Anda di halaman 1dari 75

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, masyarakat lebih memikirkan soal kerjaya.


Perkembangan arus dunia melalui kemajuan bidang sains dan teknologi pada
ketika ini banyak menuntut warga dunia terutamanya pelajar supaya turut sama
membangunkan potensi diri sendiri dalam bidang berkenaan supaya tidak
ketinggalan dalam arus perdana. Kebolehan pelajar menguasai prinsip-prinsip
serta pengetahuan tertentu walaupun bukan secara keseluruhan dalam bidang
sains dan teknologi membantu pelajar menjadi lebih cemerlang dalam pelajaran
mereka. Elemen-elemen ini adalah sangat penting dalam usaha mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya pemikiran
yang tinggi dan berpandangan jauh ke hadapan yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi
masa depan seperti yang terkandung dalam cabaran keenam Wawasan 2020.

Sikap positif serta keterampilan individu sentiasa di beri keutamaan dalam


mewujudkan tenaga kerja yang serba boleh. Selain itu, sikap positif serta individu
yang berketerampilan juga merupakan sebahagian daripada nilai tambah yang
perlu ada dalam modal insan yang ingin dilahirkan oleh negara pada masa akan
datang. Nilai tambah dalam setiap usaha adalah perlu dalam proses pembangunan

1
modal insan yang berjaya. Justeru nilai tambah yang dimaksudkan adalah meliputi
pengetahuan serta latihan yang mencukupi dan seimbang dalam bidang-bidang
tertentu.

Kesibukan kerja telah menjadi rutin harian manusia masa kini. Seperti yang kita
lihat manusia kini yang sering sibuk dengan kerja yang mereka lakukan. Apabila
mereka dipejabat atau tempat kerja yang boleh menyebabkan mereka alpa untuk
mematikan suis lampu utama. Disebabkan sifat manusia yang kadang kalanya alpa
atau terlupa ini telah memberi idea untuk kumpulan kami melakukan satu projek
yang dapat memudahkan dan mampu membantu menaikkan taraf kehidupan
semasa..

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Cuaca panas terik dan kering berpanjangan hingga ke hari ini mengakibatkan
penggunaan elektrik meningkat, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB). Permintaan
tertinggi elektrik di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan 17,788 MW pada
Rabu (20 April 2016), meningkat 37.82 peratus berbanding 1 Januari lalu (12,906
MW), kesan fenomena El-Nino. "Keadaan panas pada siang hari yang
meninggalkan kesan bahang hingga ke awal pagi telah mempengaruhi tabiat
penggunaan peralatan elektrik khususnya pendingin hawa, yang secara relatifnya
menggunakan lebih banyak elektrik berbanding peralatan lain," kata TNB dalam
kenyataan di sini, hari ini. Secara amnya, pengguna pendingin hawa lebih
cenderung menurunkan suhu pada tahap lebih rendah, meningkatkan kelajuan
kipas pendingin hawa dan menggunakan pendingin hawa untuk tempoh yang lebih
lama. Mengikut TNB, faktor lain termasuk penggunaan peralatan lama yang tidak
diselenggara dengan baik juga boleh mengakibatkan penggunaan elektrik
meningkat. "Semua faktor ini akan meningkatkan penggunaan elektrik secara
mendadak, sekali gus memberi kesan ke atas bil elektrik pengguna," kata
kenyataan itu. Satu kajian kes di Selangor menunjukkan penggunaan tiga unit
pendingin hawa oleh seorang pengguna meningkat daripada lima jam sehari pada
Disember 2015 kepada lapan jam sehari pada bulan ini. Penggunaan elektriknya
meningkat 40 peratus daripada 428kWh kepada 598kWh. Kenaikan ini

2
menyebabkan bilnya meningkat daripada RM125.52 kepada RM231.69, kata
kenyataan itu.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Sering kali penduduk Malaysia terlupa mematikan suis lampu mungkin


disebabkan oleh kesibukan dalam urursan lain, ini akan menyebabkan pembaziran
elektrik. Selain itu, bagi orang yang kurang upaya seperti uzur, cacat fizikal dan lain-
lain, pastinya susah untuk mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, pengkaji akan membangunkan


pengawalan lampu pintar menggunakan kuasa solar untuk memudahkan orang
yang kurang upaya atau cacat fizikal untuk mematikan suis lampu. Selain itu,
masalah terlupa atau alpa untuk mematikan suis lampu dapat dielakkan kerana
kawalan lampu ini dilengkapi dengan pemasa.

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Objektif Projek bagi kajian ini adalah :

1) Merekabentuk serta membangunkan sistem pengawalan lampu LED menerusi


aplikasi telefon pintar dengan kuasa solar.
2) Membantu pengguna yang kurang upaya untuk memastikan suis lampu dengan
mudah dan cepat.
3) Menguji kebolehfungsian sistem pengawalan lampu LED.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Di antara kepentingan projek ini adalah:


1) Memudah untuk golongan kurang upaya.
2) Perkhidmatan mematikan suis lampu dengan mudah dan cepat

3
1.5.1 LIMITASI KAJIAN

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik ialah ‘Smart Lighting System Powered
By Solar’ atau ‘SLSPS’ ini bertujuan untuk memudahkan pengguna mematikan
suis lampu dengan menggunakan peranti Bluetooth telefon pintar. Dengan
adanya projek ini, ia dapat memudahkan pengguna dan dapat menjimatkan
masa untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Selain itu, tujuan utama
kami membangunkan projek ini juga adalah untuk memudahkan golongan yang
uzur dan kurang upaya supaya dapat memudahkan mereka mematikan suis
lampu dengan pergerakan yang minima.

1.6 SKOP KAJIAN

Projek ini dibahagikan kepada dua bahagian utama untuk mereka bentuk sistem
kawalan akses automatik menggunakan smartphone berasaskan teknologi Arduino
Bluetooth. Sistem ini terbahagi kepada bahagian hardware dan bahagian software.
Limitasi projek ini akan menjelaskan seperti berikut:

1) Bahagian perkakasan (hardware)


Projek ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu masukan, sistem
kawalan dan keluaran. Telefon pintar ‘bluetooth receiver’ adalah peranti yang
digunakan sebagai masukan. Sistem kawalan dibangunkan menggunakan perisian
‘Arduino uno’. Sementara itu, paparan LCD 2x16 dan piezo dipilih sebagai keluaran
daripada bahagian perkakasan elektronik.

2) Pembangunan perisian
Perisian arduino adalah pengawal mikro yang dapat membuat program untuk
mengawal pelbagai komponen elektronik. Program ini dapat dibuat dengan bahasa
yang di muat turun ke pengawal mikro dan kemudian ia akan bertindak balas
melakukan sesuatu dengan program yang dilakukan. Dengan menggunakan
perisian ini ia dapat memudahkan pengguna untuk membuat pelbagai pekaran
yang berkaitan dengan pengawal mikro. Selain itu, pengkaji juga menggunakan
perisian “Proteus 8” untuk melakukan litar skematik dan menukarkan ke litar
tercetak.

4
1.7 RUMUSAN

Sistem Arduino Bluetooth ini lebih mudah dan selamat disamping merupakan
alternatif kepada penggunaan yang kurang upaya. Ia juga merupakan inovasi
kepada sistem mematikan lampu dengan mudah dan cepat. Secara ringkasnya
pengkaji menyediakan strategi perancangan untuk projek ini.

ACTION
CHECK pelajar menetapkan
piawaian pengguna
DO pelajar
menjalankan
projek

pelajar pengujian dan


pengesahan ke
PLAN menjalankan
projek untuk atas projek serta
menyelesaikan membuat
pelajar masalah pembetulan
mengenalpasti
dan menganalisa
masalah

Rajah 1.0

Rajah 1.0 menunjukkan Konsep Plan-Do-Check-Action yang digunakan oleh pengkaji


untuk membangunkan SLPS

5
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah berubah dan berkembang sejajar dengan


keperluan negara. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengalih penumpuan sistem
pendidikan kita kepada pembangunan sumber manusia terutamanya di dalam bidang
teknik dan vokasional. Justeru, kolej vokasional merupakan salah satu cabang institusi
teknikal di Malaysia yang mana memainkan peranan penting di dalam melahirkan
modal insan yang mampu memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju. Malaysia
telah pun meletakkan hala tuju yang jelas iaitu menjadi sebuah negara maju pada
tahun 2020 seperti yang terdapat pada cabaran Wawasan 2020 yang keenam iaitu

“Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai


daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh kehadapan, yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi, tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan”

(Mahathir Mohamad, 1991)

6
Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat boleh diakseskan melalui
dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan
yang lebih senang dan maju. Perkembangan teknologi telah membawa kita kepada era
yang banyak kemudahan yang dapat membantu kita. Sebenarnya telah ada satu
sistem yang boleh digunakan untuk pelbagai tugas yang sukar untuk kita lakukan.

Penggabungan di antara perisian yang dikenali sebagai assembly language


atau Bahasa C dengan seunit IC yang boleh diprogramkan, banyak aplikasi dapat
dilakukan. Contohnya peralatan sedia ada yang menggunakan sistem ini seperti
elektronik telekomunikasi, kawalan kereta, mesin basuh, alat kawalan, aplikasi robot,
sistem kawalan keselamatan, sistem kawalan peralatan dan lain-lain lagi. Kawalan ini
hanya dilakukan oleh seunit komponen separuh pengalir, kelebihannya boleh
diprogram menggunakan bahasa pengaturcaraan yang boleh diterjemahkan. Bahasa
mudahnya adalah alat ini ialah IC yang boleh diprogramkan

2.2 ARDUINO UNO

1) Arduino Uno adalah papan pengawal mikro berdasarkan ATmega328 .

2) Ia mempunyai 14 pin digital input / output (yang mana 6 boleh digunakan


sebagai keluaran PWM), 6 input analog, resonator seramik 16 MHz, sambungan
USB, bicu kuasa, ICSP header, dan butang reset.

3) Ia mengandungi semua yang diperlukan untuk menyokong pengawal mikro;


hanya menyambung ke komputer dengan kabel USB atau kuasa dengan
penyesuai AC ke DC atau bateri untuk memulakan.

4) The Uno berbeza daripada semua papan sebelumnya kerana ia tidak


menggunakan FTDI USB-ke-siri pemandu cip. Sebaliknya, ia memaparkan
Atmega16U2 (Atmega8U2 sehingga versi R2) diprogramkan sebagai penukar
USB-ke-siri.

5) Semakan dua daripada Uno mempunyai perintang menarik garis 8U2 HWB ke
ground, menjadikannya lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam mod DFU.

7
Pengawal Mikro :-

6) Microcontroller merupakan komputer-dalam-cip yang telah dicipta untuk


kawalan alat elektronik.

7) Ia merupakan salah satu daripada cabang pemprosesan mikro yang


mementingkan kendalian mudah dan kos efektif yang rendah. Ini bercanggah
dengan mikropemproses pelbagai kegunaan yang terdapat dalam komputer.

8) Pengawal mikro pada amnya mengandungi segala ingatan dan antara muka I/O
yang cukup untuk aplikasi mudah manakala mikropemproses perlu disambung
kepada cip tertentu untuk memberikan fungsi yang diperlukan.

Sebuah cip pengawal mikro biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:-

1) Unit Pemproses Pusat - biasanya kecil dan mudah

2) Antara muka input/output seperti port bersiri

3) Peranti persisian seperti pemasa dan litar pemantau

4) RAM untuk simpanan ingatan

5) ROM untuk simpanan program

6) Penjana jam - biasanya pengayun untuk kristal pemasa kuartz atau


litar

Penggabungan ini mengurangkan jumlah cip serta wayar dan ruang PCB yang
diperlukan untuk menghasilkan sistem yang serupa menggunakan beberapa cip
berasingan. Pengawal mikro terdapat di dalam peralatan elektronik. Terdapat banyak
cip pemprosesan yang boleh didapati di pasaran. Lebih daripada 50% merupakan
pengawal yang ringkas manakala 20% pula terdiri daripada pemprosesan isyarat digital
atau lebih dikenali sebagai cip Digital Signal Processing (DSP). Kebanyakan perkakas
elektrik di rumah terdiri daripada satu atau dua alat mikropemproses pelbagai
kegunaan manakala majoriti terdiri daripada mikropengawal. Ianya boleh didapati di
dalam peralatan elektrikal seperti mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan telefon.

8
Rajah 2.1

Rajah 2.1 menunjukkan contoh Arduino

Rajah 2.2

Rajah 2.2 menunjukkan perisian Arduino uno yang digunakan oleh pengkaji

2.2.1 Jenis Arduino

Terdapat beberapa jenis-jenis arduino yang telah dicipta antaranya ialah:

1. Arduino Uno

- Jenis yang ini adalah yang paling banyak digunakan. Terutama untuk
pemula sangat disarankan untuk menggunakan Arduino Uno. Dan banyak
sekali referensi yang membahas Arduino Uno. Versi yang terakhir adalah
Arduino Uno R3 (Revisi 3), menggunakan ATMEGA328 sebagai

9
Microcontrollernya, memiliki 14 pin I/O digital dan 6 pin input analog. Untuk
pemograman cukup menggunakan koneksi USB type A to To type B. Sama
seperti yang digunakan pada USB printer.

Rajah 2.3

Rajah 2.3 menunjukkan contoh Arduino Un

2. Arduino Due

- Arduino Due tidak menggunakan ATMEGA, melainkan dengan chip


yang lebih tinggi ARM Cortex CPU. Memiliki 54 I/O pin digital dan 12 pin
input analog. Untuk pemogramannya menggunakan Micro USB, terdapat
pada beberapa handphone.

Rajah 2.4

Rajah 2.4 menunjukkan contoh Arduino Due

10
Arduino Mega

- Sama dengan Arduino Uno, sama-sama menggunakan USB type A to B


untuk pemogramannya. Tetapi Arduino Mega, menggunakan Chip yang
lebih tinggi ATMEGA2560 dan tentu saja untuk Pin I / O Digital dan pin input
analognya lebih banyak dari Uno.

Rajah 2.5

Rajah 2.5 menunjukkan contoh Arduino Mega

11
4. Arduino Leonardo

- Arduino Leonardo boleh dikelaskan sebagai saudara kembar dari Uno. Dari
mula jumlah pin I / O digital dan pin input analognya sama. Hanya pada
Leonardo menggunakan Micro USB untuk pemogramannya.

Rajah 2.6

Rajah 2.6 menunjukkan contoh Arduino Leonardo

5. Arduino Fio

- Bentuknya lebih unik, terutama untuk socketnya. Walau jumlah pin I / O


digital dan input analognya sama dengan uno dan leonardo, tapi Fio
mempunyai Socket xbee. Xbee membuat Fio dapat dipakai untuk keperluan
projek yang berkaitan dengan wireless.

Rajah 2.7

Rajah 2.7 menunjukkan contoh Arduino Fio

12
7. Arduino Lilypad

- Bentuknya yang bulat membuat Lilypad dapat dipakai untuk membuat projek
unik.Dengan 14 pin I / O digital, dan 6 pin input analognya.

Rajah 2.8

Rajah 2.8 menunjukkan contoh Arduino Lilypad

8. Arduino Mini
- Kemudahan sama dengan yang dimiliki Nano. Hanya tidak dilengkapi
dengan Micro USB untuk pemograman. Dan saiznya hanya 30 mm x 18 mm
sahaja.

Rajah 2.9

Rajah 2.9 menunjukkan contoh Arduino Mini

13
10. Arduino Micro

- Ukurannya lebih panjang daripada Nano dan Mini. Kerana memang


fasilitasnya lebih banyak iaitu; mempunyai 20 pin I / O digital dan 12 pin
input analog.

Rajah 2.10

Rajah 2.10 menunjukkan contoh Arduino Micro

11. Arduino Ethernet

- Arduino ini yang sudah dilengkapi dengan kemudahan ethernet. Membuat


arduino dapat berhubung melalui rangkaian LAN pada komputer. Untuk
kemudahan pada Pin I / O Digital dan Input analognya sama dengan Uno.

Rajah 2.11

Rajah 2.11 menunjukkan contoh Arduino Ethernet

14
13. Arduino Esplora

- Arduino ini boleh membuat alat seperti Smartphone, kerana sudah


dilengkapi dengan Joystick, button, dan sebagainya. Anda hanya perlu
tambah LCD, untuk lebih mencantikkan Esplora.

Rajah 2.12

Rajah 2.12 menunjukkan contoh Arduino Esplora

14. Arduino Robot

- Ini adalah pakej yang sedia ada dari Arduino yang sudah berbentuk
robot. Sudah dilengkapi dengan LCD, Speaker, Roda, sensor Infrared, dan
semua yang kamu perlukan untuk robot sudah ada pada Arduino ini.

Rajah 2.13

Rajah 2.12 menunjukkan contoh Arduino Robot

15
2.3 PANEL SOLAR

Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada
cahaya matahari. Tenaga matahari ini telah digunakan dalam banyak teknologi
tradisional sejak beberapa abad yang lepas secara meluas. Antara contoh penggunaan
tenaga matahari adalah (pemanasan air, pemanasan banguna dan juga dalam
masakan). Malah, tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui
enjin pemanasan dan fotovoltaik. Melalui teknologi terkini, penghasilan daripada panel
solar boleh menghasilkan tenaga elektrik setiap hari.

Sekarang, sudah banyak rumah, kilang dan industri yang memasang panel solar
untuk menghasilkan tenaga elektrik sama ada untuk tujuan perniagaan ataupun untuk
kegunaan sendiri.Tidak hairan mengapa tenaga solar ini menjadi sumber tenaga boleh
baharu penting pada masa hadapan nanti. Ini kerana faktor perubahan cuaca dibumi
dan berlakunya pencemaran serta kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik akan
semakin berkurangan pada masa hadapan.

Sebab itu kebanyakkan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk mendidik
rakyat Malaysia agar lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan
seharian dan juga mendidik masyarakat untuk memasang solar panel di rumah atau
bangunan agar dapat menyediakan sumber tenaga boleh baharu yang mencukupi pada
masa hadapan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Rajah 2.14

Rajah 2.14 menunjukkan contoh Panel Solar

16
2.4 PENGAWAL CAS SOLAR

Pengawal cas solar adalah peralatan elektronik yang digunakan untuk


mengawal arus terus yang dikenakan pada bateri dan diambil dari bateri ke beban.
Pengawal cas solar mengawal overcharging (pengecasan lebihan - kerana bateri
'penuh') dan voltan berlebihan panel solar. Voltan dan pengisian yang berlebihan akan
mengurangkan hayat bateri. Pengawal cas solar menggunakan teknologi modulasi
lebar denyut (PWM) untuk menguruskan fungsi pengecasan bateri dan pengecualian
semasa dari bateri ke beban. Panel solar 12 Volt umumnya mempunyai voltan keluaran
16 - 21 Volt. Oleh itu, tanpa pengawal cas suria, bateri akan rosak oleh ketidakstabilan
pengisian dan voltan. Bateri secara amnya di-charge pada voltan 14 - 14.7 Volt.

Beberapa fungsi terperinci pengawal cas solar adalah seperti berikut:-

1) Tetapkan arus untuk mengecas bateri, mengelakkan pengecasan berlebihan,


dan overvoltage.

2) Mengatur arus yang dibebaskan / diambil dari bateri supaya bateri tidak
'melepaskan penuh', dan beban muatan.

3) Memantau suhu bateri.

Untuk membeli pengawal cas solar yang mesti dipertimbangkan adalah:-

1) 12 Volt DC / 24 Volt DC.

2) Keupayaan (dalam arus langsung) pengawal. Sebagai contoh 5 Ampere, 10


Ampere, dan lain-lain.

3) Cas penuh dan potongan voltan rendah.

Seperti yang disebutkan di atas, pengawal cas solar yang baik biasanya mempunyai
keupayaan untuk mengesan kapasiti bateri. Apabila bateri telah dicas sepenuhnya
maka secara automatik mengecas arus dari panel solar / solar cell stop. Cara
pengesanan adalah melalui monitor voltan paras bateri. Pengawal cas solar akan
mengecas bateri sehingga paras voltan tertentu, maka jika tahap penurunan voltan,
maka bateri akan diisi semula.

