Anda di halaman 1dari 2

TEKS JURUACARA MAJIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN SMKBBA 2020

QUE ANN NOTE


Aluan juruacara Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan.

Yang berbahagia
Yang berusaha
- Pengetua SMK Bandar Baru Ampang

Hadirin hadirat sekalian,


Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Disiplin peringkat SMK Bandar
Baru Ampang tahun 2020. Buat makluman hadirin, unit Disiplin dan Badan
Pengawas dengan kerjasama Unit Bimbingan dan kaunseling melancarkan
bulan disiplin dengan objektifnya iaitu melahirkan dan membentuk murid
yang berdisiplin dan bertanggungjawab dan peka dengan peraturan sekolah.

Selain itu membentuk keperibadian mulia dalam kalangan murid serta


meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur
ilmu dan pendidikan. Sememangnya objektif ini amat bertepatan dengan
slogan disiplin iaitu “disiplin membentuk insan cemerlang” dan selaras
dengan slogan sekolah iaitu “sederap menuju puncak kejayaan”.

Bacaan doa Kalimah suci pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan
Semoga kebaikan datang jua
Doa tulus pinta dilafazkan

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini dipersilakan saudara
________________________________ untuk mengetuai bacaan doa.

Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Zikir asma ulhusna Seterusnya, hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk mengalunkan zikir Minus one
Lagu Negaraku asma ulhusna, nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor.
Lagu Selangor Dipersilakan

Terima kasih atas nyanyian itu tadi .

Ikrar rukun Negara Seterusnya ikrar rukun Negara dan ikrar Murid. Dipersilakan saudara
Ikrar murid ____________________ untuk mengetui lafaz ikrar rukun Negara dan ikrar
murid.

Terima kasih atas lafaz ikrar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk

Ucapan Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Tn.Pengetua Diteruskan majlis dengan mempersilakan untuk menyampaikan sepatah dua
kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rabiya bt Mohd Sultan, Pengetua SMK

1
Bandar Baru Ampang atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan perasmi Hadirin yang dihormati sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada tetamu jemputan tidak berbicara.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan


. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Inspektor Mohd Nazar
bin Azhar atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Gimik perasmian Seterusnya, sekali lagi dipersilakan Instrumental


music
Begitulah tadi berakhirnya perasmian bulan disiplin peringkat SMK Bandar
baru Ampang. Diharapkan agar semua warga SMKBBA dapat bersama-sama
mengekalkan disiplin dan sahsiah terpuji ke tahap yang lebih cemerlang.

Penyampaian Hadirin sekalian, seterunya dipersilakan,


cenderahati
perasmi Terima kasih kepada tuan pengetua dan tuan inspektor atas kesudian
menyempurnakan majlis.
Penutup Dagang singgah membeli kajang
Tambat perahu di muara Deli
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan


kepada semua tetamu jemputan, ahlijawatankuasa pengelola program dan
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Majlis Pelancaran Bulan Disiplin SMKBBA tahun 2020 ini.

Nyanyian lagu Seterusnya hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah. Minus one
sekolah
Terima kasih di atas nyanyian itu tadi

Bersurai Akhir kata kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
seandainya terdapat keterlanjuran kata dan silap bicara sepanjang
mengendalikan majlis pada hari ini. Sekian terima kasih dan jumpa lagi.

Disediakan oleh:

………………………………………………..