Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENYELARAS PROGRAM TRANSISI TAHUN 1/2020

Yang dihormati
Polis Perhubungan Sekolah En._______________,

Yang berusaha,
PK Pentadbiran ____________,
PK HEM ______________, PK Kokurikulum ________________
Guru-guru serta Anak-Anak 1 Mawar.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dengan
limpah keizinannya kita telah berjaya merealisasikan Program Transisi Murid Tahun
Satu, Guru Penyayang dan Jom Ke Sekolah. Program Tansisi ini telah bermula pada
01 Januari 2020 hingga 20 Januari 2020 bertempat di kelas tahun satu SK Merbau
Miri.

Sepanjang program transisi ini yang sedang berlangsung, ianya banyak memberi
pengalaman baru kepada murid 1 Mawar buat pertama kalinya. Program ini telah
berjaya mencapai objektif nya iaitu berkenalan dan membina hubungan mesra dalam
kalangan murid agar dapat mengurangkan rasa malu, segan dan takut untuk ke sekolah
serta suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza semasadi prasekolah.
Murid-murid tahun satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar
bersama dengan kawan-kawan, persekitaran dan guru-guru yang baru. Keadaan ini
dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap
masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di tahun satu.

Selain itu melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, seperti ujian diagnostic telah
dapat mengenalpasti potensi setiap murid pada akhir program transisi. Diharapkan
murid-murid akan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu, penetahuan sedia ada,
tahap keyakinan diri serta memantapkan lagi pengamalan nilai-nilai murni apabila
terus belajar di SK Felda Belara.
Sehubungan dengan itu, Program Jom Ke Sekolah dan Guru Penyayang ini diwujudkan
sebagai satu daripada usaha-usaha kami bagi meningkatkan peratus kehadiran murid
dan guru ke sekolah. Peningkatan peratus yang kami hasratkan ini merupakan usaha
awal pihak sekolah ke arah matlamat 100% kehadiran ke sekolah. Usaha mendidik
manusia ke arah perkara-perkara yang bersifat positif bukanlah umpama
menyediakan mi segera, sebaliknya usaha ini banyak onak durinya yang memerlukan
kami bertindak dengan penuh hemah yang bertunjangkan kesabaran yang tinggi.
Peningkatan peratus kehadiran yang menjadi aspirasi sekolah ini merupakan langkah
pertama kami bagi mencipta kejayaan. Hal ini selari dengan kata-kata hikmat yang
sering diucapkan oleh para pakar motivasi dalam ceramah mereka yang berbunyi, “
Sesungguhnya kejayaan bermula dari langkah yang pertama”. Oleh itu, kami
berkeyakinan penuh bahawa langkah pertama itu memang penting, lebih-lebih lagi jika
perkara itu dilakukan pada awal tahun. Hal ini sudah tentu boleh menjadi perangsang
bagi menjana usaha-usaha seterusnya.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam


hubungannya dengan murid, ibu bapa, dan komuniti. Jika sifat professional askar ialah
disiplin dan kepatuhan, sifat professional guru ialah penyayang. Hanya dengan
mengamalkan amalan penyayang, dapat guru melaksanakan tugas hakikinya mendidik
dan membentuk sahsiah murid-murid. Saya percaya bahawa jika amalan guru
penyayang ini dapat diperluaskan kepada semua sekolah dan dapat diamalkan semua
guru, banyak gejala sosial, salahlaku disiplin, dan keciciran di kalangan murid sekolah
akan dapat dikurangkan. Pada masa yang sama, pembelajaran dan pencapaian dalam
peperiksaan awam akan dapat ditingkatkan. Justeru, saya menyeru kepada semua guru
agar mengamalkan budaya guru penyayang ini.

Sehubungan itu, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dan tahniah
kepada pihak sekolah, semua ahli jawatankuasa induk, ahli jawatankuasa perlaksana,
guru-guru serta seluruh warga SK Felda Belara yang banyak membantu secara
langsung mahupun tidak langsung sebelum, semasa dan selepas program ini dijayakan.
Sesungguhnya yang lemah dan kekurangan itu datang dari diri saya sendiri dan yang
baik itu adalah kurniaan Yang Berkuasa. Saya berharap agar semangat dan komitmen
yang telah kita berikan pada program ini dapat diteruskan dengan lebih cemerlang
pada masa akan datang.
Akhir kata, dengan lafaz bismillahirahmanirahim dan rasa penuh rendah diri, saya
dengan ini melancarkan Program Transisi Tahun 1, Guru Penyayang dan Jom Ke
Sekolah Peringkat SK Felda Belara dengan rasminya.
Sekian, terima kasih.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai