Anda di halaman 1dari 12

Menjelang Kewafatan Nabi Muhammad

Kira-kira 3 bulan selepas kembali daripada menunaikan haji wada, Nabi Muhammad SAW menderita
sakit yang cukup serius. Baginda kali pertama mengadu akan kesakitannya semasa di rumah Ummul
Mukminin, Maimunah. Baginda sakit selama 10 hari, kemudian akhirnya wafat pada hari Isnin 12 Rabiul
Awwal ketikaberusia 63 tahun

Nabi Muhammad SAW meminta kepada para isterinya untuk dirawat di rumah Aisyah. Aisyah
mengusap badan Nabi Muhammad SAW sambil membaca surah Al- Widzatain (Surah Al-Falaq dan An-
Nas )

Ketika baginda dalam keadaan kritikal, berkatalah baginda kepada para sahabat:

"Kemarilah , aku ingin menulis untuk kalian yang dengan itu kalian tidak akan tersesat setelahnya" .

Nabi Muhammad SAW memanggil Fatimah lalu berbisik, kemudian Fatimah menangis. Nabi
memanggilnya kembali dan berbisik kemudian Fatimah tersenyum. Setelah Nabi Muhammad wafat,
Fatimah memaparkan bahawa ia menangis sebab diberitahu bahawa baginda akan wafat, dan tersenyum
sebab menerima bisikan bahawa dirinya adalah ahli keluarga pertama yang akan menyusul beliau.

Menjelang kewafatan Nabi Muhammad , sakit yang baginda rasa semakin kritikal sehingga baginda
tidak mampu untuk solat berjemaah di masjid bersama para sahabat.Baginda bersabda : " Suruhlah Abu
Bakar supaya solat mengimami manusia "

Pada satu hari, Nabi keluar dengan dipapah oleh Ibnu Abbas dan Ali untuk solat berjemaah,
seterusnya beliau berkhutbah . Beliau memberi pujian dan menjelaskan kelebihan Abu Bakar dalam
khutbahnya itu dimana ia ( Abu Bakar) dipilih oleh Allah di antara dunia dan akhirat, Abu Bakar memilih
akhirat.

Khutbah yang disampaikan itu adalah 5 hari menjelang kewafatan Nabi Muhammad. Baginda
bersabda :

"Sungguh ada seorang hamba yang ditawarkan dunia dan perhiasannya, namun ia memilih akhirat".

Abu Bakar memahami bahawa maksudnya itu adalah dirinya. Dia pun menangis. Melihat hal tersebut,
para sahabat yang lain berasa hairan kerana tidak merasakan apa sebenarnya yang dirasakan oleh Abu
Bakar

Rasulullah SAW membuka tabir bilik Aisyah semasa solat Subuh , hari dimana akan wafatnya Nabi
Muhammad, kemudian baginda memandang para shahabat yang sedang berada dalam saf-saf solat
berjemaah. Baginda tersenyum dan tertawa kecil seakan mengundur diri daripada mereka. Para
shahabat amat gembira dengan kehadiran Nabi. Abu Bakar berundur kerana menganggap Rasulullah
ingin solat berjemaah bersama mereka. Namun, baginda memberikan isyarat tangan agar mereka
menyelesaikan solat mereka terlebih dahulu. Kemudian, baginda menutup semula tabir.

Fatimah masuk menemui beliau dan berkata: " Alangkah berat penderitaan ayah " . Maka baginda
menjawab : " Setelah hari ini, tidak akan ada lagi penderitaan ". Ternyata itulah hari Nabi Muhammad
wafat. Usamah bin Zaid masuk , dan beliau memanggilnya dengan isyarat. Baginda sudah tidak sanggup
lagi bercakap kerana sakitnya yang semakin berat.
Ketika menjelang Nabi Muhammad wafat, baginda bersandar di dada Aisyah. Aisyah mengambil siwak
pemberian saudaranya bernama Abdurrahman . Baginda lalu bersiwak dengannya.

Rasulullah SAW memasukkan tangannya ke dalam bejana yang berisi air dan membasuh mukanya.
Baginda bersabda : "Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Sesungguhnya pada setiap
kematian itu ada saat-saat mati ".

Dan Aisyah secara samar-samar masih mendengar baginda bersabda :"Bersama orang- orang yang
dikurniakan nikmat oleh Allah". Lalu baginda berdoa: " Ya Allah, pertemukan aku dengan Ar - Rafiiqul -
A'laa ( Allah ) " . Aisyah tahu bahawa baginda waktu itu disuruh memilih , dan beliau pun memilih Ar -
Rafiiqul - A'laa ( Allah ). Akhirnya waktu wafatnya Nabi Muhammad pun tiba pada hari itu. Baginda wafat
pada waktu Dhuha dan ada yang mengatakan pada waktu tergelincirnya tengah hari. Pada waktu itu,
kepada baginda di pangkuan Aisyah.

Abu Bakar segera masuk , semasa Nabi Muhammad wafat ia tidak berada di tempat itu. Ia membuka
penutup wajah beliau, lalu menutupnya kembali dan menciumnya. Ia pun keluar menemui orang ramai.
Ketika itu , orang ramai dalam keadaan antara percaya dan tidak percaya atas kewafatan Nabi
Muhammad. Umar antara sahabat yang tidak percaya atas berita Nabi Muhammad wafat. Orang ramai
pun kemudian berkumpul menemui Abu Bakar.

Abu Bakar berkata : "Amma ba'du , barangsiapa di antara kalian yang menyembah Muhammad, maka
sesungguhnya Muhammad saat ini telah mati. Dan barangsiapa di antara kalian yang menyembah Allah,
maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak akan pernah mati. Allah telah berfirman:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang
rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang ( murtad) ? Barang siapa yang
berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun ; dan Allah
akan memberi balasan kepada orang -orang yang bersyukur " ( QS. Aali ' Imraan: 144).

Mendengar itu, kemudian para shahabat merasa tenang . Sementara itu, Umar duduk di tanah tidak
sanggup berdiri. Seakan-akan mereka belum pernah mendengar ayat tersebut melainkan pada saat itu
sahaja

Fatimah berkata :

"Wahai ayah, Rabb telah memenuhi doamu

Wahai ayah, syurga Firdaus tempat kembalimu

Wahai ayah, pada Jibril kami kabarkan atas kewafatanmu ".

Semoga Allah melimpahkan, salam, barakah, dan nikmat kepada Nabi-Nya, keluarganya, dan para
shahabatnya .
KERAJAAN UTHMANIAH

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Tamadun Islam yang lama bertahan adalah Empayar Othmaniah. 1324-1924.Penulisan ini adalah
bertujuan untuk mengaitkan kitaran tamadun dan sumbangannya kepada manusia sejagat. Tamadun –
tamadun hebat yang pernah wujud, mencapai zaman kegemilangan, namun akhirnya runtuh dan lenyap.
Ibn Khaldun, seorang sarjana Islam, telah mengemukakan teori mengenai kitaran tamadun. Berdasarkan
kitaran tamadun ini, jelas menunjukkan, tamadun yang pernah mencapai zaman kegemilangan, akan
berakhir dengan keruntuhan yang disebabkan oleh faktor dalaman. Namun, setiap tamadun yang jatuh,
turut meninggalkan kesan dan sumbangan terhadap dunia, dan permulaan kepada tamadun yang baru.
Sumbangan terhebat mereka masih diguna pakai sehingga kini.

Pemilihan Empayar Othmaniah sebagai bahan kajian adalah kerana Keluarga Othmaniah telah
membina salah satu empayar pemerintahan tamadun yang terbesar, paling lama dan paling indah, serta
berbilang kaum dan berbilang agama. Walaupun boleh dibandingkan dengan empayar lain yang
diketahui akan kehebatannya, seperti Empayar Mediterranean Rom dan Byzantine, namun Empayar
Othmaniah telah mencipta kegemilangannya yang tersendiri, dan antara penyumbang terbesar dalam
pembangunan sejarah pembinaan empayar dalam ketamadunan dan peradaban manusia.

KITARAN TAMADUN

Fasa pertama: Pembentukan Sebuah Empayar

Empayar Othmaniah telah diasaskan pada penghujung abad ke-14 dan mencapai kemuncak
kegemilangan dalam abad ke-15. Seperti banyak lagi Empayar, kebangkitan Othmaniah adalah
dipengaruhi oleh pemimpin yang hebat dan sistem pemerintahan yang kukuh. Pada zaman keemasan ini,
Empayar Othmaniah terkenal sebagai salah satu Empayar terbesar di dunia, yang menjangkau dari
Caucus ke Balkan dan sehinggalah ke Afrika Utara (Heper, 2000). Dari awal lagi, Empayar Othmaniah
mewarisi sistem feudal, jadi sebab itulah sistem yang digunakan oleh Othmaniah adalah Raja mutlak.
Pilihan ini sebenarnya telah dipilih oleh Othmaniah sebagai hasil daripada sokongan mereka terhadap
Kerajaan Seljuks semasa peperangan menentang Byzantin (Dood, 1983). Malah, Pemerintah Seljuks
pernah menghantar tentera mamluk mereka untuk berkhidmat dengan Kerajaan Othmaniah untuk
membina kuasa autonomi di kawasan jajahan Othmaniah(Mamluk, n.d.).

Rajah 1 : Kerajaan-kerajaan Awal di Semenanjung Arab


Pada peringkat awal, penubuhan kerajaan Islam Othmaniah telah diasaskan oleh Osman I, yang turut
juga dikenali dengan nama Osman Gazi Khan dan Osman I El-Gazi (1258-1324). Beliau merupakan
pengasas kepada Kerajaan Othmaniah dan mengasaskan Empayar pemerintahan tersebut. Beliau pada
awalnya telah memimpin pasukan tenteranya untuk membebaskan diri daripada kerajaan Saljuk pada
tahun 1299. Bermula dari itulah beliau telah membentuk sistem pemerintahan tersendiri yang menjadi
pewaris kepada kekhalifahan yang memerintah Turki. Beliau mengisytiharkan diri sebagai sultan yang
berkuasa ke atas pemerintahan dinasti tersebut (Suraiya, 1999). Golongan Byzantine yang merasai
kehangatan kehadiran Osman di Turki, sebahagian mereka telah mengambil pendirian untuk
meninggalkan kependudukan mereka menuju ke perkampunganperkampungan countryside dalam
negara yang dikenali sebagai Anatolia. Osman berjaya menguasai Eupheses, iaitu kawasan yang
berhampiran dengan Laut Aegen. Pasukan beliau juga turut bergerak untuk menguasai sebelah timur
Anatolia, di mana mereka telah berjaya menguasai Laut Hitam, kawasan strategik bagi Byzantine. Ini
menyebabkan Byzantine terpaksa melepaskan wilayah tersebut yang telah membuka jalan kepada
Osman untuk melebarkan jajahannya. Misi terakhir Osman sebelum kematiannya ialah menentang
tentera Byzantine di Bursa pada tahun 1324. Walaupun beliau tidak menyertai peperangan itu, tetapi
beliau cukup bersemangat memberikan nasihat dan tunjuk ajar sehinggalah pasukannya berjaya
menewaskan Byzantine. Ia merupakan satu kemenangan yang sangat penting dalam sejarah
Uthmaniyyah kerana ia telah membuktikan bahawa pasukan Islam boleh menewaskan pasukan bukan
Islam di kawasan kubu kuat mereka. Kekalahan Byzantine telah memberi tamparan hebat sehingga
mereka terpaksa berundur. Bursa menjadi tapak perkembangan seterusnya bagi Uthmaniyyah. Anak
yang mewarisi kepimpinan Osman ialah Orhan, telah menjadikan Bursa sebagai pusat utama
pemerintahan mereka.

Fasa Kedua: Perkembangan dan pengukuhan

Jika dilihat pada perkembangan awal dalam kebangkitan Empayar Othmaniah ini, penaklukan
mereka yang bermula dari barat Kota Anatolia-Balkan, boleh dilihat dalam paparan peta yang
dihasilkan oleh pengkaji sejarah dunia. Biasanya, ahli-ahli sejarah lebih suka untuk melihat kepada
pemerintahan dizaman dua Sultan ini, Sultan – Mehmet II atau Muhammad Al-Fateh (tahun 1451 –
1481) dan Suleyman the Magnificent atau Sulaiman Al-Kanuni (1520 – 1566), sebagai amat
mengagumkan. Setiap satu dibina di atas pencapaian yang sangat luar biasa (Donald, 2005). Lebih
100 tahun sebelum memegang takhta, Sultan Muhammad Al-Fateh, Empayar Uthmaniyyah telah
berkembang jauh ke dalam tanah Balkan dan Anatolia, dan telah merampas Kota Byzantine, yang
sangat penting kepada Bursa dan menjadikannya ibu negara.

Rajah 2: Jajahan di zaman Suleyman the Magnificent (1520 – 1566)


Antara perkembangan yang terhebat di zaman ini, adalah apabila Kota Constantinople berjaya
ditakluk oleh Empayar Othmaniah. Pemimpin yang memerintah diwaktu ini adalah Muhammad Al-
Fateh. Pembukaan kota Constantinople oleh Muhammad al-Fateh telah menjadikan kerajaan
Uthmaniyyah terus dihormati oleh pihak Barat. Penaklukan ini juga turut melemahkan kekuatan
golongan Byzantine, kerana Constantinople adalah sebuah kota yang terpenting buat mereka. Apabila
ia jatuh ke tangan kaum muslimin, maka ia membawa maksud kekuatan yang ada pada tentera Islam
tidak dapat ditandingi. Oleh sebab itu, Byzantine tidak mampu bangkit untuk menentang atau
merampas kembali kota Constantinople tersebut. Kota itu telah menjadi jambatan penghubung di
antara Islam dan Barat, Asia dan Eropah.

Semasa pemerintahan Sulaiman Qanuni (1520 – 1566) Uthmaniyyah menikmati kekuasaan dan
kekayaan. Di bawah pimpinan Sulaiman Qanuni, Uthmaniyyah terlibat dengan perang dunia dalam
abad keenam belas. Sultan Sulaiman Qanuni disokong pemberontak Belanda yang menentang
Sepanyol manakala tentera laut mereka pula berjuang di kawasan barat Lautan Mediterranean
terhadap Dinasti Habsburgs di Sepanyol (Donald, 2005). Dari kawasan lain pula, armada laut
Empayar Uthmaniyyah berperang di laut merah dan laut India, sehinggalah ke timur, dan
menghampiri kawasan yang pada hari ini adalah lautan dalam jajahan Indonesia dan kepulauan
Melayu.

Kekalahan pasukan Uthmaniyyah di Vienna pada tahun 1683 telah melemahkan kerajaan mereka.
Mereka juga kehilangan gah sebagai satu kuasa di Eropah. Kebangkitan semula masyarakat Eropah
menentang Uthmaniyyah telah memberikan tamparan baru kepada mereka. Ini adalah kesan daripada
kelemahan struktur pentadbiran Uthmaniyyah pasca 1566 (kematian Sulaiman al-Qanuni). Mereka
seakan tidak berdaya untuk mengemudi wilayah jajahan yang semakin luas merentasi Eropah.

Fasa Ketiga: Mendatar

Selama 144 tahun, Empayar Othmaniah melalui zaman yang mendatar. Mereka merasai dan
menikmati kemewahan dari zaman kegemilangan. Bermula tahun 1683, sejak kekalahan pasukan
Othmaniah di Vienna, mereka juga turut berdepan dengan kebangkitan semangat Nasionalisma di
kalangan penduduk dalam jajahan-jajahan mereka. Othmaniah juga mula menjadikan kutipan cukai
sebagai sumber utama perolehan Negara. Di zaman ini, tiada lagi perkembangan yang hebat berlaku.
Tiada lagi penaklukan kota-kota besar berlaku. Empayar Othmaniah jugak banyak mengalami
kekalahan dalm siri-siri peperangan di Eropah. Antara peperangan yang mereka lalui ialah
peperangan menentang Poland-Lithuania, Rusia dan Austria-Hungary. Peperangan kerajaan
Uthmaniyyah dengan Rusia berlangsung selama 3 abad, dari kurun ke 17, 18 hingga kurun ke 19. Ia
merupakan konflik yang panjang dalam sejarah peperangan mereka. Ia pastinya menelan belanja
yang besar untuk menampung pasukan barisan hadapan. Kemenangan yang didambakan, tetapi
kekalahan yang terpaksa diharungi amat memeritkan pemerintahannya lantaran kos persenjataan
yang amat tinggi.

Sesetengah Sarjana dan ahli sejarah menyatakan bahawa zaman kegemilangan Empayar
Uthmaniyyah adalah ketika pencapaian dalam abad keenam belas, iaitu di bawah pemerintahan
Sulaiman Qanuni itu. Selepas zaman ini, Empayar Othmaniah berada dalam tempoh yang dianggap
sebagai zaman mendatar. Sesetengah ahli sejarah juga menunjukkan yang kekalahan tentera laut
Uthmaniyyah di Lepanto pada tahun 1571 dan kegagalan kedua pengepungan di Vienna di 1683
sebagai permulaan "kejatuhan" Empayar Uthmaniyyah (Grant, 1999). Hujah ini boleh difahami,
kerana pada zaman sebelumnya, Empayar Uthmaniyyah adalah sangat terkenal dengan tentera dan
kuasa laut yang sering mendapat kemenangan dalam peperangan antara lain. Sesetengah pakar
seperti Halil Inalcik menunjuk bahawa tekanan populasi, krisis fiskal dan kemunculan teknologi
ketenteraan yang baru di Eropah, menyumbang kepada kemerosotan Empayar Uthmaniyyah pada
awal abad ketujuh belas. Masalah serius yang berlaku di Empayar Uthmaniyyah semasa zaman ini
adalah budaya Asian atau Keasianan yang ada pada Empayar Uthmaniyyah telah gagal dalam
bersaing dengan kebangkitan Eropah moden. Akibatnya, kejatuhan Uthmaniyyah ini sebenarnya
adalah hasil daripada sistem ekonomi moden Eropah Barat yang telah menyumbang kepada
teknologi ketenteraan Eropah (Grant, 1999). Dalam hal ini, ia boleh dikatakan bahawa terdapat
hubungan yang rapat antara sistem ekonomi moden dan teknologi ketenteraan. Kita dapat melihat
dalam era moden dan kontemporari kini, bahawa sesetengah negara yang mempunyai sistem
ekonomi yang kuat, mereka juga dapat mengukuhkan kuasa ketenteraan mereka. Sebagai contoh,
Amerika Syarikat.

Fasa Keempat: Kejatuhan

Empayar Othmaniah sudah tidak lagi menjadi kuasa besar, walaupun memiliki jajahan takluk yang
luas. Pada zaman ini, Othmaniah sedang mencari rentak untuk menjadi sebuah Negara yang
berkebajikan kepada rakyatnya. Pelbagai perkara baru yang menuntut atau seiring dengan perubahan
pengurusan negara, telah dirancang dan dilaksakan. Proses ini dicetuskan oleh Sultan Mahmud II
yang memerintah dari tahun 1808-1839, diteruskan oleh Sultan Abdulmecid I, dengan harapan dapat
membawa kebaikan dan faedah daripada pengurusan yang cekap ke seluruh wilayah di bawah
kerajaan Uthmaniyyah melalui institusi-institusi baru.

Di dalam penulisan oleh Dr Roslan Mohd Nor (Universiti Malaya) yang bertajuk “Sejarah Ringkas
Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah”, ada menyatakan antara cetusan baru
pihak Uthmaniyyah yang merangkumi:

1. Pihak Uthmaniyyah berjanji menjaga penduduknya dengan jaminan keselamatan, kesejahteraan


diri dan harta.

2. Memperkenalkan wang kertas pertama Uthmaniyyah (1840)

3. Menyusun semula ketenteraan, kaedah pengambilan, gaji dan penentuan tempoh berkhidmat
(1843-1844)

4. Memperkenalkan lagu kebangsaan dan bendera negara (1844)

5. Menyusun semula sistem kewangan berdasarkan model Perancis

6. Menyusun semula Undang-undang sivil dan jenayah mengikut model Perancis


7. Mewujudkan Meclis−i Maarif−i Umumiye (1845) yang menjadi dasar penubuhan Parlimen
Uthmaniyyah Pertama (1876)

8. Mendirikan universiti moden yang pertama (1848)

9. Menghapuskan Jizyah ke atas non-Muslim, dengan memperkenalkan sistem cukai bersepadu


(1856)

10. Mewujudkan Bursa Saham di Istanbul pada 1866.

11. Mendirikan jalan-jalan keretapi, pemodenan kilang industri, pelbagai penambahbaikan dalam
perkhidmatan awam dan kemajuan perdagangan.

Ia turut didokong oleh mereka yang berpendidikan barat seperti Ali Pasha, Fuad Pasha, Ahmet
Cevdet Pasha dan Medhat Pasha. Mereka ini melihat bahawa institusi-institusi agama dan
ketenteraan yang bersifat tradisional sudah tidak sesuai untuk berdepan dalam zaman moden pada
ketika itu. Pembaharuan yang mereka inginkan adalah lebih kepada mengambil sistem-sistem yang
berjaya dijalankan di Eropah. Pembaharuan itu termasuklah servis wajib untuk pertahanan
(conscription), pendidikan, institusi dan perundangan, dan pendekatan sistematik bagi menghapuskan
rasuah.

