Anda di halaman 1dari 5

Aturcara Majlis Watikah Pelantikan Badan

Pemimpin
SMA Ittifakiah 2020

1. Pengumuman Ketibaan
2. Nyanyian:
a. Asmaul Husna
b. Negaraku
c. Lagu Sekolah
3. Bacaan Al-Quran dan terjemahan
4. Usrah Nilai Murni (MAPPEM)
5. Laporan Guru Bertugas
6. Majlis Watikah Pelantikan Badan Pemimpin
Ucapan Tuan Pengetua
Ucapan Perasmi
Penyerahan Sijil Watikah Badan Pemimpin
7. Bacaan Ikrar Badan Pemimpin
8. Penyerahan Bendera XPDC Gunung Kinabalu
9. Bacaan Doa
TEKS PERASMI
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN PEMIMPIN
SMA ITTIFAKIAH 2020

Terima kasih anakanda pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah rabbil alamin


wassolatuwassolamu ala ashrafil anbiyar iwar nursolin waala
alihi wasibihi aj’main.
Assalamualaikum wb.t.

Yang berusaha
Tn. Hj. Hilmi bin Hassan
Pengetua SMA Ittifakiah

Yang berusaha
En. Sahari bin Mustafa
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang berusaha
En. Che Daud bin Salleh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha
Pn. Noorizan binti Mohd Ariffin
Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru serta para murid, bunga bangsa sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada


Allah s.w.t kerana dengan limpah hinayah-Nya, maka kita semua
dapat berkumpul meraikan majlis nan berbahagia pada pagi ini.
Tidak lupa juga saya mengucapkan sekalung bunga terima kasih
kepada pihak sekolah ini yang sudi mengundang saya bagi
merasmikan majlis ini.

Ambil puan letak di para,


Puan berisi emas sekati,
Budi tuan saya tak lupa,
Tetap tersemat di lipatan hati.

Hadirin yang dihormati,

Saya mengucapkan syabas kepada semua Badan Pemimpin


sekolah diketuai oleh Majlis Perwakilan Pemimpin Murid
(MAPPEM), Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber
Sekolah (PSS), Nuqaba’ dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi.

Saya yakin, setiap antara mereka yang terpilih ini sudah melalui
satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih ini
mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi
membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding
bahu bersama-sama guru melunaskan tugas dan
tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan.
Justeru, saya menyeru supaya memanjatkan kesyukuran
kepada Tuhan dan sentiasa mengingatinya semasa memikul
tugas dan tanggungjawab itu nanti. Amanah, jujur, ikhlas dan
bertanggungjawab perlulah sebati dalam sanubari. Itulah resepi
pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat,


sentiasalah memberi kerjasama kepada semua pengawas yang
dilantik. Patuhilah segala peraturan dan pesanan guru agar
tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha membangunkan
infrastruktur dan fasilitas sekolah serta peningkatan akademik
bagi meletakkan kecemerlangan sekolah pada platform yang
lebih tinggi.

Hadirin sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini menasihatkan semua


murid sekolah ini mengutamakan pelajaran. Dengan
berbekalkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang terpuji
sahajalah kehidupan masa akan datang akan terjamin.
Sesungguhnya ‘pengetahuan itu kuasa’ (knowledge is power).
Pengetahuan sedia ada boleh memudahkan kita membezakan
perkara yang baik dan buruk. Berdisipin ketika belajar harus
dijadikan amalan.

Saya berdoa semoga SMA Ittifakiah ini sentiasa mendapat


kerahmatan dan diberi perlindungan agar sentiasa berpotensi
melahirkan insan-insan berguna yang boleh dibanggakan pada
masa akan datang. Saya berharap juga, para pentadbir dan
guru-guru tidak jemu meneropong ikhtiar melipatgandakan
usaha menbetuk nilai-nilai insan dalam diri setiap murid. Kepada
murid-murid juga saya mendoakan supaya berjaya dalam setiap
peperiksaan yang dijalani.

Sebagai akhir bicara, bersama-samalah berdoa agar sekolah ini


cemerlang dalam segala aktiviti akademik, kokurikulum dan
mungkin menjadi sekolah contoh di Terengganu ini dari segala
segi.

Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmaniirahim, saya merasmikan


Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid SMA Ittifakiah bagi
tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai