Anda di halaman 1dari 9

槟城恒毅(国民型)中学

SMJK HENG EE, PULAU PINANG


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016

SEJARAH
KERTAS 1
TINGKATAN EMPAT
10-11-2016 (Khamis)
11.50 pagi – 1.05 tengahari (1 jam)

Nama: ……………………………………………. Tingkatan: …………………..

ARAHAN:
1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan tingkatan anda pada kertas OMR dan kertas soalan.
3. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
4. Setiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan. Jawab semua soalan dengan menghitamkan
ruang yang betul dalam kertas OMR dengan pensel 2B.
5. Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak.

2
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

______________ _____________________ ____________________


(Pn. Norshakina) (Pn. Ooi Liew See ) (Pn Anne Tan)
Guru Kanan Kemanusiaan

3
1. Apakah maksud perkataan madana dalam bahasa Arab?
I Kemajuan lahiriah III Ketinggian budi bahasa
II Pembukaan bandar IV Kepentingan rohaniah
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

2. Apakah kepentingan pintu gerbang dalam negara kota di Mesopotamia?


A Melambangkan kekayaan C Membuktikan kerajaan berdaulat B
Mengukuhkan pertahanan D Menjadi sempadan negara

3. Apakah prinsip yang terkandung dalam Kod Undang-undang Hammurabi?


A Merupakan perintah raja yang wajib dipatuhi
B Mengutamakan hak pemerintah
C Berasaskan hukuman tegas
D Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

4. Apakah persamaan sistem pemerintahan beraja Dinasti Shang dengan sistem pemerintahan beraja di
negeri-negeri Melayu?
A Raja memiliki kuasa magis C Pelaksanaan adat istiadat pertabalan
B Pewarisan takhta secara keturunan D Raja perlu mendapatkan sokongan pendeta

5. Bagaimanakah negara kota terbentuk dalam tamadun Yunani?


A Perluasan empayar C Perkembangan kegiatan pertanian
B Penggabungan beberapa acropolis D Percantuman kampung dan bandar

6. Mengapakah sistem pentadbiran Rom diketuai oleh dua orang konsul?


A Mengelakkan rakyat memberontak C Menakutkan musuh kerajaan Rom
B Mengimbangi kuasa pemerintah D Memantapkan kedudukan bangsawan

7. Apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh Maharaja Shih Huang Ti?
A Oligarki C Autokratik
B Monarki D Demokratik

8. Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah bermula sejak tahun 100 Masihi.
Apakah fungsi Alam Melayu kepada pedagang India ketika itu?
A Pengeluar tekstil C Pusat ilmu pengetahuan
B Pusat keagamaan D Pembekal rempah ratus

9. Bagaimanakah kerajaan Angkor menampung keperluan beras yang menjadi keperluan asas
rakyatnya?
A Membina baray C Membeli dari luar negara
B Membuka tanah baharu D Mengamalkan sistem tanaman bergilir

10. Apakah kesan hubungan kerajaan agraria dengan kerajaan maritim?


A Menakluk kawasan berhampiran
B Meningkatkan jumlah penduduk
C Menjadi pembekal sumber makanan
D Menjalin hubungan dengan kerajaan asing

4
11. Bagaimanakah golongan Brahmin menyebarkan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara?
A Menyesuaikan diri dengan budaya tempatan
B Mengahwini penduduk tempatan
C Mengetuai upacara keagamaan
D Membuka perkampungan pedagang India
12. Mengapakah dalam kerajaan awal Asia Tenggara, rakyat takut untuk menderhaka kepada raja? A
Raja memiliki kuasa sakti C Raja mempunyai kuasa mutlak
B Raja menjadi ketua agama D Raja dianggap sebagai bayangan Tuhan

13. Apakah maksud Jahala menurut bahasa Arab?


A Bertamadun C Tidak mengetahui
B Berakhlak rendah D Tidak bertimbang rasa

14. Antara berikut yang manakah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?
A Memencilkan diri C Mengamalkan semangat assabiah
B Menetap di pedalaman D Mementingkan adat turun-temurun

15. Apakah peristiwa yang membuktikan masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan cara hidup
berpuakpuak?
A Peperangan al-Basus C Perletakan semula Hajar Aswad
B Penyebaran Islam di Bukit Safa D Penentangan terhadap orang Islam

16. Apakah kepentingan peristiwa perletakan semula Hajar Aswad kepada masyarakat Arab Jahiliah?
A Memudahkan penyebaran agama Islam
B Mengelakkan pergeseran antara kabilah
C Menghapuskan perbuatan tidak bermoral
D Melantik Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin

17. Apakah persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian Aqabah Pertama?


I Beriman kepada Allah
II Meninggalkan semua amalan jahiliah
III Membantu menyebarkan agama Islam
IV Menjamin keselamatan kaum Muhajirin
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

18. Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai pelarian. Apakah alasan untuk
menyangkal anggapan tersebut?
I Diberikan tempat tinggal III Dijemput oleh pemimpin Yahudi
II Disambut dengan meriah IV Dijamin keuntungan dalam perniagaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

19. Apakah kepentingan Piagam Madinah?


A Menjamin keselamatan orang Islam
B Memberi panduan untuk memerintah negara
C Menamatkan permusuhan dengan orang Quraisy
D Menjalin hubungan baik dengan orang Quraisy Makkah

5
20. Mengapakah rombongan umat Islam Madinah bersetuju memilih Uthman bin Affan untuk
berunding dengan orang Arab Quraisy di Makkah pada tahun 628 Masihi?
I Sifatnya yang berani III Sahabat yang matang
II Bijak menyelesaikan masalah IV Ramai saudara di Makkah
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

21. Mengapakah Khalifah Uthman bin Affan digelar sebagai Zun Nurain?
A Menguasai dua wilayah Islam C Mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad
B Menyelaraskan bacaan ayat al-Quran D Mempunyai ramai sahabat di kota
Makkah

22. Apakah faktor keruntuhan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama di Damsyik?
A Serangan Abbasiyah C Kejadian bencana alam
B Pemimpin yang lemah D Pemberontakan dalaman

23. Bagaimanakah sistem wazarah dilaksanakan dalam kerajaan Bani Umaiyah?


A Menubuhkan pelbagai jabatan
B Melantik wazir mengetuai pentadbiran pusat
C Memperkemaskan sistem ketenteraan
D Menyediakan pengawal keselamatan bagi khalifah

24. Apakah bukti kemajuan pertanian kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia?


I Pembinaan sistem saliran
II Penciptaan alatan pertanian moden
III Pengenalan sistem tanaman bergilir
IV Penghasilan benih yang berkualiti
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

25. Mengapakah Asia Tenggara menjadi tumpuan pedagang asing?


A Kekayaan hasil bumi C Pusat penyebaran agama
B Bebas dari bencana alam D Keramahan penduduknya

26. Apakah peranan pedagang Islam dalam penyebaran dakwah Islamiah di Asia Tenggara pada
peringkat awal?
A Mengetuai pentadbiran C Menterjemah hasil karya sastera
B Membuka perkampungan D Mendirikan institusi pendidikan formal

27. Apakah tindakan pemerintah Melaka untuk memperkukuh kedudukan Islam di wilayah taklukan?
A Melatih pendakwah tempatan
B Menggalakkan penduduk berhijrah
C Menghantar ulama mengajar agama
D Memperkenalkan sistem pendidikan pondok

28. Apakah kesan kedatangan Islam terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara?
I Pelaksanaan undang-undang syariah
II Pengenalan institusi kesultanan
III Adat istiadat tempatan dihapuskan
IV Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi kerajaan

