Anda di halaman 1dari 51

Keganasan antarabangsa dieertikan sebagai penggunaan cara yang ganas,tidak

berperikemanusiaan dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, penculikan dan


sebagainya untuk tujuan mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak.
Secara amnya, keganasan sebenarnya tidak membawa sebarang faedah atau
kebaikan, tetapi mengheret negara terbabit ke pinggir kemusnahan dan kehancuran.
Lazimnya, keganasan ini berlaku kerana didorong oleh beberapa faktor seperti
pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi dan sebagainya. Keadaan ini
secara tidak langsung bakal memberi kesan negatif kepada negara tersebut dalam
pelbagai aspek.
Antara kesan daripada keganasan ini ialah keselamatan rakyat tidak terjamin.
Hal ini demikian kerana setiap pergolakan dalam persekitaran politik yang berlaku
biasanya akan mengundang sebuah keganasan. Contohnya, pengucapan yang
berapi-api daripada pemimpin mereka dengan niat ingin membakar perasaan para
penyokongnya agar melakukan keganasan serta pemberontakan dan akhirnya
mencetuskan sebuah rusuhan yang keras dengan merosakkan pelbagai harta benda
awam, pembunuhan terhadap pihak yang didendam malah melibatkan pihak yang
tidak bersalah seperti kaum wanita, kanak-kanak, orang tua dan sebagainya.
Seterusnya, keganasan antarabangsa juga turut menyebabkan industri
pelancongan negara terjejas. Keadaan ini dapat dilihat melalui perbuatan mereka
yang ekstrem seperti merampas pesawat dan mengebom bangunan pencakar langit
yang biasanya dianggap sebagai lambang kemegahan sesebuah negara. Perbuatan
ini sebenarnya memberi kesan yang mendalam kepada negara yang
ekonominya bergantung terhadap industri pelancongan. Wilayah Selatan
Thailand adalah merupakan salah satu contoh negara yang sering bergolak serta
mencetuskan keganasan terutamanya di Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla.
Di samping itu, keganasan antarabangsa turut juga menyebabkan
pembangunan negara terjejas. Pemimpin negara kini dilihat lebih mengutamakan dan
menumpukan kemajuan pembangunan dalam sesebuah negara. Namun begitu,
sekiranya keganasan ini tercetus dan berterusan, maka projek yang dirancang akan
memberi manfaat kepada rakyat terpaksa ditangguhkan sehingga masalah tersebut
menemui jalan penyelesaian.
Jesteru, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi mengurangkan
kekerapan perbuatan ekstrem ini daripada tercetus, langkah pertama
adalah mengadakan kerjasama antarabangsa. Dalam konteks ini, semua negara
perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang mempunyai rangkaian
antarabangsa. Misalnya, Jabatan perisikan negara perlu bertukar-tukar maklumat
mengenai kegiatan keganasan yang diperoleh.Di samping itu, Negara-negara yang
terlibat dalam keganasan ini juga harus menggiatkan latihan bersama pihak polis dan
tentera agar keganasan berupa rusuhan atau sebaliknya dapat dikawal dengan baik.
Langkah kedua adalah dengan mengamalkan sikap kerjasama dan tolak ansur
antara satu sama lain. Pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus
menuntut sesuatu yang diingini dengan keterlaluan daripada pihak kerajaan. Ini
bermakna segala hal atau masalah yang wujud hendaklah diselesaikan dengan cara
rundingan. Perbuatan seperti mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, melakukan
keganasan untuk mencapai sesuatu yang diingini tidak akan berhasil malah akan
mengucar-kacirkan serta meruntuhkan sistem politik,ekonomi dan sosial negara.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa keganasan antarabangsa merupakan
suatu perbuatan yang negatif kerana boleh menjatuhkan maruah
bangsa serta berupaya meruntuhkan institusi pentadbiran negara
sekaligus mendorong negara tersebut ke arah kemusnahan dan kehancuran dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial.
Keganasan Global: Punca, Impak dan Langkah Mengatasinya
KEGANASAN GLOBAL:
PUNCA, IMPAK DAN LANGKAH MENGATASINYA
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias *

PENDAHULUAN

Sejak zaman nabi Adam, dunia telah mengalami pelbagai peristiwa keganasan dan kekejaman
manusia. Kisah Habil dengan Qabil yang berbunuhan demi seorang perempuan cukup mashyur untuk
kita menjadikan satu iktibar ketika kita merentasi zaman depan yang belum tentu gelap atau cerah.
Selepas perang dunia, zaman orde baru telah muncul dimana Amerika Syarikat telah menjadi
kekuatan adiperkasa yang menguasai ekonomi, politik dan sosial dunia. Berakhirnya perang dingin
di antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat dan blok Barat, China dan Islam dianggap musuh
utama dunia. Maka muncul negara musuh baru dunia seperti Cuba, Iran, Syria, Libya, Sudan dan
Iraq.

Episod kedajalan ini bertambah teruk apabila berlakunya peristiwa pengeboman bangunan World
Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001. Bermula keganasan global tanpa institusi konkrit
seperti negara dan pertubuhan berdaftar. Yang ada adalah al Qaeda dan Osama yang penuh misteri
dan kabur dalam kabus kekeliruan. Semua fakta boleh diragui telah dijadikan alasan untuk
membalas keganasan dan kekerasan dengan kekerasan. Inilah fasa baru keganasan global yang akan
menggugat kedamaian dunia.

KEKERASAN DALAM SEJARAH: PERKEMBANGAN TEORI

Peperangan dan keganasan dalam sejarah boleh dirangkumi dalam beberapa teori contoh, teori
kepincangan oleh Charles Tilly. Teori ini mendakwa bahawa rakyat merusuh (tertindas) apabila
mereka mengalami sesuatu kepincangan atau perubahan besar dan mendadak dalam kehidupan
mereka. G. Rude menyatakan pencetusan Revolusi Perancis akibat keperitan pihak yang ditindas
semakin bertambah. Dalam fahaman Marxis, pihak berkuasa memang dianggap dianggap alat
pemerasan atau penindasan golongan yang berkuasa ke atas rakyat biasa.

Kekuasaan pihak kuat ke atas pihak yang lemah menyebabkan rasa dendam yang membara di
kalangan yang ditindas. Ia akan mewujudkan satu gerakan protes. Menurut Tilly, gerakan protes
adalah satu tindakan bagi menyaingi kuasa pihak yang lebih berkuasa. D. G. H. Cole dan R. Postgate
juga memberi contoh peristiwa rusuhan di England sebagai ‘jawapan daripada orang-orang yang
sudah ditiadakan cara-cara lain untuk melawan’. Rusuhan atau unsur kekerasan terpaksa digunakan
kerana alternatif yang bersifat aman dan harmonis telah ditiadakan oleh pihak yang lebih berkuasa.

Para revolusioner yang berpandukan sesuatu fahaman politik mungkin menganggap kekerasan yang
mereka gunakan sebagai hasil daripada tuntutan ideologi yang mereka anuti. Pejuang agama
sebagai contoh menggunakan alasan agama untuk mengiyakan tindakan ekstrem mereka. Jika dunia
selalu diulit dengan mitos bahawa hanya Islam mengalakkan keganasan global tetapi dunia harus
juga melihat tindakan ganas gerakan IRA di Ireland Utara dan pejuang Tamil Ealam di Utara Sri
Lanka.

Kekerasan atau keganasan selalu dianggap sebagai ‘pelunjuran politik dengan cara lain’, kita
mengandaikan bahawa mereka yang melaksanakan kekerasan itu telah membuat perhitungan secara
rasional. Mereka telah bosan menggunakan pendekatan yang tertakluk dengan perundangan tetapi
gagal memperolehi sesuatu, maka langkah terakhir mereka adalah menggunakan kekerasan. Bicara
Anwar Ibrahim ‘jangan bicara tentang perjuangan jika takut mengambil risiko’ ada betulnya. Risiko
inilah yang ditanggung oleh pejuang yang komited dengan janji perjuangan tetapi dipersendakan
oleh pihak yang lain. Pertimbangan rasional ini menyebabkan mereka redha mengambil risiko
walaupun tindakan itu di luar lingkaran sifat kemanusiaan.

Tindakan kekerasan di luar lingkaran rasional ini dianggap adil oleh pendukungnya. Mereka tidak
bersedia melihat keadaan sekarang lebih buruk daripada sekarang. Mereka juga mengharapkan
sasaran keganasan atau persepsi masyarakat berubah ke arah memahami kerasionalan tindakan
mereka. Dengan itu, maka agak wajarlah mereka juga mengharapkan sesuatu reaksi positif
daripada kaca mata mereka.

Malangnya, rasional tindakan keganasan atau kekerasan tidak dapat diterima oleh pihak lain.
Rasional tersebut dipersoalkan dengan penegasan tindakan mereka adalah tidak bertanggungjawab.
Pendeknya, adakah mungkin orang yang tidak rasional melakukan sesuatu yang rasional?. Sebab
itulah perusuh makanan pada kurun ke 18 di England digelar pemabuk, sampah masyarakat dan
penjenayah. C. Hibbert menyatakan golongan perusuh telah bangkit memprotes tidak tentu arah,
tidak bersedia dan tidak menyuarakan kehendak mereka, malah mereka yakin tentang apa yang
mereka mahu atau matlamat mereka.

Untuk mengatakan pihak perusuh dipimpin oleh orang tidak berpendidikan atau gila kuasa, kita
telah tersilap. Mereka adalah “ahli masyarakat yang dihormati” dalam masyarakat. Gambaran
semacam ini dianggap character assasination yakni satu tohmah yang bertujuan menjejaskan
peribadi orang. Walaupun imej orang yang dianiayai berjaya dipulihkan, pembelaan in tidak
semestinya diterima oleh semua orang. Jadi kita melihat semestinya golongan yang dihormati ini
mempunyai alasan konkrit untuk melakukan tindakan keganasan dan kekerasan.

Manakala Max Beloff kesal dengan sikap kepimpinan perusuh, ‘nampaknya tidak pun menerima
pandangan bahawa kemudaratan mereka hampir keseluruhannya adalah akibat daripada kelemahan
moral mereka sendiri’. Bagi Beloff, mereka tidak layak dibela kerana mereka adalah ‘orang yang
mempunyai pemikiran berlegar di atas landasan usang’.

Masalah rasional tindakan kekerasan atau keganasan sangat kompleks. Sukar untuk mencari
kebenarannya. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika seseorang itu menerokai sebanyak
mungkin persoalan di sebalik pencetusan kekerasan daripada hanya mengkesampingkan femonena
tersebut sebagai penghasilan tidak rasional oleh mereka yang tidak rasional. Kajian terperinci harus
dilakukan bagi mengetahui punca terjadi gejala ini dan penilaian yang adil perlu dilakukan. Adakah
tindakan kekerasan dan keganasan yang dilakukan oleh perusuh (golongan ditindas) merupakan
tindakan bermoral atau sebaliknya?.

PUNCA KEBANGKITAN RADIKALISME DALAM MASYARAKAT DUNIA

Setiap sesuatu yang berlaku sewajar ada indikatornya. Indikator terjadinya keradikalan di dunia
akan dibicarakan dalam subtopik ini. Sebelum itu, kita harus mengetahui makna radikal. Radikal
berasal daripada perkataan radix iaitu akar. Akar yang menguatkan pokoknya. Dalam kamus dewan
edisi ketiga, radikal bermaksud menyeluruh manakala radikalisme ialah fahaman radikal dalam
politik; fahaman yang menginginkan perubahan mendadak dalam arena politik dan sosial. Menurut
Shahnon Ahmad, radikalisme adalah satu gerakan perubahan yang baik untuk masyarakat dan harus
dibedakan dengan surealisme yang bersifat destruktif. Oleh sebab itu radikalisme harus difahami
dan dihadami falsafahnya. Walau bagaimanapun, dalam konteks perbincangan ini radikalisme
mungkin dipandang negatif di kalangan penelaah.
Sekarang kita akan membicarakan tentang punca kebangkitan radikalisme seantero dunia. Antara
punca kebangkitan radikalisme:

a. Politik

Politik adalah sumber utama kepada kekacauan dunia. Jika bicara tentang politik, ia selalunya
melibatkan percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan. Perkara ini telah terjadi
apabila gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah memenangi pilihanraya Algeria
telah dinafikan kemenangannya apabila pihak tentera membatalkan keputusan pilihanraya.
Natijahnya, FIS bangkit menentang secara bersenjata dan pengemboman. Di Chechenya, Rusia telah
menyerang kerajaan Chechenya di bawah pimpinan Dzokhtar Dudayev untuk telah menuntut
kemerdekaan. Sekali lagi trajedi berdarah berlaku. Tindakan keras pemerintah atau penjajah
menyebabkan kebangkitan radikalisme di kalangan rakyat lokal. Akibat kurang sifat demokratik dan
toleransi, rakyat telah mengambil tindakan drastik dengan melakukan aktiviti keganasan.

b. Agama

Agama juga menjadi sumber aspirasi kepada tindakan kekerasan. Sebenarnya, semua agama
mengajar erti kedamaian bergantung kepada persepsi masing-masing. Tindakan kekerasan terjadi
apabila agama digunakan sebagai sumber kekuatan menentang musuh. Sebagai contoh, agama
Buddha digunakan oleh Dalai Lama untuk menentang Kerajaan Komunis China di Tibet dan gerila
IRA Katolik menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di Ireland Utara. Persoalan yang timbul,
Islam telah dikambing hitamkan oleh Amerika Syarikat sebagai agama penganjur keganasan.

AS pasca 11 September telah melancarkan new crusade ke atas umat Islam. Penentangan Barat
terhadap Islam bermula secara aktif sejak zaman Perang Salib lagi. Akibat pembantaian dan
diskriminasi inilah lahirlah Osama Ben Ladin yang mengetuai al Qaeda yang di dakwa melakukan
keganasan global. Di peringkat Asia Tenggara, Jamaah Islamiah telah didakwa mendalangi
pengeboman di Jakarta dan Bali. Menariknya, pengeboman ini didakwa dirancang oleh Dr.Azahari
Husin dan Nordin Mohamed Top, profesional dari Malaysia. Terfikirkah kita kenapa golongan
profesional yang mempunyai gaji tinggi dan kehidupan selesa sanggup menyertai aktiviti
keganasan?. Bahkan Osama sendiri seorang jutawan.

Semangat keagamaan didorong oleh kezaliman rejim Barat dan sejarah lampau yang mengakibatkan
bara dendam senantiasa ada. Barat selalu mencipta musuh, pada mulanya komunisme dan selepas
itu Islam. Semangat jihad dalam agama Islam selalu didefinisikan sebagai galakan agama islam
terhadap umatnya untuk melakukan keganasan. Dengan semangat jihad inilah Taliban ditubuhkan
oleh ejen CIA dan perisikan Pakistan untuk menentang Mujahidin Afghanistan. Bantuan Amerika
telah melahirkan Osama yang memainkan semangat jihad melawan balik Amerika. Eksplotasi jihad
secara silap oleh gerakan Islam yang mudah terperangkap dengan muslihat musuh menyebabkan
jihad disilap tafsir.

c. Ideologi.

Ideologi telah terbukti antara sumber keganasan gobal. Komunisme telah dimulakan dengan ganas
semasa Revolusi Rusia oleh Lenin. Komunisme telah mencipta pemerintahan baru di China di bawah
pimpinan Mao Zedong. Ideologi ini telah diimport ke negara dunia ketiga. Malaysia juga tidak
terlepas daripada pengaruh komunisme sehingga kerajaan mengisytihar darurat. Komunisisme yang
dipelopori oleh Parti Komunis Malaya (PKM) telah menggunakan keganasan bagi menubuhkan
Republik Soviet Tanah Malaya. Keganasan fahaman komunis juga di lakukan oleh pendokong
komunis di Filipina dan Thailand. Ideologi Fasis juga mengalakkan keganasan seperti pemerintahan
Hitler di Jerman. Selepas Perang Dunia Kedua, timbul golongan Neo Nazi yang mendukungi fahaman
Fasis yang mengagungkan nasionalisme lokal. Golongan ini juga melakukan keganasan dan bersifat
perkauman.

d. Ekonomi dan Sosial

Dasar ekonomi dan sosial antara punca kemunculan radikalisme dalam masyarakat dunia.
Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak adil menyebabkan sifat perkauman semakin
menebal dan api dendam mula membara. Perkara ini bertambah hangat apabila digauli dengan
faktor agama dan politik. Keganasan di Thailand Selatan disebabkan oleh dasar ekonomi dan sosial
Kerajaan Thailand. Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam di Selatan Thailand sebagai
warganegara kelas dua. Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di kawasan utara negara tersebut.
Kemudahan sosial rakyat yang tidak terbela dan dilatari sejarah permusuhan Melayu-Islam dengan
Thai-Buddha menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal. Akibatnya berlaku demonstrasi
berdarah di Tak Bai dan pengeboman di Sungai Golok.

KESAN KEGANASAN GLOBAL

a. Politik
Keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan pemulihan sistem dan struktur politik sesebuah
negara akan terbantut. Lihatlah sistem politik Afghanistan kucar-kacir akibat tiada pemerintahan
berpusat selepas kejatuhan Kerajaan pro-Rusia pimpinan Najibullah. Afghanistan dibahagi-
bahagikan dan ditadbir oleh panglima perang. Begitu di Somalia dan Iraq. Tindakan kekerasan oleh
pejuang terutamanya pengeboman berani mati dan peperangan gerila bandar telah menggugat
pilihanraya dan kerajaan baru Iraq.

b. Ekonomi dan Sosial

Ketidakadilan ekonomi dan sosial menyebabkan permusuhan antara kaum akan berlaku secara
berpanjangan. Tuntutan Gerakan Aceh Merdeka, Barisan Pembebasan Mindanao dan Pertubuhan
Pembebasan Rakyat Patani juga menyatakan hak-hak sosial dan ekonomi ke atas wilayah tuntutan
mereka. Tuntutan sukar diterima oleh pihak pemerintah menyebabkan peperangan terus berlaku.
Walaubagaimanapun, kes Timor-Timur atau Timor Leste antara contoh kejayaan pihak
‘pemberontak’ dengan bantuan kuasa asing menuntut hak mereka daripada Indonesia.

c. Agama Islam

Agama Islam menghadapi kesan paling teruk dikala keganasan global semakin membiak pesat. Islam
melalui seruan jihadnya dianggap punca radikalisme. Media massa Barat selalu menuding setiap
keganasan didalangi oleh pejuang Islam. Perkara ini menjejaskan kredibiliti agama Islam di mata
dunia.

LANGKAH MENGATASI

Secara realitinya, amat sukar mengatasi masalah keganasan global hatta dengan penangkapan
Osama sendiri. Walau bagaimanapun, satu plan alternatif perlu dipapar sekurang-kurangnya
membendung kejadian keganasan dan tindakan kekerasan dalam jangka masa pendek dan panjang.

a. Dialog Peradaban

Secara mudahnya, dialog peradaban ialah satu proses pemahaman di antara tamadun yang
berlainan bagi memahami dan menjalin ukhwah dengan semangat toleransi. Dalam dialog ini, titik
kesepakatan dicari dalam suasana muhibbah dengan bersikap inklusif. Seperti bicara Iman Hasan al
Banna “kita boleh bersama dengan perkara yang kita sepakati dan menghormati jika perkara
berlainan”. Dialog Peradaban dapat merapat jurang dan membuka peluang untuk mengenali sesuatu
bangsa dan agama.

b. Autonomi.

Sebenarnya sukar untuk memperolehi autonomi daripada pihak berkuasa kerana keegoan mereka
yang tidak mahu tunduk kepada pihak yang lemah. Autonomi disini bermaksud memberi ruang
kepada pihak bertentangan menikmati kemerdekaan dalam politik ekonomi dan sosial di bawah
pemerintahan sesebuah negara. Contoh, wilayah autonomi Serb di Bosnia, Kosovo di Serbia dan
wilayah Aceh di Indonesia. Sedikit kekuasaan jika dikongsi bersama lebih berharga daripada
peperangan.

c. Perkongsian Pintar

Perkongsian pintar adalah satu proses pemuafakatan bagi mewujudkan suasana ‘menang-menang’
di antara yang pihak berinteraksi. Pihak yang mempunyai kekuatan membantu pihak yang lemah
begitulah sebaliknya. Perkongsian pintar mewujudkan sifat saling percaya mempercayai dan
mengeratkan ukhwah dengan pengurangan persaingan. Contoh, Amerika Syarikat oleh membantu
negara miskin daripada segi ekonomi dan sosial.

d. Sukan

Sukan adalah wahana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah negara dengan negara lain.
Sukan Olimpik sebagai contoh membawa pertemuan antara negara musuh seperti perlawanan bola
sepak antara Iran dengan Amerika Syarikat. Perlawanan ini boleh mengeratkan perhubungan positif
dengan negara yang bermusuhan.

ANALISA DILEMA KONFLIK

Konflik
Apakah dilemanya?
(sosial, politik, kumpulan, personal)

Pilihan tindakan
Apakah alternatif tindakan yang boleh kita ambil?
Kesan
Apakah akibat yang dihasilkan daripada kesan ini? Apak buktinnya?

Akibat
Pada setiap alternatif, apakah kesan yang mungkin terjadi?

Pertimbangan
Akibat manakah lebih baik?. Apakah kriterianya?

Keputusan
tindakan
Apakah keputusan atas tindakan yang diambil? Adakah perbuatan tersebut benar-benar tepat.

Pendekatan Fraenkel

Pendekatan Fraenkel diasaskan oleh Fraenkel J.R., Dalam pendekatan ini kita akan mengkaji fakta-
fakta yang relevan dalam menyelesaikan permasalahan. Kita juga meneliti pro dan kontra atas
setiap tindakan yang diambil. Model ini menekankan cara menangani konflik secara analitikal
dengan mengesan unsur-unsur nilai dan konflik terlebih dahulu. Bagi mengalakkan penyelesaian
konflik, model ini haruslah dilaksanakan. Jika diamalkan oleh pihak yang bertentangan, mereka
akan memikir secara logik dan terbuka. Semangat muhibbah akan dapat disemai dalam setiap
permasalahan. Nilai moral yang murni harus diterapkan dalam pemikiran, tingkah laku dan emosi
manusia agar tiada lagi tindakan kekerasan yang menyebabkan berlakunya lebih banyak tindakan
kekerasan dan keganasan daripada pihak yang bertentangan. Semua pihak harus menerima setiap
fakta sebagai jalan penyelesaian bukannya berlagak dengan sifat ego masing-masing. Sifat kenapa
dan mengapa mereka melakukan keganasan haruslah diselongkar agar setiap penilaian dapat dibuat
dengan adil.

KESIMPULAN

Keganasan global adalah isu paling hangat pada ketika ini. Apa yang menjadi persoalan adakah
bermoral jika pihak tertindas mengunakan pendekatan kekerasan dan keganasan dalam tindakan
mereka?. Adakah bermoral kelakuan ini?. Secara umunnya, kita menganggap tindakan kekerasan
adalah tidak relevan dan di luar lingkaran sifat kemanusiaan. Walau bagaimanapun, pihak tertindas
menganggap tindakan mereka adalah bermoral kerana mereka tidak dipernah diberi ruang atau
alternatif secara aman dan selalu dikotak-katik dan dikhianati. Bahkan pihak pendokong keamanan,
keadilan dan demokrasi sendiri yang dikatakan terlalu sakral itu sendiri dilihat tidak bermoral
seperti menyerang Iraq dan melakukan pembunuhan pelarian Palestin di Shatila dan Sabra,
Lebonan. Penilaian tindakan moral tentang kekerasan dan keganasan terlalu subjektif dan
bergantung kepada persepsi seseorang yang menilai.

Terrorisme merupakan satu istilah yang agak asing dalam adat dan budaya dalam masyarakat
kita.Namun ia hanyalah satu perkataan semata-mata. Bagaimanapun ia mempunyai implikasi yang
amat besar dalam kehidupan seseorang individu dan kesinambungan sesebuah negara. Kamus
Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memberi makna ia sebagai satu perbuatan berbentuk
keganasan. Pada dasarnya Barat melihat perbuatan keganasan ini sebagai satu tindakan pelampau
yang dilakukan secara sengaja dan biasanya bermotif politik dan melibatkan kemusnahan kepada
kemanusiaan dan harta benda. Terrorism mula menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa
serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat, iaitu di Washington dan New York pada tanggal 11
September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh berterusan dilemparkan kepada
umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya. Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan
pelbagai tohmahan dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan ajarannya, serta pelbagai rencam
propaganda yang melampaui batasan keamanan oleh Barat khususnya melalui penguasaan media
mereka. Penguasaan Barat terhadap media utama dunia mempercepatkan lagi serangan propaganda
mereka terhadap agama ini, imejnya, ajarannya dan anutannya, serta penganut dan negara-negara
Islam. Mereka dilihat sebagai pelopor, pencetus dan penganjur keganasan serta anti Barat. Satu
prasangka yang amat tidak berasas sama sekali. Islam menentang keganasan. Dan Islam bukanlah
anti Barat. Islam menyedari bukan semua yang ada atau bermula di Barat sebagai buruk atau tidak
Islamik. Hanyalah penganutnya yang berfahaman ekstrim atau tidak memahami ajaran Islam yang
sebenarnya yang memusuhi Barat. Malahan terdapat juga boneka yang bertopengkan Islam,
menggunakan kesempatan dengan motif untuk menjadi batu api memburukkan perhubungan yang
baik antara Islam dan Barat.

Bermula dengan serangan 11 September lalu, kemuncak serangan propaganda Barat melalui media
milik mereka terhadap Islam dan penganutnya semakin menjadi-jadi. Sememangnya umat Islam telah
menjadi bahan serangan propaganda mereka sejak dua dekad yang lalu. Sejak era 70an dan 80an,
apabila pesawat Pan Am dan TWA dirampas, mereka menuding jari kepada Islam walaupun tiada
bukti. Begitu juga, serangan pengebom berani mati di Lebanon pada 80an dan penahanan tebusan
Amerika dan Eropah juga dikaitkan dengan orang Islam, walhal ia dilakukan oleh puak Syiah yang
kedudukannya juga kurang jelas dalam ajaran Islam sebenar. Dalam kebanyakan peristiwa
keganasan yang dikaitkan dengan Islam dan pengikutnya, perkara sebenar, iaitu kedudukan mereka
sebagai penganut Islam yang tulen, pemahaman mereka yang cetek terhadap Islam itu sendiri dan
motif keganasan selalunya tidak diberi perhatian atau sengaja disembunyikan oleh media Barat.
Inilah satu pembohongan dan ketidakadilan yang mereka sengaja lakukan ke atas masyarakat Islam.

Begitu juga, Barat dan propaganda media mereka kini sering melaungkan slogan pengganas Islam
atau Islamic terror bagi terus mengecap umat Islam sebagai pengganas.

Ungkapan Islamic terror sebenarnya tidak pernah wujud dan seharusnya tidak wujud di muka bumi
ini, sebagaimana tiadanya istilah Jewish terror atau pun Christian terror. Ketiga-tiga agama Samawi
yang suci ini sememangnya tidak mengajar para penganutnya menjadi pengganas atau penjenayah,
dan tidak menyuruh mereka pun untuk melakukannya. Namun perkara inilah yang berlaku pada hari
ini. Dan media Barat yang mempelopori penggunaan perkataan ini bagi mengaitkan Islam dengan
keganasan sebenarnya telah melakukan satu pembohongan. Merekalah yang mencipta dan
melahirkan istilah ini sebagaimana mereka jugalah yang melahirkan perlakuan ganas dalam
masyarakat dan negara mereka yang menjadi ikutan pula oleh orang lain yang cetek pemikiran
rasional. Dan apa yang dikesali, perangai ganas ini cuba dijustifikasikan pula sebagai sesuatu yang
sah setelah diberi nafas baru menurut doktrin keagamaan, atau perjuangan sejagat menentang
keganasan, bahkan bagi membela hak asasi manusia dan lain-lain. Lebih parah lagi, kesilapan ini
tidak pernah pun cuba diperbetulkan oleh media terutamanya media-media Barat. Mereka seolah-
olah menyembunyikan perkara yang sebenarnya dari diketahui oleh orang ramai. Mereka semacam
berada dalam ketakutan tidak bersebab.

Setiap keganasan sudah tentu akan mengundang kerosakan dan kematian. Hakikat yang amat jelas,
melakukan kerosakan dan pembunuhan dilarang keras dalam Islam. Begitu juga, keganasan dan
pembunuhan yang dilakukan walaupun atas nama keagamaan sudah tentu terkeluar dari ajaran
Islam. Agama Islam tidak menyuruh manusia berbunuhan sesama sendiri. Firman Allah dalam surah
al An'am ayat 6 bermaksud:

Dan janganlah kamu membunuh kerana ia adalah haram melainkan kerana sesuatu sebab yang
benar.

Firman Allah lagi dalam surah al Maidah ayat 32 bermaksud:

Oleh kerana itu, Kami tetapkan kepada Bani Israel bahawa barangsiapa yang membunuh seorang
manusia atas alasan bukan membunuh orang lain atau bukan kerana ia membuat kerosakan di muka
bumi, maka seolah-olah ia telah membunuh sekelian manusia.

Dalam Islam, sesiapa yang membunuh sesama manusia tidak akan merasa aman tenteram baik di
dunia mahu pun di akhirat, dan azab untuk mereka di akhirat nanti adalah lebih perit lagi. Perkara ini
dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim bermaksud:
Sesiapa yang membunuh dirinya sendiri, Allah akan mengazabnya dengan api neraka.

Ayat-ayat al Quran dan Hadis di atas membuktikan bahawa keganasan yang menyebabkan
kerosakan di muka bumi dan kehilangan nyawa merupakan perkara yang memang dilarang dalam
Islam. Namun ajaran Islam yang sebegini rupa gagal difahami oleh Barat bahkan oleh segelintir umat
Islam juga. Memang tidak dapat dinafikan. Tetapi apa yang pasti, mereka yang melakukannya terdiri
dari sebilangan kecil umat Islam yang amat cetek kefahaman Islamnya dan terdapat antara mereka
yang menjadikan agama untuk mengabui matlamat dan kepentingan peribadi dan fahaman politik
songsang mereka.

Apa yang dikesalkan juga adalah sikap prejudis mantap Barat dan media mereka dalam melaporkan
berita yang berkaitan dengan keganasan. Sesuatu yang tidak adil apabila mereka cuba membela dan
menyembunyikan keganasan golongan militan, komunis dan penceroboh seperti kezaliman regim
Yahudi di Israel tetapi sebaliknya sering memperbesar isu berkaitan umat Islam. Malahan umat
Yahudi yang menceroboh dan mengganas di bumi Palestin seringkali pula digambarkan sebagai
puak yang ditindas dan dianiaya oleh rakyat Palestin ketika mempertahankan apa yang mereka
dakwa kononnya tanah air mereka.

Prejudis Barat juga terserlah apabila terdapat beberapa negara Islam yang enggan tunduk kepada
kehendak dan cita-cita mereka akan dilabel sebagai negara pengganas. Dan banyak lagi perkara
yang menyentuh sensitiviti umat Islam yang sengaja dicabul dan diperlekehkan oleh mereka. Sebagai
contohnya, apa jua bentuk lakaran yang menggambarkan imej Nabi Muhammad S.A.W adalah satu
larangan keras dalam Islam dan umatnya dilarang melakar, menyimpan atau mempromosi imej
tersebut. Ini sebenarnya satu isu yang amat sensitif bagi umat Islam. Sebarang pelanggaran terhadap
isu ini adalah satu pencabulan ke atas sensitiviti beragama dan juga satu penghinaan terhadap
kepercayaan agama mereka. Tetapi malangnya, sensitiviti umat Islam ini tidak dihormati langsung
oleh Barat apabila majalah antarabangsa milik mereka secara terang-terangan menyiarkan imej Nabi
Muhammad. Inilah satu bentuk serangan media yang mereka lakukan terhadap umat Islam dengan
mencabul sensitiviti keagamaan dan kepercayaan mereka. Apa yang dapat dilakukan oleh negara
dan umat Islam ialah melarang pengedaran majalah tersebut, Newsweek keluaran 11 Februari 2002,
sebagai tindak balas terhadap keceluparan mereka demi mempertahankan agama tercinta. Inilah
satu bentuk sistem pertahanan yang mampu mereka lakukan demi menghalang serangan ke atas
mereka. Tetapi yang menyedihkan sekali adalah respon dari setiausahanyanya, Robert Menard
bahawa larangan tersebut merupakan satu serangan terhadap kebebasan penyaluran maklumat dan
menghadkan hak awam untuk menikmati saluran maklumat dan penerbitan.

Persoalannya, adakah beliau sudah tidak dapat berfikir secara lebih waras lagi bahawa sikap dan
pencabulan yang mereka lakukan terhadap umat Islam itu sebenarnya adalah satu serangan
terhadap agama dan kepercayaan masyarakat Islam keseluruhannya. Merekalah sebenarnya yang
mempunyai agenda untuk menyerang Islam dan umatnya melalui penguasaan media. Ajaran Islam
sendiri amat melarang umatnya menyerang atau mempertikai apa jua kepercayaan dan pegangan
agama kaum lain. Ini sensitiviti yang Islam ajarkan kepada umatnya supaya sentiasa dihormati.

Sebenarnya keganasan bukan saja boleh dinilai dalam bentuk serangan bersenjata, perampasan
kuasa dan harta benda, tetapi juga dalam bentuk serangan terhadap ideologi kepercayaan dan ajaran
sesuatu anutan keagamaan. Dan serangan ini lebih mudah dan berleluasa dalam bentuk penyebaran
maklumat melalui media dan sistem komunikasi yang sememangnya tanpa kawalan dan sempadan.
Begitulah juga yang dialami oleh masyarakat Islam dewasa ini. Serangan musuh Islam ke atas
mereka bukan sahaja dengan menuduh mereka sebagai umat yang melatih pangganas, tetapi juga
terhadap ajaran Islam. Menurut mereka, jihad dalam Islam adalah satu bentuk latihan dan persiapan
ketenteraan yang dilakukan untuk melatih pengganas dan pengebom berani mati. Mereka tidak
memahami secara jelas konsep jihad dalam Islam sebenarnya. Jihad dalam Islam bukannya mencari
kematian semata-mata dan Islam juga tidak menganggap umatnya yang membunuh diri sehingga
mengorbankan nyawa manusia, wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdosa sebagai mati
dalam perjungan jihad yang suci.

Begitu juga, cara berpakaian dalam Islam turut menjadi bahan serangan dan propaganda musuh
Islam. Mereka menganggap bahawa ciri-ciri pakaian dalam Islam akan menjejaskan integrasi kaum
yang lantaran itu menjadi punca berlakunya perpecahan dan perpaduan kaum. Aspek pakaian
sesuatu bangsa bukan penentu atau pengukur kepada integrasi atau perpecahan dalam perpaduan
negara, malah ia sebaliknya akan mengeratkan lagi kekuatan sesuatu bangsa dan negaranya. Aspek
pakaian dalam Islam adalah satu ajaran murni Islam, dan pendapat yang mengatakan pakaian Islam
akan menjejaskan integrasi dan perpaduan kaum sebenarnya menganggap bahawa ajaran Islam
tidak sesuai atau tidak menyumbang kepada perpaduan kaum, malah sebaliknya mengancam
kestabilan negara. Umat Islam seharusnya menyedari akan penipuan dan tuduhan yang dikenakan
ke atas mereka dan mereka tidak sepatutnya berdiam diri demi untuk mempertahankan kepercayaan
agama mereka.

Sebagaimana asingnya istilah ini pada masyarakat negara ini yang majoritinya adalah umat Melayu
beragama Islam, begitu juga asingnya ia pada pandangan agama yang menjadi anutan kelompok
masyarakat terbesar negara ini. Sebagai satu istilah yang mempunyai konotasi perbuatan yang
ganas, ia sudah tentulah tidak wujud dalam ajaran agama yang diturunkan oleh Allah ini. Sama ada
sebagai satu bentuk pembalasan mahu pun pembelaan. Keganasan bukan satu ajaran atau tuntutan
Islam. Malah Islam amat melarang umatnya mengambil jalan yang berbentuk keganasan dalam
menyelesaikan masalah. Firman Allah dalam surah al Anfal ayat 61 bermaksud:
Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, turutilah dan bertawakkallah kepada Allah, Dia Amat
Mendengar lagi Amat Mengetahui.

Inilah ajaran Islam yang sebenar, menuntut kepada keamanan dan kedamaian, bukannya
perseteruan dan keganasan. Umat Islam diajar untuk mempertahankan diri dengan segala bentuk
kekuatan, namun perdamaian bukan sesuatu yang sukar dicapai walaupun melalui perbincangan,
bukannya keganasan
DALAM kegembiraan merasai kerusi empuk di 10 Downing Street, Perdana Menteri
Britain, Gordon Brown, yang baru memegang jawatan itu tiba-tiba diselubungi
kegelisahan apabila dikejutkan dengan aktiviti keganasan di Glasgow dan London, baru-
baru ini.

Apa tidaknya, keganasan tidak mengenal mangsa, baik muda mahupun tua. Malah anak
kecil yang belum mengerti apa-apa juga tidak terlepas daripadanya.

Di mana-mana ia boleh berlaku, sama ada di ruang terhad berhawa dingin lengkap
dengan set sofa eksklusif atau kawasan terbuka yang sibuk dengan orang ramai,
membuatkan semua orang dibayangi ketakutan.

Keganasan, merujuk kepada satu situasi atau kejadian menakut dan mencemaskan,
ungkapan yang sangat popular sejak kebelakangan ini, malah di Barat ia rancak
diperkatakan, daripada rakyat biasa hinggalah pemimpin atasan.

Dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘irhab’ yang berasal daripada perkataan ‘rahiba’
bermaksud ketakutan, namun perkataan ‘irhab’ tidak digunakan bagi menggambarkan
sifat atau perkara yang berkaitan dengan keganasan.

Perkataan Inggeris ialah “terrorism” yang berasal daripada perkataan “terror”, bermakna
“menakutkan” atau “mengerikan”.

Sarjana memberikan pelbagai pengertian terhadap keganasan, tetapi ia tidak lari


daripada beberapa elemen penting, membabitkan penggunaan keganasan atau
kekerasan, sama ada menggunakan bahan letupan atau bahan kimia, penculikan dan
rampasan.
Keganasan juga dihubungkan dengan aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan serta
mempunyai motif politik, iaitu menyampaikan mesej untuk menjatuhkan satu-satu
pemerintahan atau negara yang dibentuk dengan mandat sah.

Jika ditinjau dari sudut sejarah, kejatuhan Empayar Uthmaniah dan berakhirnya Perang
Dunia Pertama boleh dikira sebagai titik permulaan ke arah era keganasan.

“Penaklukan negara di Timur Tengah oleh penjajah British dan Perancis serta
memecahkan negara terbabit adalah antara faktor berlakunya keganasan,” kata Dr Nik
Rahim Nik Wajis dari Jabatan Syariah, Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali
Saifuddien, Universiti Brunei Darussalam, dalam kertas kerjanya bertajuk “Jihad vs
Keganasan: Dari Perspektif Islam”.

Beliau berkata, dari perspektif Islam, keganasan satu tindakan yang dilarang dalam
berdasarkan kepada beberapa ayat al-Quran dan hadis.

“Ini kerana pembunuhan orang yang tidak berdosa diharamkan di dalam Islam,”
katanya.

Menurutnya, keganasan tidak direstui oleh syarak kerana matlamat kumpulan


pengganas semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan yang sah atau menimbulkan
kekecohan serta kekacauan di dalam negara terbabit melalui cara yang tidak diiktiraf
oleh undang-undang sama ada undang-undang syarak atau sivil.

“Apabila matlamat salah, dengan sendirinya tindakan mereka melakukan keganasan dan
pembunuhan serta kekacauan akan juga dikira salah.

“Lantaran itu, mana-mana kumpulan pengganas yang melakukan tindakan keganasan


sama ada membabitkan pembunuhan atau kemusnahan harta benda awam serta
kerajaan wajar dikenakan hukuman berat setimpal dengan tindakan ganas mereka,”
katanya.

Biarpun jelas aktiviti keganasan tidak dianjurkan Islam, realitinya hari ini setiap kali
berlaku kes terbabit masyarakat bukan Islam seperti di Barat segera melemparkan
tohmahan kepada golongan Islam, biarpun bukti untuk mengaitkannya sangat tipis.

Tindakan memburukkan imej Islam dan anti Muslim oleh Barat bukan saja melebarkan
lagi jurang perkauman, malah ditambah dengan perasaan buruk dan curiga mereka,
layanan yang diterima masyarakat Islam semakin mendukacitakan.
Islam sebagai agama yang menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat tidak pernah
menganjurkan umatnya melakukan keganasan tidak tentu arah, sebaliknya mengutuk
sekeras-kerasnya mereka yang terbabit dengan tindakan keras itu.

Konsep jihad yang dianggap masyarakat Barat sebagai perang suci dan dipuji dalam
Islam juga berbeza dengan keganasan dan tindakan melampau, yang membawa kepada
kemusnahan dan ketakutan umum.

Jihad bertujuan mempertahankan diri, menghapuskan kezaliman dan penindasan,


dengan matlamat mengakhiri peperangan dan mewujudkan perdamaian.

Malah, jihad yang secara umumnya fardu kifayah mempunyai syarat tertentu perlu
dipatuhi seperti larangan membunuh kanak-kanak, wanita serta orang tua yang tidak
terbabit dalam memerangi umat Islam.

Imam Malik ada meriwayatkan, Nabi Muhammad s.a.w melarang tentera Islam yang
memerangi Ibn Abi Huqaya (pembelot dari kaum Yahudi Madinah) daripada membunuh
wanita dan kanak-kanak.

Dalam satu peristiwa jihad menentang kaum musyrikin, diriwayatkan Nabi s.a.w melihat
mayat seorang wanita yang dibunuh dalam satu serangan dan Nabi amat murka dengan
kejadian itu dan baginda melarang membunuh wanita dan kanak-kanak.

Dr Nik Rahim berkata, peraturan jihad juga boleh dilihat dalam amanat yang dibuat Abu
Bakar r.a. kepada komander angkatan jihad Islam ke Sham:

“Jangan kamu membunuh wanita, kanak-kanak atau orang cacat. Jangan kamu
memotong pokok yang berbuah, jangan menyembelih biri-biri atau unta kecuali hanya
untuk makan. Jangan kamu membakar sarang lebah dan jangan rosakkan sarang
mereka. Jangan mencuri harta rampasan, dan jangan jadi orang pengecut.”

Amanat itu bertepatan dengan yang digariskan oleh al-Quran, bermaksud: “Dan
janganlah kamu membunuh seseorang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan
yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami
menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Tetapi janganlah ia melampaui batas
kerana sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat sepenuh-penuh pertolongan.” (Al-
Israa:33)

Berdasarkan panduan ini dapatlah difahami darah mereka yang tidak mengambil
bahagian di dalam peperangan menentang Islam tidak boleh ditumpahkan walaupun di
dalam medan perang.
ISLAM AGAMA KEGANASAN DAN CABARAN GLOBAL KE ATAS
ISLAM DALAM MEMPERTAHANKAN MESEJ KEAMANAN (siri 1)

Oleh: Muhamad Na’im Bin Ab Razak (M.D USM)

Cabaran umat Islam pada hari ini adalah lebih besar dari hari-hari semalam. Umat islam pada hari ini
umpama memegang bara api dalam mempertahankan kemurnian akidah. Hanya hati yang benar-
benar kental sahaja mampu untuk membiarkan diri menanggung kesakitan yang amat sangat dan
membiarkan tangan dimamah api demi untuk terus kekal dalam Islam. Kritikan terhadap Islam bukan
sahaja dari golongan Anti Islam tetapi juga dalam kalangan umat Islam sendiri yang sudah mula

meragui kesucian agama. Pelbagai istilah tercipta seperti golongan liberal dan juga anti hadis, tidak
kurang juga yang mengamalkan ajaran sesat. Malah, serangan dari pelbagai penjuru juga datang dari
kalangan atheist serta free thinker.

Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana serangan sebegini sudah pun sekian lama bermula

pada dunia barat hingga masyarakat mula meninggalkan agama kristian. Ini diakui sendiri oleh Pope
John Paul II dalam bukunya “Crossing the Treshold of Hope” lantas membawa kepada peralihan
tumpuan evangelism ke Asia dan Afrika.

Saban hari, serangan ke atas Islam tidak pernah kendur malah semakin diperhebatkan. Umum

mengetahui bahawa semangat jihad yang tinggi dalam kalangan Islam menyebabkan strategi perang
ke atas islam ditukar dari penggunaan senjata moden kepada senjata pemikiran dan persepsi.

Musuh utama islam pada hari ini adalah Media yang berat sebelah, tidak adil dan dihiasi penipuan di
atas nama kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara itu pada hakikatnya tidak pernah wujud. Lihat

sahaja Amerika Syarikat yang melaungkan slogan demokrasi dan kebebasan bersuara tetapi ruang
untuk menghentam Israel Zionis tetap dikekang. Begitu juga negara seperti Korea Utara dan China,
sumber kebebasan bersuara juga disekat kerana mereka tahu kesemua ini hanya akan menjatuhkan

bangsa mereka.
Persoalan pokoknya, adakah kebebasan media dan bersuara itu memberi erti bahawa seseorang itu
bebas melakukan apa-apa sahaja dan menggunakan media untuk memberi tekanan pada pihak

minoriti dan lemah. Sekiranya anda penyokong kebebasan media dan bersuara, adakah saya diberi
hak dan kebebasan untuk menggelarkan ibu anda sebagai pelacur dan isteri anda sebagai sundal? Atau
adakah saya berhak untuk melukis gambar bogel ibu atau isteri anda yang dikerjakan batin mereka

oleh berpuluh orang lelaki. Akal yang waras pasti menolak idea nakal ini. Jika begitu, apa pula yang
menghalalkan lukisan gambar yang menghina seorang Nabi dan juga mengejek rupa paras Allah selaku
TUHAN sekalian alam?

Terbaru adalah kes serangan ke atas ibu pejabat Charlie Hebdo di Perancis pada 7 Januari 2015 yang
mengorbankan seramai 12 orang mangsa dan mencederakan 11 yang lain. Ia dikaitkan dengan
tindakan membalas dendam oleh militan islam selepas media tersebut secara berterusan
mengeluarkan kartun yang menghina agama Islam dan tokoh-tokoh islam.

Ia bukanlah sesuatu yang baru memandangkan banyak tulisan dan kartun yang ditulis samada
golongan barat ataupun Islam yang murtad itu sendiri. Antaranya adalah penulisan buku The Satanic
Verses oleh Salman Rushdie, penerbitan kartun menghina Islam oleh akhbar Jyllands-Posten di
Denmark, The Croation Daily Nacional malah juga penerbitan siri serangan oleh Ali Sina yang
mempromosi umat Islam untuk murtad.

Kisah-kisah ini diagung-agungkan oleh media yang menjadikan ia sebagai tajuk utama di dada akhbar.
Malah, sebarang kisah yang melibatkan umat islam melakukan keganasan akan terus mendapat
liputan yang meluas. Dalam hal ini dapat saya simpulkan peranan media melalui beberapa kategori.
Kategori pertama adalah dengan melakukan serangan langsung ke atas Islam melalui penerbitan
bahan artikel atau kartun yang menaikkan sentimen kemarahan orang Islam. Kategori kedua adalah
dengan membuat pemalsuan fakta ataupun membuat gambaran tidak tepat tentang islam hingga
membawa keraguan terhadap umat islam tentang agama yang dianuti. Kategori ketiga adalah dengan
memberi fokus terhadap sebarang isu yang dilakukan oleh golongan minoriti Islam dan mengatakan
bahawa ia mewakili agama Islam. Dan terakhirnya, adalah dengan mempromosikan gerakan anti Islam
secara total.

Sekiranya anda pernah melihat kartun yang menunjukkan kaca TV menunjukkan dua orang lelaki yang

cuba untuk saling bertikaman tetapi gambaran sebenar menunjukkan seorang lelaki sedang melarikan
diri sambil dikejar lelaki yang membawa pisau. Kasut lelaki yang melarikan diri kelihatan seperti pisau.
Ini adalah gambaran tepat untuk menggambarkan ketidakjujuran pengamal media dalam membuat

sesuatu liputan isu. Ini juga yang menjadi kaedah dan teknik media yang mengentam golongan Islam
pada hari ini.

Sebagai contohnya, Isu seperti ISIS, Boko Haram dan juga Al Qaeda. Media melaporkan kepada dunia
bahawa gerakan ini mewakili Islam. Jika anda ingin mengetahui apa itu Islam, maka anda lihat apa
yang gerakan mereka lakukan. Mereka membunuh golongan bukan islam, menjalankan kegiatan
pembersihan etnik dan juga menindas kaum wanita.

Seterusnya, mereka putarbelitkan lagi fakta hanya kerana terdapat persamaan dalam sesuatu isu.
Contohnya ada ahli gerakan ISIS yang mengibarkan bendera hitam bertulisan arab bewarna putih yang
tertera kalimah syahadah. Lantas mereka membuat konklusi bahawa semua umat Islam yang
memegang bendera tersebut adalah berfahaman dan mendukung ISIS. Sedangkan bendera tersebut
adalah sebenarnya merupakan panji (Ar Rayah) yang dibawa oleh tentera Islam sejak di zaman Nabi
Muhammad dan disertai pula dengan bendera Al-Liwa yang mempunyai warna putih dan juga
bertuliskan kalimah syahadah. Oleh yang demikian, tidak hairan sekiranya jemaah islam yang ada di
dunia mengibarkan bendera yang sama. ISIS mungkin sahaja mengibarkan bendera tersebut tetapi
tidak bererti mereka melakukan perkara yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad.

Isu karikatur dan penyebaran berita menghina Islam bukanlah isu baru. Ia sebenarnya isu lama yang
sering diputar dalam versi dan kaedah yang berbeza. Temanya adalah sama seperti umat islam
diganjarkan 70 bidadari di syurga andai berjihad, islam membenarkan pembunuhan kaum bukan
Islam, islam mengamalkan hukum hudud yang bersifat zalim, hukuman rejam sampai mati, potong
tangan, islam menindas kaum wanita dan sebagainya. Setiap dari isu tersebut sudah pun mempunyai

jawapannya dan akan dikupas sedikit demi sedikit melalui siri penulisan akan datang.

Saya tidak menafikan bahawa ia adalah propaganda yang sengaja dibuat-dibuat. Tujuannya adalah
satu iaitu untuk membangkitkan sentimen umat Islam. Apabila umat Islam sudah semakin tidak sabar
maka ia akan membawa keganasan. Dan inilah sebenarnya yang diimpikan oleh musuh islam iaitu saat

umat islam bangkit melakukan keganasan dan mereka akan membenarkan teori mereka.

Bagi saya, ia adalah konsep yang cukup mudah untuk difahami dan anda tidak perlu menjelaskannya
dalam konsep agama pun. Sebuah kerajaan yang menindas rakyatnya akan membawa kepada
ketidakseimbangan dalam sudut ekonomi, keperluan diri dan sosial. Pada awalnya rakyat akan
menelan segala ketidakadilan tersebut hinggalah pada akhirnya mereka akan memberontak dan
menggulingkan kerajaan tersebut. Hal yang sama juga berlaku jika seorang anak dikongkong dengan
kuatnya oleh ibu –bapa mereka menyebabkan mereka memendam keinginan yang tinggi. Akan tetapi
keinginan tersebut gagal dilaksanakan hinggalah tiba satu masa di mana mereka akhirnya berjauhan
dengan ibu bapa dan lantas melakukan segala yang terpendam. Bahkan mereka melakukannya secara
melampau hingga menyalahi undang undang dunia dan agama.

Hal yang sama berlaku pada umat Islam. Ia benda yang sama berlaku di Denmark dan Paris. Persoalan
utama disebalik semua ini adalah cukup mudah sekali. Ia tidak lain dan tidak bukan disebabkan
pertambahan bilangan penduduk Islam. Sudah berabad lamanya mereka mempunyai fahaman anutan
agama dan budaya tetapi kemudiannya mendapati satu demi satu rakan, ahli keluarga atau jiran
mereka memeluk Islam. Jumlah mereka semakin lama semakin ramai hingga membentuk persatuan
Islam sendiri. Mereka melihat ini sebagai ancaman kepada negara dan sistem pemerintahan sedia ada
kerana warga beragama islam turut menanam cita-cita untuk ada pemerintahan dan sistem hidup
Islam. Oleh itu, serangan ke atas Islam diperhebatkan melalui media dan juga dari segi perundangan.
Larangan memakai hijab atau solat ditempat terbuka adalah untuk mengekang pengaruh Islam.
Semakin lama, propaganda mereka semakin bertambah dan secara tidak langsung, orang islam
ditindas dari segi fizikal dan juga mentalnya. Apabila mereka tidak tahan, maka ia membawa kepada

tindak balas untuk meluahkan ketidakpuasan hati. Sebahagian dari mereka bertindak balas melalui
penghujahan intelektual tetapi sebahagian dari mereka menggunakan keganasan. Masalah ini hanya
akan dapat dibendung jika persoalan pokok dapat dibendung.

Percayalah ia bukan sahaja berlaku kepada Umat Islam. Anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat

keadaan yang berlaku. Di Malaysia sendiri, sentimen yang sama akan berlaku. Kita ambil contoh
tindakan kerajaan yang cuba membendung pengaruh kristianiti. Larangan untuk menyebarkan risalah
kristian secara terbuka dan menyebarkan agama kristian telah menimbulkan keresahan dalam kaum
penganut kristian itu sendiri. Isu ini tidak sepatutnya diperdebatkan kerana ia sudah dipersetujui sejak
zaman sebelum merdeka lagi iaitu agama selain Islam tidak dibenarkan menjalankan dakyah terbuka
di Malaysia.

Akan tetapi, apabila agama Kristian semakin berkembang dan mempunyai ramai pengaruh, mereka

juga mula merasa akan adanya keperluan untuk menyebarkan agama secara terbuka. Akan tetapi
sekatan dari pihak kerajaan pastinya menimbulkan kemarahan mereka. Jika dulu, kita tidak
mempunyai media sosial maka kemarahan tersebut sukar untuk difahami. Dengan perkembangan
teknologi media pada hari ini maka anda akan melihat wujudnya serangan sebilangan kecil golongan
ini melalui facebook, twitter, instagram, blog dan TV internet. Sekiranya mereka terus beranggapan
bahawa mereka ditindas, maka adalah tidak mustahil yang kemarahan mereka akan diterjemahkan
dalam manifestasi yang lebih ektrem.

Malaysia adalah sebuah negara yang pelik dan prejudis perkauman sentiasa membayangi setiap aksi
dan bicara masyarakat. Ayat untuk melepaskan diri paling popular semestinya melayu racist. Adalah
menjadi sesuatu yang pelik apabila bangsa melayu digelar racist atau ektremist apabila
memperjuangkan hak dan kehidupan mereka.
Akan tetapi apabila bangsa lain mengutarakan perkara yang sama, ia tidak dilihat sebagai racist atau
ektremist tetapi sebaliknya satu perjuangan mencapai nilai kemanusiaan,hak kebebasan bersuara dan

hak menyuarakan pendapat.

Tulisan ini pasti akan membangkitkan sentimen emosi dalam banyak kalangan masyarakat tetapi saya
meminta anda semua berfikir dengan mengenepikan emosi. Saya bukanlah pejuang bangsa melayu
dan saya juga banyak bercampur dengan kaum bukan melayu. Percayalah, seperti mana wujud

golongan racist dan ultra melayu maka mujud juga terlalu banyak golongan ektremis dan racist
berbangsa selain melayu. Cuma mereka berselindung disebalik kebebasan bersuara dan media juga
memainkan sentimen ini untuk menjatuh dan memburukkan bangsa melayu.

Persoalan yang patut dilontarkan disini, sekiranya mereka mampu bertepuk tangan saat kaum melayu
menghentam Ibrahim Ali, Ridhwan Tee dan ISMA, maka adakah mereka bersedia sekiranya
masyarakat cina dan india atau kadazan dusun yang racist juga dihentam dan ditentang? Saya
memerlukan keikhlasan untuk anda menjawab soalan ini.

Dalam serangan ke atas Charlie Hebdo, sebagai seorang muslim saya juga mengutuk serangan
tersebut yang mana pada pandangan saya ia boleh diselesaikan secara aman. Penerbitan tersebut
boleh sahaja menarik balik pengeluaran karikatur dan meminta maaf. Sebelum serangan berlangsung,
sebenarnya sudah banyak ketidak puasan hati yang dimanifestasi rakyat Perancis samada melaui
demonstrasi ataupun penulisan. Akan tetapi, editor masih tetap angkuh dan berterusan untuk
memainkan sentimen agama.

Apabila serangan berlaku, kita lihat banyak kartun-kartun moden yang tampil menjadi hero
menentang keganasan. Antaranya adalah dengan kehadiran Netanyahu dalam perhimpunan solidarity
rakyat perancis bersama pemimpin dunia lain termasuklah Francois Hollande, Abbas dan juga
pimpinan utama dari german, Itali, Turki, Britain dan Palestine. Netanyahu sendiri terlibat dalam
banyak siri keganasan ke atas rakyat Palestin dan membunuh ribuan kanak-kanak dan wanita. Kenapa
dia tidak pernah digelar sebagai pengganas? Kerana media itu sentiasa berat sebelah dan akan terus
menerus melabel islam sebagai pengganas.

Melalui siri penulisan seterusnya, saya akan mengupas isu tentang keganasan yang dilakukan puak

pelampau bukan Islam, faktor yang membawa kepada keganasan orang islam, pendirian umat islam
terhadap isu keganasan seperti pengebomam sekolah serta penindasan wanita dan pendidikan, isu
evergreen seperti islam agama keganasan, zalimnya hukum hudud dan juga ancaman pemikiran

moden ke atas Islam sebagai agama yang mengajar tentang keamanan

Pengeboman Bali berlaku pada 12 Oktober 2002 di bandar Kuta di pulau Bali, Indonesia,
mengorbankan 202 orang dan mencederakan 240 yang lain, kebanyakannya merupakan
pelancong asing. Insiden serangan bom ini merupakan yang paling teruk dalam sejarah
pengganas di Indonesia ekoran jumlah korban yang banyak serta kemusnahan yang diakibatkan
daripada letupan bom - bom tersebut.

Beberapa rakyat Indonesia telah dijatuhkan hukuman mati di atas peranan mereka dalam
pengeboman tersebut, tetapi sebahagian daripada ahli yang bertanggungjawab masih belum
dihadapkan ke mahkamah. Mereka yang terlibat mempunyai kaitan dengan gerakan militan
Islam bernama Jemaah Islamiyah yang bergiat aktif disekitar nusantara Asia Tenggara,
termasuk Filipina dan Selatan Thailand. Tiga daripada mereka telah pun dijatuhi hukuman mati
dan beberapa pejuang yang lain samada telah ditangkap atau pun ditembak mati oleh pasukan
polis Indonesia. Serangan termasuk ledakan tiga jenis bahan letupan; 8 biji bom paip yang
disulam pada vest dan diletupkan oleh seorang pengebom berani mati, sebuah bom kenderaan
yang besar serta sebuah lagi peranti kecil yang diledakan diluar kedutaan Amerika
Syarikat di Denpasar, Bali. Bahan tersebut cuma mengakibatkan kerosakan kecil dan ia
dilaporkan padat dengan najis manusia. Kononnya, sebuah kaset audio kecil dipercayai
mengandungi pesanan suara dari Syeikh Osama bin Laden menyatakan bahawa serangan bom
Bali adalah sebagai pembalasan langsung keatas sokongan Amerika Syarikat keatas 'War on
Terror' serta peranan Australia dalam pemisahan Timor Timur dari Indonesia.
Monumen

Sari Club

Pada 9 November 2008, Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan Huda bin Abdul Haq telah
dijatuhi hukuman mati oleh skuad penembak di pusat tahanan kepulauan Nusakambangan, lebih
kurang pukul 1215 waktu dinihari.

Pada 9 Mac 2008, Dulmatin yang diberi jolokan sebagai 'Genius' telah mati ditembak oleh
pasukan polis Indonesia dalam satu siri pertempuran di Pamulang, Jakarta. Beliau dipercayai
sebagai orang yang bertanggungjawab meledakkan salah satu bom di Bali menggunakan telefon
bimbit.

Pengakuan Omar Al-Faruq, seorang agen Al-Qaeda di Asia Tenggara telah mengaitkan
beberapa pengganas Melayu. Indonesiamula menerima hakikat akan wujudnya pertubuhan
pengganas di republik itu. Sebelumnya Indonesia menyangkal akan maklumat risikan yang
diberikan oleh negara-negara jirannya tentang keberadaan militan Islam.
Presiden Megawati Sukarnoputri terpaksa melupakan demokrasi apabila terpaksa meluluskan
undang-undang anti keganasan yang memberi kuasa menangkap seseorang tanpa bicara
sebagaimana Akta Patriot di Amerika Syarikat dan ISA di Malaysia.

Antara yang dikatakan terlibat ialah Abu Bakar Basyir , Hambali @ Riduan Isamuddin, Fathur
Rahman Al-Ghozi, Agus Dwikarna ,Taufik Abdul Halim @ Dany dan Omar Al-Faruq.

Isi kandungan
[sorokkan]

 1Serangan
 2Anugerah
 3Bom
 4Maklumat Tambahan
 5Lihat juga
 6Pautan luar

Serangan[sunting | sunting sumber]


Pada 12 Oktober 2002 pukul 2305 waktu Indonesia, seorang pengebom syahid telah masuk
kedalam Paddy's Pub dan meledakkan bom yang tersulam pada anak bajunya. Letupan tersebut
menyebabkan para pelanngan, samada cedera ataupun tidak, untuk meluru keluar dari kelab
tersebut dalam usaha menyelamatkan diri. Dua puluh saat kemudian, ketika orang ramai sedang
berada dalam keadaan terpinga - pinga, sebuah bom yang lebih kuat yang disembunyikan
didalam van Mitsubishi kemudian telah diletupkan oleh seorang lagi pengebom berani mati.
Ledakan kedua inilah yang mengorbankan banyak nyawa diluar Sari Club. Bom yang berada
didalam Mitsubishi L300 ini juga dilengkapkan dengan alat kawalan jauh sekiranya pemandu
bertukar fikiran untuk tidak mati bersama - sama bom tersebut. Kesan kemusnahan hasil letupan
bom kenderaan ini cukup dahsyat; beberapa buah bangunan disekitar kawasan kejadian
mengalami kerosakan teruk dan jendela - jendela infrastruktur berkejauhan ratusan meter turut
pecah. Ledakan ini juga meninggalkan kawah sedalam satu meter.

Hospital setempat di Sanglah pada waktu itu dalam keadaan serba kekurangan untuk merawat
para korban, terutamanya mereka yang mengalami kelecuran akibat terkena serpihan ledakan.
Jumlah mereka yang tercedera sangat banyak hingga memaksa para sukarelawan untuk
meletakkan mereka didalam kolam renang di hotel berdekatan bagi mengurangkan rasa sakit
dari luka terbakar. Sebahagian pula terpaksa diterbangkan ke Perth dan Darwin bagi menjalani
rawatan pakar.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Indonesia-Amerika Syarikat menggambarkan


kejadian tersebut seperti berikut:

"Para penyiasat kini telah pun berjaya mencipta kembali aktivit para pengebom tersebut. Amrozi,
Ali Imron dan Idris telah membeli sebuah motorsikal Yamaha setelah mereka bertanyakan
harganya jika dijual semula selepas beberapa hari digunakan. Imron kemudianya menaiki
motorsikal tersebut untuk meletakkan bom kecil diluar kedutaan Amerika Syarikat. Selanjutnya
Idris menunggang motorsikal tersebut sementara Imron membawa dua orang pengebom berani
mati didalam van Mitsubishi menuju ke kawasan hiburan di daerah Kuta. Dia berhenti diluar Sari
Club, mengarahkan seorang pengebom berani mati untuk memakai anak bajunya dan menyuruh
yang seorang lagi untuk menghidupkan bom van berkenaan. Pengebom pertama berjalan masuk
ke dalam Paddy's Pub. Idris kemudianya meninggalkan pengebom kedua yang baru sahaja
belajar memandu dalam garis lurus, untuk meneruskan perjalanan singkat menuju Sari Club.
Idris lalu mengambil Imron menggunakan motorsikal Yamaha dan kembali ke Denpasar. Idris
membuat panggilan pada telefon bimbit Nokia untuk meledakanya di Kedutaan. Kedua
pengebom berani mati meledakkan peranti masing - masing. Idris dan Imron meletakkan
motorsikal tersebut di satu tempat yang kemudianya menarik perhatian seorang penjaga."

Jumlah angka kematian terakhir adalah 202 orang terkorban, kebanyakanya yang berada di
dalam atau berdekatan Paddy's Pub atau Sari Club adalah pelancong Barat dan mereka yang
bercuti dalam lingkungan umur 20an hingga 30an, termasuk juga beberapa penduduk Bali
Indonesia samada yang bertugas disekitar lokasi kejadian ataupun cuma melalui kawasan
tersebut. Ratusan yang lainya mengalami luka bakar yang menggerunkan serta kecederaan
berlainan. Sejumlah besar yang terkorban adalah para pelancong dari Australia dengan 88 orang
terbunuh. Dua lagi mayat gagal dikenalpasti dan keduanya telah pun dibakar di Bali pada
September 2003.

Anugerah[sunting | sunting sumber]


Ketika kejadian, beberapa individu telah tampil menghulurkan bantuan dalam apa yang dipanggil
sebagai 'tindakan keperwiraan.'

Kusitino 'Kossy' Halemai, seorang warga Australia kelahiran Wallis dan Futuna yang ketika itu
sedang menguruskan Bounty Hotel di Kuta pada waktu serangan berlaku, telah meneduhkan
mereka yang terselamat dari ledakan. Dia telah terpilih untuk menerima kepujian the Medal of
the Order of Australia (OAM) pada 13 Jun 2005.

Pasangan suami Richard dan isteri Gilana Poore, yang telah menyelenggarakan pusat rawatan
sementara di kawasan penyambut tetamu Bounty Hotel, juga dianugerahkan dengan OAM.

James Parkinson, seorang jururawat kecemasan, telah berganding bahu dengan Doctor Hogg
dari Wollongong di Denpasar Sanglah Hospital untuk mengendalikan pusat trauma bagi mangsa
serang bom. Setelah menghilang di Afrika dan Eropah dalam tempoh tiga tahun, jabatan
Governor General akhirnya berjaya menjejakinya sekaligus menganugerahkan Parkinson the
Medal of the Order of Australia dalam tahun 2005.

Bom[sunting | sunting sumber]


Bom yang berada didalam van Mitsubishi L300 tersebut pada awalnya disyaki terdiri dari
jenis C4, sejenis bahan letupan plastik bertaraf ketenteraan yang amat sukar diperolehi.
Walaubagaimanapun, para penyiasat telah mendapati bahawa bom itu dibuat dari potassium
chlorate, serbuk aluminum, dan belerang. Untuk bom Sari Club dengan van L300, para ahli
militan telah memasang 12 bekas isian plastik padat dengan bahan letupan. Setiap satu laci
kabinet tersebut masing - masing diisi dengan potassium chlorate, serbuk aluminum, bancuhan
belerang bersama penggalak TNT, yang disambungkan melalui kabel peledak berisi PETN
(pentaerythritol tetranitrate) sepanjang 150 meter (490 kaki). Sembilan puluh empat peletus RDX
(cyclotrimethylene trinitramine) berkuasa elektrik telah dilengkapkan kedalam TNT tersebut.
Jumlah berat keseluruhan bom van tersebut adalah 2,250 paun (1,020 kg). Kekuatan besar
ledakan bersuhu tinggi yang terhasil dari campuran ini adalah serupa dengan bahan letupan
udara panas, namun para militan mungkin tidak mengetahui akan hal ini.

Maklumat Tambahan[sunting | sunting sumber]

 Insiden ini terjadi satu tahun, satu bulan dan satu hari selepas Serangan 11 September
2001.
 Pelbagai andaian telah dibuat oleh para pengamat teori konspirasi bahawa serangan ini
adalah hasil tangan 'orang dalam'. Tujuanya adalah bagi memudahkan Amerika
Syarikat mengendalikan War on Terror di republik berkenaan. Omar Al-Faruq yang
kononnya tampil membuat pengakuan mengenai penglibatanya dengan Al-Qaeda juga
dikatakan telah dibiayai oleh CIA.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

 Pengeboman Bali 2005


 Pengeboman kedutaan Australia di Jakarta (2004)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

 http://www.indo.com/bali121002/
 http://abc.net.au/news/indepth/bali/default.htm
 http://www.abc.net.au/4corners/content/2003/20030210_bali_confessions/default.htm
 http://NickBurgoyne.com
 http://www.emptybottle.org/glass/cat_emergency.php
 http://www.smh.com.au/articles/2004/08/24/1093246536043.html
 http://www.law.unimelb.edu.au/alc/wip/review_not_release.html
Paris, CNN Indonesia -- Jaksa Paris, Fancois Molins mengatakan para penyerang kantor
majalah Charlie Hebdo masuk melalui pintu depan gedung, lalu membunuh satu orang di pintu
masuk.

Dikutip dari Reuters, mereka kemudian naik ke lantai dua dan melepas tembakan saat rapat
redaksi sedang berlangsung. Rapat itu dihadiri oleh delapan wartawan, seorang polisi yang
ditugaskan untuk melindungi pemimpin redaksi Charlie Hebdo dan seorang tamu.

“Apa yang kami lihat adalah pembantaian. Banyak dari korban dieksekusi, sebagian besar dari
mereka terluka di kepala dan dada,” kata Patrick Hertgen, seorang petus medis gawat darurat
yang dipanggil untuk menangani para korban kepada Reuters.
Seorang korban selamat, dikutip dari CNN, mengatakan kepada dokter yang merawatnya,
bahwa pelaku meminta korban menyebut nama mereka sebelum melepas tembakan.

Pilihan Redaksi
Rekaman video dari luar
 Charlie Hebdo, Majalah Perancis Pencari Kontroversi bangunan merekam dua
orang berjaket dengan
 Seniman Khawatir Insiden Charlie Hebdo Berbuntut Sensor
penutup kepala berteriak
 Polisi Buru Pelaku Penembakan Kantor Media Perancis “Allahu Akbar!”
berbarengan denga suara tembakan. Satu orang berjalan ke arah polisi yang berbaring terluka
dan menembaknya dengan senapan serbu.

Keduanya lantas dengan tenang naik ke mobil berwarna hitam dan pergi dari sana.

Diantara korban tewas adalah editor Stephane “Charb” Charbonier, bersama dengan Georges
Wolinski, Jean “Cabu” Cabut dan Bernard Verlhac, yang dikenal sebagai “Tignous”. Mereka
dikenal sebagai kartunis berbakat di Perancis.

Keamanan ditingkatkan

Belum ada klaim siapa yang melakukan serangan namun sebuah surat kabar, 20 Minutes,
mengutip seorang saksi yang mengatakan salah seorang penyerang berteriak “Katakan pada
media bahwa ini adalah al-Qaeda di Yaman!”

Polisi Perancis mencari tiga orang, dua diantaranya bersaudara, yang diduga terlibat dalam
serangan mematikan itu.

Menurut keterangan polisi, satu dari pelaku meninggalkan kartu identitasnya di mobil yang
digunakan.

“Ada kemungkinan serangan lain dan tempat-tempat lain diamankan,” kata Rocco Contento,
pejabat serikat polisi.

Pemerintah Perancis mengumumkan tingkat siaga tertinggi, meningkatkan pengamanan di


transportasi umum, situs-situs religius, kantor-kantor media dan pusat perbelanjaan, sekaligus
untuk memburu para dugaan pelaku.

Reporter Reuters melaporkan polisi bersenjata terlihat berpatroli di pusat-pusat perbelanjaan dan
diluar ikon Perancis, Arc de Triomphe.

Tahun lalu, Perancis memperkuat undang-undang anti-terorisme dan mengimbau warganya


untuk waspada akan serangan militan Islam yang kemungkinan menyerang warga Perancis dan
kepentingannya sebagai aksi balas dendam atas keikutsertaan Perancis dalam serangan udara
melawan militer di Suriah dan Irak.

Serangan teroris di tujuh lokasi berbeda Ibu Kota Paris, Prancis, tadi malam merupakan
insiden paling mematikan setelah terakhir kali terjadi pada Perang Dunia II. Sejauh ini
153 orang tewas karena bom bunuh diri serta penembakan acak di Gedung Konser
Bataclan, Rue Bichat, Av. de la Republique, Bd. Voltaire, Rue Charonne, dan Boulevard
Beaumarchais.

READ MORE
 Kasihan! Usianya Baru 4 Tahun, Tapi Balita Ini Nampak Seperti Seorang Kakek Tua
 Awas, Rasa Khawatir Ternyata Dapat Buat Umur Jadi Pendek Lho

Variety dan the Telegraph, Sabtu (14/11), melansir kronologi insiden yang sangat
mengejutkan warga Paris itu. Berikut rinciannya sesuai waktu setempat:

21.09
Pengunjung restoran di Rue Bichat diberondong tembakan oleh seorang laki-laki
menenteng AK-47. Korban tewas mencapai 20 orang. Polisi antiteror sudah mendapat
informasi dan disebar ke penjuru kota. Dalam momen bersamaan, penembakan
beruntun terjadi di tiga lokasi lain, yakni bar dide Charonne dan Faidherbe, serta
restoran di La Petit Cambodge.

21.42
Saat polisi masih melacak lokasi di restoran, dua bom bunuh diri terjadi di Stadion Stade
de France, yang sedang menggelar pertandingan sepakbola persahabatan antara
Timnas Prancis vs Jerman. Presiden Francois Hollande pun sedang berada di lokasi
pada saat bom meledak, sehingga segera dievakuasi. Akibat ledakan di tribun itu,
belasan orang tewas.
21.48
Nyaris bersamaan dengan bom di Stadion Stade de Frace, setidaknya tiga orang
diketahui menyerbu Gedung Bataclan yang sedang menggelar konser. Pelaku
memberondongkan peluru ke arah kerumunan 1.000 penonton selama nyaris 15 menit.

Di lokasi ini, jatuh korban tewas paling banyak. Gedung Bataclan jaraknya sangat dekat
dengan Kantor Redaksi Charlie Hebdo yang Januari lalu diserang kelompok militan.
23.02
Presiden Hollande, setelah dievakuasi dari Stadion, memberikan pidato kepada media
massa. Dia mengatakan terorisme yang mengerikan telah terjadi di Prancis, sehingga
pemerintah menetapkan keadaan darurat. Untuk itu, dia memerintahkan polisi dan
tentara bekerja sama menghentikan segala potensi serangan lanjutan. Rapat kabinet
pun menyatakan seluruh perbatasan darat ditutup.

"Penutupan perbatasan ini untuk memastikan para pelaku tindak pidana ini tidak
meninggalkan negara ini," kata Hollande.

23.55
Polisi antiteror mulai masuk ke Gedung Bataclan, mencoba membebaskan sandera.
Kontak senjata terjadi, setidaknya empat aparat tewas karena ditembak pelaku.

00.35
Polisi Prancis mengatakan kasus penyanderaan di Bataclan berhasil dituntaskan. Tiga
pelaku tewas, tapi belum diketahui apakah ada pelaku lainnya yang masih bebas. Ciri-
ciri pelaku tidak diumumkan pada pers. Korban tewas insiden Bataclan mencapai 100
orang, sedangkan dari penembakan di lokasi lain ditambah bom bunuh diri, korban
tewas 53 orang.

*Update terkini: ISIS sudah mengklaim bertanggung jawab atas serangan di Paris.
Otoritas keamanan Prancis merevisi jumlah korban. Dari awalnya 153 korban tewas,
menjadi 128.

Pada petang 13 November 2015, satu siri tembakan rambang yang disasarkan terhadap orang
ramai dan serangan berani mati berlaku di Paris dan Saint-Denis, Perancis. Bermula pada
21:16 CET,[15] tiga letupan berasingan dan enam tembakan besar-besaran berlaku, termasuk
pengeboman berhampiran Stade de France di pinggir bandar utara Saint-Denis.[15] 130 orang
disahkan dibunuh, termasuk 129 orang di dalam teater.[8] Polis Perancis melaporkan bahawa dua
pengebom berani mati mungkin terlibat serangan ini.

Dalam siaran rasmi pukul 23:58 CET, Presiden Perancis François Hollande mengumumkan
keadaan darurat,[11] penutupan sempadan[16] dan berkabung di seluruh Perancis selama tiga
hari.[17]

Isi kandungan
[sorokkan]

 1Latar belakang
 2Serangan berasingan
o 2.1Letupan di Stade de France
o 2.2Rue Bichat dan Rue Alibert
o 2.3Rue de la Fontaine-au-Roi
 3Dalang
 4Mangsa
 5Reaksi
o 5.1Kecaman
o 5.2Tangkapan
o 5.3Serangan terhadap IS
o 5.4Keselamatan
o 5.5Solidariti
o 5.6Islamofobia
 6Lihat Juga
 7Rujukan
 8Pautan luar

Latar belakang[sunting | sunting sumber]


Sejak 19 September 2014, Perancis terlibat dalam operasi di Iraq dan Syria yang dikenali
dengan nama kod Operasi Chammal. Perancis menyerang sasaran pertamanya pada bulan
Oktober 2015.[18]

Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan ancaman pengganas sejak


kejadian tembak-menembak Charlie Hebdo pada awal Januari 2015 dan kejadian berkaitan lain
semasa Serangan Île-de-France Januari 2015. Perancis turut meningkatkan keselamatan kerana
Persidangan Perubahan Iklim PBB 2015 dijadualkan akan diadakan di Paris pada 30 November
hingga 11 Disember 2015, dan telah mengadakan semula pemeriksaan sempadan pada minggu
sebelum serangan berlaku.

Kejadian tembak-menembak Charlie Hebdo pada Januari 2015 berlaku di Daerah 11 kota raya
Paris, di mana terletaknya panggung Bataclan.[19]

Kumpulan Negara Islam (IS) dan cawangannya telah mengaku bertanggungjawab ke atas
beberapa serangan maut dalam minggu-minggu yang membawa kepada serangan ini. Pada 12
November 2015, pengeboman berani mati berkembar berlaku di Beirut, Lubnan, membunuh
seramai 43 orang. Pada 31 Oktober 2015, Penerbangan 9268 Metrojet yang membawa
kebanyakannya penumpang Rusia terhempas di Sinai di Mesir. IS cawangan Sinai mengaku
bertanggungjawab.

Serangan berasingan[sunting | sunting sumber]


Kronologi serangan
13 November:

 21:20 – Serangan berani mati pertama berdekatan


Stade de France.[20][11]

 21:25 – Tembakan beramai-ramai di


rue Bichat.[20]

 21:30 – Serangan berani mati kedua berdekatan


Stade de France.[20]

 21:32 – Tembakan beramai-ramai di


rue de la Fontaine-au-Roi.[20]

 21:36 – Tembakan beramai-ramai di


rue de Charonne.[20]

 21:40 – Serangan berani mati di


boulevard Voltaire.[20]

 21:40 – Tiga orang lelaki memasuki teater Bataclan dan mula menembak kearah penonton. [20][11]
 21:53 – Serangan berani mati ketiga berdekatan
Stade de France.[20]

 22:00 – Penyerang menahan seramai 60 orang tebusan di teater Bataclan.[11][21]


14 November:

 00:20 – Pasukan keselamatan memasuki teater Bataclan.[20][11]


 00:58 – Pasukan Polis Perancis menembak mati semua penyerang di teater Bataclan.[21][11]
Semua masa menggunakan CET (UTC+1).

Lokasi pengeboman berdekatan Stade de France


Restoran McDonald's.

Rue Jules-Rimet, di hadapan restoran Quick.

Restoran Events.

Tujuh serangan berasingan telah berlaku,[22] terdiri daripada enam penembakan[11]dan tiga
letupan.[23][24] Letupan terjadi berhampiran Stade de France, sementara penembakan dilaporkan
terjadi di sekitar jalan Rue Alibert, Rue de la Fontaine-au-Roi, Rue de Charonne, panggung
Bataclan di Boulevard Voltaire, Avenue de la République, dan Boulevard Beaumarchais.[19]

Letupan di Stade de France[sunting | sunting sumber]


Tiga letupan[8][25][26] berlaku berdekatan dengan stadium sukan nasional Perancis,Stade de
France, di pinggir bandar Saint-Denis, mengakibatkan sekurang-kurangnya lima kematian.
Letupan-letupan ini terjadi pada 21:16, 21:30, dan 21:53.[27]

Rue Bichat dan Rue Alibert[sunting | sunting sumber]


Serangan-serangan pertama terjadi di jalan Rue Bichat dan jalan Rue Alibert, dekat Terusan
Saint-Martin di daerah ke-10. Para pengganas telah menembak orang ramai yang berada di luar
Le Carillon, sebuah bar kafe, pada sekitar 21:20 CET.[28]

Rue de la Fontaine-au-Roi[sunting | sunting sumber]


Pada jam 21:32, seorang lelaki bersenjatakan mesingan telah melepaskan tembakan di
luar Café Bonne Bière,[27] berhampiran dengan restoran Itali La Casa Nostra, di rue de la
Fontaine-au-Roi di selatan rue Bichat. Pendakwaraya Paris memaklumkan bahawa lima orang
telah terbunuh manakala lapan lagi cedera.Seorang saksi melaporkan bahawa beliau telah
melihat seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan singkat beberapa kali.[29]

Dalang[sunting | sunting sumber]


Kerakyatan Pengganas

Negara Jumlah

Perancis 5

Belgium 2

Presiden François Hollande mengumumkan pada 14 November bahawa serangan-serangan ini


telah[30][31] dirancang di Syria, diatur di Belgium dan dilaksanakan di Perancisoleh IS dengan
bantuan dari dalam negara.[32] Pasport-pasport Syria[11] dan Mesir dilaporkan telah ditemui
berhampiran dengan mayat para pelaku di dua tempat yang diserang.[33]

Pendakwaraya Paris, François Molins telah mengesahkan bahawa lapan penyerang yang
dikenali telah terbunuh, namun pihak berkuasa masih mencari penembak-penembak yang
menyerang restoran.[33] Omar Ismail Mostefai, 29, warganegara Perancis dikenal pasti sebagai
penyerang pertama.[34] Ahmed Almuhamed, 25 pula dikenali pasti sebagai penyerang
kedua.[35] Kedua-dua mereka memasuki Perancis pada akhir bulan Oktober 2015 sebagai
pelarian Syria melalui Greece.[11][36][37]Penyerang lain yang telah dikenalpasti ialah Bilal
Hadfi,Brahim Abdeslam,[38]Ahmad Al Mohammad Idlib, warganegara Syria dan Samy Amimour,
28, warganegara Perancis.[39]Salah Abdeslam, 26 pula merupakan suspek utama yang masih
hidup dan masih dicari.[40]

Mangsa[sunting | sunting sumber]


Jumlah kematian berdasarkan
kewarganegaraan

Kewarganegaraan Kematian

Perancis * 102

Belgium * 3[41]

Chile 3[42]

Algeria 2[43]
Jumlah kematian berdasarkan
kewarganegaraan

Kewarganegaraan Kematian

Mesir * 2[44]

Jerman 2[45][46]

Mexico * 2[42][11]

Portugal * 2[47]

Romania 2[48][49]

Senegal 2[47]

Tunisia 2[47]

Itali 1[50][51]

Maghribi 1[47]

Sepanyol 1[52]

Sweden 1

UK 1[42]

AS * 1[47]

Jumlah 130

* Sesetengah mangsa mempunyai dua


kewarganegaraan. Kiraan menggunakan kiraan
awal dan mungkin tidak lengkap.

Sebanyak 153 orang[53] terkorban di dalam serangan ini, dengan 433 yang lain tercedera.[54]
Reaksi[sunting | sunting sumber]
Kecaman[sunting | sunting sumber]
Pemimpin-pemimpin negara di seluruh dunia mengecam serangan ini.[11][55][56][57]Pemimpin politik di
Malaysia[58][59][60][61][62] turut menyatakan pendirian bersolidariti dan bersimpati terhadap serangan
tersebut, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.[11][63][64]Pemimpin agama seperti Imam
Besar Al-Azhar,Sheikh Al Azhar Ahmed al-Tayyeb[65], persatuan agama di
Perancis[66] dan Hamas turut mengeluarkan kenyataan yang senada.[67]

Tangkapan[sunting | sunting sumber]


Polis Belgium menahan tujuh suspek di Paris dan 16 lagi di Brussels.[68][69]Polis Jerman pula telah
menahan lima orang suspek setakat ini.[70]Polis UK menahan seorang pemuda kerana
mengeluarkan kenyataan yang menyokong serangan ini di media sosial.[8]

Dianatara 15 dan 16 November 2015,Polis Taktikal Perancis telah menyerbu lebih 200 lokasi di
belah selatan dan utara Perancis, dengan 23 orang suspek ditahan dan senjata dirampas.104
orang suspek yang lain pula telah diarahkan untuk menjalani tahanan rumah.[71]Didalam satu
serbuan di Saint-Denis untuk mencari Abdelhamid Abaaoud, tiga orang suspek[72] telah terbunuh
(termasuk seorang wanita yang meletupkan dirinya sendiri dengan menggunakan suicide
vest).Tujuh orang yang lain telah ditahan.[73][74][75]Abdelhamid Abaaoud,25, penyerang kedua telah
disahkan sebagai salah seorang yang terbunuh ketika serbuan tersebut.[76]

Serangan terhadap IS[sunting | sunting sumber]


Pada hari selepas serangan, sebuah pesawat pejuang Perancis menyerang sebuah kubu IS di
Raqa dengan menggugurkan lebih 20 bom sebagai tindak balas terhadap serangan
itu.[77]Serangan melibatkan 10 buah pesawat pejuang, pesawat berlepas dari Emiriah Arab
Bersatu (UAE) dan Jordan. Sebanyak 20 butir bom dilepaskan dalam serangan itu.[78][79]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]


Sekatan di sekitar sempadan Perancis telah diperketatkan berikutan serangan ini.[80]Sekatan
agar setiap stadium perlawanan Liga Perancis hanya menerima penyokong tuan rumah turut
telah dikuatkuasakan kerana kekurangan pasukan keselamatan.[81]United Kingdom pula
meningkatkan perbelanjaan keselamatan sebanyak 30 peratus.[82] Malaysia telah meningkatkan
tahap tapisan[83] sebelum menerima 3,000 pelarian dari Syria[84] dan pelajar asing
baharu.[85] Jumlah anggota keselamatan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-
27[86] dan Persidangan Perubahan Iklim PBB 2015[87] turut telah dipertingkatkan.

Solidariti[sunting | sunting sumber]


Upacara menyalakan lilin oleh warganegara Perancis telah dilakukan di Dataran Trafalgar pada
sebelah malam,sehari selepas serangan.[88]Beberapa mercu tanda kebangaan negara diterangi
cahaya bendera Perancis,sebagai tanda berkabung.[11]Kedutaan Malaysia di Perancis telah
mengadakan upacara bertafakur selama seminit,tiga hari selepas serangan ini.[89]
Upacara rasmi mengenang mangsa serangan telah dilakukan di Muzium Tentera Les Invalides,
dua minggu selepas serangan di Paris.[90]

Islamofobia[sunting | sunting sumber]


Sebuah kumpulan berhaluan kanan telah menganggu tunjuk perasaan aman di bandar
Lille dengan membawa sepanduk anti-Islam[91] manakala di Britain, jenayah anti-Muslim
meningkat secara mendadak.[92]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

 Serangan Mumbai 26 November 2008

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Panjat↑ (Inggeris)"Paris attacks: More than 100 killed in gunfire and blasts, French media say".
CNN. 14 November 2015. Dicapai pada 14 November 2015.
2. Panjat↑ "Paris attacks death toll rises to 130". RTE News. 20 November 2015. Dicapai pada20
November 2015.
3. Panjat↑ (Inggeris)Akkoc, Raziye (17 November 2015). "Paris attacks: Cameron to make case for
Syria military action as EU troops could be sent to France - latest news". The Telegraph. Dicapai
pada 17 November 2015.
4. Panjat↑ "Manila ikrar APEC selamat". Harian Metro. 15 November 2015. Dicapai pada17
November 2015.
5. Panjat↑ Shariff, Sharil (15 November 2015). "Cegah keganasan – PM". Utusan Malaysia. Dicapai
pada 17 November 2015.

2. Pada 7 Januari 2015, kira-kira jam 11:30 CET (10:30 UTC), dua orang bertopeng dan
bersenjata api senapang AK-47, sepucuksenapang patah, dan
sepucuk pelancar RPG merempuh ke dalam pejabat-pejabat
majalah satira Perancis Charlie Hebdo di Paris. Pesalah-pesalah melepaskan sehingga
50 das tembakan dengan senjata automatik sambil melaungkan "Allahu Akbar".[14][15] 12
orang terbunuh, termasuklah ketua editor Stéphane "Charb" Charbonnier, tujuh orang
lain kakitangan Charlie Hebdo, dan dua orang anggota Polis Negara serta
mencederakan 11 orang lain.[16][17][18] Akhbar terbabit telah meraih perhatian dunia kerana
seringkalimenggambarkan Nabi Muhammad.[19][20]
3. Beberapa orang telah ditahan oleh polis sempena kejadian ini dalam usaha memburu
dua suspek utama. Seorang suspek ketiga mula-mula dicam oleh polis lalu menyerah
diri. Pesalah-pesalah berkenaan diperikan oleh polis sebagai "bersenjata dan
berbahaya", sementara tahap ancaman di wilayah Île-de-France dan Picardy dinaikkan
ke status tertinggi. Pada 9 Januari, pesalah-pesalah dikesan oleh polis di sebuah taman
perindustrian di Dammartin-en-Goële di mana mereka mengambil seorang
tebusan.[21]Juga disahkan hubung kait antara kejadian Charlie Hebdo dengan satu lagi
kejadian penembakan di Montrouge oleh seorang suspek keempat, yang mana pesalah
ini juga mengambil tebusan di sebuah pasar raya Yahudi berdekatan Porte de
Vincennes.[22]Serbuan polis dijalankan serentak di Dammartin dan di Porte de Vincennes,
di mana terbunuhnya tiga orang pengganas dan sesetengah tebusan pula cedera atau
terkorban.[23] Presiden Perancis François Hollande mengesahkan bahawa empat orang
tebusan terbunuh dalam serbuan di pasar raya Vincennes tersebut.[24]
4. 20 orang termasuklah ketiga-tiga suspek terbunuh di empat lokasi dari 7 hingga 9
Januari;[25] sekurang-kurangnya 14 orang lain cedera, ada yang parah. Serangan ini
adalah antara insiden pengganas yang paling dahsyat di Perancis
semenjak pengeboman kereta api Vitry-Le-François 1961 oleh Pertubuhan Tentera
Rahsia (OAS).[26]
5. Kakitangan Charlie Hebdo yang terselamat mengumumkan bahawa penerbitan akan
diteruskan dengan edisi minggu berikutnya dikeluarkan seperti biasa dalam sejuta
salinan daripada 60,000 yang kebiasaannya

 UTAMA

 HIBURAN

 BERITA

 NIAGA

 SUKAN

 KOLUMNIS

 LAIN-LAIN

o MSTAR.TV

o FOTO
Utama › Berita› Berita Semasa › enam langkah perangi daesh
E-
Mencetak mel Facebook 1

Enam Langkah Proaktif


Perangi Ancaman Daesh
Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


telah melakar enam langkah proaktif bagi memerangi ancaman militan Daesh
di negara ini.

Menteri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah tersebut


ialah mengetatkan kawalan di sempadan negara, menerusi inisiatif terbaru
melalui penubuhan Briged sempadan di Sabah dan Sarawak.
"Langkah lain ialah mengadakan rondaan bersama ATM-Polis Diraja Malaysia
(PDRM) di lokasi strategik seluruh negara.

"Memperkukuhkan kawalan keselamatan di laut Sulu yang membabitkan


tiganegara jiran serta memperkasakan keselamatan di Sabah melibatkan
ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM - Darat, Laut dan Udara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ria Aidilfitri Parlimen
Sembrong di Dewan Kejora, Taman Sri Lambak dekat sini hari ini yang turut
dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hishammuddin berkata penerangan mengenai bahaya Daesh kepada


masyarakat akanjuga dilakukan oleh pihak Kor Agama Angkatan Tentera
(KAGAT) dan juga kerjasama dari perkongsian maklumat risikan pertahanan
antara negara dan lain-lain.

Menteri itu berkata beliau meletakkan harapan dan amanah besar kepada
KAGAT untuk memberi penjelasan dan melakukan pendekatan bagi
menyekat fahaman Daesh daripada menular di kalangan anggota ATM sendiri
menerusi perkongsian strategi yang sedang giat dilakukan oleh Kementerian
Dalam Negeri dan PDRM.

Beliau berkata penglibatan seorang anggota keselamatan dengan Daesh


walaupun seorang telah dikira banyak kerana mereka telah diberikan amanah
dan tanggungjawab oleh negara.

Hishammuddin berkata insiden di Puchong baru-baru ini mempunyai kaitan


rapat dengan Daesh dan langkah berjaga-jaga yang diingatkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempunyai asas dan sebab
tertentu.

Najib mahu semua pihak meningkatkan kesedaran dalam soal keselamatan


dengan mengkaji semula langkah-langkah kesiapsiagaan yang lebih tinggi
termasuk menghadapi ancaman militan Daesh.

"Oleh itu, kita tidak boleh ambil mudah ancaman ini dan pada masa yang
sama perlu bersyukur dan memahami keharmonian dan perpaduan yang
telah wujud selamaini," kata Hishammuddin.

Beliau berkata sebagai contoh majlis sambutan hari raya pada hari ini
menggambarkan keharmonian yang sedia ada dan ini boleh diancam
sekiranya keselamatan negara ini tidak dijaga dengan baik.

"Bagi mengatasi masalah ini selain usaha yang dilakukan oleh kerajaan,
rakyat juga perlu memainkan peranan mereka sebagai mata dan telinga
kepada kerajaan," kata beliau.

Katanya pihaknya sentiasa mengambil langkah dan persediaan awal bagi


mengatasi ancaman Daesh dan usaha yang dilakukan bukan sahaja dari segi
mencapai kesepakatan di peringkat negara Asean sebaliknya
memperkukuhkan kekuatan anggota, aset dan juga strategi pertahanan.

Menjawab pertanyaan, Hishammuddin berkata sehingga hari ini pihak


berkuasamenerusi agensi risikan negara mampu melihat perkara yang telah
biasa dan perkara yang baru menular di negara lain yang boleh dipelajari
dengan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Namun jika berlaku tindakan yang tidak terfikir orang, mustahil untukmana-
mana negara sekalipun menjangka dan membuat perancangan bagi
mengatasi perkara itu seratus peratus," katanya. -Bernama

 1. POTA (Prevention Of Terrorism Act) atau Rang


Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 digubal
sempena penularan isu keganasan yang mengancam
keselamatan negara
o

Image via freemalaysiatoday.com

o Penularan elemen keganasan yang semakin merebak dan


mengancam keselamatan negara mendorong kerajaan untuk
mengemukakan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan
(POTA) 2015 bagi menangani aktiviti militan di negara ini.

Pada 26 Nov 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
membentangkan kertas putih bertajuk "Ke Arah Menangani
Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)" di Parlimen sebagai
memperakui ancaman keganasan berterusan di dalam dan luar
negara.

Kertas putih itu menegaskan komitmen kerajaan dalam


membanteras ancaman yang ditimbulkan IS bersama masyarakat
antarabangsa.

sinarharian.com.my

 2. Ia bertujuan untuk mencegah rakyat Malaysia


daripada terlibat dalam apa jua aktiviti keganasan yang
kini semakin membimbangkan
o

Image via suarainsan.net

o 1. Undang-undang untuk mencegah perlakuan atau sokongan


bagi perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi
pengganas dari sesuatu negara asing serta bagi kawalan
terhadap orang yang terlibat dengan perbuatan sedemikian.

2. Memastikan tiada individu terlepas daripada sebarang tindakan


perundangan sekiranya mereka melibatkan diri dalam kegiatan
keganasan.

3. Akta memastikan rakyat dan keamanan negara tidak diganggu


gugat oleh pihak yang terlibat dalam aktiviti militan.

astroawani.com
 3. Pihak polis mempunyai hak untuk menangkap
sesiapa sahaja yang dipercayai terlibat dalam aktiviti
keganasan tanpa budi bicara
o


Image via layarbudaklaut.blogspot.com

o 1. Seseorang pegawai polis boleh tanpa waran menangkap


mana-mana orang jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai
terdapat alasan yang menjustifikasikan siasatan diadakan
mengenai kes orang itu.

2. Apabila seseorang ditangkap, kes hendaklah dirujuk oleh


pegawai polis kepada Pendakwa Raya untuk mendapatkan
arahan tidak lewat daripada tujuh hari dari tarikh penangkapan.

3. Mana-mana orang yang ditangkap hendaklah dibawa di


hadapan seorang Majistret dalam tempoh 24 jam, melainkan jika
dilepaskan terlebih dahulu.

4. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata


atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

bernama.com
 4. Badan pemerhati hak asasi manusia berkata
peruntukan penahanan tanpa bicara menjadikan
Malaysia selangkah ke belakang daripada aspek hak
asasi manusia
o


Image via malaxi.com

o Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bahagian


Asia, Phil Robertson dalam berkata, dengan meluluskan akta
berkenaan, Putrajaya seolah-olah membuka 'Peti Pandora' yang
bermotifkan politik, seperti digunakan Putrajaya terhadap Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Dengan lulusnya akta ini, hak asasi manusia Malaysia kini


selangkah ke belakang. Ia menjadi asas gesaan terhadap
persoalan komitmen kerajaan terhadap hak asasi yang kritikal
terhadap undang-undang dalam demokrasi yang berfungsi,"
katanya.

themalaysianinsider.com

 5. Ahli Parlimen pembangkang Pakatan Rakyat (PR)


khuatir POTA akan digunakan terhadap seteru politik,
seperti digunakan pentadbiran Barisan Nasional (BN)
sebelum ISA dimansuhkan
o


Image via sinarharian.com.my

o “Kelulusan Akta tanpa mengambil kira kritikan terhadap isinya


menunjukkan bahawa kerajaan serta ahli-ahli Dewan Rakyat
Barisan Nasional tidak mengendahkan keluhuran prinsip undang-
undang di negara ini."

“Ia juga membuktikan bahawa kerajaan mempunyai niat yang


terselindung dalam meluluskan rang undang-undang tersebut,”
ujar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik
Ahmad.

Katanya, ISA, Akta Hasutan 1948 dan Akta Perhimpunan Aman


sebelum ini digunakan sewenang-wenang oleh kerajaan untuk
menahan sesiapa saja yang menentang mereka dan
disalahgunakan untuk tahanan politik.
keadilandaily.com

 6. Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid


Hamidi memberi jaminan bahawa POTA tidak akan
disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai
perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah
undang-undang itu
o


Image via ismaweb.net

o Katanya POTA harus dilihat dengan 'mata hati' untuk memahami


tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan undang-undang itu.

Tegas Ahmad Zahid, ini kerana POTA tidak boleh dilihat hanya
dari sudut perundangan semata-mata sebaliknya ia bersifat
pencegahan.

"Elemen pemulihan terhadap tahanan menjadi keutamaan.


Rekod tahanan ISA setakat sehingga undang-undang itu
ditiadakan iaitu daripada seramai 10,800 tahanan ISA, 90 peratus
berjaya dipulihkan," katanya.

bharian.com.my
 7. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan
Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan POTA adalah tidak
sama dengan ISA seperti yang didakwa ahli
pembangkang
o


Image via themalaymailonline.com

o Katanya POTA tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam


Negeri 1960 (ISA) dengan kuasa eksekutif menteri akan diambil
alih oleh sebuah lembaga yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Wan Junaidi berkata pengerusi lembaga berkenaan perlu


mempunyai kelayakan undang-undang serta mempunyai
pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang
perundangan.

“Tahanan 60 hari di bawah ISA dibuat oleh polis sedangkan di


bawah POTA, tahanan 60 hari dibuat melalui proses mahkamah.
Oleh itu hujah yang mengatakan ISA merupakan kembar POTA
adalah hujah tidak berasas dan kurang tepat,” katanya.
theborneopost.com

 8. DAP mendesak kerajaan supaya tidak mengenepikan


suara pembangkang dalam melaksanakan POTA yang
dilihat cuba menghidupkan kembali kuasa ISA
o

 Image
via freemalaysiatoday.com

o “Saya agak terganggu dengan sikap mudah Zahid apabila dia


membawa Rang Undang-undang Pencegahan
Keganasan(POTA) dan mengatakan pembangkang akan terima
POTA dan jika ada penolakan ia mesti datang dari kalangan
aktivis dan peguam hak asasi manusia."

“Zahid silap jika dia fikir Pakatan membantah militan Islamic State
(ISIS) dan ektremisme Islam, dia boleh sesuka hati laksana
undang-undang anti keganasan tanpa mengambil kira suara
pembangkang dan gerakan sivil lain,” ujar Kit Siang.
 MUTAKHIR ini kita sering mendengar dan menyaksikan bom meletup bunuh diri, bom berani mati,
bom meletup di sana-sini, membunuh manusia, anak-anak dan orang tua, di seluruh penjuru dunia,
termasuk di rantau Asia Tenggara dan nusantara.
 Masyarakat pun bertanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan terorisme, apakah sama
pengertian terorisme dengan jihad dalam Islam. Banyak pakar berusaha mendefinisikannya dan
menghuraikannya dalam berbagai pendapat dan pandangan mereka.
 Kriteria terorisme dapat difahamkan sebagai kegiatan menyusahkan penduduk, merosak perdamaian
dan ketenteraman awam, mengancam keselamatan jiwa, harta benda, dan keselesaan hidup manusia.
 Pada dasarnya undang-undang menerangkan, bahawa terorisme merupakan kejahatan lintas langsung
negara dan mempunyai jaringan luas sehingga mengancam perdamaian dan keamanan nasional dan
antarabangsa.
 Harun Yahya, intelektual Islam terkenal, dalam bukunya Only Love Can Defeat
Terrorisme menyatakan, terorisme adalah ancaman yang paling suram menjelang dunia abad ke 21.
Terorisme melihat tindakan keganasan sebagai satu-satunya cara mencapai tujuan politik. Di mata
pengganas, dilema politik dan konflik hanya dapat diselesaikan dengan keganasan.
 Darah dan besi
 Tidak ada kelompok yang dapat memahami apa yang diinginkan kecuali dengan darah dan besi.
Kenyataan telah menunjukkan bagaimana dahsyatnya tindakan yang dilakukan pengganas di berbagai
belahan dunia. Dengan satu letupan manusia yang salah dan tidak bersalah mengalami kematian atau
cedera parah. Gedung, bangunan, pesawat, dan harta hancur bertaburan. Suatu tindakan yang cukup
mengerikan.
 Apakah tindakan seperti ini diajar dalam Islam. Jelas Islam tidak membenarkan tindakan keganasan
atas nama agama, dan berusaha mencegahnya sedaya upaya. Pengganas sebagai kejahatan terhadap
kemanusiaan dan peradaban yang menimbulkan ancaman serius terhadap kedaulatan negara, bahaya
terhadap keamanan, kesejahteraan, perdamaian dunia serta merugikan masyarakat seluruhnya.
 Terorisme adalah salah satu kejahatan yang diorganisasi, bersifat lintas negara dan digolongkan sebagai
kejahatan luar biasa yang tidak membezakan sasarannya. Dalam khazanah fikah Islam, terorisme
memenuhi unsur hukum hirabah.
 Para ulama mengertikan al-muharib dengan sebuah riwayat bahawa orang yang mengangkat senjata
melawan orang ramai dan menakut-nakutkan, maka ia tidak termasuk golongan kami (Islam).
 Sementara jihad mengandungi dua pengertian, iaitu pertama, segala usaha dan upaya sekuat tenaga
serta kesediaan untuk menanggung kesulitan di dalam memerangi dan menahan agresif musuh dalam
segala bentuknya. Jihad dalam pengertian ini juga disebut qital atau al-harb.
 Kedua, segala usaha yang sungguh-sungguh dan berterusan untuk menjaga dan meninggikan agama
Allah. Perbezaan antara terorisme dengan jihad adalah bahawa terorisme bersifat merosak dan anarkis,
tujuannya untuk menciptakan rasa takut atau menghancurkan pihak lain.
 Dilakukan tanpa peraturan dan sasaran tanpa batas, manakala jihad sifatnya melakukan pembaikan
sekalipun dengan cara peperangan. Tujuannya menegakkan agama Allah dan membela hak-hak yang
terzalimi, dan dilakukan dengan mengikuti peraturan yang ditentukan oleh syariat dengan sasaran
musuh yang sudah jelas dan nyata.
 Hukum melakukan pengganas adalah haram, mahupun dilakukan oleh perseorangan, kelompok, atau
negara. Sebaliknya hukum melakukan jihad adalah wajib.
 Adapun bunuh diri adalah orang yang bunuh diri itu membunuh dirinya untuk kepentingan peribadinya
sendiri. Sementara pelaku amaliah al-istisyhad (tindakan siap mati syahid) mempersembahkan dirinya
sebagai korban demi agama dan umatnya.
 Orang yang bunuh dirinya adalah orang pesimis atas dirinya dan atas ketentuan Allah, manakala
pelaku amaliah al-istisyhad adalah manusia yang seluruh cita-citanya tertuju mencari rahmat dan
keredaan Allah SWT.
 Bom bunuh diri adalah hukumnya haram kerana merupakan salah satu bentuk tindakan keputusan dan
membinasakan diri sendiri, dilakukan di daerah damai mahupun di daerah perang.
 Amaliah al-istisyhad dibolehkan kerana merupakan bahagian dari jihad yang dilakukan di daerah
perang atau dalam keadaan perang dengan tujuan untuk menimbulkan rasa takut dan kerugian yang
lebih besar di pihak musuh Islam, termasuk melakukan tindakan yang dapat mengakibatkan
terbunuhnya diri sendiri. Dengan demikian, amaliah al-istisyhad berbeza dengan bunuh diri.
 Dasar-dasar ini dapat dirujuk dalam surah al-Hajj, ayat 39-40; surah an-Anfal, ayat 6; surah an-Nisa',
ayat 29; surah al-Maidah, ayat 32; surah al-Baqarah, ayat 195.
 Hadis riwayat Muslim dan Bukhari, juga kaedah fikah yang ertinya: Apabila terdapat dua masalah
yang saling bertentangan, maka harus diperhatikan salah satunya dengan mengambil kira darar
(mudarat) yang lebih ringan.
 Huraian di atas menunjukkan bahawa terorisme berbeza dengan jihad. Bahawa terorisme dalam
pengertian yang dikemukakan haram, manakala jihad adalah wajib.
 Terancang dan berkembang
 Terorisme bukanlah suatu yang baru, ia telah hidup sejak dulu melalui organisasi yang terancang dan
berkembang.
 Terorisme berkembang subur di abad moden melalui revolusi Perancis, atau nihilisme Rusia abad ke 19.
Menurut Harun Yahya, diperkirakan sebanyak 500 kelompok pengganas di dunia yang meliputi
kelompok jaringan antarabangsa yang mengendalikan ubat-ubatan terlarang dan pelacuran.
 Demikian juga organisasi bawah tanah, pergerakan marginal, berbagai kelompok ideologi radikal dan
pemujaan terhadap orang yang menyeleweng. Di era teknologi, senjata kimia merupakan ancaman
tindakan pengganas yang paling merbahaya dan mengerikan.
 Pada tahun 1984, seramai 750 orang telah diracuni di empat restoran di kota Oregon. Kemudian
terungkap bahawa seorang Hindu yang terinspirasi oleh pemujaan dan penyembahan era baru
kepimpinan Baghwan Shree Rajneesh bertanggungjawab terhadap keganasan tersebut. Pada tahun
1995, pemuja Aum Shinrikyo melepaskan gas sarin di sistem kereta api bawah tanah Tokyo yang
mengorbankan 12 orang dan mencederakan 5,500 orang.
 Sejak tahun 1962, anggota ETA, organisasi pengganas yang memperjuangkan kemerdekaan wilayah
Basque melakukan serangan yang menyebabkan kematian lebih 800 orang di Sepanyol. Tentera
Republik Ireland (IRA) yang berjuang untuk kemerdekaan Ireland telah melakukan serangan yang
mengakibatkan kematian lebih dari 3,200 jiwa.
 Tindakan pengganas menimbulkan korban di berbagai negara, seperti Amerika Syarikat, Uganda,
Angola, Nigeria, Britain, Perancis, Sepanyol, Jepun, Timur Tengah, Amerika Latin dan sebagainya.
Sekarang jaringan ini mulai muncul di kawasan nusantara dan sekitarnya.
 Keterangan ini menunjukkan bahawa tindakan pengganas bukan hanya dari kalangan Islam, tetapi juga
dari kalangan umat-umat lain di dunia.
 Tindakan teroris juga bukan hanya terjadi di dunia Islam, tetapi juga di berbagai belahan dunia lainnya.
Bahkan ajaran Islam sangat bertentangan dengan tindakan pengganas dan keganasan. Dalam perang
yang jelas melawan musuh saja, Islam melarang membunuh anak-anak, perempuan, dan membakar
pohon kurma. Ertinya, Islam melarang membunuh orang yang tidak bersalah.
 Dalam hal membela agama dan kebenaran Islam, Islam membolehkan tindakan kekerasan. Kerana itu,
Nabi SAW memerangi Bani Quraizah, Bani Mustalik, dan Bani an-Nazir kerana mereka mengkhianati
perjanjian dengan umat Islam di Madinah.
 Baginda menyuruh runtuhkan masjid Dirar di Madinah kerana tujuan orang munafik mendirikannya
untuk memecah belahkan umat Islam.
 Secara prinsipnya Islam melarang pembunuhan terhadap manusia yang tidak berdosa, memerintahkan
agar berlaku adil, menyuruh kerjasama dengan umat lain, menyuruh berbuat baik, termasuk kepada
yang bukan Muslim.
 Firman Allah yang bermaksud: Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh
golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya, dan sesungguhnya Allah Maha
Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai) kemenangan. (al-Hajj: 39)

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agam
a&pg=ba_03.htm#ixzz4IkJvYLTQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
 Fenomena pengganas termasuk pengaruh keganasan militan 'Negara Islam' (IS)
semakin meresapi pemikiran masyarakat global. Lebih memeranjatkan sebuah
sekolah rendah di United Kingdom didakwa mengeluarkan tugasan sekolah
mengandungi soalan berkaitan kumpulan pengganas. Menurut laporan portal akhbar
The Mirror yang memetik laporan Daily Record, Majlis Lanarkshire North dikecam
kerana memberi tugasan mengatakan mengenai pengeboman bunuh diri yang
dibawa kumpulan pemisah dan meminta kanak-kanak menjelaskan 'aktiviti
keganasan.' Dalam hal ini, penulis melayari laman internet dan mendapati kertas
tugasan itu tersebar sehingga menjadi viral selepas ia diserahkan kepada murid
tahap P7 (murid berusia 11 tahun) di Sekolah Rendah New Stevenston di Scotland.
Antara tugasan itu ialah pelajar diminta memberi contoh aktiviti keganasan rakyat
Palestin. Soalan lain pula seperti dipetik dalam portal The Independent ialah
Describe the various tactics of Al-Qaeda, the IRA and Hamas. Malah, buku tugasan
bertajuk Terrorism and Terror (Keganasan dan Ketakutan) mengenai kumpulan
pemisah dan membincangkan konflik Israel dan Palestin serta Ireland Utara. Di
Malaysia, tidak terkecuali dalam hal ini. Sekolah aliran agama dikaitkan dengan
fahaman ekstremisme Islam apatah lagi aktiviti IS makin menjadi-jadi. Namun,
dinafikan sekeras-kerasnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil
Khir Baharom yang mana anggapan itu tidak benar kerana institusi pendidikan
agama di negara ini menitikberatkan moral dan rasa hormat kepada orang bukan
Islam. Peranan sekolah agama Sekolah aliran agama di negara ini memupuk akhlak
baik kepada pelajarnya dan diajar supaya menghormati orang bukan Islam atas
dasar sesama manusia seperti ditunjukkan Nabi Muhammad SAW. Sekolah aliran
agama juga adalah tempat terbaik untuk kita membendung fahaman Islam
melampau yang jelas melanggar batas agama dan kemanusiaan. Perkara itu dirasai
bersama oleh bekas Panglima Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Seri
Zaini Mohd Said yang melihat sistem pendidikan negara perlu menyelitkan konsep
jihad sebenar dalam membendung penyebaran fahaman pelampau dalam agama.
Didikan jihad itu perlu diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira kaum bagi
mengelak mereka menjadi militan, sekali gus menangani salah faham terhadap Islam
yang dikaitkan dengan keganasan. Malah, katanya, pendidikan di sekolah dan
pengajian tinggi perlu diperbaharui kerana ramai anak muda kita keliru dan tidak
faham konsep jihad menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan kumpulan
pelampau. Penerangan mengenai isu keselamatan negara, termasuk ancaman
kegiatan ekstremisme perlu diberi kepada pelajar sekolah melalui kegiatan
kokurikulum supaya mereka faham bahaya kepada rakyat dan negara. Itu kata
Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun, beliau juga berkata, isu itu tidak boleh dimasukkan dalam sukatan pelajaran
seperti yang dicadangkan segelintir ibu bapa kerana masa pembelajaran dalam
kelas ketika ini adalah terhad. Penulis memahami maksud Menteri Pendidikan kita
dan kefahaman itu boleh diterapkan dalam aktiviti kokurikulum secara berpersatuan,
pasukan uniform malahan aktiviti bersukan. Paling penting ialah peranan sekolah
diperkasakan mengikut suasana semasa. Bagi memastikan sekolah tidak kira aliran
apa sekali pun di negara kita hendaklah bebas daripada pengaruh dan ketaksuban
aktiviti negatif, sekolah juga perlu dilihat dalam aspek 'sekolah yang sihat'. Sarjana
pendidikan, Hoy, W.K. dan Miskel, C.G. dalam bukunya Educational administration;
Theory, research and practice, menggariskan bahawa sekolah yang sihat hidup
dalam persekitarannya, tetapi boleh mengadaptasi dalam jangka masa panjang dan
berkembang. Ini bermakna sekolah yang sihat berjaya mengurus tekanan dari luar
dan berkesan menggunakan tenaga yang ada untuk memahami objektif dan
organisasi. Mesti bijak tapis maklumat Dalam menghadapi dunia bermaklumat yang
cukup kompleks, sekolah, guru dan murid perlu bijak menapis maklumat. Iklim
sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama
pelajarnya yang berbeza status sosioekonomi. Mengikut data Kementerian
Pendidikan setakat 31 Disember 2014, ada 7,760 sekolah rendah yang menampung
kira-kira 2.7 juta pelajar dan 2,394 sekolah menengah yang menampung seramai 2.2
juta pelajar. Dari segi kekuatan tenaga pengajar, seramai 419, 820 guru termasuk
238,073 guru yang mengajar di sekolah rendah. Itu belum lagi peringkat universiti,
institut perguruan dan lain-lain. Yang penting ialah sekolah mampu mengurangkan
perbezaan dan menangkis anasir negatif. Moga peranan sekolah terus utuh bagi
mencipta ketamadunan pendidikan negara yang hebat. Penulis ialah penganalisis
sosio media-politik

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/40332

Anda mungkin juga menyukai