Anda di halaman 1dari 58

Panduan Menulis 
Rancangan Perniagaan 
Siri Asas 
 
Disediakan oleh 
Ahmad Zahirudin Ahmad Fauzi 

Hakcipta © 2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi 
 
Edisi ini adalah dipasarkan oleh  

Wawasan Paradigma Sdn Bhd (821507‐X) 
27‐1 Jalan Equine 9B,  
Equine Park, 43300 Seri Kembangan,  
Selangor Darul Ehsan, 
Malaysia.  
 
URL: www.aleacorp.com   
Pra‐Kata 
Saya telah banyak menulis kertas kerja, termasuklah rancangan perniagaan. Antara kertas kerja 
rancangan perniagaan saya yang berjaya adalah untuk permohonan dana Cradle Investment Programme 
oleh Cradle Fund Sdn Bhd, yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan Malaysia – projek Lagenda 
Aurellia. Selain dari Lagenda Aurellia, saya juga telah berjaya membantu seorang rakan untuk 
mendapatkan dana dari sumber yang sama (Cradle) bagi projek beliau, Bulletpages. 

Sebelum itu, saya juga telah bertanggungjawab untuk menulis kertas kerja perancangan e‐pembelajaran 
bagi Open University Malaysia, yang mana sistem e‐pembelajaran tersebut masih digunapakai di 
universiti tersebut sehingga kini. Model yang sama (dengan beberapa pengubahsuaian) juga telah 
merealisasikan National e‐Learning Centre di Riyadh, Saudi Arabia. Saya juga turut membantu Kumpulan 
Maybank menjimatkan lebih RM11juta dalam tahun 2003 dengan kertas kerja saya bersama kumpulan 
perunding di Meteor Research and Technology Sdn Bhd bagi implementasi e‐pembelajaran merentasi 
Kumpulan Maybank. 

Banyak lagi kertas kerja yang saya tulis – untuk e‐pembelajaran, pengstrukturan semula organisasi, e‐
dagang, portal pengiklanan, dan macam‐macam lagi. 

Suatu hari, isteri saya bertanyakan kepada saya – “Awak boleh tolong organisasi besar‐besar untuk jimat 
duit juta‐juta. Tak boleh ke awak tolong orang buat duit ribu‐ribu?” 

Saat‐saat Eilham. 

Betul kata‐kata isteri saya itu. Jika seseorang itu tidak ada modal wang yang besar, dia masih boleh 
berjaya dengan bermodalkan peluh. Dengan modal yang kecil, tetapi dengan semangat dan usaha yang 
besar, seseorang itu boleh buat duit ribu‐ribu. Sudah ada duit ribu‐ribu, dia mungkin boleh buat belas‐
belas ribu. Dan seterusnya, sehingga bergelar jutawan. 

Sejak Mac 2008, saya telah melancarkan inisiatif Program Keusahawanan Eilham di www.eilham.com. 
Panduan Menulis Rancangan Perniagaan(Siri Asas) ini merupakan satu lagi usaha saya untuk membantu 
lebih ramai lagi menaiktaraf hidup masing‐masing. 

Sila. Teruskan membaca.  

P.S: 

Segala yang baik itu adalah dari Allah, dan segala yang tidak betul dan kurang tepat itu adalah kelemahan saya sebagai 
seorang manusia. Mohon maaf. 

Isi Kandungan 
    Muka
 
Mengapa Anda Patut Jadi Seorang Usahawan ………..  1
Adakah Anda Tokoh Usahawan  ………..  2
 
Latar Belakang Penulis  ………..  3
Mengenai Ahmad Zahirudin  ………..  4
 
Menulis Rancangan Perniagaan Anda  ………..  5
 
Pendahuluan  ………..  6
1.0 Ringkasan Eksekutif  ………..  7
2.0 Pembentangan Cadangan  ………..  10
3.0 Analisa Pasaran  ………..  13
4.0 Teknologi  ………..  24
5.0 Jadual Pelaksanaan Projek  ………..  28
6.0 Rancangan Kewangan  ………..  34
7.0 Rumusan  ………..  40
 
Rancangan Perniagaan Anda Hampir Sedia  ………..  42
 
Senarai Badan‐Badan Pembiayaan  ………..  43
 
Sedikit Tentang Designel Media Sdn Bhd – Syarikat Berstatus MSC ………..  51
Designel Media Sdn Bhd | www.designelmedia.com.my ………..  52
 
Mari Berkenalan  ………..  53
Hubungi Saya  ………..  54
 
Mengapa   
Anda Patut Menjadi Seorang Usahawan 
 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Adakah Anda Tokoh Usahawan? 
Menjadi seorang usahawan adalah sesuai bagi anda jika anda mahukan: 

ƒ pendapatan yang lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji; 
ƒ masa bekerja yang jauh lebih fleksibel berbanding bekerja makan gaji; 
ƒ lebih masa kualiti bersama keluarga tersayang; 
ƒ wang yang cukup untuk beribadah – menunaikan haji, membantu anak yatim dan sebagainya; 
ƒ kereta yang tidak ramai orang boleh beli; 
ƒ rumah yang berbau IKEA semata‐mata; 
ƒ komputer jenama Alienware; dan 

(SILA ISIKAN KEMAHUAN ANDA DI RUANGAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH) 

_________________________________________________________________ 

Saya tidak perlu berhujah panjang – keputasannya adalah muktamad bahawa  

MAKAN GAJI TIDAK BOLEH MEMBEBASKAN ANDA DARI SEGI KEWANGAN DAN MASA. 

Makan gaji adalah untuk anda menimba pengalaman sebelum anda memulakan perniagaan anda 
sendiri. Oleh itu, tolonglah jangan menimba pengalaman dalam bidang pilihan anda seumur hidup anda.  

Apabila anda berniaga, anda bukan sahaja berpeluang melipat gandakan pendapatan anda – malah anda 
akan membuka peluang‐peluang pekerjaan yang boleh meringankan beban beberapa keluarga lain.  

Tolonglah diri anda. Tolonglah insan lain.  

Tolonglah rancang suatu perniagaan untuk anda, masyarakat dan negara. 

Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Latar Belakang   
Penulis  
 
Mengenai Ahmad Zahirudin 
Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi dilahirkan pada 10 haribulan Ogos, 1975, di Taiping, Perak. Beliau 
merupakan seorang graduan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang pendidikan dengan 
penjurusan kepada Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dan Pendidikan Seni.  

Beliau mula bekerja sebagai seorang perekabentuk pengajaran bagi kursus‐kursus e‐pembelajaran 
Universiti Tun Abdul Razak pada tahun 2000, dan mula menceburi bidang multimedia kerana keperluan 
kerjaya beliau. Sejak itu, beliau berpengalaman dalam rekaan dan pembangunan projek e‐pembelaran di 
dalam dan luar negara. Portfolio beliau termasuklah Open University Malaysia, Maybank, PETRONAS, 
dan juga National E‐Learning Centre di Riyadh, Saudi Arabia. 

Kini beliau memilik beberapa syarikat sendiri, yang utamanya adalah Designel Media Sdn Bhd – sebuah 
syarikat yang fokus kepada rekaan dan pembangunan e‐bahan dan juga sistem‐sistem aplikasi di atas 
talian. 

Sejak tahun 2001 lagi beliau telah banyak menulis kertas‐kertas kerja dan juga rancangan‐rancangan 
perniagaan bagi para pelanggan korporat beliau. Beliau juga telah berjaya membantu beberapa 
usahawan bervisi untuk mendapatkan geran‐geran yang kini membiayai perniagaan mereka masing‐
masing.  

Beliau kini sibuk memantau beberapa projek yang diluluskan oleh Cradle Investment Program yang 
bernilai sehingga RM150,000 setiap satu, dan juga membantu permohonan‐permohonan geran (dan 
juga pembiayaan) dari beberapa badan‐badan pembiaya seperti Multimedia Development Corporation 
(MDeC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). 

Panduan Menulis Rancangan Perniagaan ini adalah inisiatif beliau untuk membantu lebih ramai lagi 
individu‐individu untuk mula mengorak langkah ke alam keusahawanan.  

Beliau juga berharap satu hari akan mara lebih ramai orang yang akan ikhlas membantu lebih ramai 
orang untuk berjaya. 

Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Menulis  
Rancangan Perniagaan Anda 
 
Pendahuluan 

1.0 Ringkasan Eksekutif 

2.0 Pembentangan Cadangan 

3.0 Analisa Pasaran 

4.0 Teknologi 

5.0 Jadual Pelaksanaan Projek 

6.0 Rancangan Kewangan 

7.0 Rumusan 

Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Pendahuluan 
Sebelum melukis potret seseorang, seseorang pelukis itu perlu mempunyai model potret itu – samada 
model itu adalah individu itu sendiri yang duduk di hadapan pelukis itu, atau sekeping gambar foto yang 
pelukis itu boleh jadikan rujukan.   

Sama juga dengan memulakan sesebuah perniagaan. Rancangan perniagaan merupakan rujukan anda 
untuk menjayakan perniagaan yang anda usulkan. Tanpa rancangan yang terperinci, anda boleh 
diibaratkan merancang untuk gagal. 

Walau bagaimanapun, menulis rancangan perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Ramai yang 
mempunyai ide produk atau perkhidmatan yang lebih dari bagus, tetapi mereka perlukan bimbingan.  

Jika anda adalah salah seorang dari mereka, buku panduan ini adalah dituliskan untuk anda. 

Di bawah ini saya akan huraikan kepada anda bagaimana anda patut gunakan panduan ini: 

1. Seelok‐eloknya anda fikirkan secara ringkas produk atau perkhidmatan yang anda ingin pasarkan 
terlebih dahulu;  
 
2. Kemudian, anda baca panduan ini sekali harung untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Akan 
tetapi, cuba jangan berfikir terlampau mendalam dalam pusingan pertama pembacaan anda itu; 
 
3. Kemudian, fikirkan semula produk dan perkhidmatan anda itu dengan lebih terperinci. Catitkan 
nota‐nota di atas kertas mengenai produk atau perkhidmatan anda; 
 
4. Buka fail Microsoft Excel “contoh‐rancangankewangan.xls” yang saya sertakan bersama panduan ini. 
Cuba gantikan maklumat di dalam fail tersebut dengan maklumat‐maklumat yang lebih spesifik 
kepada produk atau perkhidmatan anda; 
 
5. Dengan mengetahui rancangan kewangan anda terlebih dahulu, anda patut dapati karangan 
rancangan perniagaan anda akan menjadi lebih mudah; 
 
6. Anda boleh cuba menulis rancangan perniagaan anda sekarang. Tetapi, saya syorkan anda abaikan 
dahulu penulisan “Rancangan Eksekutif” dan mulakan dengan “Pembentangan Cadangan”.  
 
7. Jika anda perlukan bantuan, jangan segan silu untuk e‐mailkan kepada saya soalan‐soalan anda – 
zahir@eilham.net . 

Selamat Menulis! 

Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
1.0 Ringkasan Eksekutif 
1.1 Apa itu Ringkasan Eksekutif? 

Kebanyakkan pegawai‐pegawai atasan yang akan membaca kertas kerja anda adalah terdiri dari mereka 
yang sangat sibuk. Oleh itu, mereka ini tidak mempunyai begitu banyak masa untuk membaca 
keseluruhan kertas kerja anda. Walau bagaimanapun, mereka inilah yang biasanya akan menentukan 
samada kertas kerja anda boleh diterimapakai atau tidak.  

Mereka ini yang akan menandatangani cek‐cek untuk projek anda! 

Oleh yang demikian, anda haruslah bantu mereka ini membuat keputusan untuk meluluskan kertas kerja 
anda dengan menulis ringkasan eksekutif yang senang difahami, dan juga mengandungi maklumat‐
maklumat penting bagi pertimbangan mereka, tanpa butiran‐butiran yang panjang lebar. 

Sesuatu Ringkasan Eksekutif biasanya merangkumi: 

ƒ huraian ringkas projek; 
ƒ objektif projek; dan 
ƒ jumlah pembiayaan yang diminta. 

1.1 Huraian Ringkas Projek 

Segmen ini anda boleh ambil sahaja dari karangan Pembentangan Cadangan ‐ anggaplah ia sebagai 
ringkasan kepada Pembentangan Cadangan anda. 

1.2 Objektif Projek 

Memang semua perniagaan bertujuan untuk menjanakan satu sumber pendapatan kepada pihak yang 
terbabit – jadi, tak perlulah anda meletakkan kekayaan sebagai salah satu objektif projek. Apa yang 
pembiaya anda ingin tahu adalah penyelesaian‐penyelesaian kepada masalah‐masalah sedia ada dengan 
adanya produk atau perkhidmatan yang anda usulkan. 

Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
1.3 Jumlah Pembiayaan Yang Diminta 

Terus sahaja tulis jumlah wang yang anda minta di ruangan ini. Biasanya jumlah ini adalah jumlah wang 
yang diperlukan untuk melangsungkan projek anda pada tahun yang pertama, atau sebahagian 
daripadanya. 

Kadang‐kadang, elok juga disertakan dengan ringkasan maklumat berikut: 

ƒ  jangkamasa pembangunan projek; dan 
ƒ jumlah dan jangkamasa bagi pulangan modal 

1.4 Jangkamasa Pembangunan Projek 

Biasanya jangkamasa pembangunan projek adalah dari 9 bulan hingga 12 bulan, sebelum penkomersilan 
produk atau perkhidmatan anda. Jangkamasa ini adalah ditentukan melalui jadual pelaksanaan projek 
anda. 

1.5 Jumlah dan Jangkamasa Bagi Pulangan Modal 

Jika anda seorang pembiaya, sudah tentu anda mahu tahu bila anda boleh dapatkan pelaburan anda 
balik, dan bila pula anda boleh mengaut keuntungan. Oleh itu, nyatakan jangkaan anda mengenai 
potensi keuntungan pelaburan pembiaya anda, dan bila dia boleh menikmatinya. Biasanya, para 
pembiaya akan menjangkan pulangan modal dan keuntungan dalam masa 36 bulan, atau 3 tahun. 

Mungkin anda perasan dengan penjelasan saya di atas, intipati Rancangan Eksekutif datangnya dari 
segmen‐segmen lain dalam rancangan perniagaan anda, seperti segmen Pembentangan Cadangan, 
Rancangan Kewangan, dan Jadual Pelaksanaan Projek. Ini bermakna Rancangan Eksekutif adalah segmen 
terakhir yang anda tulis, walaupun ianya merupakan segmen pertama dalam rancangan perniagaan 
anda. 

Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Contoh Karangan Ringkasan Eksekutif 
 
m‐Sukan adalah satu perisian e‐pembelajaran yang boleh dimuat‐turunkan ke dalam 
telefon‐telefon bimbit masakini. Ini membolehkan para pelanggan  m‐Sukan membawa 
ilmu dan teknik yang terkandung di dalamnya terus ke padang atau gelanggang semasa 
sesi latihan. Isi kandungan m‐Sukan adalah berbentuk multimedia seperti video dan 
audio, dan ciri ini akan membolehkan pelanggan belajar secara melihat dan mendengar – 
bagaimana sesuatu bola harus disepak untuk meleretkan ia; bagaimana pula tendangan 
yang harus diberikan jika hendak melonjakkan bola itu tinggi.  
 
Lebih dari itu, perisian m‐Sukan membenarkan pelanggan merekodkan prestasi mereka 
masing‐masing sebagai rujukan dari masa ke semasa. Rekod ini juga boleh disimpan di 
dalam akaun mereka di atas talian, untuk memudahkan akses rekod prestasi mereka 
tidak kira di mana mereka berada. 
 
Objektif Projek 
 
Perisian e‐pembelajaran m‐Sukan adalah untuk: 
 
ƒ mengarkibkan ilmu‐ilmu kesukanan dalam bentuk digital untuk dijadikan bahan 
rujukan oleh generasi‐generasi rakyat Malaysia yang seterusnya; 
ƒ menambah kepada produk‐produk ilmu negara Malaysia untuk pasaran 
antarabangsa; dan 
ƒ memajukan industri sukan negara menggunakan teknologi Internet dan kuasa 
mudahalh. 
 
Jumlah Dana Yang Dipohon 
RM149,098.00 
 
Jangkamasa Pembangunan Projek 
12 bulan 
 
Jumlah dan Jangkamasa bagi Pulangan Modal  
RM1,374,929.27 dalam 3 tahun (36 bulan) 
 
PERINGATAN 
Jangan pening‐peningkan kepala anda untuk menulis Ringkasan Eksekutif anda sekarang – 
ianya hanya boleh ditulis selepas anda selesai menulis bahagian‐bahagian lain untuk 
kertas kerja anda.  

Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
2.0 Pembentangan Cadangan (Value Proposition) 
Dalam pembentangan cadangan (value proposition), anda dikehendaki menulis tentang masalah‐
masalah yang wujud dalam masyarakat kini (spesifik kepada pasaran sasaran anda), dan bagaimana 
produk atau servis yang anda cadangkan itu boleh membantu dalam menangani masalah‐masalah 
tersebut. Sesetengah organisasi pembiaya juga melabelkan Pembentangan Cadangan ini sebagai 
“Tujuan Penyediaan”. 

Di dalam komponen ini, anda perlu memberi gambaran terperinci tentang apakah produk atau servis 
anda, dan bagaimana ianya secara spesifik boleh membantu pihak yang menjadi sasaran anda itu 
mengatasi atau meringankan beban masalah mereka. 

Contoh Karangan Pembentangan Cadangan 
 
Sukan merupakan riadah penting bagi setiap individu. Lebih dari itu, begitu ramai yang 
menggemari sukan‐sukan seperti bola sepak, badminton, golf dan sebagainya, dan ini 
menjadikan sukan sebuah industri yang bernilai berbillion Ringgit. Oleh itu, ramai orang 
mempunyai aspirasi untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. 
 
Masalahnya, tidak semua orang mempunyai akses kepada ilmu dan teknik‐teknik sukan 
yang professional. Dengan hanya bermain di padang dan di gelanggang tidak mencukupi, 
dan hanya pihak‐pihak yang mampu sahaja yang boleh mendapatkan khidmat nasihat 
jurulatih pakar. 
 
Oleh itu, kami mencadangkan rekaan dan pembangunan perisian pembelajaran elektronik 
m‐Sukan bagi membolehkan lebih ramai orang menikmati dan mempelajari ilmu dan 
teknik‐teknik sukan kegemaran mereka dengan kos yang rendah.  
 
m‐Sukan adalah satu perisian e‐pembelajaran yang boleh dimuat‐turunkan ke dalam 
telefon‐telefon bimbit masakini. Ini membolehkan para pelanggan  m‐Sukan membawa 
ilmu dan teknik yang terkandung di dalamnya terus ke padang atau gelanggang semasa 
sesi latihan. Isi kandungan m‐Sukan adalah berbentuk multimedia seperti video dan 
audio, dan ciri ini akan membolehkan pelanggan belajar secara melihat dan mendengar – 
bagaimana sesuatu bola harus disepak untuk meleretkan ia; bagaimana pula tendangan 
yang harus diberikan jika hendak melonjakkan bola itu tinggi.  
 
Lebih dari itu, perisian m‐Sukan membenarkan pelanggan merekodkan prestasi mereka 
masing‐masing sebagai rujukan dari masa ke semasa. Rekod ini juga boleh disimpan di 
dalam akaun mereka di atas talian, untuk memudahkan akses rekod prestasi mereka 
tidak kira di mana mereka berada. 
 
Bagi tujuan kertas kerja ini, kami bercadang untuk membangunkan m‐Sukan untuk sukan 
bolasepak sebagai perintis inisiatif m‐Sukan. Isi kandungan m‐Sukan: Bolasepak ini adalah 
seperti yang disenaraikan di bawah: 

10 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
ƒ Pengenalan Kepada Bolasepak 
ƒ Peraturan‐Peraturan Asas Bolasepak 
ƒ Teknik‐Teknik Asas Bolasepak 
ƒ Teknik‐Teknik Perantaraan Bolasepak 
ƒ Teknik‐Teknik Pro 
 
Pembentangan Cadangan anda juga boleh diperkuatkan dengan paparan konsep produk atau servis 
anda. Jika anda boleh memberikan gambaran visual idea anda itu untuk lebih meyakinkan pembiaya 
anda untuk meluluskan kertas kerja anda. 

Contoh paparan konsep m‐Sukan: Bolasepak seperti yang dihuraikan di atas 

11 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
NOTA  
Jika anda tidak ada “tangan seni” untuk merekabentuk konsep untuk idea anda, dapatkan 
perkhidmatan para pereka grafik – George Lucas juga telah mengupah artis konsep untuk 
melakarkan cerita Star Warsnya sebelum ideanya itu diterima oleh Fox Studios. 
 
12 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
3.0 Analisa Pasaran (Market Analysis) 
Adakah produk atau servis anda mempunyai permintaan? Jika ada, berapakah jumlah permintaan untuk 
produk atau servis anda itu? Jika produk atau servis anda belum ada permintaan (mungkin kerana ianya 
adalah inovasi anda yang baru, yang belum ada di pasaran sasaran anda), apakah potensi jumlah 
permintaan untuk produk atau servis anda apabila ianya dilancarkan secara komersil kelak? 

Segmen Analisa Pasaran di dalam kertas kerja anda adalah sangat penting – bukan sahaja kepada pihak 
yang bakal member bantuan kewangan kepada projek anda sahaja, tetapi kepada anda sendiri!  

Mahukah anda mengeluarkan peluh dan keringat selama 6 hingga 12 bulan, hanya untuk mendapati 
produk dan servis anda tidak boleh memberikan pulangan yang secukupnya? 

NOTA PENTING! 
Analisa pasaran adalah penting untuk meyakinkan diri anda terlebih dahulu bahawa 
cadangan perniagaan anda adalah bernas. Selepas anda yakin dengan cadangan 
perniagaan anda sendiri, barulah kerja meyakinkan pembiaya anda itu menjadi lebih 
senang!  
 
3.1 Komponen‐Komponen Analisa Pasaran 

Segmen Analisa Pasaran biasanya merangkumi: 

ƒ Potensi Pasaran (Market Potential) 
ƒ Model Perniagaan (Business Model) 
ƒ Analisa Saingan Sediaada (Competitive Analysis); dan 
ƒ Pelan Pemasaran (Marketing Plan) 

13 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
3.1.1 Potensi Pasaran (Market Potential)  

Segmen ini sangat penting untuk anda terutamanya! Sebelum anda mengeluarkan wang dan peluh 
untuk membangunkan idea anda, anda perlu tahu berapa banyakkah pulangan yang mampu dijana oleh 
idea anda itu.  

Soalan‐soalan yang anda perlu tanya diri anda adalah: 

ƒ Siapakah yang akan mahukan produk atau perkhidmatan anda? 
ƒ Cukup ramaikah orang yang akan mahukan produk atau perkhidmatan anda?  
ƒ Apakah potensi kutipan jualan anda berdasarkan jumlah atau saiz pasaran sasaran anda? 

Di Malaysia, saya selalu ke laman web Jabatan Perangkaan Malaysia  (www.statistics.gov.my) untuk 
mendapatkan statistik bagi mengenalpasti potensi pasaran untuk idea – sebelum saya fikir tentang 
potensi pasaran antarabangsa (yang biasanya memerlukan modal yang lebih besar), saya lebih 
cenderung lancarkan idea saya untuk dimanfaatkan oleh bangsa saya sendiri terlebih dahulu.  

Di bawah ini adalah statistik umum penduduk negara kita Malaysia yang saya ambil dari laman web 
Jabatan Perangkaan Malaysia: 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia  (www.statistics.gov.my) 

14 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Mari kita cuba jawab 3 soalan yang saya kemukakan sebelum ini, berdasarkan perangkaan penduduk 
Malaysia. 

Soalan 1: Siapakah yang akan mahukan produk atau perkhidmatan anda? 

Andaikan golongan sasaran anda adalah penduduk Malaysia yang menggemari sukan bolasepak – 
mereka ini biasanya terdiri dari golongan kanak‐kanak, remaja, dewasa, malahan mereka yang sudahpun 
tua. Oleh itu, anda boleh anggap keselurahan rakyat Malaysia akan terbuka kepada idea anda itu apabila 
ianya dilancarkan kelak. 

Wow! Syabas! 

Soalan 2: Cukup ramaikah orang yang akan mahukan produk atau perkhidmatan anda?  

Semestinya, jika kesemua 27,730,000 rakyat Malaysia membeli produk anda, anda akan meraih jutaan 
Ringgit walaupun harga produk atau perkhidmatan anda dijual dengan harga RM1.00 atau RM0.50 
(macam produk kotak mancis – RM0.20 sahaja, tetapi semua orang beli hampir tiap‐tiap bulan). 

Akan tetapi, sebelum anda menghasut para pembiaya anda untuk berikan wang mereka kepada anda 
untuk memulakan pembangunan projek anda, anda perlu tapis jumlah sasaran anda terlebih dahulu. Ini 
adalah kerana tidak semua orang yang akan mempunyai wang untuk membeli produk atau 
perkhidmatan anda; tidak semua orang yang akan dapat tahu tentang produk anda; dan dengan produk 
contoh saya m‐Sukan yang biasanya merupakan kegemaran kaum lelaki, saya harus ambil kira yang 
bukan keseluruhan penduduk Malaysia adalah lelaki. 

Oleh itu, biasanya saya hanya akan sasarkan 1% daripada jumlah atau saiz pasaran untuk produk atau 
perkhidmatan saya. Ini adalah seiring dengan satu asas perniagaan yang dinamakan Pareto Principal, 
yang menyatakan bahawa dalam sesuatu usaha 100%, hanya 10% hingga 20% sahaja yang akan 
menjayakan anda (contohnya, McDonald’s hanya pegang 14% hingga 16% pasaran fast‐food dunia, 
tetapi ini menjadikan McDonald’s nombor 1 dalam industri tersebut).  

Saya selalu sasarkan 1% sahaja – kalau dapat lebih, Alhamdulillah… rezeki. 

Jadi, berapa ramaikah orang yang mungkin mahukan produk atau perkhidmatan saya? 

Jawapannya, berdasarkan contoh di atas, jumlah sasaran saya adalah seramai 277,300 orang: 

1% x 27,730,000 penduduk Malaysia = 277,300 orang 
 
15 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Soalan 3: Apakah potensi kutipan jualan anda berdasarkan jumlah atau saiz pasaran sasaran anda? 

Setelah anda mengenalpasti jumlah sasaran untuk produk atau perkhidmatan anda, anda boleh 
merumuskan harga untuk produk dan perkhidmatan anda itu. Jika jumlah sasaran anda cukup besar, 
maka memadailah anda mengenakan harga yang rendah untuk menarik kuantiti jualan.  

Contohnya, jika jumlah atau saiz pasaran sasaran anda adalah 277,300 orang, maka anda boleh 
meletakkan harga produk atau perkhidmatan anda sebagai RM30.00 sahaja untuk menjana 
RM8,319,000.00! 

RM30.00 x 277,300 pembeli = RM8,319,000.00 
Kemudian, saya sarankan yang anda berfikiran lebih konservatif lagi – andaikata, dalam masa 12 bulan 
hingga 24 bulan selepas pelancaran produk dan perkhidmatan anda, anda hanya mampu mengutip 10% 
sahaja dari sasaran anda di atas: 

10% x RM8,319,000.00 = RM831,900.00 
Sekarang, tanya diri anda jika usaha anda ini berbaloi atau tidak untuk diteruskan. Tanya juga pembiaya 
anda soalan yang sama. 

CUBA KIRA LAGI  
Andaikata produk atau perkhidmatan anda adalah berlandaskan Internet – berbekalkan 
data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.skmm.gov.my) yang 
menyatakan bahawa terdapat 14 juta rakyat Malaysia yang menggunakan Internet hari 
ini, berapakah potensi pasaran (market potential) untuk produk atau perkhidmatan anda? 
 
Di bawah ini saya sediakan contoh‐contoh karangan untuk potensi pasaran dan model perniagaan anda: 

16 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Contoh Karangan Potensi Pasaran (Market Potential) 
 
Golongan sasaran bagi m‐sukan adalah rakyat Malaysia yang menggemarkan sukan. Mengikut 
Jabatan Statistik Malaysia (www.statistics.gov.my), ada 27,730,000 penduduk Malaysia kini, dan 
jumlah ini adalah semakin meningkat setiap hari: 
 
Sumber: Jabatan Statistik Malaysia (www.statistics.gov.my) 
 
Walau bagaimanapun, sasaran kami untuk m‐Sukan hanyalah 1% daripada jumlah keseluruhan 
penduduk Malaysia, iaitu 277,300 orang.  
 
17 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Kami percaya jumlah ini mampu melanggan m‐Sukan dengan harga RM30.00 untuk modul 
bolasepak.  
 
SUMBER 
Anda juga boleh ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk 
mendapatkan laporan terperinci dan statistik penggunaan teknologi ICT di Malaysia 
dengan percuma. Maklumat yang terkandung dalam laporan ini adalah sangat berguna 
kepada anda dalam menulis rancangan perniagaan anda. Maklumat ini juga, jika 
disertakan dalam rancangan perniagaan anda, akan dapat membantu meningkatkan 
persepsi pembiaya anda terhadap anda kerana anda menunjukkan usaha yang lebih 
untuk mengkaji usulan anda sendiri. 
 
Saya amat syorkan yang anda ke SKMM di Cyberjaya dan dapatkan laporan‐laporan 
tersebut dari pusat sumbernya. Alamat SKMM adalah seperti berikut: 
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 
Off Persiaran Multimedia  
63000 Cyberjaya  
Selangor. 
 
No. telefon : 03 8688 8000 
 
URL: www.skmm.gov.my 
 
18 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
3.1.2 Model Perniagaan (Business Model)  

Dalam segmen Modal Perniagaan (Business Model), anda dikehendaki untuk menghuraikan strategi 
peletakkan harga belian bagi produk atau servis anda.  

Contoh Karangan Model Perniagaan (Business Model) 
 
Harga jualan m‐Sukan: Bolasepak dicadangkan sebagai RM30.00 untuk setiap pembelian. 
 
Oleh itu, potensi jualan di peringkat komersil adalah: 
 
RM30.00 x 277,300 orang = RM8,319,000.00 
 
Jumlah ini kami sasarkan boleh dikaut dalam jangkamasa 12 bulan hingga 24 bulan 
selepas pelancaran produk. 
 
RENUNGKAN 
Pada anda, produk atau perkhidmatan anda itu adalah kompleks, unik dan menelan kos 
yang tinggi untuk dibangunkan. Oleh itu, anda berpendapat para pelanggan anda perlu 
membeli produk atau perkhidmatan anda itu dengan harga yang premium – berbaloi 
dengan kualiti produk atau perkhidmatan anda, dan juga manfaat‐manfaat yang para 
pelanggan anda boleh nikmati dengan produk atau perkhidmatan anda. 
 
Sebelum anda bertindak meletakkan harga yang tinggi untuk produk atau perkhidmatan 
anda, anda perlu sedar juga bahawa harga yang murah boleh menarik jumlah pembelian 
yang besar berbanding harga yang tinggi. 
 
Contohnya, jika produk atau perkhidmatan anda berharga RM80.00, anda mungkin boleh 
menarik pembeli dari golongan sederhana yang berduit sahaja, dan jumlah jualan anda 
mungkin boleh cecah 50 unit sebulan. Di sini, pungutan anda adalah RM80 x 50 = 
RM4,000. 
 
Atau, anda boleh letakkan harga RM20 untuk produk dan perkhidmatan anda, dan oleh 
kerana harga itu mampu dibelanjakan oleh lebih ramai orang, anda mungkin dapat 
menarik lebih banyak jualan. Katakan dengan RM20, anda boleh menarik 300 pembeli 
sebulan. Oleh itu, jumlah kutipan bulanan anda adalah RM20 x 300 = RM6,000. 
 
Jadi, fikir baik‐baik model perniagaan anda. Cuba capai keseimbangan di antara harga 
jualan dengan sasaran jualan anda.  
 
19 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
3.1.3 Analisa Saigan Sediaada (Competitive Analysis) 

Jangan meluru melaburkan keringat dan kewangan untuk idea anda – kaji dahulu pasaran semasa untuk 
mengenalpasti saingan anda. Soalan‐soalan yang patut anda tanya diri anda sendiri adalah: 

Adakah produk atau perkhidmatan yang sama atau hampir sama dengan produk atau perkhidmatan 
yang anda usulkan? 

Siapakah mereka? Adakah saingan anda bertapak di Malaysia, atau luar negara? 

Apakah ciri‐ciri produk atau perkhidmatan anda yang boleh dijadikan perbandingan dengan produk atau 
perkhidmatan saingan‐saingan anda itu? 

Proses menganalisa saingan sediaada adalah untuk anda tahu kelemahan idea anda terlebih dahulu, 
sebelum anda memperkuatkan ia. Anda patut cari nilai‐nilai positif dan kekuatan yang wujud dalam 
produk atau perkhidmatan saingan anda, dan daripada maklumat yang diperolehi, barulah anda perbaiki 
ciri‐ciri produk atau perkhidmatan anda. 

Contoh Pembentangan Analisa Saingan Sediaada (Competitive Analysis) 
 
  m‐Sukan  Learn How To Play  Bola‐Bola Malaysia 
  Soccer by Michael 
McRhody 
 
Jenis pelantar  Elektronik – telefon  buku  rancangan 
bimbit  televisyen 
 
Harga Jualan  RM30.00  RM20.00  Percuma 
 
Penggunaan  Ada  Tidak Ada  Ada 
multimedia (audio, 
video, animasi) 
 
Penggunaan  Ada  Tidak Ada  Tidak Ada 
multimedia 
interaktif (kuiz, 
simulasi, 
permainan) 
 
Modul Pengajaran  Ada  Ada  Tidak ada 
 
20 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Daripada contoh jadual analisa saingan sediaada di atas, anda boleh lihat dengan lebih jelas samada 
produk m‐Sukan mempunyai ciri‐ciri yang unik dan mempunyai dayasaing yang cukup sebagai sebuah 
produk komersil atau tidak. 

21 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
3.1.4 Pelan Pemasaran (Marketing Plan) 

Sebagaimana baik pun produk anda, jika ianya tidak dipasarkan kepada umum, ianya hanya akan 
menjadi gajah putih – anda tidak akan dapat hasil daripada ia jika anda tidak menjualnya. 

Tujuan mempunyai pelan pemasaran atau marketing plan dalam Rancagan Perniagaan anda adalah 
untuk memastikan anda mempunyai strategi‐strategi yang dikenalpasti sebagai saluran‐saluran jualan.  

Contoh Karangan Pelan Pemasaran (Marketing Plan)   
   
Di bawah adalah strategi‐strategi pemasaran bagi m‐sukan: bolasepak:   
   
Strategi  Huraian   
   
Kementerian Belia dan Sukan  Rakan Muda adalah program yang sesuai sebagai   
Malaysia (KBSM)  salah satu saluran pemasaran – terdapat lebih dari   
  10,000 ahli rakan muda yang berdaftar yang   
merupakan prospek untuk m‐Sukan: Bolasepak.   
   
Football Association of  Kami bercadang untuk bekerjasama dengan FAM   
Malaysia (FAM)  untuk memasarkan m‐Sukan: Bolasepak kepada para   
  peminat sukan bolasepak Malaysia, yang jumlah   
bilangannya adalah melebihi 500,000 orang rakyat   
Malaysia.   
   
Sekolah‐sekolah kebangsaan   Sasaran kami untuk m‐Sukan: Bolasepak adalah 100   
  buah sekolah‐sekolah kebangsaan di Malaysia,   
dengan para pelajar dan ibubapa mereka menjadi   
sasaran jualan m‐Sukan: Bolasepak   
   
Pemasaran Internet  Kami akan dirikan satu laman web khas bagi tujuan   
  promosi dan pemasaran m‐Sukan: Bolasepak. Laman   
web ini juga akan memasarkan modul‐modul m‐  
Sukan yang lain yang bakal kami bangunkan   
kemudian. Terdapat lebih dari 15 juta rakyat   
Malaysia yang melayari Internet masakini (2008,   
SKMM, www.skmm.gov.my).   
   
22 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Di dalam segmen ini, elok juga anda perincikan lagi model perniagaan anda untuk memaparkan 
anggaran jualan bulanan dan tahunan bagi produk atau servis anda itu: 

Contoh Jadual Terperinci Sasaran Jualan m‐Sukan: Bolasepak 
 
Berikut pula adalah jadual terperinci bagi sasaran jualan m‐Sukan: Bolasepak: 
 
Produk  Harga Se‐Unit  Jumlah Jualan Sebulan  Kutipan Jualan  Jumlah Kutipan 
  Bulanan  Jualan 12 bulan 
         
m‐Sukan: Bola Sepak  RM30.00  1000 unit (KBSM)  RM30,000.00  RM360,000.00 
 
    5000 unit (FAM)  RM150,000.00  RM1,800,000.00 
 
    100 unit (Sekolah –sekolah  RM3,000.00  RM36,000.00 
kebangsaan 
 
    1000 unit (Internet)  RM30,000.00  RM360,000.00 
 
    JUMLAH  RM213,000.00  RM2,556,000.00 
 
Pelan pemasaran ini adalah sangat penting bagi penganalisa‐penganilisa perniagaan yang akan 
ditugaskan untuk menilai rancangan peniagaan anda (mereka ini biasanya bekerja untuk pembiaya 
anda).  

23 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
4.0 Teknologi 
Teknologi sudah tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan harian kita. Sesebuah perniagaan yang tidak 
mengumpil teknologi untuk beroperasi akan ketinggalan jauh dengan saingannya yang menggunkan 
teknologi terkini. 

Sesungguhnya, pembiaya anda ingin tahu teknologi apakah yang bakal anda gunakan untuk produk atau 
perkhidmatan anda – samada untuk membangunkan ia, ataupun untuk memasarkan ia. 

Seeloknya anda mulakan sub‐segmen ini dengan menghuraikan tujuan penggunaan teknologi yang bakal 
anda gunakan untuk membangunkan produk atau perkhidmatan anda, atau untuk memasarkan ia. 

Kemudian, hanya senaraikan teknologi tersebut mengikut kesesuaian rancangan anda. Senarai ini boleh 
memuatkan perisian yang diperlukan, bahasa pengaturcaraan, pengkalan data, computer, dan 
sebagainya. 

Contoh Karangan Ciri‐Ciri Teknologi 
 
Bagi membangunkan m‐Sukan: Bolasepak, kami perlu melabur dalam teknologi‐teknologi 
berikut: 
 
1. Perisian: 
 
ƒ Adobe Creative Suite CS4 – Master Collection 
ƒ Photoshop, Flash, Illustrator, Dreamweaver, Premiere, After Effects 
ƒ Apple Software Development Kit (SDK)  
 
2. Peralatan: 
 
ƒ Mac Pro 8 Core 3.2GHz – 2 unit 
ƒ Macbook Pro 15 inch 2.66 GHz Intel Core 2 Duo – 1 unit 
ƒ iPhone 3Gs – 2 unit 
 
24 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
4.1 Sumber Sedia Ada Bagi Pembangunan Teknologi 

Produk atau perkhidmatan anda adalah unik – oleh itu ciri‐ciri contoh seperti yang disediakan di atas 
mungkin tidak boleh digunapakai untuk rancangan perniagaan anda. Tetapi, jangan bimbang. Anda 
boleh mencari orang‐orang yang boleh bantu anda menghuraikan keperluan teknologi untuk produk dan 
perkhidmatan anda.  

4.1.1 Sifoo.com | Sumber Grafik Dan Multimedia Malaysia 

Sejak tahun 2001, saya telah menyertai laman web komuniti www.sifoo.com, yang merupakan satu 
portal sumber grafik dan multimedia Malaysia. Terdapat lebih dari 20,000 orang ahli komuniti Sifoo, dan 
sepengalaman saya mereka adalah sangat bersedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan 
rundingan mengenai teknologi komunikasi, maklumat, dan multimedia. 

Paparan Skrin www.sifoo.com 

Daftar sahaja sebagai ahli di www.sifoo.com/forum– ianya percuma, tetapi ilmu dan persahabatan yang 
mungkin anda perolehi adalah tidak ternilai! 

25 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
4.1.2 Zahir’s Webworks | www.eilham.net 

Saya juga boleh membantu anda dalam penyediaan grafik dan laman web – pengalaman saya dalam 
bidang multimedia adalah sejak tahun 2001. Saya juga telah direncanakan di dalam majalah 
antarabangsa Web Designer Magazine (UK) keluaran 156 (April 2009) dalam ruangan “Industry 
Portfolio”. 

Kini, saya menawarkan perkhidmatan rekaan dan pembangunan laman web yang berkualiti tinggi 
dengan harga yang berpatutan.  

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.eilham.net. 

Mungkin ide produk atau perkhidmatan anda tidak menggunakan teknologi multimedia sebagai 
ramuannya, anda masih perlukan kepakaran pereka grafik dan pengaturcara web bagi tujuan 
membangunkan laman web promosi untuk produk atau perkhidmatan anda. Tidak rugi jika mula 
berkenal‐kenalan dengan lebih ramai orang bila saja ada peluang – lebih ramai orang anda kenal, lebih 
ramailah sumber anda sendiri! 
26 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
NOTA 
Ada cara yang agak senang untuk dapatkan spesifikasi teknikal untuk dimuatkan dalam 
segmen teknologi ini – layari laman‐laman web seperti www.dell.com.my dan 
www.apple.com/my dan cari “Technical Specifications”. 
 
Atau, pergi ke Plaza Low Yat di Kuala Lumpur (atau yang seangkatan dengannya), dan 
kumpul brosur‐brosur jualan komputer dan peralatan ICT di sana. Gunakan maklumat itu 
di dalam segmen teknologi rancangan perniagaan anda.  
 
27 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
5.0 Jadual Pelaksanaan Projek 
Anda telah menjanjikan bahawa projek anda akan mengambil masa 12 bulan untuk dibangunkan. 

Persoalannya: iye ke 12 bulan? 

Bagi meyakinkan lagi pembiaya anda, anda boleh sertakan satu jadual pelaksanaan projek yang 
menghuraikan aktiviti‐aktiviti pembangunan projek yang anda cadangkan. 

Aktiviti‐aktiviti ini elok di huraikan satu‐persatu bagi memudahkan anda dan pembiaya anda 
menganggarkan kerja‐kerja yang perlu dilakukan, dan juga untuk mengetahui jika pembangunan projek 
anda itu betul‐betul boleh di buat dalam tempoh yang dirancang. 

Kebiasaannya, saya akan membahagikan jadual pelaksanaan projek saya sendiri kepada beberapa fasa. 
Untuk tujuan panduan ini, saya bahagikan pembangunan produk m‐Sukan: Bolasepak kepada 4 fasa: 

ƒ Fasa 1 – Analisis Keperluan Pembangunan Projek 
ƒ Fasa 2 – Pembangunan Projek 
ƒ Fasa 3 – Implementasi Langsung Produk atau Perkhidmatan 
ƒ Fasa 4 – Pembentangan Produk atau Perkhidmatan 

28 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
5.1 Fasa 1 ‐ Analisis Keperluan Pembangunan Projek 

 Mula‐mula sekali, apabila cadangan perniagaan anda mendapat lampu hijau, saya syorkan anda 
membuat analisa terperinci mengenai produk atau perkhidmatan anda – walaupun jika anda rasa anda 
sudah cukup tahu tentang produk atau perkhidmatan yang anda cuba bangunkan itu. Berikan diri anda 
sekurang‐kurangnya sebulan untuk kemukakan satu dokumen Analisis Keperluan Pembangunan Projek 
yang disahkan oleh semua pihak terbabit, terutama wakil pembiaya anda.  

Mungkin sebelum mendapat apa‐apa dana untuk ide perniagaan anda sebelum ini, anda tidak mungkin 
dapat membuat analisa secara terperinci dan profesional. Andaikata anda mendapat pembiayaan, 
tolonglah diri anda sendiri dan langgan khidmat‐khidmat perunding profesional bagi mengelakkan 
projek anda terbengkalai di kemudian hari.  

Fasa analisis ini sangat penting – malah, jika anda dibiaya oleh Cradle Investment Programme, anda 
diwajibkan mengasingkan RM5,000.00 dari jumlah pembiayaan yang diluluskan, sebagai yuran 
penelitian rancangan perniagaan anda. Buatlah analisa sebaik‐baiknya supaya projek anda tidak gagal 
dan tidak merugikan mana‐mana pihak, terutamanya anda sendiri! 

Contoh Jadual Pelaksanaan Projek

BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1. Analisis Keperluan Pembangunan m‐Sukan: Bolasepak
Analisa Keperluan sistem m‐Sukan: Bolasepak
Pembentangan Analisa Keperluan dan Sign‐Off  
 
Contoh susunatur Jadual Pelaksanaan Projek – Fasa 1: Analisis Keperluan Pembangunan Projek 

29 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
5.2 Fasa 2 – Pembangunan Projek 

Aktiviti‐aktiviti di dalam fasa ini boleh dihuraikan dengan lebih terperinci mengikut kefahaman anda 
tentang produk atau perkhidmatan yang anda usulkan. Anda juga patut lebih tahu masa yang diperlukan 
untuk setiap aktiviti‐aktiviti yang diperlukan itu.  

Jika anda dapat huraikan aktiviti‐aktiviti yang terlibat dalam pembangunan produk atau perkhidmatan 
anda, pembiaya anda juga akan rasa lebih yakin dengan usulan anda! 

Sebagai contoh, pembangunan produk m‐sukan:Bolasepak dihuraikan sebagai beberapa aktiviti‐aktiviti 
kecil: 

1. permulaan projek;  
2. pembangunan versi pertama; 
3. penilaian ke atas versi tersebut; 
4. pembetulan kepada produk berdasarkan penilaian; dan 
5. pembentangan semula produk sebagai versi seterusnya. 

Langkah 3 (penilaian ke atas versi) biasanya saya akan benarkan sehingga 3 kali sebelum saya teruskan 
ke fasa berikutnya, iaitu implementasi langsung produk atau mengumumkan ia kepada pasaran. Ini 
adalah kerana saya tidak mahu produk saya berada dalam keadaan separuh masak apabila saya 
mengambil bayaran dari para pelanggan saya. Menjual produk atau perkhidmatan yang “tidak siap” 
adalah tidak beretika, dan ianya juga boleh menjejaskan kredibiliti saya – kredibiliti seseorang usahawan 
adalah sangat penting bagi dirinya untuk mempunyai perniagaan yang berterusan. 

BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
2. Pembangunan Produk m‐Sukan: Bolasepak
Pembangunan m‐Sukan: Bolasepak  ‐ Projek bermula
Pembangunan m‐Sukan: Bolasepak 
Pembentangan m‐Sukan: Bolasepak  versi 1.1
Penilaian Maklumbalas untuk versi 1.1
Kerja‐kerja pembetulan ke atas versi 1.1
Pembentangan m‐Sukan: Bolasepak  versi 1.2
Alpha Testing untuk versi 1.2
Penilaian Maklumbalas untuk versi 1.2
Kerja‐kerja pembetulan ke atas versi 1.2
Pembentangan m‐Sukan: Bolasepak  versi 1.3
Beta Testing untuk versi 1.3
Penilaian Maklumbalas untuk versi 1.3
Kerja‐kerja pembetulan ke atas versi 1.3
Pembentangan m‐Sukan: Bolasepak  versi 1.4
Integration m‐Sukan: Bolasepak  versi 1.4 dengan server  

Contoh susunatur Jadual Pelaksanaan Projek – Fasa 2: Pembangunan Produk 

30 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
5.3 Fasa 3 – Implementasi Langsung Produk atau Perkhidmatan 

Ini adalah fasa yang boleh menggembirakan anda, ataupun menggerunkan anda! 

Di dalam fasa ini, anda boleh melancarkan produk atau perkhidmatan anda kepada pasaran sasaran 
anda. Walau bagaimanapun, tujuan anda di dalam fasa ini bukanlah untuk mengaut keuntungan dari 
produk dan servis anda – ianya adalah peluang bagi anda untuk mendapat maklumbalas dari para 
pelanggan anda tentang produk atau perkhidmatan anda.  

Anda juga boleh menilai keberkesanan medium pengiklanan yang sesuai bagi produk dan perkhidmatan 
anda. Fasa ini boleh membantu anda mengagihkan kewangan yang secukupnya untuk medium‐medium 
pengiklanan dan promosi yang berkesan bagi produk atau perkhidmatan anda di peringkat komersil 
kelak. 

NOTA 
Biasanya dana‐dana yang disediakan oleh Cradle Investment Programme dan MDeC Pre‐
SEED adalah untuk anda menyediakan prototaip atau demo yang mantap. Di akhir projek 
anda, anda boleh berunding dengan badan‐badan ini bagi mendapatkan pembiayaan 
lanjutan untuk mengkomersilkan produk atau perkhidmatan yang telah anda bangunkan. 
Jadi, janganlah terlalu gopoh untuk mengaut keuntungan dari dana yang pertama ini – 
tumpukan kepada penghasilan produk atau perkhidmatan tahap A++ supaya anda boleh 
memohon dana pengkomersilan yang lebih menguntungkan bagi semua pihak.  
 
Contohnya, Cradle Investment Programme (www.cradle.com.my) akan memberikan dana 
sehingga RM150,000 untuk membangunkan sesuatu ide produk atau perkhidmatan 
berlandaskan teknologi. Cradle akan menilai produk atau perkhidmatan anda apabila 
ianya sudah siap dibangunkan – jika produk atau perkhidmatan anda bagus, Cradle akan 
pertimbangkan dana lanjutan sehingga RM500,000 untuk anda mengkomersilkan ia. 
Cradle pula hanya akan mengambil keuntungan bersama sehingga nilai maksima RM2.5 
juta jika produk atau perkhidmatan anda laris di pasaran, tetapi Cradle tidak akan 
menuntut apa‐apa jika sebaliknya berlaku. 
 
BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
3. Implementasi Langsung Produk m‐Sukan: Bolasepak
Muatnaik contoh data ke m‐Sukan: Bolasepak versi 1.4 
Beta Testing untuk versi 1.4 di atas server
Penilaian Maklumbalas untuk versi 1.4
Kerja‐kerja pembetulan ke atas versi 1.4  

Contoh susunatur Jadual Pelaksanaan Projek – Fasa 3: Implementasi Langsung Produk atau Perkhidmatan 

31 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
5.4 Fasa 4 – Pembentangan Produk atau Perkhidmatan 

Titik inilah sebenarnya permulaan bagi perniagaan anda. Dengan produk atau perkhidmatan yang telah 
anda bangunkan, nilai beberapa kali, cuba di pasaran, kini anda boleh melepaskan ia kepada pasaran 
umum. Fasa ini adalah satu formaliti, di mana anda boleh membentangkan produk atau perkhidmatan 
yang anda bangunkan kepada semua yang terbabit, terutamanya pembiaya anda.  

Di dalam fasa ini saya nasihatkan anda menyediakan bahan‐bahan pembentangan mengenai produk 
atau perkhidmatan anda, dan pembentangan anda juga patut ringkas tetapi menekankan beberapa 
aspek penting produk atau perkhidmatan anda: 

1. Pengenalan kepada produk atau perkhidmataan anda; 
2. Manfaat‐manfaat produk atau perkhidmatan anda kepada orang ramai; dan 
3. Ciri‐ciri produk atau perkhidmatan anda (yang boleh merealisasikan manfaat‐manfaat yang 
dijanjikan). 

Untuk para pembiaya anda, saya cadangkan anda sertakan halaman‐halaman tambahan mengenai: 

4. Saluran atau medium pengiklanan dan promosi yang anda ingin langgani; 
5. Kos pengiklanan dan promosi yang anda perlukan 
6. Jumlah atau saiz pasaran bagi produk atau perkhidmatan anda; 
7. Sasaran jualan tahunan anda; dan 
8. Jumlah kutipan berdasarkan sasaran jualan tahunan anda. 

Sebenarnya, butir‐butir di atas boleh diambil dari Rancangan Perniagaan anda yang sedia ada – jadi, 
jangan risau sangat. Cuma, mungkin anda perlu mengupah seorang para pereka grafik yang profesional 
untuk menyediakan satu pembentangan yang berketrampilan tinggi. 

Jangan lupa mengakhiri pembentangan anda dengan halaman yang memaparkan ucapan “Terima 
Kasih”! 

BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
4. Pembentangan Produk m‐sukan: Bolasepak
Pembentangan m‐Sukan: Bolasepak  versi 1.5
Pembangunan m‐Sukan: Bolasepak  Tamat  

Contoh susunatur Jadual Pelaksanaan Projek – Fasa 4: Pembentangan Produk atau Perkhidmatan 

32 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Contoh Jadual Pelaksanaan Projek 
 
Berikut adalah Jadual Pelaksanaan Projek bagi produk m‐Sukan: Bolasepak: 
 
Jadual Pelaksanaan Projek m‐Sukan:Bolasepak

BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1. Analisis Keperluan Pembangunan m‐Sukan: Bolasepak
Analisa Keperluan sistem m‐Sukan: Bolasepak
Pembentangan Analisa Keperluan dan Sign‐Off
2. Pembangunan Produk m‐Sukan: Bolasepak
Pembangunan m‐Sukan: Bolasepak  ‐ Projek bermula
Pembangunan m‐Sukan: Bolasepak 
Pembentangan m‐Sukan: Bolasepak versi 1.1
Penilaian Maklumbalas untuk versi 1.1
Kerja‐kerja pembetulan ke atas versi 1.1
Pembentangan m‐Sukan: Bolasepak versi 1.2
Alpha Testing untuk versi 1.2
Penilaian Maklumbalas untuk versi 1.2
Kerja‐kerja pembetulan ke atas versi 1.2
Pembentangan m‐Sukan: Bolasepak versi 1.3
Beta Testing untuk versi 1.3
Penilaian Maklumbalas untuk versi 1.3
Kerja‐kerja pembetulan ke atas versi 1.3
Pembentangan m‐Sukan: Bolasepak versi 1.4
Integration m‐Sukan: Bolasepak  versi 1.4 dengan server
3. Implementasi Langsung Produk m‐Sukan: Bolasepak
Muatnaik contoh data ke m‐Sukan: Bolasepak versi 1.4 
Beta Testing untuk versi 1.4 di atas server
Penilaian Maklumbalas untuk versi 1.4
Kerja‐kerja pembetulan ke atas versi 1.4
4. Pembentangan Produk m‐sukan: Bolasepak
Pembentangan m‐Sukan: Bolasepak versi 1.5
Pembangunan m‐Sukan: Bolasepak  Tamat

Untuk paparan yang lebih jelas, sila rujuk fail Microsoft Excel “contoh‐jadualpelaksanaanprojek.xls” yang 
disertakan. 

