung dapat
memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid mengenai permainan tradisional
yang menjadi kebanggaan negara kita. Sekaligus, untuk mengangkat budaya permainan
tradisional agar tidak lapuk ditelan zaman.

1.0 RASIONAL
Penglibatan murid-murid dalam pertandingan permainan tradisional ini mencakupi
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara
bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana menggunakan
kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan.
Maka, penganjuran pertandingan ini dijadikan sebagai batu loncatan kepada bakal guru untuk
mengenali dengan lebih mendalam permainan-permainan tradisional di negara kita.
Di samping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-nilai murni seperti semangat
kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat internasional antara pelbagai kaum dan
melahirkan generasi yang aktif. Diharap penganjuran pertandingan ini akan memberi
pengetahuan serta kesedaran terhadap generasi muda mengenai kewujudan permainan
tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus pupus.

2.0 OBJEKTIF
Objektif pertandingan permainan tradisional ini adalah :
2.1 Murid-murid dapat mengenali permainan tradisional dan cara permainannya.
2.2 Meningkatkan kecergasan psikomotor, fizikal, mental dalam kalangan
peserta.
2.3 Meningkatkan kemahiran interpersonal sesama peserta permainan tradisional.

3.0 NAMA PROGRAM


Pertandingan Permainan Tradisional Peringkat Sekolah 2019.
4.0 TEMA
“Permainan Tradisional Penyambung Warisan”

5.0 TARIKH & HARI


9 Oktober 2019 / Rabu

6.0 TEMPAT
Balai Muafakat, SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang.

7.0 SASARAN
7.1 Semua murid SK LKTP Ulu Penggeli

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK:
PENGERUSI
EN. NORIZAM BIN MOHD. JUNID
(Guru Besar SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang)

TIMBALAN PENGERUSI
EN. SUHAIMI BIN SALAMAT
(GPK Kokurikulum SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang)

NAIB PENGERUSI 1
PN. SITI ZARINA BINTI MD. ZAHAR
(GPK 1 SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang)

NAIB PENGERUSI 2
PN. NORLILI BINTI HASHIM
(GPK HEM SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang)

SETIAUSAHA
YM TENGKU ZAINUDIN BIN TENGKU ABDULLAH
(Setiausaha Sukan, SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang)

BENDAHARI
PN. JURIANA BT WAGIMUN
JAWATANKUASA PELAKSANA:

PENGACARA MAJLIS PELANCARAN DAN PENUTUPAN


EN. MOHD JAMIL BIN HJ LADISMA

BUKU PROGRAM
EN. AZIRUL BIN ALI DAUD

JEMPUTAN
PN. SITI ZARINA BT MD. ZAHAR

JURUGAMBAR
EN. SYAHRIZZAM BIN ABD MUSA

HADIAH
PN. ASFARIZA BT MOSTAFFA
PN. FATIMAH BT SUMAIRI
PN. ROHAYATI BT MALIKE
PN. MARDIYYAH BT AHMAD

KAWALAN MURID
SITI HARYAANIE BT HASSAN
GURU BERTUGAS MINGGUAN

PERSIAPAN TEMPAT DAN PA SISTEM


YM TENGKU ZAINUDIN BIN TENGKU ABDULLAH
EN. MOHD ZAIDI BIN OTHMAN

PENGELOLA PERTANDINGAN CONGKAK


EN. MOHD NORFAZLI BIN MOHD SHARIF
PN. FAZILAH BT OTHAMAN

PENGELOLA PERTANDINGAN BATU SEREMBAN


PN. SITI NUR FAHDZIHA BT KHYAR

PENGELOLA PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW


EN. HAIRUL AZUAN BIN AHDAN

PENGELOLA PERTANDINGAN WAU DAN GASING


PN. SITI RADHIAH BT SUJUD (TAHAP 1)
PN HJH NORRAFIDAH BT YAHYA (TAHAP 2)

9.0 TENTATIF PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL PERINGKAT SEKOLAH


2019
7:30 pagi Murid bersarapan pagi.
Senamrobik.
8:00 pagi Taklimat oleh penyelaras pertandingan.
8:30 pagi Pertandingan dimulakan.
10:00 pagi Rehat
11:30 pagi Pertandingan disambung.
12:00 tengah hari Majlis penutup dan penyampaian hadiah.
1:00 tengah hari Bersurai

11.0 SUMBER KEWANGAN


11.1 YKS : RM 394.50

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Hadiah
i. Hamper
Johan : RM 20 x 4 = RM 80
Naib Johan : RM 15 x 4 = RM 60
Ketiga dan keempat : RM 10 x 8 = RM 80
ii. Minuman murid
Air oren : RM 20.25 x 2 = RM 40.50
iii. Sarapan pagi murid : RM 134 x 1 = RM 134
JUMLAH RM 394.50
13.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami sekiranya program ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi
impak yang besar kepada semua warga SKUP dan mencapai objektif dalam usaha mengenali permainan
tradisional dan cara permainannya. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan
memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya. Jutaan terima kasih kami ucapkan
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………….......

YM TENGKU ZAINUDIN BIN TENGKU ABDULLAH SUHAIMI BIN SALAMAT


Setiausaha Sukan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

SK LKTP Ulu Penggeli SK LKTP Ulu Penggeli

86000 Kluang, Johor. 86000 Kluang, Johor.

Diluluskan oleh,

……………………………….......
NORIZAM BIN MOHD. JUNID
Guru Besar
SK LKTP Ulu Penggeli
86000 Kluang, Johor.

Anda mungkin juga menyukai