Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKUM

PERNYATAAN PROFESIONAL
(SEMASA PRAKTIKUM)

Saya telah mengikuti perjalanan PDPLI DINI ini hampir satu tahun setengah bermula November 2017
dan bakal berakhir pada Jun 2019 di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Saya juga sangat bersyukur
dikurniakan rakan yang saling memberi sokongan dan para pensyarah yang sangat bersungguh –
sungguh dalam menyampaikan ilmu pendidikan kepada kami. Dengan IzinNya, saya akan
mengaplikasikan segala ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak didik saya. Khususnya semasa
tempoh praktikum ini.

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah. Selain daripada
mengajar, saya juga perlu membuat perancangan yang tersusun dan sistematik iaitu dengan
menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Rancangan tersebut perlulah disediakan dengan
lebih awal serta bahan bantu belajar yang digunakan juga perlu saya dan rakan sediakan sebelum
mengajar.

Dalam pada itu, saya perlu melengkapkan portfolio praktikum dengan melengkapkan jurnal dan laporan
kokurikulum sekiranya saya ada melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Tidak lupa
juga dengan persiapan dari segi mental fizikal dimana saya harus menghadapi pelbagai karenahpelajar-
pelajar sekolah. Ini semuanya penting sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Apabila perancangan telah siap kini tiba kepada pelaksanaan pula. Dalam pelaksanaan, saya perlu
bersedia untuk dipantau dan dibimbing oleh pensyarah yang akan datang ke sekolah untuk melihat
bagaimana saya mengajar dan mengawal tingkah laku para pelajar. RPH perlu sentiasa lengkap serta
set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya
kendalikan berjalan dengan baik dan lancar.

Saya perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kerenah pelajar yang sememangnya sangat suka
bermain daripada belajar. Oleh itu, saya perlu sentiasa menggunakan pelbagai strategi, kaedah, dan
teknik pengajaran yang telah dipelajari sepanjang menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah bersesuaian
dengan perkembangan murid-murid.

Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri dengan bidang kokurikulum seperti Unit Beruniform,
Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan yang terdapat di sekolah. Saya akan berkongsi ilmu dan
pengalaman saya semasa di IPG dengan murid-murid di sekolah tersebut dan mengaplikasikannya.
Latihan kokurikulum yang terdapat di IPG banyak membantu saya apabila saya melangkah kaki untuk
menjalani praktikum.

Saya bersedia untuk menerima bimbingan, nasihat dan kritikan dari guru-guru lain dan warga sekolah.
Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya hubungan
baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan
mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat
saya realisasikan dengan baik kelak. InsyaAllah.
PRAKTIKUM

Terdapat banyak kenangan pahit dan manis sepanjang berlangsungnya tempoh praktikum ini.
Walaupun sibuk dengan aktiviti di sekolah, saya harus bijak membahagikan masa dengan adil untuk
menyiapkan kerja-kerja sepanjang praktikum dan kerja saya yang lain.

Bantuan rakan-rakan amat saya hargai. Kami sering berkongsi idea dan pandangan mengenai cara
membuat RPH, cara menjalankan induksi yang dapat menarik minat pelajar dan banyak lagi
perkongsian yang lain. Guru-guru lain juga amat membantu dan memahami kami. Saya mungkin tidak
akan merasai ukhuwah seperti ini di tempat lain.

Nasihat dan bimbingan daripada pensyarah Ustaz Fardiyuz Bin Abdul Mutalib dan guru pembimbing
Ustaz Ramzza Bin Shahruddin amat saya hargai. Terdapat banyak ilmu baru yang saya dapat. Melalui
latihan praktikum ini, Saya berharap agar dapat mencapai objektif praktikum iaitu berfikir dan berbincang
bersama pensyarah pembimbing tentang pdpc yang akan saya jalankan, peningkatan pembelajaran
murid, menilai semula pdpc saya, berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran semasa pdpc berlangsung.
Tambahan pula, ia menjadikan saya seorang guru yang lebih kreatif, bermakna dan memberikan kesan
kepada pembelajaran anak didik saya.

Akhir kalam, saya meletakkan harapan yang tinggi supaya dapat menamatkan tempoh praktikum
dengan jayanya dan bulat hati untuk membantu pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah dalam apa
jua urusan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Sekian.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : ____________________ Nama : ____________________
Tarikh : ____________________ Tarikh : ____________________

Anda mungkin juga menyukai