6
A I dan IV C II dan III
B I dan II D III dan IV

29. Bagaimanakah Melaka menyebarkan Islam ke seluruh alam Melayu?


I Melalui perkahwinan
II Perluasan kuasa
III Disebarkan oleh pedagang Melayu
IV Bantuan dari kerajaan Turki Uthmaniyah
A III dan IV C II dan III
B I dan IV D I dan II

30. Institusi pemerintahan beraja sebelum kedatangan Islam dipengaruhi oleh tradisi Hindu-Buddha.
Konsep tersebut merujuk kepada
A moksya C orde kosmos
B dewa raja D daulat tulah

31. Bagaimanakah Adat Perpatih dapat menyelesaikan masalah pentadbiran dan masyarakat di Negeri
Sembilan?
A Amalan musyawarah C Berdasarkan Hukum Kanun Manu
B Peranan Yang Dipertuan Besar D Merujuk kepada undang-undang syariah

32. Ciri matrilineal dalam Adat Perpatih merujuk kepada


A mengamalkan demokrasi C pengaruh Hindu-Buddha
B mengutamakan anak lelaki D mementingkan nasab keturunan ibu

33. Mengapakah selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah dikatakan menghadapi Zaman Gelap?
A Penduduknya hidup berpindah-randah
B Pengaruh gereja semakin kuat di Eropah
C Sistem pendidikan yang tidak terurus
D Kemerosotan dalam bidang ilmu dan ekonomi

34. Apakah pengajaran yang boleh didapati dari Zaman Renaissance?


I Mempunyai sikap inkuiri
II Berani meneroka bidang baharu
III Mengutamakan kegiatan perdagangan
IV Memupuk sikap supaya mementingkan diri sendiri
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

35. Mengapakah orang Eropah melakukan penerokaan dan penjelajahan ke Timur?


A Mencari tenaga buruh C Memajukan penduduk Timur
B Mendapatkan barang dagangan D Melarikan diri daripada Zaman Gelap

36. Apakah sumber tenaga baharu yang digunakan secara meluas di Eropah pada abad ke-18?
A Kuasa elektrik C Tenaga wap
B Tenaga solar D Kuasa kincir angin

37. Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan British?
I Menanam kopi III Menangkap ikan
7
II Menoreh getah IV Memungut hasil hutan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

38. Apakah ciri-ciri ekonomi dagangan?


I Pasaran luas III Modal yang kecil
II Teknologi tinggi IV Jumlah buruh yang terhad
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

39. Perkembangan yang berlaku di Eropah telah menyebabkan lebih banyak ladang getah dibuka di
Tanah Melayu. Apakah peristiwa tersebut?
A Kepesatan dalam sektor pertanian C Perkembangan industri kereta
B Penciptaan enjin berkuasa wap D Kewujudan industri mengetin makanan

40. Apakah ciri-ciri sekolah vernakular Melayu pada abad ke-19?


A Dibina oleh ulama
B Dibiayai oleh pembesar melayu
C Dibuka khusus untuk golongan elit
D Disediakan pada peringkat sekolah rendah sahaja

SMJK HENG EE, PULAU PINANG


PEPERIKSAAN 2B 2016
SEJARAH
KERTAS 1
TINGKATAN EMPAT

Skema Jawapan
Bil. Jawapan Mukasurat Bil. Jawapan Mukasurat
1 C 4 21 C 143
2 A 11 22 A 150
3 D 14 23 B 151
4 B 31 24 B 154
5 D 38 25 A 174
6 B 43 26 B 179
7 C 49 27 C 181
8 D 52 28 B 185
9 A 77 29 D 196
10 C 83 30 B 197
11 C 84 31 A 198
12 D 85 32 D 198
13 C 99 33 D 215
14 C 101 34 A 220
15 A 102 35 B 223
16 B 106 36 C 232
17 A 118 37 D 244
8
18 A 121 38 A 246
19 B 124 39 C 247
20 D 132 40 D 265

Anda mungkin juga menyukai