17
Pengawal Cas Solar biasanya terdiri daripada: 1 masukan (2 terminal)
disambungkan kepada keluaran sel suria, 1 keluaran (2 terminal) disambungkan
kepada bateri / bateri dan 1 keluaran (2 terminal) yang disambungkan kepada beban.
Arus elektrik berkuasa DC mungkin tidak memasuki panel sel solar kerana biasanya
terdapat 'perlindungan diod' yang hanya melepasi kuasa DC dari panel solar ke bateri,
bukan sebaliknya.

Pengawal Cas bahkan mempunyai lebih daripada 1 sumber, yang bukan hanya
berasal dari matahari, tetapi juga boleh berasal dari kuasa angin atau mikro hidro. Di
pasaran terdapat banyak pengawal caj 'tandem' yang mempunyai 2 masukan yang
berasal dari matahari dan angin. Untuk ini tenaga yang dijana menjadi berlipat ganda
kerana angin boleh meniup pada bila-bila masa, supaya kekangan masa tidak dapat
dibekalkan dengan tenaga suria penuh, boleh disokong oleh kuasa angin. Apabila
purata kelajuan angin dipenuhi maka kuasa elektrik sebulan boleh menjadi lebih besar
daripada tenaga solar.

Rajah 2.15

Rajah 2.15 menunjukkan pengawal cas solar

18
2.5 BATERI

Bateri solar adalah bateri kitaran yang mendalam yang menyediakan storan
tenaga untuk solar, angin dan sistem tenaga boleh diperbaharui yang lain. Berbeza
dengan bateri kereta, bateri kitaran yang mendalam mampu bertahan dalam pelepasan
yang berpanjangan, berulang dan mendalam yang biasa dalam sistem tenaga boleh
diperbaharui yang berada di luar grid (terputus dari syarikat utiliti elektrik).

Bateri Solar (Bateri Kitaran Dalam) adalah komponen utama dalam sistem
tenaga boleh diperbaharui yang berdiri sendiri. Sekiranya anda memasang angin, panel
solar atau sistem hidroelektrik yang akan terikat pada grid utiliti anda, anda masih
memerlukan bateri kitaran yang mendalam jika anda cuba menggunakan kuasa
sekiranya berlaku gangguan. Tanpa bateri kitaran mendalam, anda hanya boleh
menggunakan kuasa pada masa anda menghasilkannya (iaitu anda tidak akan
mempunyai kuasa apabila matahari tidak keluar jika anda tidak mempunyai bateri
dalam sistem elektrik solar anda).

Dalam sistem tenaga boleh diperbaharui, bateri kitaran mendalam memberi


storan tenaga untuk sistem anda. Tidak seperti bateri kereta anda, bateri kitaran
mendalam yang digunakan dalam aplikasi tenaga boleh diperbaharui bertujuan untuk
dilepaskan dan diisi semula (dikitar semula) berulang kali. Untuk mengekalkan bateri
yang sihat dan memanjangkan hayat bateri, kebanyakan pengeluar mencadangkan
mengehadkan kedalaman pelepasan hingga kira-kira 20%. (Ini bermakna bateri kitaran
mendalam akan berada pada kapasiti 80% atau lebih baik.) Sekurang-kurangnya,
jangan biarkan bateri dibuang di bawah 50% Kedalaman Pelepasan (DOD). Sering kali
penyongsang akan mempunyai ciri Pemutus Voltan Rendah yang akan melepaskan
beban pada titik set tertentu. Penggera voltan rendah juga boleh memberi amaran
boleh didengar. Ammeters, Voltmeters, Pemantauan Bateri boleh membantu
mengekalkan kesihatan bateri kitaran mendalam dan menyediakan statistik mengenai
kesihatan keseluruhan sistem.

19
Jenis bateri solar :

Apabila memilih bateri kitaran mendalam untuk penyimpanan dari pelbagai solar atau
turbin angin, anda akan mempunyai pilihan untuk menggunakan bateri asid plumbum
(FLA) atau bateri yang disegel (AGM atau sel Gel). Perlu diingat bahawa bateri FLA
memerlukan sedikit penyelenggaraan, namun, secara umumnya mereka lebih tahan
lama daripada rakan-rakan yang dimeterai mereka. Bekas bau air yang menyedihkan,
yang mengurangkan penyiraman bateri, dapat mengurangkan kekerapan yang
memerlukan bateri kitaran mendalam. Anda memerlukan satu cap bolong untuk setiap
sel 2 V.

Desulphators adalah satu lagi pelaburan kos rendah yang baik yang dapat
membantu mencegah sulfat dan meningkatkan prestasi bateri. Bateri Lead Acid
Flooded Acid bateri boleh membina kristal sulfat pada plat plumbum mereka dari masa
ke masa. Desulfators kami "goncang" kristal sulfat ini dari permukaan secara elektronik
dan sebenarnya boleh menyelamatkan nyawa bateri yang akan dilepaskan.

Julat Batik Kitaran Jauh Secara Berat:

Bateri kitaran mendalam datang dalam pelbagai saiz: Dari bateri yang kurang daripada
10 paun kepada yang beratnya lebih daripada 200 paun setiap satu! Mereka boleh
menjadi kecil (dan sesuai dengan ransel) atau besar (2 'x 2' x 1 ') dan di mana sahaja di
antara. Secara amnya, saiz dan beratnya sesuai dengan jam penyimpanan am. Oleh
itu, jika anda memerlukan banyak storan elektrik, pastikan anda mempunyai ruang
yang sesuai untuk menempatkan bateri dan orang-orang yang cerdik untuk membantu
anda meletakkannya di tempat.

Sama ada anda mempunyai satu bateri atau bank sebanyak 36, storan yang
betul adalah penting. Kotak bateri boleh menyediakan cara yang kemas dan selamat
untuk mengandungi bateri atau anda boleh membina kotak bateri anda sendiri.
Selalunya orang menambah ventilator bateri pilihan atau peminat bateri yang boleh
melepaskan gas hidrogen yang secara semula jadi letih oleh bateri kitaran mendalam
yang dikenakan.

20
Kapasiti Penyimpanan Bateri Dalam Cakera: Saiz Bank Bateri:

Bank bateri kitaran mendalam terdiri daripada satu atau lebih bateri, dan diukur dalam
kapasiti simpanan jam. Setiap bateri kitaran mendalam boleh menjadi 2, 4, 6, atau 12
volt DC (Vdc). Pemilihan voltan bateri solar individu bergantung kepada voltan sistem
total anda (12, 24 atau 48 Vdc) dan jam penyimpanan amp yang anda inginkan.
Selalunya bateri kitaran mendalam 2V menawarkan jumlah penyimpanan yang
terbesar; Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan sehingga 24 bateri kitaran
mendalam yang besar ini, jika sistem anda adalah 48 volt. Juga, lihat video kami di atas
pada Sistem Pengecasan Bateri Bank untuk Sistem Off Grid Home Solar, yang akan
meliputi pengiraan untuk analisis beban, kapasiti bank bateri, watt array, pengawal caj
dan penaik inverter.

Rajah 2.16
Rajah 2.16 menunjukkan contoh Bateri

2.6 LED

Light emitting diode merupakan salah satu output yang digunakan dalam
menghasilkan projek pengesan banjir ini. Ianya berbeza jika dibandingkan dengan alat
alat pengesan banjir yg lain, sistem ini direka dengan lebih teperinci kerana dapat
setiap tahap telah disetkan dengan satu led. Bagi projek ini, kami mengunakkan LED
bersaiz 5mm dan dari jenis bright light. LED ini akan bernyala apabila air naik pada

21
paras sensor dan isyarat akan diproses oleh IC terlebih dahulu sebelum output dihantar
ke LED. Rujuk rajah 2.17

Rajah 2.17

Rajah 2.17 menunjukkan skematik LED

Rajah 2.18

Rajah 2.18 menunjukkan contoh LED

22
2.7 GEGANTI

Rajah 2.19

Rajah 2.19 menunjukkan contoh geganti

Geganti adalah alat elektromagnet yang digunakan untuk mengasingkan dua


litar elektrik dan menyambung magnet mereka. Relay adalah alat yang sangat berguna
dan membolehkan satu litar untuk menukar satu sama lain walaupun berasingan.

Fungsi kawalan litar sebagai gandingan antara masukan dan keluaran litar.
Dalam geganti elektromekanikal, gegelung Kuasa melakukan fungsi ini. Litar keluaran
geganti adalah bahagian geganti yang beralih kepada beban dan melaksanakan fungsi
yang sama seperti kenalan mekanikal geganti elektromekanikal.

Geganti juga adalah sejenis suis dihidupkan dan dimatikan oleh electromagnet.
Apabila arus mengalir melalui gegelung medan elektro-magnet ditubuhkan. Bahagian
ini yang menarik angker besi, yang lain akhir menolak tempat bersentuhan bersama-
sama, melengkapkan litar.

Dalam geganti ini, apabila arus mengalir melalui gegelung, ia bertukar menjadi
elektromagnet. magnet menolak suis ke kiri, memaksa spring bersentuhan bersama-
sama, dan melengkapkan litar mereka diletakkan.

23
2.8 LCD

LCD merupakan peranti yang biasa digunakan pada kalkulator, telefon, kerusi
urut, radio dan lain-lain alat elektronik. Selalunya ia memaparkan malumat dalam
bentuk perkataan.LCD adalah Liquid Crystal Display atau Pemapar Cecair Kristal
adalah suatu jenis paparan yang menggunakan Liquid Crystal sebagai media refleks.
Pada LCD berwarna seperti monitor terdapat puluhan ribu pixel. Pixel adalah satuan
terkecil di dalam suatu LCD. Pixel-pixel yang berjumlah puluhan ribu inilah yang
membentuk suatu gambar100 atau perkataan daripada arahan dari microcontroller
yang terdapat di dalam suatu alat elektrik.

Di masa akan datang, dengan harga LCD yang semakin murah, ianya boleh digunakan
bukan sahaja dalam produk kormesial tetapi juga projek-projek hobi elektronik. LCD
juga digunakan di dalam pembinaan TV dan pelbagai display yang memerlukannya.

Rajah 2.20

24
Rajah 2.21

Rajah 2.20 merupakan gambar sebenar dan nombor rujukan pin LCD pin 1-16 untuk
pemasangan di atas PCB. Maklumat ini berguna semasa penyambungan LCD dengan
komponen yang lain. Manakala gambarajah 2.21 merupakan litar skematik
penyambungan LCD. Jadual 2.1 adalah penerangan setiap pin LCD.

No Pin No. Keterangan Pin

1 Pin 1 (GND) Ini adalah pin ground untuk litar LCD.

2 Pin 2 (VCC) Talian bekalan voltan untuk kendalian LCD.

3 Pin 3 (VEE) Pin untuk kawalan kecerahan paparan LCD


menggunakan perintang berubah di antara VCC dan
GND.

4 Pin 4 (RS) RS untuk memilih Register . Pin ini command/data


register.

If RS=0 then command register is selected.

If RS=1 then data register is selected.

5 Pin 5 (R/W) R/W untuk Read/Write. Pin ini digunakan memilih


operasi Read/Write.

If R/W=0 then Write operation is performed.

If R/W=1 then Read operation is performed.

25
6 Pin 6 (EN) EN untuk Enable signal. A positive going pulse on this
pin will perform a read/write function to the LCD.

7 Pin7-14(DB0- Pin 8 digunakan untuk pin Data LCD.


DB7)

8 Pin 15 (LED+) Pin ini untuk laras kecerahan back light LCD. Pin ini
disambungkan ke VCC.

9 Pin 16 (LEC-) Pin ini untuk laras kecerahan back light LCD. Pin ini
disambungkan ke GND.

Jadual 2.1

2.9 TRANSISTOR

Transistor adalah kompenen semikonduktor eletrik yang mempunyai 3 kaki eletrod


iaitu Dasar , Pengumpul dan Pemancar. Ianya berfungsi untuk meninggikan arus dan
voltan. Terdapat dua jenis transistor iaitu jenis NPN dan PNP. Bagi menjalankan projek
ini, kami mengunakkan transistor dari jenis NPN yang berkod BC148. Transistor jenis
ini amat sesuai digunakkan untuk meninggikan arus pada litar pengesan banjir.
Transistor lain tidak dapat digunakkan kerana tidak mampu mengalirkan arus yang
tinggi dan sesuai untuk LED atau buzzer berfungsi dengan baik. Jika transistor lain
digunakkan, LED mungkin menyala dalam keadaan malap manakala buzzer
mengeluarkan bunyi yang perlahan.rujuk rajah 2.22

Rajah 2.22
Rajah 2.22 menunjukkan Transistor jenis NPN BC148

26
2.10 DIOD

i. Komponen yang terhasil dari bahan separuh pengalir.

ii. Kegunaan diod bergantung kepada jenis diod antaranya ialah :-

 Menjadi komponen asas dalam pembinaan litar bersepadu.

 Sebagai penerus dan pengatur voltan di dalam litar-litar bekalan kuasa.

Rajah 2.23

Rajah 2.23 menunjukkan simbol dan binaan diod

Jenis Dan Penggunaan Diod :-

Jenis Kegunaan
Diod Kuasa Penerus
Diod Zener Pengatur Voltan
Photo diod Pengesan Cahaya
Varactor Diod Litar penalaan
LED Indicator
Tunnel Diod Oscillator

Jadual 2.2

2.11 PERINTANG

Perintang ataupun resistor adalah jenis komponen yang menghasilkan rintangan


terhadap aliran arus dan menyebabkan voltan susut merentasinya. Nilai perintang
adalah berbeza-beza mengikut kepada litar kawalan yang hendak digunakan.

27
Bagi kawalan sistem penggera ini, nilai perintang yang akan digunakan adalah
180K, 2.2k dan 30 Ohm. Kesemua perintang yang digunakan ini amat bersesuaian
dengan jumlah arus yang hendak digunakan iaitu 9V. Jika tanpa perintang yang sesuai,
litar ini mungkin tidak akan berfungsi dan boleh terbakar sekiranya nilai rintangan terlalu
rendah. Rujuk rajah 2.24

Rajah 2.24

Rajah 2.24 menunjukkan contoh perintang tetap

2.12 PERANTI BLUETOOTH HC-06

HC-06 Peranti Bluetooth merupakan sebuah peranti yang direka khas untuk
penyambungan atau pengawalan mengunakan sistem bluetooth. Operasinya juga
boleh dilakukan dari jarak 10 meter keatas.

Peranti Bluetooth membolehkan kita membuat sambungan dengan maklumat


peranti atau pertanyaan yang berkenaan mengenainya. Operasi ini boleh dilaksanakan
melalui jarak jauh, menggunakan bluetooth adapter yang digunakan untuk mencipta
peranti bluetooth ini.

Rajah 2.25

Rajah 2.25 menunjukkan contoh peranti Bluetooth yang digunakan.

28
2.13 BUZZER

Buzzer Elektrik adalah sebuah komponen elektronik yang dapat mengubah


isyarat elektrik menjadi getaran suara. Pada umumnya, Buzzer yang merupakan
sebuah peranti audio ini sering digunakan pada rangkaian anti-maling, penggera pada
Jam Tangan, Bel Rumah, peringatan mundur pada Trak dan alat amaran bahaya lain.
Jenis Buzzer yang sering ditemui dan digunakan adalah Buzzer yang berjenis Piezo
electric, hal ini kerana Buzzer Piezo electric mempunyai pelbagai kelebihan seperti
lebih murah, relatif lebih ringan dan lebih mudah dalam menggabungkannya ke
Rangkaian Elektronik lain. Buzzer yang termasuk dalam keluarga Transduser ini juga
sering disebut dengan Beeper.

Rajah 2.26

Rajah 2.26 menunjukkan contoh buzzer yang digunakan dalam pembangunan SLSPS.

2.14 KESIMPULAN

Hasil dari kajian ini, kesimpulan yang dapat dibuat ialah setiap komponen projek
haruslah diteliti sebaik mungkin sebelum dipilih untuk menghasilkan sesebuah alat. Ini
kerana gabungan komponen yang sesuai dapat menghasilakan sebuah alat yang
berfungsi dengan baik. Kos pembelian komponen juga harus diambil kira untuk
menghasilkan sebuah alat yang mampu dimiliki oleh pengguna.

29
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi merupakan salah satu kaedah bagaimana sesuatu kajian itu


dilaksanakan. Perkara yang penting bagi membentuk satu metodologi adalah
berdasarkan kepada reka bentuk kajian yang sesuai supaya mencapai matlamat dan
objektif kajian. Metodologi yang ditentukan akan membantu penyelidik untuk
menghasilkan kajian yang lebih teratur dan bersistem.

Dalam bab ini, segala proses dan bagaimana prosedur kajian ini diterangkan
dengan terperinci. Pada peringkat awal, segala informasi mengenai kajian
dikumpulkan untuk mengetahui latar belakang kajian. Pengumpulan informasi daripada
pelbagai sumber seperti dari perpustakaan, laman web, jurnal, tesis, dan artikel dapat
membantu meluaskan pencarian mengenai kajian.

Untuk membangunkan sebuah reka bentuk, amalan kejuruteraan yang


dilaksanakan perlulah dilakukan secara sistematik dan teratur. Dalam membangunkan
sebuah reka bentuk, penggunaan kaedah, alatan dan teknik yang betul perlu dilakukan
dengan sistematik pada setiap fasa yang dijalankan. Tujuan utamanya adalah untuk

30
menjamin kualiti dan kesempurnaan produk reka bentuk yang dihasilkan. Dalam
bahagian metodologi ini, penerangan setiap fasa yang terlibat dalam pembangunan
reka bentuk ini diterangkan secara keseluruhannya.

INPUT OUTPUT
PROSES

LCD 16 x 2

Solar Panel 50W


Buzzer Piezo
Arduino
Smartphone LED Bulb
(Bluetooth
receiver)
USB Port

Rajah 3.1

Rajah 3.1 di atas menunjukkan rajah blok (SLSPS)

3.2 KENDALIAN SLSPS

Berdasarkan Rajah 3.1 dan Rajah 3.2 Pembangunan SLSPS di Bilik tidur
sesebuah rumah, apabila isyarat daripada penerima bluetooth yang dipasangkan
melalui telefon pintar digunakan, isyarat pengguna yang dikenali akan dihantar dan
diproses oleh Arduino. Isyarat yang dikenali akan dipaparkan statusnya pada LCD.
Pada masa yang sama, piezo akan mengeluarkan bunyi selama 3 saat (bunyi beep)
menandakan lampu telah menyala. Bagi memudahkan kamar yang mempunyai lebih
satu buah lampu, LCD memainkan peranan mengeluarkan isyarat lampu yang
menyala. Sebagai contoh, lampu 1 ‘on’ dan lampu 2 ‘ off ‘ . Pada umumnya
penggunaan (SLSPS) ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan kerja dan
golongan tua yang telah uzur ataupun kurang upaya. Dengan hanya menggunakan
telefon pintar ia sering dengan pembangunan teknologi masa kini, dengan di hujung
jari.

31
Mula

Mengenalpasti masalah

FASA
Memahami Keperluan Projek PERANCANGAN

Mengumpul Maklumat

Mereka Bentuk Mekanikal


FASA REKA
BENTUK
Mereka Bentuk Pendawaian Litar

Pembangunan Litar
FASA
PERLAKSANAN
Berfungsi?
TIDAK YA

Membangunkan Model SLPS

Pengujian produk
FASA
PENGUJIAN
Analisa Umum

Tamat

Rajah 3.2

Rajah 3.2 di atas menunjukkan Carta Alir Bagi Proses Pembangungan SLSPS Di
Sesebuah Bilik Tidur

32
3.3 PELAKSANAAN PERKAKASAN SLSPS

Dalam projek berasaskan Arduino Uno dan Hc-06 Bluetooth Receiver ini,
ianya direka untuk membangunkan sistem kawalan lampu menggunakan sistem
SLSPS di mana perkakasannya terdiri daripada kombinasi penerima hc-06 bluetooth,
arduino uno, litar geganti, litar bekalan kuasa, litar piezo, Panel Solar dan litar LCD .
(SLSPS ini membenarkan pengguna yang menggunakan SLSPS yang memuat turun
aplikasinya ke dalam telefon pintar dengan set ini sahaja.) Namun begitu , mana -mana
telefon pintar yang ingin mengunakan sistem ini , pengguna hanya perlu memuat turun
aplikasi yang telah dibina oleh penkaji.

3.3.1 Peranti Bluetooth dan Arduino uno

Dalam projek ini , pengkaji menggunakan peranti bluetooth hc-06 dan


arduino uno. Kos menggunakan hc-06 bluetooth peranti dan arduino uno adalah
sangat berpatutan dan mudah untuk dipemudahkan. Apabila sistem peranti
bluetooth hc-06 boleh menghantar data kepada arduino , ini menunjukkan
keseluruhan sistem boleh bekerja dengan baik. peranti bluetooth Hc-06
memerlukan data dari bluetooth telefon pintar. Oleh itu kos pembuatan projek ini
murah, mudah dan berpatutan. Walau bagaimanapun , pengawalan SLSPS ini
perlu dikawal dari jarak 15-20m jauh kerana piezo (keluaran bunyi) yang
digunakan mengahasilkan kesan radioaktif kepada pengguna. Ianya merupakan
aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan. Peranti Bluetooth Hc-06 hanya
menerima isyarat dari telefon pintar yang telah disetkan ke program peranti
bluetooth Arduino yang terdapat di dalam Play Store dan aplikasi pengkaji iaitu
‘BT_HomeAutomation’. Hal ini kerana , sistem ini juga menjaga keselamatan
pengguna dan menjimatkan tenaga elektrik yang digunakan. Kelebihan utama
menggunakan peranti bluetooth hc-06 ini ialah data yang dihantar antara
penyampai peranti bluetooth dan pembaca (arduino) tidak terjejas oleh aplikasi
lain atau menganggu pengunaan suis utama. Kelebihan lain, sistem ini juga
mempunyai pemasa. Contohnya , jika pengguna terlupa mematikan suis lampu,
sistem arduino secara automatik akan mematikan lampu tersebut mengikut

33
masa yang ditetapkan. Selain itu, pengkaji juga menggunakan panel solar dan
pengawal cas solar bagi mengecas sistem ini. Bateri yang digunakan dalam
sistem ini berupaya untuk memberikan kefungsian selama 5-6 jam.

1. Peranti Bluetooth HC-06

Peranti Bluetooth HC-06 merupakan sebuah peranti yang direka


khas untuk penyambungan atau pengawalan mengunakan sistem
bluetooth. Operasinya juga boleh dilakukan dari jarak 10 meter keatas.

Peranti Bluetooth membolehkan kita membuat sambungan dengan


maklumat peranti atau pertanyaan yang berkenaan mengenainya.
Operasi ini boleh dilaksanakan melalui jarak jauh, menggunakan
bluetooth adapter yang digunakan untuk mencipta peranti bluetooth ini.

Rajah 3.3

Rajah 3.3 di atas menunjukkan peranti Bluetooth HC-06

2. Arduino

Perisian arduino menjadikan kerja lebih mudah untuk menulis


kod dan memuat naik ke board arduino. Sambungan perisian mesti
dibuat terlebih dahulu. Sambungan kuasa ke litar geganti akan
menyebabkan , piezo berbunyi dan Lcd mengeluarkan paparan pada
skrin.

Apabila bluetooth peranti menghantar isyarat kepada penerima


bluetooth secara automatik piezo akan berbunyi dan LCD akan
menunjukkan paparan lampu yang dipasang. Semua prosedur yang

34
dinyatakan di atas adalah penting untuk mengenal pasti sama ada
sistem ini sedang beroperasi dan menghantar isarat yang betul kepada
arduino uno dan peranti bluetooth hc-06.

Rajah 3.4

Rajah 3.4 di atas menunjukkan jenis Arduino yang digunakan dalam


pembangunan SLSPS

Rajah 3.5

Rajah 3.5 di atas menunjukkan telefon pintar yang menggunakan


aplikasi BT_HomeAutomation yang dibuat oleh pengkaji.

Rajah 3.6

Rajah 3.6 diatas menunjukkan telefon pintar yang menggunakan aplikasi


Arduino Bluetooth Device yang terdapat di Play Store.

35
Rajah 3.7

Rajah 3.7 diatas menunjukkan litar skematik geganti yang disambung dengan
LED

Rajah 3.8

Rajah 3.8 di atas menunjukkan litar skematik yang dibangunkan menggunakan


perisian proteus 8.

36
Rajah 3.9

Rajah 3.9 di atas menunjukkan PCB geganti yang sudah siap dipasang
komponen dan dipateri.

Rajah 3.10

Rajah 3.10 di atas menunjukkan PCB Arduino yang sudah siap dipasang
komponen dan dipateri.

Rajah 3.11

Rajah 3.11 di atas menunjukkan perumah PCB yang sudah siap dipasang.

37
Rajah 3.12

Rajah 3.13

Rajah 3.12 dan rajah 3.13 di atas menunjukkan pandangan hadapan dan
pandangan belakang SLSPS.

38
Rajah 3.14

Rajah 3.14 di atas menunjukkan penyambungan litar arduino, litar geganti dan
bluetooth HC-06.

Rajah 3.15

Rajah 3.15 di atas menunjukkan penyambungan Litar arduino ke LCD dan


buzzer piezo, litar geganti ke LED dan peranti bluetooth hc-06.

39
Rajah 3.16

Rajah 3.16 di atas menunjukkan penyambungan litar keseluruhan SLSPS

3.3.2 Mod Sistem Pengawalan Lampu Pintar (SLSPS)

Merujuk pada Rajah 3.3.2.1, LCD menunjukkan dalam keadaan


lampu satu ( lamp 1) dinyalakan (ON) ini bermakna , LCD akan
mengeluarkan paparan yang menunjukaan lampu satu dipasang.
Seterusnya piezo ( merujuk rajah 3.3.2.2), akan berbunyi selama 3 saat
bagi menandakan lampu telah dipasang. Piezo jugak akan berbunyi
apabila lampu dimatikan. Merujuk rajah 3.3.2.3, peranti Bluetooth HC-06
akan berkedip menandakan tiada sebarang peranti sambungan
disambungkan. LED pada peranti Bluetooth HC-06 akan berhenti
berkelip apabila terdapat peranti sambungan daripada telefon pintar
kepada peranti sambungan Bluetooth HC-06.

Rajah 3.17

Rajah 3.17 menunjukkan LCD akan memaparkan lampu satu (Lamp 1: ON)
dipasang

40
Rajah 3.18

Rajah 3.18 menunjukkan contoh piezo buzzer yang digunakan

Rajah 3.19

Rajah 3.19 menunjukkan peranti Bluetooth yang telah disambungkan


telefon pintar.

3.3.3 Pengaturcaraan Arduino Microcontroller

Perisian Arduino Uno digunakan ke atas perkakasan untuk


program pengawal mikro dari PC ke pengawal mikro itu sendiri. Perisian
arduino adalah aplikasi 64-bit pada Microsoft Word, dan termasuk
beberapa komponen perisian percuma untuk pembangunan aplikasi,
simulasi perkakasan dan debugging. Perisian arduino juga berfungsi
sebagai antara muka tunggal untuk program perisian pihak ketiga dan
alat pembangunan perkakasan.

41
Rajah 3.20

Rajah 3.20 menunjukkan perisian Arduino Uno yang digunakan oleh pengkaji

42
3.3.4 Litar Geganti

Geganti merupakan sebuah suis elektromekanikal mudah dibuat


dari elektromagnet dan mempunyai satu set sesentuh. Arus mengalir
dalam gegelung menghasilkan medan magnet dan menarik sesentuh.
Arus yang mengalir pada gegelung berupaya menukarkan suis ‘ON’
kepada ‘OFF’ dan sebaliknya.

Rajah 3.21

Rajah 3.21 menunjukkan litar skematik geganti

43
3.3.5 Litar Lcd Dengan Arduino Microcontroller

Rajah 3.22

Rajah 3.22 menunjukkan litar skematik penyambungan LCD dengan


arduino.

3.3.6 Litar Skematik Piezo

Rajah 3.23

Rajah 3.23 menunjukkan litar skematik penyambungan piezo buzzer dengan


Arduino.

44
3.3.7 Litar Skematik Penuh SLSPS

Rajah 3.24

Rajah 3.24 menunjukkan penyambungan penuh litar skematik SLSPS

3.3.8 Sambungan SLSPS

Rajah 3.25

Rajah 3.25 menunjukkan penyambungan SLSPS yang lengkap

45
Rajah 3.26

Rajah 3.26 menunjukkan LED SLSPS yang menggunakan kawalan bluetooth ataupun
suis yang terdapat pada prototaip untuk berfungsi dan memerlukan bekalan.

46
3.4 Insert Carta Gant (Perancangan Dan Perlaksanaan Projek)

47
3.5 PROSES PENGHASILAN LITAR BERCETAK (PCB)

Bagi menghasilkan sesebuah projek , beberapa langkah pengahsilan perlu


dilakukan seperti , proses melukis litar (perisian Proteus) , proses ironing , etching ,
menebuk lubang , memasang komponen dan pengujian.

Proses proses tersebut merupakan aspek utama dalam pembuatan sesuatu


projek. Litar terbaik yang dihasilkan bergantung kepada ketelitian proses kerja
dilakukan.

3.5.1 Proses Melukis Litar

Rajah 3.27

Rajah 3.27 menunjukkan proses melukis litar skematik menggunakan perisian


Proteus 8.

48
3.5.2 Proses Ironing

Rajah 3.28

Rajah 3.28 menunjukan proses ironing litar ke PCB

3.5.3Proses Etching

Rajah 3.29

Rajah 3.29 menunjukan proses etching PCB.

49
3.5.4 Proses Menebuk Lubang

Rajah 3.30

Rajah 3.30 menunjukkan proses menebuk lubang pada PCB

3.5.5Proses Pematerian Komponen

Rajah 3.31

Rajah 3.31 menunjukan proses memasang kaki dan memateri komponen pada
PCB

50
3.5.6 Proses Pengujian Di Atas Bread Board

Rajah 3.32

Rajah 3.32 menunjukkan proses pengujian di atas breadboard


sebelum melakukan proses melakukan litar di atas PCB.

3.5.7 Pengujian

Rajah 3.33

Rajah 3.33 menunjukan bluetooth telah disambungkan dan lamp 1


dipasang

51
Rajah 3.34

Rajah 3.34 menunjukkan LED (Lamp 1) sedang menyala apabila arahan diberikan
daripada telefon pintar.

Berdasarkan Rajah 3.27, 3.28, 3.29, 3.30, 3.31, 3.32, dan 3.33 ini merupakan proses
penghasilan litar SLSPS yang telah dijalankan.

3.6 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, untuk membangunkan projek kawalan lampu pintar


menggunakan sistem arduino microcontroller dan peranti bluetooth hc-06 ini
memerlukan pembangunan dua bahagian utama iaitu pembangunan perkakasan dan
pembangunan perisian. Kombinasi kedua-dua bahagian utama ini dapat merealisasikan
SLSPS yang boleh menggantikan penggunaan suis utama secara konvensional untuk
meningkatkan sistem taraf hidup serta membantu golongan tua.

52
BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN

Sesebuah reka bentuk yang hendak dicipta perlu melalui proses analisis reka
bentuk secara terperici. Ini adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang
terdapat pada reka bentuk tersebut. Aspek yang diambil kira dalam proses analisis ini
seperti reka bentuk dan kebolehfungsian model yang dihasilkan dapat memenuhi
objektif reka bentuk pengkaji.

4.2 DAPATAN KAJIAN

Dalam anlisis kejuruteraan, pengkaji telah membuat analisis dengan membahagikan


kepada beberapa bahagian mengikut persoalan kajian iaitu :

1) Apakah rekabentuk yang sesuai bagi sistem pengawalan lampu LED ini?

2) Bagaimanakah cara membangunkan satu sistem pengawalan bagi lampu


LED menerusi aplikasi telefon pintar?

3) Sejauh manakah sistem pengawalan lampu LED berfungsi?

53
4.3 ANALISIS REKA BENTUK

Bahagian ini menjawab persoalan kajian yang pertama. Dalam menghasilkan


sesebuah produk yang lebih terancang dan sistematik, suatu analisis perlu dilakukan.
Melalui analisis yang dijalankan ia dapat membantu penyelidik mendalami reka bentuk

yang dihasilkan dari segi penggunaan produk, kepentingan produk, matlamat dan
objektif serta bahan-bahan di dalam penghasilan SLSPS.

Rajah 4.1

Rajah 4.1 menunjukkan Bentuk dan Saiz Kerangka Model.

Kerangka yang dibangunkan adalah menggunakan kayu jenis papan lapis yang
berukuran 44m x 28.5m untuk bahagian atas iaitu bahagian sistem lampu manakala
pada bahagian tengah ia menggabungkan sistem kawalan Arduino sebagai tempat
untuk meletakkan komponen,peranti pengawalan suis, solar charge controller dan usb
hub yang berukuran 45m x 33m. Pada bahagian sistem penyimpanan tenaga pula kayu

54
jenis papan lapis yang berukuran 52m x 29.5m digunakan untuk meletakkan bateri 12v
dan sebagai tapak untuk meletakkan bahagian sistem pengawalan dan bahagian
sistem penyimpanan tenaga. Terdapat bahagian sistem pengecas untuk meletakkan
panel solar yang berukuran 96m x 62m bagi memudahkan penjanaan elektrik dalam
keadaan arus terus. Melalui pengujian yang dijalankan, didapati bentuk dan saiz
kerangka yang digunakan adalah kukuh dan mampu menampung kesemua beban
yang diletakkan di atasnya.

Reka bentuk prototaip yang dibangunkan adalah bertujuan untuk menunjukkan


gambaran sebenar sistem lampu automatik SLSPS. Pembangunan prototaip SLSPS ini
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian sistem lampu, bahagian pengawalan
dan bahagian tapak.

a) Bahagian sistem lampu

Ruang yang diperlukan untuk menempatkan led yang menggunakan kuasa 20W ini
adalah berukuran 44m x 28.5m. Bahan yang digunakan untuk membuat kerangka bagi
menempatkan led kuasa 20W adalah kayu papan lapis yang berketebalan 1mm.
Pemilihan kayu papan lapis adalah kerana sifatnya yang kuat, ringan dan telus. Reka
bentuk bahagian sistem lampu ditunjukkan pada Rajah 4.2.

Rajah 4.2

Rajah 4.2 menunjukkan reka bentuk bahagian sistem lampu

55
b) Bahagian sistem pengawalan

Reka bentuk bahagian sistem pengawalan untuk prototaip ini juga menggunakan
kaedah yang sama seperti sistem lampu. Ruang yang diperlukan untuk menempatkan
gabungan sistem kawalan Arduino sebagai tempat untuk meletakkan kompnen,peranti
pengawalan suis, solar charge controller dan usb hub yang berukuran 45m x 33m.
Bahan yang digunakan untuk membuat kerangka bagi menempatkan sistem
pengawalan tersebut adalah daripada kepingan kayu jenis papan lapis berketebalan
3mm. Pemilihan kepingan kayu jenis papan lapis tersebut adalah kerana sifatnya yang
ringan, kuat dan kos yang rendah. Reka bentuk sistem pengawalan ditunjukkan pada
Rajah 4.3.

Rajah 4.3

Rajah 4.3 menunjukkan reka bentuk bahagian sistem pengawalan

56
c) Bahagian sistem penyimpanan tenaga

Reka bentuk untuk sistem penyimpanan tenaga ditempatkan pada bahagian bawah
yang digunakan sebagai tapak untuk untuk meletakkan bahagian sistem pengawalan
dan bahagian sistem penyimpanan tenaga. Kesemua ini ditetakkan diatas kepingan
kayu papan lapis yang berukuran 52m x 29.5m. Pada bahagian ini digunakan untuk
meletakkan bateri 12v. Bahan yang digunakan untuk membuat kerangka bagi
menempatkan sistem pengawalan tersebut adalah daripada kepingan kayu papan lapis
berketebalan 3mm. Pemilihan kepingan kayu papan lapis tersebut adalah kerana
sifatnya yang ringan, kuat dan kos yang rendah. Reka bentuk sistem penyimpanan
tenaga ditunjukkan pada Rajah 4.4.

Rajah 4.4

Rajah 4.4 menunjukkan reka bentuk bahagian sistem penyimpanan tenaga

57
e) Bahagian sistem pengecas

Reka bentuk sistem pengecas ditempatkan pada bahagian lain untuk memudahkan
penyambungan dibuat dari bahagian sistem pengecas ke bahagian sistem pengawalan.
Selain itu juga ia dibuat berasigan untuk memudahkan kerja-kerja penyenggaraan.
Tapak pemegang Panel Solar diperbuat daripada besi (L) bagi membolehkan proses
mengecas berlaku daripada matahari. Ukuran bagi bahagian ini ialah 96m x 62m. Reka
bentuk susunan komponen pada sistem pengecas ditunjukkan pada Rajah 4.5.

Rajah 4.5

Rajah 4.5 menunjukkan reka bentuk bahagian sistem pengecas

58
4.4 ANALISIS KESELAMATAN

Kemalangan bukanlah suatu peristiwa tungggal, tetapi merupakan hasil dari


serangkaian penyebab yang saling berkaitan yang berpunca dari kelemahan reka
bentuk, pengguna dan prosedur kerja yang tidak jelas. Analisis ini dibuat untuk
memastikan SLSPS dapat diaplikasikan dengan selamat dalam apa jua keadaan.
Terdapat beberapa langkah keselamatan yang wajar telah dibuat merujuk kepada reka
bentuk dan peraturan keselamatan sedia ada. Antara langkah-langkah yang telah
dibuat adalah seperti.

i. Meletakkan tanda amaran pada bahagian yang boleh mendatangkan bahaya


kepada pengguna. Tanda-tanda amaran tersebut diletakkan pada projek ini di
mana dikhuatiri bahagian tersebut boleh menyebabkan pengguna terkena
sebarang kecederaan.

ii. Membuat penutup pada bahagian yang terdedah.

iii. Penambahan suis kecemasan di mana suis tersebut bertindak mengawal


keseluruhan litar. Jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini suis tersebut
akan serta merta memberhentikan operasi apabila ia ditekan. Suis ini
ditempatkan pada tempat yang mudah untuk dicapai pengguna.

4.5 ANALISIS KEBOLEHFUNGSIAN

Bahagian ini menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu sejauh manakah
sistem pengawalan lampu LED dapat berfungsi dengan baik. Daripada pemerhatian
pengkaji mendapati pengguna projek ini adalah amat bersesuaian bila mana digunakan
dalam bilik tidur. Projek ini telah diuji kebolehfungsiannya dengan memastikan
kesemua litar yang dihasilkan boleh berfungsi seperti yang dikehendaki dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

59
b) Analisis Litar Panel Solar

Litar Panel Solar digunakan untuk membekalkan bekalan. Panel Solar menjanakan
tenaga elektrik dalam keadaan arus terus. Tenaga elektrik bergerak dari panel solar ke
pengawal cas solar seterusnya dari pengawal cas solar ke bateri kuasa yang
dibekalkan oleh panel solar bergantung kepada kecerahan sinar matahari.

c) Analisis Litar Geganti

Litar geganti digunakan sebagai suis yang menggunakan arahan dari Arduino
(Bluetooth) untuk diaktifkan. Litar geganti menggunakan 12v arus terus yang
dibekalkan oleh bateri. Geganti hanya akan aktif apabila terima isyarat dari Arduino
(Bluetooth).

d) Analisis Litar Bluetooth

Litar Bluetooth ialah litar yang diwujudkan dengan penyambungan peranti Bluetooth
HC-06 dengan Arduino. Peranti Bluetooth memerlukan arus terus 5v untuk dihidupkan.
Bluetooth menerima isyarat daripada telefon pintar dan menghantar isyarat tersebut ke
Arduino. Arduino memproses isyarat tersebut dan menghantar isyarat yang diproses ke
litar geganti.

e) Analisis Litar Lampu

Lampu akan hidup apabila menerima arus terus 12v daripada bateri. Arus elektrik
daripada bateri akan melalui sama ada litar geganti ataupun suis. Arus yang melalui
litar geganti memerlukan isyarat dari Arduino (Bluetooth) untuk berfungsi manakala suis
hanya perlu di hidupkan secara manual iaitu pengguna perlu pergi ke suis dan
menghidupkan suis.

f) Analisis Litar Suis Utama

Suis utama ialah suis yang mengawal keluaran dari bateri. Suis ini digunakan sebagai
suis keselamatan untuk memberhentikan operasi jikalau berlaku kemalagan.

