Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BANDAR

09100 BALING KEDAH

KERTAS KERJA

KEJOHANAN MERENTAS DESA


PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2020
DISEDIAKAN OLEH: EN. AHMAD JAAFAR BIN MOHAMAD
1.0 LATAR BELAKANG

Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Kampong Bandar merupakan acara tahunan yang
mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah.
Kejohanan ini akan melibatkan semua murid tahap dua lelaki dan perempuan. Melalui acara inilah
bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan dididik supaya mencapai
kecemerlangan di arena ini.

2.0 RASIONAL

Kejohanan merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas,
progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan
harmonis demi menghargai alam sekitar. Program ini juga akan melibatkan semua murid dalam acara
sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

3.0 MATLAMAT

Kejohanan merentas desa ini dapat menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan membentuk
dan melahirkan murid yang berkeyakinan tinggi dalam bidang ini. Di samping itu mereka dapat
mempertingkat kebolehan dan mempersiapkan diri bagi menghadapi kejohanan balapan dan padang
SK Kampong Bandar. Paling jelas, program ini menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid
secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1Sukan yang diperkenalkan.

4.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan kebolehan, kemahiran dan bakat murid.


 Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid.
 Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta daya tahan murid.
 Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan.
 Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing masing.
 Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi
dan intelektual.
 Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengan dan mematuhi
arahan.

5.0 KONSEP

5.1 Dijalankan pada : 15 Januari 2020

5.2 Jarak laluan : 4.6 km

5.3 Garisan mula : Dataran Sekolah Kebangsaan Kampong Bandar


5.4 Garisan Penamat : Pintu Masuk Utama SK Kg Bandar

5.5 Format : Berbentuk pertandingan antara 4 rumah sukan mengikut aliran

(Tahun 4L/P, Tahun 5L/P dan Tahun 6L/P).

5.6 Hadiah/Sijil : Tempat pertama hingga sepuluh setiap aliran akan menerima

medal, sijil dan mata untuk rumah sukan.

5.7 Pakaian : Pakaian sukan / rumah sukan

6.0 PENYERTAAN

6.1 Penyertaan semua pelajar tahap 2 dan guru-guru sebagai pegawai pengelola KECUALI

atas arahan kesihatan.

6.2 Pendaftaran dikira melalui kehadiran pelajar yang akan diambil oleh guru kelas.

7.0 KESELAMATAN

7.1 Surat makluman untuk balai polis (Untuk Trafik) dan klinik kesihatan kerana melibatkan

keselamatan jalan raya dan keselamatan awam.

7.2 Menubuhkan unit peronda bermotosikal (UPB) untuk mengiringi peserta semas larian.

8.0 HADIAH

8.1 Jumlah hadiah yang perlu ialah sebanyak 60 buah medal dan 60 keping sijil.

TAHUN KATEGORI KEDUDUKAN JUMLAH MEDAL JUMLAH SIJIL


LELAKI 1 HINGGA 10 10 MEDAL 10 SIJIL
4
PEREMPUAN 1 HINGGA 10 10 MEDAL 10 SIJIL
LELAKI 1 HINGGA 10 10 MEDAL 10 SIJIL
5
PEREMPUAN 1 HINGGA 10 10 MEDAL 10 SIJIL
LELAKI 1 HINGGA 10 10 MEDAL 10 SIJIL
6
PEREMPUAN 1 HINGGA 10 10 MEDAL 10 SIJIL
JUMLAH 60 MEDAL 60 SIJIL

8.2 Setiap peserta yang sampai ke garisan penamat akan mendapat 1 mata untuk rumah

sukan.

8.3 Rumah sukan yang mengutip mata terbanyak dianggap sebagai jolah keseluruhan.
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA UNIT/JUMLAH RM
Medal 60 unit x RM 5.00 RM 300.00
Sijil 60 unit x RM 1.50 RM 90.00
Jamuan makan murid 176 orang x RM 2.50 RM 490.00
Banner 6 kaki X 3 kaki RM 50.00
Minuman 2 tong air RM 70.00
JUMLAH 1000.00

Disahkan oleh:

……………………………………….
(TN HJ KARIM BIN OMAR)
Penolong Kanan Kokurikulum
Sk Kg Bandar

10.0 PELAKSANAAN

10.1 Dijalankan pada : 15 Januarai 2020

10.2 Masa Berkumpul : 4.00 petang

10.3 Masa Pelepasan : 5.00 petang

10.4 Pelepasan oleh : Guru Besar Sk Kg Bandar

10.5 Aturcara:

Masa Acara

- perhimpunan
- guru kelas mengambil kedatangan
- Bacan doa
3.00 petang - taklimat (urusetia)
- solat asar
- aktiviti tegangan
- pegawai check point mengambil tempat

5.00 petang Pelepasan pesetra (Lelaki dan perempuan)


5.45 petang Rehat (makan dan minum)
6.00 petang Majlis tamat dan bersurai
11.0 SENARAI JAWATANKUASA KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA.

Lampiran A

12.0 SENARAI NAMA MURID YANG TERLIBAT

Lampiran B

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………. …………………………………………
(AHMAD JAAFAR B. MOHAMAD (TN HJ KARIM B. HJ OMAR
Setiausaha Sukan Sekolah Pen. Kanan Kokurikulum Sk.Kg. Bandar

Diluluskan oleh:

…………………………………………..

(EN MANAF BIN MD. DAUD)

Guru Besar Sk. Kg. Bandar


14.0 PENUTUP

Diharapkan program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan menepati
matlamat dan objektif yang telah digariskan. Sekolah juga mengharapak semua pelajar dapat
mengambil bahagian dengan jayanya kerana ia adalah salah satu hasrat kementerian yang
menginginkan pelajar-pelajar tumbuh seimbang dari segi jasmani dan rohani. Keselamatan peserta
adalah menjadi keutamaan dalam menjayakan program ini. Seterusnya kami mengharapkan
kerjasama yang penuh daripada semua pihak yang didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai