Anda di halaman 1dari 4

Laporan Kursus Membaca

Pada hari bulan 11 dan 12 Oktober 2019, saya telah menyertai Kursus
Membaca anjuran pihak sekolah SJK(C) Seg Hwa, Segamat, Johor. Kursus ini
bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang selama dua hari di perpustakaan SJK(C)
Seg Hwa. Kursus ini telah disertai oleh semua guru SJK(C) Seg Hwa, guru-guru dari
sekolah lain di daerah Segamat dan juga siswa-siswi IPG dari IPG Kampus Pendidikan
Teknik, IPG Kampus Pulau Pinang dan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Pada hari pertama, setelah makan sarapan di kantin, semua peserta kursus
berkumpul di perpustakaan. Penceramah iaitu Cikgu Kuek Ser Kuang Hong dan para
peserta telah memperkenalkan diri sendiri. Selepas itu, Cikgu Kuek telah
memperkenalkan sejarah dan tujuan kewujudan kursus membaca. Pada pukul 10 pagi,
beliau telah memberi ceramah tentang cara-cara membuat abstrak, memganalisis dan
mentafsir isi tersurat serta isi tersirat dalam sesebuah karya.

Setelah ceramah, kami telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap


kumpulan telah mendapat buku yang berbeza sebulan sebelum kursus membaca ini.
Jadi, para peserta membuat perbincangan dan pertukaran idea tentang isi tersurat, isi
tersirat, nilai-nilai yang memotivasikan pembaca-pembaca dalam kumpulan masing-
masing. Kelapan-lapan buah karya yang dibincang bersifat kesusasteraan kanak-
kanak. Kami telah makan tengah hari yang disediakan oleh pihak sekolah. Semua
peserta telah berkumpul semula di perpustakaan dan 2 orang dari setiap kumpulan
telah membuat laporan tentang isi tersurat dan isi tersirat dalam karya masing-masing.
Ahli-ahli dari kumpulan lain juga bebas mengemukakan soalan, pendapat sendiri.

Kemudian, Cikgu Kuek telah menjelaskan cara-cara yang berkesan untuk


mempromosikan karya-karya tersebut kepada anak-anak murid, rakan-rakan sejawat,
ibu bapa mahupun seluruh masyarakat. Antara cadangan yang diberi ialah melalui
lakonan, perbualan, meninggalkan persoalan untuk menarik minat kanak-kanak dan
sebagainya. Jadi, guru-guru haruslah bijak memilih cara untuk mempromosikan karya-
karya melalui cara yang paling sesuai dengan mengambil kira aspek isi karya tersebut,
tahap kanak-kanak, faktor luaran dan sebagainya. Pada pukul 5 petang, kursus hari
pertama diakhiri dengan sesi bergambar.

Pada keesokan hari, setelah menikmati sarapan pencaramah yang kedua iaitu
Cikgu Tan Mieu Choon telah meneruskan ceramah yang diberi oleh Cikgu Kuek
semalam. Selepas itu, aktiviti kumpulan berlangsung di mana kumpulan yang telah
dibentuk semalam telah berbincang tentang cara-cara yang dipilih dan akan
digunakan untuk mempromosikan karya tersebut. Kemudian, kami telah membuat
laporan tentang cara yang dipilih, sebab-sebab dan langkah-langkah yang akan
dijalankan secara terperinci. Penceramah dan peserta-peserta dari kumpulan lain juga
aktif memberi idea dan cara penambahbaikan. Kami juga mengambil masa selama
setengah jam untuk memperbaik idea kami.

Pada waktu tengah hari, kami telah menjamu selera di kantin. Setelah itu,
aktiviti SSR iaitu Self Silent Reading. Terdapat empat peraturan dalam SSR ini, iaitu
tidak bercakap, tidak berjalan, tidak menukar buku dan tidak minum air. Semua
peserta telah memilih buku, tempat duduk dan postur masing-masing dan membaca
buku selama 15 minit. Kemudian, Cikgu Tan telah memperkenalkan usaha-usaha
yang boleh dilakukan untuk memperluas budaya membaca dalam kelas mahupun
sekolah.

Sebelum kursus mengakhiri, kami telah mengambil gambar di perpustakaan.


Melalui kursus ini, kami telah mengenali karya-karya yang sesuai dengan murid-murid
dari segi tahap pemikiran, keperluan kanak-kanak dan laras bahasa. kami juga
mendapat ilmu tentang cara untuk menganalisis sebuah karya melalui perbincangan
dengan guru-guru yang lain serta usaha yang boleh dibuat untuk memperluas budaya
membaca dalam sekolah. Kami percaya bahawa ilmu dan kemahiran yang dilengkapi
ini akan memanfaatkan kami dalam alam perguruan pada suatu hari nanti.
Demonstasi cara bercerita oleh Cikgu Kuek Ser Kuang Hong.

Taklimat tentang pelaksanaan Kem Membaca oleh Cikgu Tan Mieu Choon.
Taklimat oleh pengerusi Kem Membaca, Ong Soon Zheng.

Nota yang diberi tentang cara mempromosikan karya.

Gambar bersama semua peserta kursus dan penceramah.

Anda mungkin juga menyukai