Kewujudan Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah merupakan zaman perubahan dari Kanun-i Esasi
yang bermaksud undang-undang asas kepada sistem perlembagaan yang bersifat monarki
(constitutional monarchy). Ini bermaksud mereka memartabatkan Sultan sebagai ketua negara yang
bertindak berdasarkan parameter yang ditetapkan sama ada bertulis (codified – written), tidak bertulis
(uncodified – unwritten) ataupun kedua-duanya. Ia berbeza dengan monarki mutlak (absolute
monarchy) di mana monarki mutlak bertindak sebagai satu-satunya sumber kuasa politik di dalam
sesebuah negara dan tidak terikat dengan sebarang perlembagaan. Perlembagaan Pertama
Uthmaniyyah ini ditulis oleh ‘golongan muda Uthmaniyyah’ pada 23 November 1876 sehingga 13
Februari 1878.

Young Ottomans atau Golongan Muda Uthmaniyyah, merupakan satu organisasi rahsia di kalangan
intelektual yang dibentuk pada tahun 1865. Ia dipengaruhi oleh pemikir-pemikir Barat yang
mencetuskan Revolusi Perancis iaitu Monstesquieu dan Rousseau. Organisasi rahsia ini membentuk
konsep Ottomanism yang selari dengan dua pemikirPerancis tersebut. Mereka mencadangkan
pembentukan perlembagaan dan kerajaan berparlimen. Mereka adalah kumpulan yang tidak puashati
dengan birokrasi mutlak dan ingin mencari jalan ke arah sistem yang lebih mesra dengan mengambil
kira keputusan dibuat secara demokrasi.

Fasa Kelima: Pembubaran Empayar

Kerajaan Islam Uthmaniyyah mula terbubar pada 1 November 1922 apabila ia tidak lagi menjadi
negara yang mempunyai sistem pemerintahan beraja (monarki). Kerajaan tersebut tidak wujud lagi
bermula apabila pertukaran nama dibuat kepada Republik Turki yang telah diisytiharkan secara rasmi
pada 29 Oktober 1923. Ia telah menandakan kejatuhan Uthmaniyyah yang telah memimpin dunia
Islam selama lebih 6 abad.

Dari sebuah tamadun kecil, bergerak menjadi sebuah Empayar Agung, dan akhirnya hilang dari peta
dunia, Othmaniah adalah sebuah Empayar yang memiliki kehebatan pemerintahnya, dan kekuatan
para tenteranya. Gambarajah dibawah dapat menyimpulkan keadaan kawasan jajahan Empayar hebat
ini dari awal, hingga akhir.

Rajah 3: Zaman Kemuncak | Zaman Mendatar | Zaman Kejatuhan


FAKTOR KEJATUHAN

Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah memberi kesan besar kepada permasalahan yang berlaku di Timur
Tengah pada masa kini. Catherwood menyatakan: “as a result in the twenty – first century we live
with the consequences, namely the so called Muslim terrorism, Palestine vs. Israel, the intifada, the
war in Iraq, Saudi petrodollars and even the wars at the backyard of Europe, in Bosnia and
Kosovo.” Menurut beliau, ini semua adalah berpunca dari kejatuhan Empayar Othmaniah.

Perkara perkara yang menjadi faktor pada kejatuhan Empayar ini, antaranya adalah seperti berikut:

1. Sifat tamak kerajaan Uthmaniyyah serta penolakan dalam pembaharuan ekonomi sejajar dengan
ekonomi dunia.

2. Penyebaran nasionalisme di Balkan

3. Percubaan untuk menghidupkan kembali Turki 'Uthmaniyyah baru' dan 'Young Turk'

4. Jerman cuba untuk menghasilkan sebuah sfera pengaruh di Timur Tengah,

5. Kesan perang Balkan (Johnson, 2005).

Selain lima faktor di atas, boleh diperhatikan juga bahawa golongan pemerintah elit yang konservatif
di Constantinople (ibu kota Empayar Uthmaniyyah), pemimpin-pemimpin tentera yang rosak dan
kejatuhan ekonomi mereka, menjadikan ia punca dan kerosakan dari dalam, dan meruntuhkan
Empayar secara perlahan-lahan. Terutamanya jika kita bandingkan dengan peningkatan kuasa
perindustrian di Barat, keadaan dan kemodenan ini telah meninggalkan Empayar Uthmaniyyah jauh
di belakang. Selain itu, kenaikan inflasi dan diburukkan lagi oleh salah urus kewangan, salah urus
hasil Negeri dan persaingan yang sengit dari Barat, juga telah meruntuhkan kekuatan Empayar.

