Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT ZON KOTA KUALA MUDA TAHUN 2020

1.0 Pengenalan

Sukan bola jaring merupakan salah satu sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai
sukan teras Negara khasnya dan di zon Kota Kuala Muda khususnya. Namun bilangan bakat-bakat
muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat 12 tahun ke bawah agak kurang memberansangkan.
Menyedari hakikat ini, Pejabat Daerah Kuala Muda Yan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan
pertandingan bola jaring dengan kerjasama pengelola pertandingan di peringkat Zon Kota Kuala Muda
iaitu SK Bukit Kechil dan SK Bukit Meriam bagi tahun 2020. Langkah mengadakan program seumpama
ini di harap dapat memberi pendedahan sukan bola jaring kepada murid sekolah secara berterusan
dan berkualiti sejajar dengan dasar pendidikan 1 Murid 1 Sukan (1M1S).

2.0 Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan jaguh pasukan sekolah dalam sukan bola jaring yang
disegani. Disamping itu, program ini bertujuan menarik lebih banyak penyertaan dan penglibatan
murid perempuan khasnya dalam sukan bola jaring.

3.0 Objektif

a) Mengesan bakat murid dalam permainan bola jaring di peringkat awal.

b) Membentuk satu pasukan bola jaring sekolah yang terbaik di peringkat zon seterusnya mewakili
sekolah dalm peringkat yang seterusnya.

c) Memajukan sukan bola jaring sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke
peringkat yang lebih tinggi.

d) Menarik minat murid dan membantu memajukan bakat yang ada pada murid.

e) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan sekolah-sekolah di zon
Kota Kuala Muda terutama dalam pembangunan sukan bola jaring.
KERTAS KERJA BOLA JARING PERINGKAT ZON KOTA KUALA MUDA 2020

4.0 Rasional

a) Menggalakkan murid menceburkan diri secara aktif dalam permainan bola jaring.
b) Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah.
c) Merupakan persediaan awal murid sebelum menghadapi ke pertandingan luar di peringkat
daerah.

5.0 Tarikh/ Hari/ Masa Perlaksanaan

22 Januari 2020 (Rabu)


8.00 pagi – 2.00 petang

6.0 Tempat Pertandingan

Arena Amanjaya SportS

7.0 Pengelolaan / Penganjuran

SK. Bukit Kechil dan SK Bukit Meriam

8.0 Sasaran
Terbuka kepada murid perempuan di 14 sekolah rendah ( Bawah 12 Tahun ) Zon Kota Kuala Muda:
- 12 buah sekolah kebangsaan
- 2 buah sekolah agama
- 2 buah sekolah jenis kebangsaan cina

1
KERTAS KERJA BOLA JARING PERINGKAT ZON KOTA KUALA MUDA 2020

9.0 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan

PENASIHAT : PPD KUALA MUDA / YAN


PENGERUSI 1 : PN. HJH SABARIAH BINTI ISMAIL
NAIB PENGERUSI : PN. HJH NORELA BINTI ISMAIL
SETIAUSAHA : PN. SITI NORBAYA BINTI GHAZALI
NAIB SETIAUSAHA : EN. SHUHAIMIE BIN SHIHABUDIN
BENDAHARI : EN. ASRI BIN AMIR
AHLI JAWATANKUASA :

1. PENDAFTARAN PESERTA 14. PEMILIHAN PEMAIN


SK SIMPOR PN. HJH SABARIAH BT. ISMAIL (SK BUKIT KECHIL)
PN. HJH NORELA BT. ISMAIL (SK BUKIT MERIAM)
2. PENJAGA MASA PN. NORAZAM BT. CHE JUHARI (SK BERAPIT)
SK PINANG TUNGGAL PN. ZAHARAH BT. MUHAMMAD (SK TELUK WANG)

3. STATISTIK / HAKIM PENCATAT MARKAH


SK BERAPIT

4. HADIAH / SIJIL
SRI IHSANIAH / SK KOTA KUALA MUDA

5. JURUGAMBAR / DOKUMENTASI
SK RANTAU PANJANG

6. PERSIAPAN TEMPAT / PERALATAN


SK BUKIT KECHIL

7. PENGELOLA PESERTA
SK DARULAMAN

8. MAKANAN DAN MINUMAN


SK SERI KUALA

9. PERALATAN
SK TIKAM BATU

11. KESELAMATAN / KECEMASAN


SK HJ. SULAIMAN

12. PENGACARA MAJLIS/BROUSER


SK BUKIT MERIAM

13. SIARAYA
SK TELUK WANG

2
KERTAS KERJA BOLA JARING PERINGKAT ZON KOTA KUALA MUDA 2020

10.0 Anggaran Perbelanjaan

BAYARAN PENDAFTARAN PENYERTAAN : RM 50.00

BIL PERKARA KUANTITI RM

1. Pengadil RM10.00 X 32 GAME RM 320.00

2. Makanan dan minuman Pegawai RM5.00 X 40 ORANG RM 200.00

3. Sewa gelanggang 2 X GELANGGANG RM 560.00

4. Jamuan Mesyuarat RM5.00 X 20 ORANG RM 100.00

5. Lain-lain RM 50.00
Banner
Brouser
Dokumentasi
JUMLAH RM 1200.00

11.0 Penutup

Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan sokongan
daripada semua pihak amat diperlukan demi memastikan matlamat dan objektif Kejohanan Bola
Jaring Peringkat Zon Kota Kuala Muda ini tercapai dengan jayanya.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

PN. SITI NORBAYA BT. GHAZALI PN. HJH SABARIAH BT. ISMAIL
SETIAUSAHA, PENGERUSI,
KEJOHANAN BOLA JARING KEJOHANAN BOLA JARING
ZON KOTA KUALA MUDA ZON KOTA KUALA MUDA

Anda mungkin juga menyukai