33 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
6.0 Rancangan Kewangan 
Ini merupakan segmen yang amat penting dalam rancangan perniagaan anda – dengan rancangan 
kewangan, anda perlu membentangkan jumlah dana atau pembiayaan yang diminta. Lebih dari itu, anda 
juga perlu menghuraikan dengan agak terperinci bagaimana setiap ringgit yang dipohon itu akan 
digunakan. 

Biasanya, rancangan kewangan dibentangkan dengan menggunakan Microsoft Excel untuk 
memaparkan: 

ƒ Kos Rekaan dan Pembangunan Projek Untuk Tahun 1; 
ƒ Rancangan Kewangan Bagi Tahun 2; 
ƒ Rancangan Kewangan bagi Tahun 3; dan 
ƒ Sasaran Keuntungan/Kerugian dalam jangkamasa 36 bulan (3 tahun) 

NOTA 
Anda mungkin perlukan khidmat seorang akauntan atau perunding kewangan untuk 
betul‐betul menulis rancangan kewangan anda mengikut kesesuaian produk atau 
perkhidmatan anda. Ini adalah kerana penggunaan formula‐formula Microsoft Excel 
adalah agak rumit jika anda tidak terlebih tahu mengenainya, dan pengajaran 
penggunaan formula‐formula tersebut adalah di luar skop panduan ini.  
 
Contoh yang saya sertakan juga adalah tidak sesuai dianggap tepat dan komprehensif – 
ianya hanyalah sekadar memberikan anda gambaran yang lebih jelas tentang apa yang 
perlu dipertimbangkan. Saya tidak dapat memberikan pembentangan yang tepat kerana 
setiap dana ada keperluan kelayakannya masing‐masing. Akan tetapi, hampir kesemua 
rancangan kewangan yang saya pernah buat mempunyai ciri‐ciri umum – ciri‐ciri ini akan 
saya huraikan kepada anda dalam panduan ini. 
 
Walau bagaimanapun, jika anda perlukan sokongan profesional bagi menulis rancangan 
kewangan anda (dan juga rancangan perniagaan anda), anda bolehlah hubungi saya 
melalui e‐mel (zahir@eilham.net) atau telefon bimbit saya (019‐2131065).  
 
34 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
6.1 Kos Rekaan dan Pembangunan Projek Untuk Tahun 1 

Bagi pembiayaan berbentuk dana seperti yang dianjurkan oleh Cradle Investment Programme dan MDeC 
Pre‐SEED, anda hanya perlu menghuraikan kos‐kos rekaan dan pembangunan produk atau 
perkhidmatan anda. Kos‐kos lain seperti sewaan tapak, bil‐bil semasa dan penkomersilan adalah tidak 
dibenarkan.  

NOTA 
Lain pula jika anda memohon geran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 
Malaysia (SKMM), atau penjiman dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) – anda perlu 
membentangkan semua kos‐kos yang terbabit dalam tahun pertama anda. 
 
Jika anda bercadang untuk menulis rancangan perniagaan untuk pinjaman bank pula, 
anda perlu membentangkan punca pendapatan dalam tahun pertama. Jumlah punca 
pendapatan ini pula mestilah menunjukkan kepada pihak bank yang anda boleh 
membayar ansuran bulanan anda, walaupun mungkin anda rugi atau defisit dalam tahun 
pertama. Lebih dari itu, anda juga harus meyakinkan pihak bank yang pendapatan anda 
akan sentiasa dapat menampung jumlah ansuran bulanan anda, selama tempoh pinjaman 
anda. 
 
Walau bagaimanapun, jangan salah faham – anda akan dapati bahawa selama tempoh 
anda ada ansuran bulanan bank sebagai kos bulanan anda, keuntungan selepas cukai di 
hujung tahun akan memihak kepada anda. Jika anda bertindak macam “hero” dan cuba 
membiayai perniagaan anda dengan sendiri, jumlah keuntungan bersih anda di hujung 
tahun mungkin jauh lebih rendah setelah anda tolak cukai perniagaan 27% ke atas 
keuntungan kasar anda.  
 
Kesimpulannya, dalam perniagaan, tidak semestinya hutang itu tidak menguntungkan.  
 
Pelik, tapi kadang‐kadang benar. 
 
Kos‐kos yang terbabit dalam tahun pertama secara umumnya merangkumi: 

ƒ sumber manusia; 
ƒ sumber tenaga luar atau kontrak; 
ƒ perisian dan peralatan;  
ƒ kos penyumberan (outsourcing); 
ƒ kajian dan penyelidikan pasaran; dan 
ƒ pendaftaran harta intelek. 

35 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
6.1.1 Sumber Manusia 

Kos ini adalah gaji yang diterima oleh para ahli projek anda, di mana biasanya anda adalah Pengarah 
Projek. Untuk sesetengah rancangan kewangan, kos pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 
(KWSP) sebanyak 12% dijumlahkan sekali. 

6.1.2 Sumber Tenaga Luar atau Kontrak 

Tidak semua ahli pasukan anda perlu mempunyai gaji bulanan. Contohnya, jika anda perlukan perunding 
untuk meneliti rancangan perniagaan komersil anda, anda hanya membayar perunding tersebut 
berdasarkan satu kontrak kerja sahaja, dengan satu jumlah tetap. Dengan ini, anda dapat jimat dengan 
banyak berbanding mengambil seorang perunding yang anda perlu bayar gaji bulanan.  

6.1.3 Perisian dan Peralatan 

Kos ini bergantung kepada perisian dan peralatan yang anda perlukan untuk menjayakan projek anda. 
Anda juga perlu mengambil kira kuantiti lesen perisian yang anda perlukan, dan juga kuantiti setiap 
peralatan yang anda perlu beli. 

6.1.4 Kos Penyumberan (Outsourcing) 

Sesetengah aktiviti dalam perancangan anda boleh disumberkan sepenuhnya kepada pihak ketiga bagi 
tujuan penjimatan kos. Contohnya, dalam rekaan dan pembangunan m‐Sukan: Bolasepak sebagai satu 
produk, anda mungkin hanya perlu memberi perhatian kepada isi kandungan modul‐modul pengajaran 
anda untuk memastikan kualiti penyampaian. Akan tetapi, ianya lebih jimat dan senang untuk 
mengupah syarikat multimedia luar untuk membangunkan aspek multimedia m‐Sukan – jika tidak, anda 
mungkin kena beli lebih banyak perisian dan peralatan, dan juga tenaga kerja, bagi memastikan 
kejayaan projek anda.   

36 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
6.1.5 Kajian dan Penyelidikan Pasaran 

Kerja‐kerja mengumpul maklumat sebagai kajian dan penyelidikan pasaran bagi produk atau 
perkhidmatan anda akan menelan belanja – jangan abaikan aspek ini dalam rancangan kewangan anda. 
Anda akan menggunakan wang untuk salinan fotostat, elaun atau upah pengumpul maklumat, dan 
mungkin juga kos saguhati kepada mereka yang mengambil bahagian dalam tinjauan anda. 

6.1.6 Pendaftaran Harta Intelek 

Anda mungkin ingin mendaftarkan produk atau perkhidmatan anda dengan Perbadanan Harta Intelek 
Malaysia (MyIPO). Ini akan melindungi hak cipta anda dan menyukarkan pihak‐pihak yang tidak 
bertanggungjawab untuk mencuri ide produk atau perkhidmatan anda.  

Sila lihat contoh fail Microsoft Excel yang saya sertakan (“contoh‐rancangankewangan.xls”) untuk 
melihat bagaimana saya huraikan kos‐kos yang terbabit dalam tahun 1. Anda boleh juga “bermain” 
dengan huraian‐huraian yang lebih berkaitan dengan projek anda sendiri, dan juga nilai‐nilai yang 
dipasangkan dengan huraian‐hurain tersebut.  

Contoh saya mempunyai jumlah kos rekaan dan pembangunan projek sebanyak RM149,098.00 – 
mungkin keperluan projek anda lebih atau kurang daripada jumlah itu, bergantung kepada keperluan 
membangunkan produk atau perkhidmatan yang anda usulkan. 

37 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
6.2 Rancangan Kewangan Bagi Tahun 2 

Tahun ke 2 adalah tahun anda mula komersilkan produk atau perkhidmatan anda. Dalam paparan 
kewangan bagi tahun kedua, anda perlu membentangkan perbelanjaan untuk kos‐kos operasi seperti 
sewa pejabat, bil‐bil semasa dan lain‐lain kos yang berkaitan dengan operasi perniagaan anda. 

Jika anda lihat contoh fail Microsoft Excel yang saya sertakan (“contoh‐rancangankewangan.xls”), tahun 
kedua mempunyai perbezaan ketara pada kos sumber manusia. Ini adalah kerana, dalam tahun kedua 
perniagaan anda, adalah diandaikan adanya kenaikan gaji sebanyak 10% bagi semua kakitangan anda 
(dan anda juga).  

Kemungkinan besar anda akan tambah bilangan pekerja dalam tahun kedua, iaitu tahun anda mula 
komersilkan produk dan perkhidmatan anda.  

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu lagi memasukkan kos‐kos yang berkaitan dengan rekaan dan 
pembangunan produk atau perkhidmatan anda kerana ianya telah selesai dalam tahun pertama. 
Sebaliknya, anda perlu mengambilkira kos pengiklanan dan promosi bulanan secara serius bermula 
tahun kedua. 

38 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
6.3 Rancangan Kewangan Bagi Tahun 3 

Rancangan kewangan bagi tahun ketiga tidak banyak beza dari tahun kedua, tetapi anda patut andaikan 
kos‐kos operasi anda akan meningkat  sekurang‐kurangnya lagi 10% disebabkan oleh kenaikan gaji, 
peningkatan sewa premis dan bil‐bil semasa. Untuk perbelanjaan pengiklanan dan promosi, anda 
mungkin boleh memberikan ia had maksima supaya anda tidak perlu tukar peruntukan ini. 

NOTA 
Mungkin anda tertanya‐tanya – mengapa tiga tahun? 
 
Dengan merancang kewangan anda sekurang‐kurangnya 3 tahun, anda akan dapat 
melihat bagaimana kerugian tahun pertama boleh mempengaruhi pungutan di akhir 
tahun kedua.  
 
Anda juga akan dapat lihat bagaimana baki keuntungan anda pada akhir tahun kedua 
boleh mempengaruhi pula perniagaan anda pada tahun ketiga. Sebagai contoh, dengan 
baki keuntungan dari tahun kedua, anda boleh merancang untuk menambahkan 
peruntukan promosi dan pengiklanan untuk melipat‐gandakan jualan anda. Atau, anda 
boleh umumkan bonus kepada para pekerja anda untuk meningkatkan mutu kerja 
mereka.  
 
Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan pembiaya (seperti bank) akan mahu lihat: 
 
1) akaun anda defisit (rugi) dalam tahun pertama; 
2) perniagaan anda berjaya memperoleh pulangan modal di akhir tahun kedua; dan 
3) mula mengaut untung dalam tahun ketiga. 
 
Jika anda menulis rancangan kewangan yang menunjukkan pulangan modal atau 
keuntungan boleh dicapai dalam tahun pertama, kemungkinan besar pembiaya anda akan 
katakana ianya tidak realistik, dan fikir bahawa anda tidak cukup pengalaman untuk 
berniaga. 
 
39 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
6.4 Sasaran Keuntungan/Kerugian dalam jangkamasa 36 bulan (3 tahun) 

Helaian Sasaran Keuntungan/Kerugian bertindak sebagai ringkasan kepada rancangan kewangan anda, 
dari tahun pertama hingga tahun ketiga (atau lebih). Yang pentingnya di helaian ini adalah aspek jumlah 
untung atau rugi yang dibawa ke hadapan, dari satu tahun ke tahun yang seterusnya.  

Kerugian dari tahun pertama akan mengurangkan keuntungan di akhir tahun kedua. Jika anda tidak 
memperolehi apa‐apa untung atau mengalami defisit di akhir tahun kedua disebabkan oleh kos rekaan 
dan pembangunan di tahun pertama, anda perlu meningkatkan jumlah jualan sasaran anda untuk tahun 
kedua.  

Seterusnya, keuntungan di hujung tahun kedua akan menambahkan kepada jumlah keuntungan kasar 
sebelum cukai dikenakan, dan ini akan mempengaruhi berapa banyak cukai yang anda perlu bayar 
kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jika anda dapati yang jumlah yang anda akan perlu bayar kepada 
LHDN adalah terlampau tinggi, lebih baik anda merancang untuk tingkatkan kos operasi perniagaan anda 
untuk mengurangkan amaun cukai yang perlu dibayar. Berikanlah bonus kepada para pekerja, atau 
belanjalah untuk menaiktaraf premis perniagaan anda. Paling tidak pun, buatlah amal dan kebajikan 
untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik berbanding anda. 

NOTA 
Sesetengah program pembiayan mempunyai syarat‐syarat tersendiri mengenai 
peruntukan kewangan dalam rancangan perniagaan anda. Contohnya, program MDeC 
Pre‐SEED menghadkan jumlah tidak melebihi 10% dari jumlah pembiayaan yang dipohon 
bagi pembelian perisian dan peralatan.  
 
Sila teliti syarat‐syarat sebegini sebelum memulakan rancangan kewangan anda untuk 
elak kepeningan yang tak terhingga di kemudian hari. 
 
Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa segmen rancangaan kewangan ini adalah sangat penting kepada 
pembiaya anda, dan juga pembiaya anda. Saya sendiri biasanya akan memulakan rancangan perniagaan 
saya dengan rancangan kewangan terlebih dahulu, sebelum saya mula menulis segmen‐segmen yang 
mendahuluinya.  

Saya juga ingin mengingatkan anda untuk mendapatkan khidmat nasihat seorang perunding kewangan 
ataupun akauntan bagi membantu anda menyediakan rancangan kewangan yang tidak akan 
menyusahkan anda di kemudian hari.  

40 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
7.0 Rumusan 
Anda sebenarnya tidak perlu berceloteh panjang untuk menulis rumusan bagi rancangan perniagaan 
anda. Memadai sahaja anda menyatakan keyakinan anda dengan produk atau perkhidmatan anda, dan 
memaparkan maklumat perhubungan anda sebagai rumusan anda. 

Contoh Karangan Rumusan 
 
Kami yakin perisian e‐pembelajaran m‐Sukan akan dapat memacu industri sukan 
Malaysia ke hadapan melalui teknologi masakini, sambil dapat merekod dan 
mengarkibkan ilmu‐ilmu teoretikal dan praktikal kesukanan dalam bentuk multimedia 
digital supaya ianya dapat diakses oleh generasi‐generasi kita yang akan datang. 
 
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan meneliti rancangan 
perniagaan kami.  
 
Jika pihak tuan/puan perlu menghubungi kami, sila gunakan maklumat perhubungan 
kami seperti di bawah: 
 
Designel Media Sdn Bhd (732051‐T) 
Incubator 2, Level 12, Menara Luxor,  
6B Persiaran Tropicana, 
Tropicana Golf & Country Resort,  
47410 Petaling Jaya,  
Selangor Darul Ehsan, Malaysia  
    
Tel: +6 03 7806 3078 | 7806 3079 
Fax: +6 03 7806 3031 
 
URL: www.designelmedia.com.my  
 
41 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Rancangan Perniagaan Anda Hampir Sedia. 
 
Setakat ini, anda sepatutnya telah boleh menulis segmen‐segmen berikut di dalam rancangan 
perniagaan anda: 

ƒ Ringkasan Eksekutif; 
ƒ Pembentangan Cadangan; 
ƒ Analisa Pasaran; 
ƒ Teknologi; 
ƒ Jadual Pelaksanaan Projek; 
ƒ Rancangan Kewangan; dan 
ƒ Rumusan. 

Syabas! 

Walau bagaimanapun, masih ada yang perlu anda buat untuk melengkapkan rancangan perniagaan 
anda. Dua segmen di bawah ini perlu anda sertakan sebelum Ringkasan Eksekutif anda: 

ƒ kulit hadapan rancangan perniagaan anda; dan 
ƒ jadual isi kandungan rancangan perniagaan anda. 

Selain itu, anda perlu juga mengemukakan profil diri atau profil syarikat anda sebagai lampiran kepada 
rancangan perniagaan anda. 

Dengan itu, saya ingin mengucapkan “Selamat Berjaya” kepada anda dengan rancangan perniagaan 
anda. Jangan lekas putus asa – bukan senang untuk senang, dan bukan susah untuk susah. Yang penting 
adalah azam dan kemahuan anda untuk menjadikan kejayaan itu satu matlamat hidup. 

42 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Senarai  
Badan‐Badan Pembiayaan 
   
43 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
  Institusi | Agensi | Kementerian Pembiayaan Nombor 
Telefon

1  Multimedia Development Corporation  ƒ MSC Pre Seed Fund  03 8315 8124

(MDeC)  ƒ Strategic Funding for ICT  03 8315 3171
MSC Headquarters,  03 8315 3009
ƒ MSC Research and Development 
2360, Persiaran APEC, 
Grant 
63000 Cyberjaya, 
Selangor 
 
www.technopreneurdevelopment.net.my
 
2  Cradle Fund Sdn Bhd  ƒ Cradle Investment Programme  03 2166 4730
Suite 4.8.1 Level 4,   
PNB Darby Park 
10 Jalan Binjai,  
50450 Kuala Lumpur 
 
www.cradle.com.my 
 
3  Majlis Amanah Rakyat (MARA)  ƒ Skim Pembiayaan Perniagaan  03 2691 5870
Ibu Pejabat MARA,  MARA  03 2690 3715
Jalan Raja Laut,  03 2690 3970
50609 Kuala Lumpur. 
 
www.mara.gov.my  
 
4  Suruhanjaya Komunikasi dan  ƒ Networked Content Development  03 8688 8000
Multimedia Malaysia (SKMM)  Grant 
Off Persiaran Multimedia    
63000 Cyberjaya  
Selangor. 
 
www.skmm.gov.my 
 
5  Bank Negara Malaysia  ƒ SME Assistance Facility  1 300 88 5465
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat,   ƒ SME Modernization Facility 
Ground Floor, Block D, 
Jalan Dato Onn, 
50480 Kuala Lumpur. 
 
http://www.bnm.gov.my 
44 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Maybank Ventures Sdn Bhd  ƒ Venture Capital Fund for  03 2032 2188
Tingkat 41,  Technology Sector 
Menara Maybank,  ƒ Venture Capital Fund for 
100, Jalan Tun Perak,  Agriculture Sector 
50050 Kuala Lumpur. 
 
7  Commerce Ventures CAV Private Equity  ƒ Venture Capital Fund for  03 2732 5577
Management Sdn Bhd  Technology Sector 
No.6, Commerce House,  ƒ Venture Capital Fund for 
22‐24, Jalan Sri Semantan Satu,  Agriculture Sector 
Damansara Heights, 
50490 Kuala Lumpur. 
 
8  ERF Sendirian Berhad  ƒ New Entreperneur Project Fund  03 2078 1378
Tingkat 7 & 8,  
Dataran Kewangan Darul Takaful, 
No.4, Jalan Sulatan Sulaiman, 
50000 Kuala Lumpur 
 
www.erf.com.my 
 
9  Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)  ƒ Initiative Financing Scheme  03 2095 1882
No. 2 & 4, Plaza Damansara,  03 2095 3253
Medan Setia 2, 
Bukit Damansara, 
50490 Kuala Lumpur. 
 
www.aim.gov.my 
 
10  Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad  ƒ Rural Economy Financing Scheme  03 2612 9693
(Bank Rakyat)  ƒ Youth Business Scheme  03 2612 9683
Level 3, Bangunan Bank Rakyat,   03 2612 9712
Jalan Tangsi,  
50732 Kuala Lumpur 
 
www.bankrakyat.com.my 
 
11  Bank Pertanian Malaysia Berhad  ƒ Financing Scheme for Bumiputera  03 2614 2653
(Agrobank)  Trade & Industry Community  03 2614 2766
Menara Patriot,  ƒ Oil Palm Replanting Fund 
Leboh Pasar Besar, 
ƒ Food Production Credit Scheme 
P.O Box 10815, 
50726 Kuala Lumpur  ƒ Agriculture Enterpreneurs Scheme 
  for Graduates 
www.agrobank.com.my  ƒ Special Fund for Fishery Sector 

45 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
  ƒ Fishery Boat Financing Scheme 
ƒ Small and Medium Sized Industries 
Fund 
ƒ Youth Agriculture Scheme 
ƒ Micro Credit Schemes for 
Enterprenuers 
ƒ Non‐Food Agriculture 
Development Scheme 
ƒ Paddy Credit Scheme 
ƒ Fund for Food 
 
12  Bank Pembangunan Malaysia Berhad  ƒ New Ship Financing Facility  03 2611 3955
(Bank Pembangunan)  ƒ Tourism Infratsructure Fund  03 2611 3384
Menara Bank Pembangunan 
1016, Jalan Sultan Ismail 
P.O. Box 10788 
50724 Kuala Lumpur 
 
www.bpmb.com.my 
 
13  Export‐Import Bank of Malaysia Berhad  ƒ Export Credit Refinancing  03 2732 9944
(EXIM Bank)  ƒ Overseas Project Financing Facility  03 2034 6522
Level 8, UBN Tower  03 2034 6573
ƒ Overseas Contratc Financing 
P.O.Box 13028  03 2034 6513
Facility 
No 10, Jalan P Ramlee 
50250 Kuala Lumpur  ƒ Malaysia Kitchen Financing Facility 
 
www.exim.com.my 
 
14  Malaysia External Trade Development  ƒ Market Development Grant  03 6207 7593
Corporation (MATRADE)  03 6207 7583
Menara MATRADE  03 6207 7584
Jalan Khidmat Usaha  ƒ Brand Promotion Grant  03 6207 7533
Off Jalan Duta    03 6207 7535
50480 Kuala Lumpur  ƒ Services Export Fund  03 6207 7123
 
www.matrade.gov.my 
 
15  Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)  ƒ MDV ICT Fund  03 2617 2832
Level 5, Menara Bank Pembangunan  ƒ MDV Biotechnology Fund  03 2617 2906
1016, Jalan Sultan Ismail 
50250 Kuala Lumpur 
 
www.mdv.com.my 
 
46 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
16  Malaysia Industrial Development  ƒ Federal Government Special Fund  03 2173 8634
Finance Berhad (MIDF)  for Terengganu‐based Small and  03 2173 8632
Level 19, Menara MIDF  Medium Enterprises 
82, Jalan Raja Chulan  ƒ Soft Loan Scheme for Factory 
50200 Kuala Lumpur  Relocation 
 
ƒ Malaysian Industrial Energy 
www.midf.com.my 
Efficiency Improvement Project 
ƒ Soft Loan Scheme for Small and 
Medium Enterprises 
ƒ Soft Loan Scheme for ICT Adoption 
ƒ Soft Loan Scheme for Automation 
and Modernisation 
ƒ Soft Loan Scheme for Automotive 
Development 
ƒ Soft Loan Scheme for International 
Branding 
 
17  Ministry of Science Technology &  ƒ ScienceFund  03 8885 8148
Innovation (MOSTI)  ƒ TechnoFund  03 8885 8143
Level 1‐7 
ƒ Enterprise Innovation Fund 
Block C4 & C5 
Complex C  ƒ Demonstrator Application Grant 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  Scheme  
62662 Putrajaya  ƒ eContent Fund 
  ƒ Commercialisation Grants – Seed 
www.mosti.gov.my  Funds 
ƒ Commercialisation Grants – R&D 
Matching Funds 
ƒ Commercialisation Grants – 
International Business 
Development Matching Funds 
 
18  Malaysia Technology Development  ƒ Commercialisation of R&D Fund  03 2172 6105
Corporation (MTDC)  ƒ Technology Acquisition Fund  03 2172 6106
Level 8‐9  03 2172 6036
ƒ Venture Capital Fund (Non‐ICT) 
Menara Yayasan Tun Razak 
Jalan Bukit Bintang 
55100 Kuala Lumpur 
 
www.mtdc.com.my 
 
19  Perbadanan Nasional Berhad (PNS)  ƒ PNS Franchise Financing Scheme  03 2698 7800
Level 9B  ƒ Woman/Graduate Franchise  1‐800‐88‐5300
Menara Dato’ Onn  Programme 
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 
47 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
45, Jalan Tun Ismail  ƒ PNS Pre‐Franchise Financing 
50480 Kuala Lumpur  Scheme 
  ƒ PNS Executive Franchise Financing 
www.pns.com.my  Scheme 
ƒ PNS Youth Franchise Financing 
Scheme 
ƒ PNS Franchisor Franchise Financing 
Scheme 
ƒ PNS Equity Investment Scheme 
ƒ PNS Equity Franchise Investment 
Scheme 
Franchise Development Assistant 
Scheme 
 
20  Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  ƒ SME Scheme  03 2785 1577
(PUNB)  ƒ PROSPER Wholesale Scheme 
Level 10, Block 1B 
ƒ PROSPER Retail Scheme  03 2785 1477
Plaza Sentral 
Jalan Stesen Sentral 5  ƒ PROSPER Graduate Scheme 
KL Sentral 
50470 Kuala Lumpur  
 
www.punb.com.my 
 
21  Bank Perusahaan Kecil & Sederhana  ƒ Special Fund for Tourism 2  1‐300‐88‐3131
Malaysia (SME Bank)  ƒ Tanmiah Scheme 1 
Menara SME Bank 
ƒ Tanmiah Scheme 2 
Jalan Sultan Ismail 
P.O. Box 12352  ƒ ASEAN Japan Development Fund 
50774 Kuala Lumpur  ƒ Small and Medium Scale Industry 
  Promotion Program 
www.smebank.com.my  ƒ Graduate Entreprenuers Fund 
ƒ Rural Economy Financing Scheme 
ƒ Rural Economy Financing Scheme 
for Indian Community 
ƒ Terengganu State Entreprenuers 
Funds 
ƒ  JBIC – Small Medium Industries 
ƒ Seed Capital Scheme (Batik and 
Craft) 
ƒ Fiction Filming Scheme 
ƒ Biotechnology Entreprenuer 
Programme 
ƒ Strategic Industry Programme 

48 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
ƒ Third Window Groombig 
Programme 
ƒ Craft Entreprenuer Development 
Programme 
ƒ Smartbiz Vendor Programme 
ƒ Programme for Contractors in 
Maintenance of Government 
Buildings 
ƒ Entreprenuer Development in 
Outsourcing Service Programme 
ƒ Halal Hub Programme 
ƒ Agro‐based Entreprenuer 
Programme 
ƒ Public Transportation 
Development Fund 
ƒ Seed Capital Scheme 
 
22  Perbadanan Pembangunan Industri Kecil  ƒ Matching Grant for Business Start‐ 1‐300‐88‐1801
& Sederhana (SMIDEC)  ups 
Level 20, West Wing  ƒ Mathcing Grant for Product and 
Menara MATRADE  Process Improvement 
Jalan Khidmat Usaha 
ƒ Matching Grant for Certification 
Off Jalan Duta 
and Quality Management System 
50480 Kuala Lumpur 
  ƒ Grant for RosettaNet Standard 
www.smidec.gov.my  Implementation 
ƒ Matching Grant for Development 
and Promotion of Halal Products 
ƒ Matching Grant for Enhancing 
Product Packaging 
ƒ Grant for Enhancing Marketing 
Skills of SMEs 
ƒ Financial Scheme for SMEs in the 
Services Sector 
ƒ Skills Upgrading Programme for 
SMEs 
 
23  TEKUN Nasional (TEKUN)  ƒ TEKUN Financing Scheme  03 9059 1420
No 2, Wisma Matmunap 
Jalan 4/146, Metro Centre 
Bandar Tasik Selatan 
Kuala Lumpur 
 
www.tekun.gov.my 
 
49 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
24  Credit Guarantee Corporation Malaysia  ƒ Direct Access Guarantee Scheme  03 7880 0088
  Bhd (CGC)  ƒ Direct Access Guarantee Scheme 
Bangunan CGC  Islamic 
97, Jalan SS 7/2 
ƒ Direct Access Guarantee Scheme – 
47301 Petaling Jaya 
Start Up 
Selangor 
  ƒ Small Enterprenuers Guarantee 
www.cgc.gov.my  Scheme 
ƒ Flexi Guarantee Scheme 
ƒ Franchise Financing Scheme 
ƒ Credit Enhancer Scheme 
ƒ Credit Enhancer Islamic Scheme 
ƒ Direct Bank Guarantee Scheme 
 
Sumber: 

Funds and Advisory Services for Small and Medium Enterprises 
 
Promoted by 
The Government of Malaysia 

An Effort by 
The Secretariat 
National Small & Medium Enterprises 
Development Council 

50 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Sedikit Tentang 
Designel Media Sdn Bhd – Syarikat Berstatus MSC 
 
51 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Designel Media Sdn Bhd | www.designelmedia.com.my 

Designel Media Sdn Bhd (www.designelmedia.com.my)adalah sebuah syarikat ICT dan multimedia yang 
telah saya tubuhkan dalam tahun 2006, dan gini ianya berstatus MSC dalam pembangunan kandungan 
kreatif. Designel Media Sdn Bhd juga kini bernaung di bawah kumpulan Persoft (www.persoft.com.my) – 
Persoft Corp adalah sebuah syarikat bumiputera yang boleh dibanggakan dengan jumlah niaga yang 
melebihi RM100 juta setahun! 

Jika anda perlukan bantuan profesional untuk menulis rancangan perniagaan anda, anda boleh 
menghantarkan rancangan perniagaan anda kepada Designel Media Sdn Bhd di alamat: 

Designel Media Sdn Bhd 
Program Keusahawanan Eilham 
Level 13, Menara Luxor,  
6B Persiaran Tropicana, 
Tropicana Golf & Country Resort,  
47410 Petaling Jaya,  
Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 

52 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Mari  
Berkenalan  
 
53 

Hubungi Saya 
Orang kata, “Segan bertanya, sesat jalan.” 

Kalau selepas membaca Panduan Menulis Rancangan Perniagaan ini anda dapati anda masih 
memerlukan bimbingan dan sokongan, jangan segan‐segan hubungi saya. 

Saya ikhlas ingin membantu anda: 

Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi 
019‐2131 065 
zahir@eilham.net 

Atau boleh juga sertai saya di FaceBook – www.facebook.com/zahir75 

Tidak pun, kunjungi blog saya di eilham.blogspot.com. 

Saya juga berada di Twitter – www.twitter.com/zahir75 

Sesungguhnya saya bukanlah cendikiawan yang tahu segala rahsia alam, tetapi apa sedikit yang saya 
tahu itu mungkin boleh meningkatkan taraf hidup segelintir orang. 

Di Malaysia ada lebih dari 28 juta penduduk masa kini. Jika usaha saya ini hanya dapat membantu 0.1% 
daripada jumlah itu, saya akan bahagia mengetahui yang seumur hidup saya, saya telah mengubah 
hidup 28,000 orang bangsa Malaysia. 

Amin.  

54 
Hakcipta ©2009 Ahmad Zahirudin bin Ahmad Fauzi . Tolong minta kebenaran bertulis daripada saya jika anda ingin menggunakan kesemua atau sebahagian dari 
karangan saya di dalam panduan ini untuk tujuan peribadi atau komersil anda. Kemungkinan besar saya akan benarkan ia. 
 
Anda mungkin juga menyukai