Masalah ekonomi yang ketara juga memburukkan lagi pentadbiran kerajaan, di mana kerajaan
Uthmaniyyah berhadapan dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka dengan bank-
bank Eropah. Sebahagian ahli sejarah mengatakan, terma-terma pinjaman dari bank di Eropah
memberikan keistimewaan kepada Perancis dan Britain, yang mana dua kuasa inilah pula yang
menjadi penganjur hutang kepada Uthmaniyyah.

Selain itu, kejatuhan akhir Empayar Uthmaniyyah datang pada akhir Perang Dunia I. Menurut
Ahmad Fuad Fanani (2011), beliau memetik dari penulisan Binnaz Toprak, bahawa kekalahan dalam
peperangan tersebut telah diiringi oleh pendudukan kuasa-kuasa Barat ke dalam wilayah Empayar
Uthmaniyyah. Kemudian, selepas perjuangan nasionalis untuk mengakhiri zaman penjajahan, dan
juga perang dingin antara nasionalis dan Dinasti Kekeluargaan Empayar Uthmaniyyah, sebuah
kerajaan Repablik Turki telah diisytiharkan oleh Mustafa Kamal Ataturk (Fanani, 2011).

Di samping itu, kemenangan Berikat dalam Perang Dunia I menandakan berakhirnya Empayar
Uthmaniyyah dan kelahiran sebuah negara Turki. Peristiwa yang berlaku dalam tahun 1919 dan 1920
jelas menunjukkan kekuatan arus nasionalis meniup melalui Anatolia. Walaupun kerajaan Sultan
adalah disokong oleh Pihak Berikat, keadaan tersebut terbukti tidak dapat menahan kemaraan
golongan nasionalis di bawah pimpinan Mustapha Kamal. Kemudian, pada tahun 1920 beliau telah
dipilih sebagai Presiden Turki, dan pada akhir tahun 1922, beliau telah mengalahkan Greek dan
mengusir Pihak Berikat.

SUMBANGAN POSITIF EMPAYAR OTHMANIAH

Empayar Othmaniah berada dalam landasan ketamadunan selama 600 tahun. Sepanjang keujudan
Empayar ini, banyak perkara yang tercetus dizaman ini masih kekal, dimajukan, diolah semula, atau
ditambah baik seiring dengan perjalanan masa. Perkara-perkara ini merupakan antara sumbangan
utama oloeh Empayar Othmaniah kepada tamadun manusia pada hari ini, iaitu sumbangan dalam
bidang Pendidikan, Kesenian dan Sastera, Sains dan Teknologi, dan Pengurusan dan Ekonomi.

Pendidikan

Kota Constantinople menjadi lokasi terpenting sehingga awal abad ke-20. Kota ini menjadi tempat
pertembungan budaya dan ilmu. Pertindihan dan pertukaran antara budaya Timur dan Barat, yang
mana masyarakat Islam di Timur dan Inggeris di barat, banyak berlaku di sini. Kota ini antara kota
terhebat dan ramai cendekiawan di zaman ini yang ingin berada di sini. Empayar Othmaniah juga
turut menguasai pelabuhan yang terpenting di kota ini.

Selain itu, kerajaan juga turut menubuhkan perpustakaan di hospital, masjid, dan juga menggalakkan
orang membina perpustakaan di rumah mereka. Budaya membaca dan mencari ilmu diterap dan
disemai dikalangan masyarakat. Kerajaan turut memperkenalkan sistem yang menggalakkan
kecemerlangan individu, yang membawa kepada mobiliti sosial dikalangan masyarakat eropah.

Penubuhan Madrasah, Sekolah Akademik dan Sastera, Maktab Tentera, Maktab Teknik, serta Kolej
Perubatan turut dibina. Sistem pelajaran atau silibus dirangka oleh Kerajaan untuk meningkatkan
tahap pendidikan dan pengetahuan rakyat. Beberapa perkara dari sistem ini, sehingga kini masih
menjadi ikutan.
Kesenian dan Sastera

Empayar Othmaniah adalah pelopor dalam bidang penulisan Ensiklopedia. Ramai cendekiawan yang
lahir dari hasil pengetahuan serta pembelajaran yang tersusun dan terurus. Penulisan dan
penterjemahan semakin banyak, dan memudahkan pelajar untuk mengakses kepelbagaian ilmu.
Empayar ini turut berperanan dalam perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan,
penerbitan, dan penterjemahan.

Sains dan Teknologi

Kemajuan senibina Islam jelas terserlah pada rekabentuk Masjid, seperti Masjid Biru di Istanbul, dan
bangunan-bangunan pemerintahan Empayar, dan masih utuh dan menjadi kawasan perlancongan
sehingga kini.

