Anda di halaman 1dari 5

Gempa bumi

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan


oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku
apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-
tiba terlepas. Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala
Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya
berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran
Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat
untuk membolehkan kita merasainya. Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi
menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan
gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk
menggoncang).

Anatomi gempa bumi

Jenis gelinciran
Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan
tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa
bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut.
Ia dipanggil gempa susulan. Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti
geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa yang berlaku
pada permukaan bumi, bagaimana tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi
dan bagaimana tenaga ini menyebabkan kemusnahan. Dengan mengkaji bahagian dan
proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan bagaimana
meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

Macam gempa bumi

Gempa bumi tektonik

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran
batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga
dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini
adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.

Gempa bumi gunung berapi

Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai
cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi
gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana
geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi. Semasa magma bergerak ke
permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan
gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.
Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi,
seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, and titik
merah gunung berapi seperti Hawaii.

Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gempa
bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar
di kerak bumi. Perkataan gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan
punca. Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tektonik, dan gempa bumi
berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan bumi menanggungnya. Keadaan
ini sering dijumpai di sempadan plat tektonik di mana kerak bumi atau lithosphere
terpisah. Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat;
gempa bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat. Gempa bumi
berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan
kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan
nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran
bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis
kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau
perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih
menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa
yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan
juga merupakan punca utama kerosakan.

Gempa bumi besar pada abad ke-20

Kekuatan
Tanggal Kawasan Ulasan
( SR )
Gempa bumi tektonik Ratusan
13 Sep
Sei-Penuh Jambi 7.7 Rumah penduduk rusak ringan
2007
sampai berat 4 orang tewas.
Gempa bumi tektonik 13 orang
12 Sep
Bengkulu 7.9 tewas dan sempat terjadi
2007
tsunami kecil
Gempa bumi tektonik selama
27 Mei
Yogyakarta 6.2 57 saat yang meragut lebih
2006
dari 6500 nyawa.
Disertai oleh tsunami, ini
26 Dis merupakan gempa bumi yang
Aceh 8.9
2004 paling kuat dalam dekat itu.

26 Dis Bam (Iran), barat Menyebabkan lebih 41,000


6.5
2003 daya Iran terbunuh.
21 Mei Menyebabkan lebih 1,000
utara Afghanistan 5.8
2002 orang mati.
Menyebabkan sekurang-
26 Jan kurangnya 2,500 maut biarpun
India 7.9
2001 ada meletakkan angka korban
seramai 13,000 orang.
21 Sep
Taiwan 7.6 Menyebabkan 2,400 maut.
1999
17 Ogo
barat Turki 7.4 Meragut 17,000 nyawa.
1999
25 Jan
barat Colombia 6.0 Meragut 1,171 nyawa.
1999
30 Mei utara Afghanistan Menyebabkan seramai 5,000
6.9
1998 dan Tajikistan orang terbunuh.
17 Jan
Kobe, Jepun 7.2 Meragut 6,000 nyawa.
1995
30 Sep Menyebabkan seramai 1,000
Latur, India 6.0
1993 mati.
21 Jun
barat laut Iran 7.3 Meragut 50,000 nyawa.
1990
17 Dis
barat laut Armenia 6.9 Menyebabkan 25,000 maut.
1988
19 Sep
Mexico Tengah 8.1 Meragut lebih 9,500 nyawa.
1985
16 Sep
timur laut Iran 7.7 Menyebabkan 25,000 maut.
1978
28 Jul Menyebabkan 240,000 orang
Tangshan, China 7.8
1976 terbunuh.
4 Feb Menyebabkan 22,778
Guatemala 7.5
1976 terbunuh.
barat daya pesisiran Menyebabkan kira-kira 12,000
29 Feb
pantai Atlantik di 5.7 maut dan memusnahkan
1960
Maghribi keseluruhan bandar Agadir.
26 Dis Wilayah Erzincan, Menyebabkan 33,000 orang
7.9
1939 Turki maut.
24 Jan
Chillan, Chile 8.3 Menyebabkan 28,000 maut.
1939
31 Mei
Quetta, India 7.5 Meragut 50,000 nyawa.
1935
1 Sep Meragut sekurang-kurangnya
Yokohama, Jepun 8.3
1923 140,000 nyawa.