60
g) Analisis Litar LCD

LCD digunakan sebagai pemapar maklumat projek. Litar LCD ialah litar yang
meyambungkan LCD dengan board Arduino. Arduino akan menghantar maklumat
tentang paparan dan LCD akan memaparkan maklumat. Dalam litar ini LCD display
akan memberi maklumat tentang geganti dan LED. Jika geganti 1 sedang diaktifkan
LCD akan mengatakan bahawa lampu 1 sedang diaktifkan. Pada LCD akan tertulis (
LAMP 1: ON). Geganti juga akan dipaparkan sama jika diaktifkan manakala jika
dimatikan, LCD akan tertulis (LAMP 1: OFF).

4.6 ANALISIS KESELURUHAN LITAR

Dalam analisis keseluruhan litar ini akan menunjukkan keputusan keluaran bagi setiap
litar pada SLSPS.

4.5.1 Analisis Kestabilan Litar

Dalam proses menjalankan ujian kestabilan litar ini, projek dibiarkan


berada dalam keadaan standby selama lapan jam sehari. Ujian kestabilan
projek ini dilakukan di rumah selama tiga hari dalam suasana suhu bilik harian
yang berbeza. Analisis bacaan voltan pada solar panel, relay 1, relay 2, piezo
buzzer, battery dan lcd display kerana daripada bacaan voltan yang diperoleh
dapat menggambarkan tahap kestabilan litar untuk bahagian masukan,
bahagian proses, bahagian keluaran dan bahagian bekalan kuasa.

Analisis bacaan voltan pada panel solar, geganti 1, geganti 2, piezo


buzzer, battery dan LCD ini diambil dalam masa dua hari. Setiap hari
pengukuran dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada waktu pagi, tengahari dan
petang. Jadual 4.1, jadual 4.2, jadual 4.3, jadual 4.4 dan 4.5 menunjukkan hasil
bacaan voltan pada kedua-dua hari tersebut.

61
Jadual 4.1 menunjukkan Hasil pengukuran Panel Solar

Suhu Panel
Bil Tarikh Masa
Persekitan Solar

18 9.00 a.m 28°C 8.8V


1
SEPTEMBER 12.00p.m 31°C 8.8V

2017 4.00 p.m 31°C 8.8V

9.00 a.m 27°C 8.8V


18
2 SEPTEMBER 12.00p.m 33°C 8.8V
2017
4.00 p.m 32°C 8.8V

Jadual 4.2 menunjukkan Hasil pengukuran geganti 1

Suhu Geganti
Bil Tarikh Masa
rumah 1

9.00 a.m 28°C 12V


1 6
SEPTEMBER 12.30p.m 31°C 12V
2017
4.30 p.m 31°C 12V

9.00 a.m 27°C 12V


7
2 SEPTEMBER 12.30p.m 33°C 12V
2017
4.30 p.m 32°C 12V

9.00 a.m 27°C 12V


8
3 SEPTEMBER 12.30p.m 33°C 12V
2017
4.30 p.m 33°C 12V

62
Jadual 4.3 menunjukkan Hasil pengukuran geganti 2

Suhu Geganti
Bil Tarikh Masa
rumah 2

9.00 a.m 28°C 12V


1 10
SEPTEMBER 12.30p.m 31°C 12V
2017
4.30 p.m 31°C 12V

9.00 a.m 27°C 12V


11
2 SEPTEMBER 12.30p.m 33°C 12V
2017
4.30 p.m 32°C 12V

9.00 a.m 27°C 12V


12
3 SEPTEMBER 12.30p.m 33°C 12V
2017
4.30 p.m 33°C 12V

Jadual 4.4 menunjukkan Hasil pengukuran piezo buzzer

Suhu PIEZO
Bil Tarikh Masa
rumah BUZZER

9.00 a.m 28°C 4.5V


1 14
SEPTEMBER 12.30p.m 31°C 4.5V
2017
4.30 p.m 31°C 4.5V

9.00 a.m 27°C 4.5V


15
2 SEPTEMBER 12.30p.m 33°C 4.5V
2017
4.30 p.m 32°C 4.5V

9.00 a.m 27°C 4.5V


3 16
SEPTEMBER 12.30p.m 33°C 4.5V

63
2017 4.30 p.m 33°C 4.5V

Jadual 4.5 menunjukkan Hasil pengukuran LCD

Suhu LCD
Bil Tarikh Masa
rumah

9.00 a.m 28°C 8.8V


1 18
SEPTEMBER 12.30p.m 31°C 8.8V
2017
4.30 p.m 31°C 8.8V

9.00 a.m 27°C 8.8V


19
2 SEPTEMBER 12.30p.m 33°C 8.8V
2017
4.30 p.m 32°C 8.8V

9.00 a.m 27°C 8.8V


20
3 SEPTEMBER 12.30p.m 33°C 8.8V
2017
4.30 p.m 33°C 8.8V

4.6.2 Rumusan daripada hasil bacaan voltan

Kesemua nilai voltan yang diperolehi pada pengukuran voltan panel


solar,geganti 1, geganti 2, piezo buzzer, bateri dan LCD menunjukkan bacaan
yang stabil.Berdasarkan keputusan ujian bacaan voltan yang stabil di perolehi,
rumusan yang dapat dibuat ialah:

1. PCB yang dibuat berada dalam keadaan baik. Tiada pengalir-pengalir


yang tidak sempurna dan tiada pematerian kering pada papan litar projek.

2. Kabel-kabel sambungan ke suis, LCD dan terminal ujian berada dalam


keadaan sambungan yang sempurna.

64
3. Merujuk kepada bacaan voltan pada keluaran panel solar, didapati bahagian ini
dalam keadaan stabil.

4.

4.7 ANALISA KOS PENGELUARAN

Faktor ekonomi merupakan faktor yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu reka bentuk
model sebelum ia dibangunkan. Faktor harga merupakan faktor yang amat penting bagi
membangunkan sesuatu model. Ia bertujuan bagi memastikan kesempurnaan dan
kebolehgunaan sesuatu produk berfungsi dengan baik. Bagi reka bentuk ini, bahan
yang digunakan mengambil kira harga yang berpatutan dan bahan mudah didapati di
pasaran serta mudah untuk disenggara.

Analisis kos pengeluaran adalah penting bagi menentukan kos pengeluaran sesuatu
bahan adalah pada harga minima. Bagi mendapatkan analisis yang lebih terperinci,
pengkaji akan menunjukkan kos keseluruhan bagi model ini pada jadual 4.3.

Jadual 4.6 menunjukkan Analisis Kos Keseluruhan

Bil. Bahan Kuantiti Harga (RM)

1 Ansel 2 kg 2 unit 0.60

2 Skru ¾ 1 unit 1.00

3 Terminal Block PCB 2 ways DG128V-02 7 unit 6.30

4 Header Pin (M) Straight 2 x 40 WAYS M240S 1 unit 1.30

5 Solar Charger Controller 10A (12V/24V) C/W USB 1 unit 90.00

6 Serial Bluetooth Module (HC-06) 1 unit 82.68

7 12Vdc 5P Relay – Original 3 unit 13.67

8 Jumper Wire Female To Female (40/Pack) 1 unit 5.30

9 Jumper Wire Male To Female 1 unit 2.65

10 Relay DC12V 5 Pins SPDT RE-SO-SRD – 12 2 unit 5.20

65
11 Cable Twin Flat (Red/Black) 2 unit 0.80

12 Cable Auto 44 4 unit 7.20

13 4 x 25 Screw 1 unit 1.80

14 4 x 20 Screw 1 unit 1.90

15 Combo USB 2.0 480 MBOS 1 unit 16.90

16 Bracket 8 PCS 60 x 60 x 30 1 unit 7.30

17 S.L.A Recharges Battery 1 unit 68.00

18 IC Parts 5 unit 15.00

19 LED Bulb 12W 1 unit 17.00

20 3 Way Terminal Blok 3 unit 3.39

21 2 mm Sumi Tube 1 unit 1.00

22 4 mm Sumi Ttube 1 unit 2.36

23 LED Light 20W 2 unit 48.00

24 LCD 16 x 2 Display Blue 1 unit 20.00

25 10K ohm Potentionmeter 1 unit 4.50

26 12V Battery Clipper 2 unit 0.60

27 Electronic Buzzer 1 unit 4.50

28 6 x 8 PVC 1 unit 13.00

29 2 way switch 1 unit 5.00

30 PVC Base 3 x 3 1 unit 0.60

31 Wallpaper (Marble) 2 x 45cm 1 unit 3.50

32 50 W Poly Solar Panel for Solar Energy Equipment 1 unit 224.00


System Solar Power Home House Office Factory
Plantation Farm

66
34 Papan Lapis 4 unit terpakai

35 Kayu 6 unit terpakai

Jumlah 675.05

4.8 KEPUTUSAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Skala yang digunakan dalam borang soal selidik reka bentuk SLS ini adalah Skala
Likert berdasarkan seperti berikut :

i. Sangat Tidak Setuju (STS)

ii. Tidak Setuju (TS)

iii. Setuju (S)

iv. Sangat Setuju (SS)

Analisis dibuat menggunakan peratusan hasil soal selidik yang telah dihasilan
merujuk kepada reka bentuk SLSPS dan objektif kajian.

4.8.1 Analisis SLSPS

Dapatan kajian adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 4.7 iaitu
hasil analisis daripada item-item senarai semak yang terdapat di dalam borang
soal selidik. Terdapat sepuluh item soalan yang didedahkan kepada 10
responden yang berpengetahuan dalam bidang elektrik dan elektronik di dalam
bidang ini.

(STS) (TS) (S) (SS)


Bil Soalan
1 2 3 4

Sistem ini menarik kerana menggunakan


1 0 0 2 8
teknologi terkini.

67
Penggunaan sistem ini lebih mudah dan
2 ringkas jika dibandingkan dengan penggunaan 0 0 2 8
suis lampu utama.

Kawalan Suis Lampu menggunakan suis


utama lebih sukar dilaksanakan jika
3 0 0 4 6
dibandingkan kawalan menggunakan sistem
SLSPS.

Penggunaan sistem SLSPS dapat


4 menggantikan sistem suis lampu utama secara 0 0 5 5
berkesan.

Penggunaan sistem ini dapat mengawal lampu


5 0 0 3 7
utama secara sistematik.

Komponen yang terdapat pada model mudah


6 0 0 2 8
dilihat

Sistem SLPS dapat menjimatkan penggunaan


7 0 0 3 7
elektrik.

Reka bentuk model yang dihasilkan ringkas


8 0 0 2 8
dan menarik.

Sistem ini boleh meluaskan penggunaan dan


9 0 0 2 8
kefungsiannya.

Sistem ini dapat memudahkan pengguna


10 mengawal lampu utama secara ergonomik 0 0 3 7
(mesra pengguna).

Jadual 4.7 Analisis Responden

Di dalam bahagian ini, kebanyakkan responden bersetuju dengan penggunaan


sistem ini. Majoriti responden-responden memilih sangat setuju dengan penggunaan
ini. Para responden telah memberikan pelbagai komen mengenai sistem ini. Salah satu
komen yang telah dituju oleh responden adalah sistem ini boleh dikembangkan dengan
penggunaan teknologi terkini. Sebagai contoh pengguna boleh memantau atau
mengawal suis ketika berada di tempat kerja. Selain itu, responden juga memberi

68
komen kepada sistem ini supaya digunakan pada pintu pagar atau lebih dikenali
sebagai alarm system. Rajah 4.7.1.1 menunjukkan analisis graf yang dibuat bagi item-
item di bahagian analisis reponden.

Graf Responden Borang Soal Selidik STS TS S SS

10

8
5
BILANGAN RESPONDEN

7 6
7 7 7
6 8 8 8 8 8

3
5
2 4
3 3 3
1 2 2 2 2 2

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 SOALAN

Rajah 4.6

Rajah 4.6 Menunjukkan Graf Responden Borang Soal Selidik

4.9 RUMUSAN

Proses reka bentuk yang dijalankan akan menjadi lebih mudah dan berkualiti
sekiranya ianya dilakukan dengan perancangan yang sistematik dan terperinci. Analisis
dan hasil dapatan produk yang telah siap dibangunkan membantu penyelidik melihat
sejauh mana keberkesanan pengubahsuaian yang telah dibuat. Ia juga berfungsi
sebagai penanda aras kejayaan penyelidik dalam membangunkan produk mengikut
objektif yang di tetapkan. Melalui proses reka bentuk ini, penekanan diberikan kepada
kesesuaian dan kebolehfungsian produk yang dibina berdasarkan kriteria-kriteria yang
telah ditetapkan.

69
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa penilaian soal selidik ke atas aspek-
aspek yang dikaji berada pada tahap positif iaitu majoiti semua pakar bersetuju dengan
soalan yang diutarakan dalam boring soal selidik berkenaan SLSPS ini.

70
BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan serba sedikit mengenai perbincangan, kesimpulan


dan cadangan yang berkaitan dengan proses penambahbaikan terhadap
pembangunan SLSPS ini. Perbincangan dan kesimpulan keseluruhan yang dibuat
adalah meliputi hasil dapatan analisis pengoperasian produk yang dilakukan
berdasarkan persoalan kajian penyelidik sekaligus untuk mencapai objektif kajian.
Semua aspek yang dibincangkan di dalam bab ini diharap dapat menjadi garis panduan
serta petunjuk bagi penyelidik akan datang dalam meneruskan kajian ini serta
melaksanakan pengubahsuaian ke atas reka bentuk SLSPS ini.

5.2 PERBINCANGAN

5.2.1 Adakah projek ini dapat menyelesaikan masalah yang dinyatakan ?

Berdasarkan analisis hasil projek dalam bab 4, didapati SLSPS yang


direkabentuk menggunakan Arduino ini dapat memaparkan keputusan dalam
bentuk bahasa yang dipaparkan pada LCD yang senang difahami oleh
pengguna semasa penggunaan model ini. Paparan yang akan ditunjukkan pada

71
LCD adalah sama ada Lamp 1: ON/ OFF dan Lamp 2 : ON/OF. Pengguna juga
dapat menggunakan aplikasi yang tersedia supaya mudah untuk
mengaplikasikan alat ini. Telefon bimbit Android yang mempunyai aplikasi yang
disediakan mempunyai fungsi yang sama seperti remote. Didapati juga
penggunaan sistem SLSPS ini tidak menghadkan pada suis lampu saja malah
ia memudahkan untuk membuat penambahan suis seperti kipas, penghawa
dingin, usb port dan sebagainya. Apabila penggunaan sistem SLSPS ini
dihasilkan maka dapatlah pengguna-pengguna menjimatkan elektrik dimana
pengguna boleh set timer bila-bila masa sahaja dan pensuisan lampu menjadi
lebih sistematik.

5.2.2 Adakah projek ini dapat mencapai objektif yang dinyatakan:

Merujuk kepada objektif projek ini, iaitu:

1. Merekabentuk serta membangunkan sistem pengawalan lampu LED


menerusi aplikasi telefon pintar dengan kuasa solar.

2. Membantu pengguna yang kurang upaya untuk mematikan suis lampu


dengan mudah dan cepat.

3. Menguji kebolehfungsian sistem pengawalan lampu LED.

Hasil daripada analisa dalam bab 4, iaitu merujuk kepada pengujian voltan
pada bahagian masukan, bahagian proses, bahagian keluaran dan bahagian
bekalan kuasa litar, didapati sistem SLSPS yang siap dibina dalam keadaan
berfungsi, stabil dan dapat memenuhi objektif projek seperti yang telah
ditetapkan.

Berdasarkan keputusan uijan tersebut, didapati aplikasi atau kod


konfigurasi(Lampiran 1) yang direkabentuk dapat mengawal sistem SLSPS
dengan baik. Hasil daripada analisa dalam bab 4, kesimpulan yang dapat dibuat
ialah projek ini dapat mencapai ketiga-tiga objektif yang ditetapkan.

72
5.3 MASALAH YANG DIHADAPI

Ketika proses membangunkan reka bentuk ini, terdapat beberapa masalah yang
timbul. Berikut merupakan masalah yang timbul dan penyelesaian yang dilakukan bagi
menagani masalah yang dihadapi.

1. Perubahan SLSPS menjalani beberapa proses pemurnian sistem dan reka


bentuk yang melibatkan aspek ergonomik, keselamatan, ketahanan dan
penyenggaraan. Selain berbincang dan mendapatkan pandangan dan nasihat
daripada pensyarah dan individu-individu yang pakar, akhirnya penyelidik dapat
menghasilan sistem yang lebih berkesan.

2. Litar yang direka tidak menepati penyambungan dan kesan daripada itu
menyebabkan tiada berlakunya keluaran pada sistem ini. Banyak masa yang
telah dihabiskan untuk merekabentuk litar dan membuat coding bagi sistem
ini.Akhirnya penyelidik menghasilkan susunan komponen pada litar secara
sistematik dan tersusun serta mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai
microcontroller daripada pensyarah yang pakar dalam bidang ini.

5.4 CADANGAN

Setelah melaksanakan pelbagai analisis, perbincangan dan medapatkan penilaian


daripada responden, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan pada sistem
ini adalah di tahap yang sangat memuaskan. Justeru itu, pengkaji ingin menyarankan
beberapa cadangan bagi tujuan penambahbaikan pada sistem reka bentuk SLSPS ini
untuk dipertimbangkan oleh pengkaji akan datang yang berhasrat untuk melanjutkan
kajian ini. Pengkaji telah menyenaraikan cadangan kajian lanjutan bagi tujuan
penambahbaikan pada model ini.

5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan

Walaupun sistem model SLSPS ini berfungsi seperti yang dikhendaki,


namun masih terdapat kelemahan-kelemahan tertentu yang perlu diatasi untuk
memastikan penggunaan sistem ini dapat digunakan dengan lebih berkesan.

73
Penyelidik telah menyenaraikan beberapa cadangan bagi tujuan
penambahbaikan sistem SLSPS ini. Antaranya ialah :

1. Peruntukan khas perlu diberikan bagi membina sistem SLSPS ini kerana
selain daripada menambah aspek pengawalan, penggunaan sistem ini
juga dapat membuka mata pelajar berkenaan aplikasi sebenar topik
microcontroller yang mereka pelajari.

2. Sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya


gangguan bekalan elektrik, satu sistem iaitu suis kecemasan telah
disediakan.

3. Projek ini boleh menggunakan inverter untuk menukarkan arus DC ke


AC bagi penggunaan peralatan-peralatan di dalam rumah.

4. Bateri yang digunakan dalam pembangunan prototaip mempunyai


kapasiti yang rendah. Untuk penggunaan yang sebenar, bateri perlulah
ditukarkan ke bateri solar.

Oleh itu, penyelidik berharap agar penyelidik seterusnya akan memperbaiki reka
bentuk ini supaya menjadi lebih baik dan berdaya saing untuk dibangunkan.
Malah, penyelidik mengharapkan pembiyaan diberikan dari masa ke semasa
memandangkan kemampuan kewangan peneyelidik adalah terhad dan dengan
cara ini, ia akan memudahkan lagi serta melancarkan perjalanan
penembahbaikan kajian dan proses reka bentuk akan datang.

5.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, projek yang dijalankan telah mencapai matlamat dan


objektif pembinaannya. Penyelidik berasa berpuas hati dengan hasil kerja projek ini
walaupun dengan pengetahuan tentang mekanikal dan pertukangan kayu yang tidak
seberapa. Namun dengan usaha yang berterusan dan kesabaran, projek ini akhirnya
dapat dubangunkan dan dihasilkan. Selain itu, projek yang dihasilkan ini dapat
menyelesaikan masalah yang dinyatakan dan mencapai objektif projek. Dalam

74
melaksanakan projek ini penyelidik dapat menambahkan ilmu mengenai
microcontroller. Projek ini juga memberi manfaat kepada pengajar dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Diharap laporan ini dapat memberi sedikit
gambaran dan pengetahuan berkenaan kerja merekebentuk sistem dan menghasilkan
sistem SLSPS untuk mengawal lampu sendiri.

75