Perkembangan sains terutama ahli kimia dan fizik, geografi, ketenteraan, navigasi lautan, dan lain-
lain lagi. Sebagai contoh, Hadji Muhiyyddin Piri Ibn Hadji Mehmed, atau dikenali dalam dunia ilmu
sebagai Piri Reis, merupakan seorang Kapten Armada Lautan, dan pakar tentang geografi dan lautan.

Pada 1830, kerajaan telah menghantar 4 rakyatnya untuk mendalami ilmu sains ketenteraan di
Perancis, dengan menggunakan dana kerajaan. Balai cerap Istanbul Taqi ad-Din, diasaskan di
Istanbul oleh Taqi ad-Din Muhammad ibn Ma'ruf di 1577, adalah salah satu balai cerap astronomi
terbesar yang dibina di dunia Islam. Walau bagaimanapun, ia hanya wujud untuk beberapa tahun
sebelum ia dimusnahkan pada tahun 1580

Perundangan

Dizaman ini juga, pemerintah telah mewujudkan jawatan utama keagamaan, seperti Kadi dan Mufti.
Satu lagi jawatan, seperti Sheikh ul-Islam, yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan fatwa, serta
menjadi ketua kepada majlis ulamak. Pemerintah juga mewujudkan undang-undang yang menjaga
kepentingan nyawa, harta serta kehormatan rakyat.

CIRI-CIRI KEGEMILANGAN

Terdapat beberapa perkara yang menjadi ciri-ciri kegemilangan di zaman Empayar Othmaniah.
Antaranya termasuklah kecanggihan dalam persenjataan dan ketenteraan. Empayar Othmaniah antara
tamadun pertama yang menemui serbuk api untuk dijadikan bahan dalam persenjataan. Sehingga
kini, teknologi ini masih digunakan, Cuma ianya sedikit sebanyak telah dimajukan, seiring kemajuan
zaman.

Selain itu, kejayaan Empayar Othmaniah menawan kota-kota besar, seperti Busra dan
Constantinople, merupakan antara ciri kegemilangan Empayar ini. Bermula dari sebuah negeri yang
kecil, di atas kebijaksanaan dan pemerintah, dan kehebatan angkatan tenteranya, negeri yang kecil ini
Berjaya menjadi sebuah Empayar yang disegani rakan, dan digeruni musuh.
Dengan meluaskan dan membangunkan jajahan mereka, ciri kegemilangan lain yang terserlah adalah
mereka Berjaya menyatukan beberapa kota dibawah pengaruh agama yang lain, seperti Kristian di
Eropah dan Egypt di Mesir.

Akhirnya, senibina Islam yang diterapkan dalam setiap pembinaan, seolah menandakan Empayar ini
mahu mengingatkan dunia tentang keujudan mereka, walau Empayar ini telah hilang dari peta dunia.
Seni Bina Othmaniah.

KESIMPULAN

Dari penaklukan Byzantine dan Kota Constantinople pada 1453 hinggalah ia runtuh semasa semasa
Perang Dunia I, Empayar Uthmaniyyah adalah antara kuasa penting dalam politik Eropah: pada abad
ke-15 melewati hingga abad ke-17 sebagai Empayar yang Islam yang kukuh, yang digeruni golongan
Kristian Eropah di wilayah mereka sendiri, kemudian dalam abad-abad ke-18 dan ke-19 sebagai
sebuah empayar yang semakin lemah dan menjadi salah satu faktor utama keseimbangan kuasa.
Empayar yang menjadi kuasa besar dan berjiran dengan Empayar lain seperti Perancis, England,
Jerman, Austria/Austria-Hungary, dan Russia.

Sumbangan yang diberikan terhadap kemajuan ketamadunan pada hari ini sungguh bernilai, dan
menjadi rujukan para sarjana hari ini dalam menimba ilmu dan membina sebuah kehidupan yang
lebih makmur.

Soalan utama bagi mereka yang mahu membina Negara Bangsa yang hebat: Bagaimana untuk
menahan tekanan kuasa-kuasa besar Barat dan Russia, serta menjamin kestabilan negara tanpa
disokong oleh mereka, dan bagaimana untuk memodenkan ketenteraan, birokrasi dan ekonomi?
Jawapanya ada pada Sejarah Ketamadunan Empayar Othmaniah

Anda mungkin juga menyukai