Anda di halaman 1dari 7

Perancangan Akademik

JMS 417
PENSEJARAHAN
BARAT DAN TIMUR

Sidang Akademik 2010/2011

KELAS SIDANG VIDEO


Sidang Video Tarikh Jam

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

-0-
(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang
Akademik 2010/2011 yang telah dihantar kepada pelajar)
JMS 417/4 - PENSEJARAHAN BARAT DAN TIMUR
PENGURUS KURSUS: DR. SAH-HADIYATAN ISMAIL

PENGENALAN (Disediakan oleh Dr Azmah Abd Manaf dan Prof Madya


Dr Ahmad Jelani Halimi)

Kursus ini merupakan tinjauan secara perbandingan di antara penulisan


sejarah di Barat dan Timur, atau Eropah dan Asia. Tentang pensejarahan
Barat, ia bermula dengan zaman Klasik yang meninjau tentang pensejarahan
Greek (Herodotus, Thucydides) dan Rom (Sallust, Livy, Tacitus dan lain-lain).
Ini diikuti oleh Zaman Pertengahan (Africanus, Eusibius, St. Augustine dan
lain-lain), dan akhirnya pensejarahan moden yang dimulai dengan abad
Renaisans atau Abad Pencerahan hinggalah kepada tokoh-tokoh seperti
Ranke dan Marx.

Tentang pensejarahan Timur, tinjauan akan dilakukan terhadap penulisan


sejarah Cina (Ssu-ma Chien), penulisan sejarah Islam (al-Mas'udi, al-Tabari,
Ibn Khaldun dan lain-lain), dan pensejarahan Melayu yang dimulai dengan
teks Sejarah Melayu dan historiografi negeri-negeri Melayu lainnya.
Memandangkan penulisan sejarah di Timur tumbuh dan berkembang dalam
"ruang dan waktu" yang tersendiri, maka ia mempunyai tradisi dan ciri yang
tersendiri dan berbeza. Namun sebagai kajian perbandingan, sudah tentu
wujud unsur dan nilai yang sama dan universal.

Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan:

1. PENSEJARAHAN BARAT

I. Pensejarahan Yunani:

i. Membincangkan pensejarahan terawal yang wujud sejak abad ke-


5 S.M.
ii. Fokus adalah kepada karya-karya sejarah yang dihasilkan oleh
Herodatus dan Thucydides yang melambangkan ciri-ciri
Pensejarahan Yunani.

2. Pensejarahan Rom

i. Membincangkan tentang pensejarahan kedua terulung selepas


pensejarahan Yunani yang bermula pada abad ke-3 S.M.
ii. Fokus kepada karya-karya sejarah Livy, Tacitus, Fabius Pictor,
Marcus Percius Cato dan lain-lain dari segi matlamat dan kaedah
penulisan.

3. Pensejarahan Kristian

-1-
i. Pensejarahan oleh penulis Kristian sejak abad ke-4 T.M. seperti
Eusebius, Onosius dan St. Augustine.

ii. Menilai penulisan mereka yang melihat isu-isu sejarah dari sudut
agama Kristian.

PENSEJARAHAN MODEN

1. Pensejarahan Ranke dan Croce

i. Menumpukan perhatian kepada karya sejarah Leopold Von Ranke


yang dianggap perintis kepada pensejarahan moden di Barat pada
abad ke-19.

ii. Menumpukan perhatian kepada karya sejarah Benedetto Croce


pada abad ke-20.

2. Sejarah kebendaan (Materislisme)

i. Menilai Pensejarahan Marxist.

ii. Menilai Pensejarahan sarjana-sarjana Marxist.

3. Pensejarahan Annales

i. Kebangkitan aliran Annales sejak dekad 1920an di Perancis.

ii. Perkembangan aliran Annales di Amerika Syarikat.

PERHATIAN

Untuk Pensejarahan Barat, buku R. Suntaralingam, Pensejarahan Barat,


Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987 akan digunakan sebagai teks wajib.

II. PENSEJARAHAN TIMUR

1. Pensejarahan Cina

i. Tradisi Pensejarahan Cina

(a) Tradisi pensejarahan dan sejarawan istana.


(b) Sumbangan Ssu-ma Chien dalam pensejarahan Cina.
(c) Perkembangan pensejarahan Cina moden.

2. Pensejarahan Islam

I. Perkembangan Pensejarahan Islam

(a) Pensejarahan Arab Jahiliah


(b) Asas Pensejarahan Islam dan sejarah pensejarahan Islam.
(c) Tokoh-tokoh awal-Aban bin Othman, Shurahbil bin Said dan
Wahab bin Munnabih.

-2-
II. Perkembangan Pensejarahan Islam Zaman Umaiyah dan Abbasiyah

(a) Pensejarahan Zaman Umaiyah dan sumbangan tokoh-tokoh.


(b) Pensejarahan Zaman Abbasiyah dan sumbangan tokoh-tokoh.
(c) sumbangan Ibn Khaldun dalam pensejarahan.

3. Pensejarahan Melayu

I. Pensejarahan Melayu Tradisional

(a) Penelahan terhadap kajian-kajian pensejarahan Melayu.


(b) Sumber-sumber penulisan.
(c) Sumber-sumber pensejarahan Melayu dan penggunaannya di
Malaysia.

II. Teks-teks terpilih dan penelitian sejarah tradisional.

(a) Hikayat Raja-raja Pasai


(b) Hikayat Aceh
(c) Hikayat Patani
(d) Sejarah Melayu
(e) Hikayat Siak
(f) Tuhfat al-Nafis
(g) Misa Melayu

III. Pensejarahan Negeri

(a) Tradisi dan perkembangan dalam pensejarahan abad ke-19, awal


abad ke-20.

(b) Teks-teks terpilih:


- Wan Yahya Wan Muhd. Taib, Salsilah atau Tarikh Kerajaan
Kedah, Pulau Pinang: Straits Times, 1911.
- Wan Muhd. Amin Wan Muhd. Said, Pesaka Selangor (Kenang-
kenang Selangor), Singapura: Malayan Printers Ltd., 1937.
- Muhd. Said Haji Sulaiman, Hikayat Johor, Tawarikh al-Marhum
Sultan Abu Bakar, Singapura: Malayan Publishing House, 1940.
- Mohd. Rakaawi Yusof, Hikayat Sarawak, Kuching: Sarawak
Printing Co., 1932.

4. Pensejarahan Melayu Abad Ke-20 (sehingga 1960)

(a) Perkembangan pensejarahan Melayu abad ke 20 (hingga 1960)


(sehingga 1960).
(b) Peranan sumbangan tokoh-tokoh pensejarahan 1940-60.

(c) Teks-teks terpilih:


- Abdul Hadi Hassan, Sejarah Alam Melayu, Tanjung Malim, 1925.

-3-
- Hj. Buyung Adil, Sejarah Alam Melayu, Tanjung Malim: Pejabat
Karang Mengarang, 1939.
- Ibrahim Hj. Yaakop, Melihat Tanah Air, Kota Bharu, 1941.
- Abdullah Abbas Nasution, Sejarah Melayu Raya, Pulau Pinang:
Pasama Press, 1954.

SENARAI BUKU-BUKU TEKS/RUJUKAN

Abdul Rahman Hj. Ismail, China Tradisional, Pensejarahan, Pusingan


Wangsa dan Proses Pencinaan, Pulau Pinang: USM, 1983.

Abu Talib Ahmad & C.B. Kheng (ed), Isu-isu Pensejarahan, P. Pinang: USM,
1995.

Mahayudin Hj. Yahaya, Pengertian Sejarah Islam dan Pemasalahannya,


Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana, 1984.

Mohd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahaya, Sejarawan dan


Pensejarahan, Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1988.

Mohd. Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

Muhammad Yusuf Hashim, Pensejarahan Melayu Nusantara, Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.

Suntharalingam R., Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987.

KERJA KURSUS

Kursus ini mengandungi dua komponen:

i) Kerja Kursus 40%


ii) Peperiksaan Akhir 60%

Kerja kursus yang diwajibkan mengandungi dua komponen:

i) Tugasan - 20%
Tugasan mesti dijawab di antara 10-13 halaman kertas A4. Semua
tugasan hendaklah ditaip atau cetakan komputer. (Tulisan tangan
tidak akan diperiksa).

ii) Peperiksaan Berterusan - 20%


(Dijalankan semasa kursus intensif)

KELAS SIDANG VIDEO

Kursus ini mempunyai 5 slot sidang video iaitu 3 slot sebelum Kursus Intensif
dan 2 slot selepas Kursus Intensif.

-4-
-5-
Agenda Sidang Video

Sidang video pertama: Apakah Pensejarahan itu?


Mengapa Pensejarahan perlu dikaji?
Ruanglingkup Pensejarahan.

Sidang video kedua: Pensejarahan Yunani


Pensejarahan Rom

Sidang video ketiga: Pensejarahan Kristian

Kuliah Intensif: Pensejarahan Marx


Pensejarahan Ranke

Sidang video keempat: Pensejarahan Cina


Pensejarahan Islam

Sidang video kelima: Pensejarahan Melayu


Menilai prestasi ujian dan tugasan pelajar

Hal-hal Lain:

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui emel: sah.ismail@usm.my atau


telefon 04-6532279

Dr. Sah-Hadiyatan Ismail


Pengurus Kursus
Sidang Akademik 2010/2011 .

-6-