Anda di halaman 1dari 23

Tafsir Surah Yusuf Ayat 1 – 4

Pengenalan:
Para sahabat telah meminta kisah yang indah kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬maka
Allah ‫ ﷻ‬turunkan Surah Yusuf ini. Yang menariknya, surah ini dari awal
hingga akhirnya adalah kisah tentang Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬sahaja. Ini
berlainan dengan surah-surah lain kerana kalau dalam surah lain, ada
bercampur-campur banyak kisah.

Sebagai contoh, kisah Nabi Musa ‫ عليه السالم‬banyak dalam Al-Qur’an tetapi
tidaklah diperuntukkan keseluruhan satu surah untuk kisahnya. Namun
Surah Yusuf ini tidak putus dari awal hingga akhir adalah kisah tentang
Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬sahaja. Ini adalah sesuatu yang hebat.

Secara ringkasnya, ada 4 perkara yang Allah ‫ ﷻ‬hendak beritahu dalam


surah ini. Oleh itu, surah ini mempunyai empat Dakwa:

1. Hanya Allah ‫ ﷻ‬sahaja yang mengetahui perkara ghaib. Para Nabi pun tidak
tahu. Maka ini adalah akidah yang kita kena pegang sentiasa. Jangan kita
kata yang para Nabi pun tahu tentang perkara ghaib juga. Ini kita belajar
dalam kisah-kisah para Nabi dalam surah ini.
2. Allah ‫ ﷻ‬berkuasa penuh di atas segala-galanya, bukan Nabi – sama ada
semasa mereka hidup ataupun mati. Kuasa tasarruf (mengurus) hanya
ada pada Allah ‫ ﷻ‬sahaja. Terdapat kisah bermacam ikhtiar yang dibuat
oleh Nabi Ya’qub, Nabi Yusuf, adik beradik Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬dan
mereka yang lain dalam kisah ini tetapi apa yang berlaku adalah dengan
izin dan kehendak Allah ‫ ﷻ‬sahaja.
3. Surah ini untuk menghiburkan hati Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Ia diturunkan di
Mekah. Ia memberitahu yang orang Mekah yang menentang Rasulullah ‫ﷺ‬
akhirnya akan mengalah sepertimana adik beradik Nabi Yusuf ‫عليه السالم‬
juga. Walaupun pada peringkat permulaannya mereka bersikap buruk
terhadap Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬namun akhirnya mereka ikut nasihat
baginda juga. Oleh itu Rasulullah ‫ ﷺ‬tidak perlu bimbang sangat dengan
layanan Musyrikin Mekah itu – baginda akan menang akhirnya.
4. Semua Nabi apabila dipilih menjadi Nabi tidak boleh hidup bebas tetapi
mereka akan diuji dengan tugas. Mereka tidak boleh hidup seperti orang
lain lagi kerana mereka itu mempunyai tugas yang amat besar. Mereka
mesti menjalankan tugas mereka menyampaikan dakwah dan sepanjang
masa itu mereka akan diuji. Begitu juga dengan umat yang mengaku
mengikuti Nabi dan sanggup untuk menyambung kerja Nabi untuk
berdakwah, maka, mereka juga akan diuji. Tetapi sebagaimana Allah ‫ﷻ‬
selamatkan para Nabi, begitu juga Allah ‫ ﷻ‬akan selamatkan mereka yang
menyambung tugas para Rasul itu.
Ada satu lagi kisah tentang surah ini: ada orang Yahudi yang bertanyakan
soalan kepada Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, iaitu “Kenapakah Bani Israil ada di
Mesir dan kenapa mereka keluar dari Mesir?” Sebenarnya, mereka
sengaja bertanyakan soalan untuk merendahkan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.
Maka Allah ‫ ﷻ‬jawab soalan kenapa Bani Israil ada di Mesir dengan Surah
Yusuf ini; dan tentang kenapa mereka meninggalkan Mesir, itu dijawab di
dalam Surah Taha yang banyak menceritakan tentang Nabi Musa ‫عليه السالم‬.
Surah ini Surah Makkiyyah. Ia diturunkan selepas kematian isteri baginda,
Khadijah ‫ رضي هللا عنها‬dan bapa saudaranya Abu Talib. Tahun kematian
mereka dinamakan Tahun Kesedihan. Dan kena pula dengan nama Yusuf
yang berasal dari ‫ أ س ف‬yang bermaksud ‘sedih’. Oleh kerana kesedihan
yang amat sangat pada Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, maka, Allah ‫ ﷻ‬menghiburkan
baginda dengan menurunkan surah ini.

Allah ‫ ﷻ‬menjadikan 15 keadaan yang berbeza dalam kisah ini dan kita
akan kupaskan satu persatu nanti. Dalam Surah Hud sebelum ini, Dakwa
kedua surah itu adalah hanya Allah ‫ ﷻ‬yang mengetahui perkara ghaib dan
kuasa tasarruf Allah ‫ ﷻ‬meliputi segalanya. Surah Yusuf ini pula
menceritakan kisah Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬untuk membuktikan perkara itu.
Allah ‫ ﷻ‬memberikan contoh bagaimana dua sifat itu hanya ada pada Allah
‫ ﷻ‬sahaja. Apabila diyakini kedua sifat Allah ‫ ﷻ‬itu, maka barulah kita dapat
terima dan yakin bahawa hanya Dia lah sahaja yang layak disembah.
Surah Hud menunjukkan bahawa tiada seorang pun walaupun seorang
alim yang mengetahui perkara ghaib dan mempunyai kuasa tasarruf.
Surah Yusuf ini pula membawakan kisah tentang Nabi Ya’qub ‫عليه السالم‬
yang tidak mempunyai kedua sifat tadi walaupun beliau seorang Rasul
dan berketurunan Nabi.

Ayat 1: Walaupun surah ini panjang, namun dari segi Makro, ia boleh
dibahagikan kepada 3 Perenggan sahaja. Ayat 1 & 2 adalah Perenggan
Makro Pertama di mana Allah ‫ ﷻ‬hendak menceritakan tujuan
penurunan Al-Qur’an.

‫بين‬ ِ ‫ءآيتُ ال ِك ٰت‬


ِ ‫ب ال ُم‬ ٰ َ‫الر ۚ تِلك‬
Alif, laam, raa. Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al Qur’an) yang nyata (dari
Allah).

‫الر‬
Alif, laam, raa.
Sekali lagi ada Huruf-huruf Muqatta’ah dalam ayat ini. Kita sudah
bincangkan dengan panjang lebar dalam surah-surah yang lain
tentangnya. Boleh rujuk kepada perbincangan dalam Surah Ghafir.

‫بين‬ ِ ‫ءآيتُ ال ِك ٰت‬


ِ ‫ب ال ُم‬ ٰ َ‫ِتلك‬
Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al Qur’an) yang nyata
Allah ‫ ﷻ‬memberitahu bahawa Al- ur’an ini adalah jelas nyata. Ia adalah
jelas nyata kepada mereka yang mahu belajar sahaja. Kalau kita telah
belajar tafsir Al-Qur’an, maka kita akan pasti bahawa Al-Qur’an ini jelas
dari Allah ‫ ﷻ‬dan bukannya rekaan Rasulullah ‫ ﷺ‬atau selainnya.

Dan apabila digunakan kalimah ‫ال ُمبين‬, bermakna dalam surah ini akan
ada dalil naqli sahaja. Iaitu kisah-kisah yang disampaikan oleh Allah ‫ﷻ‬
kepada kita. Kisah yang ada dalam surah ini diambil daripada wahyu dan
bukan rekaan dari Rasulullah ‫ﷺ‬.

ٰ ُ‫نز ٰلنهُ ق‬
َ ‫رءنًا ع ََر ِبيًّا لَعَلَّكُم تَع ِق‬
‫لون‬ َ َ ‫ِإنّا أ‬
Sesungguhnya Kami menurunkannya Al Qur’an dengan berbahasa Arab,
agar kamu memahaminya.

ٰ ُ‫نز ٰلنهُ ق‬
‫رءنًا ع ََربِيًّا‬ َ َ ‫إِنّا أ‬
Sesungguhnya Kami menurunkannya Al Qur’an dengan berbahasa
Arab,
Al-Qur’an dari segi bahasa adalah ‘sesuatu yang banyak dibaca’ dan ini
terbukti kerana Al-Qur’an yang ada di tangan kita sekarang ini banyak
sekali dibaca malah dihafal oleh sangat ramai orang di seluruh dunia.

Dan Al-Qur’an itu telah diturunkan dalam bahasa Arab. Jadi kalau kita
baca kitab terjemahan, itu bukanlah Al-Qur’an. Kita kena faham terdapat
perbezaan di antara ‘terjemahan’ dan Al-Qur’an itu sendiri kerana Al-
Qur’an itu hendaklah di dalam bahasa Arab. Terjemahan itu tidak
mungkin tepat dan tidak akan ada terjemahan yang tepat kerana itu
adalah salah satu pendapat sahaja tentang maksud satu-satu ayat Al-
Qur’an kerana ayat Al-Qur’an ada banyak makna dan tidak mungkin dapat
diterjemahkan sepenuhnya. Ini adalah kerana Al-Qur’an itu adalah bahasa
yang kaya dan tidak mungkin dapat diterjemahkan dengan sempurna.
Cuma kita gunakan kitab terjemahan itu sebagai panduan sahaja.
Apabila dikatakan Al-Qur’an itu di dalam bahasa Arab, ini bermakna yang
Allah ‫ ﷻ‬menurunkan terus Al-Qur’an itu di dalam bahasa Arab,
maksudnya bukan menggunakan kalimah dari Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Al-
Qur’an itu sememangnya telah siap diturunkan dalam bahasa Arab dan
bukanlah Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬yang mengeluarkannya dalam bahasa Arab
pula.

Dan ini berbeza dengan hadith. Memang hadith juga adalah wahyu juga
tetapi Nabi ‫ ﷺ‬diberikan ilham dan kefahaman kepada baginda dan
baginda sendiri yang menggunakan bahasa baginda untuk menjelaskan
apa yang baginda faham. Jadi, hadith tidak diturunkan dalam bahasa Arab,
tetapi menggunakan bahasa Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sendiri.

Allah ‫ ﷻ‬menggunakan bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa


yang paling jelas, paling terang, paling luas, dan paling banyak
perbendaharaan kata-katanya untuk mengungkapkan pelbagai
pengertian untuk meluruskan jiwa manusia. Kerana itulah Allah ‫ﷻ‬
menurunkan Kitab-Nya yang paling mulia dengan bahasa yang paling
mulia di antara bahasa-bahasa lainnya yang disampaikan-Nya kepada
rasul yang paling mulia melalui perantaraan malaikat yang paling mulia.

Dan penurunannya terjadi di bahagian bumi yang paling mulia, serta awal
penurunannya (Al-Qur’an) terjadi di dalam bulan yang paling mulia, iaitu
bulan Ramadan; sehingga sempurnalah kitab Al-Qur’an ini dari pelbagai
seginya.

َ ‫لَعَلَّكُم تَع ِق‬


‫لون‬
agar kamu memahaminya.
Al-Qur’an itu diturunkan dalam bahasa yang kita boleh baca dan faham,
supaya kita boleh memikirkan apakah yang disampaikan di dalamnya. Ia
adalah untuk kebaikan kita tetapi kalau tidak belajar tafsir Al-Qur’an,
bagaimanakah kebaikan itu boleh diambil?
Ayat 3: Ayat ini sehingga ke ayat 101 adalah Perenggan Makro yang
Kedua. Dalam perenggan ini, Allah ‫ ﷻ‬hendak menceritakan Kisah Nabi
Yusuf ‫ عليه السالم‬dan Keluarga Nabi Ya’qub ‫عليه السالم‬.
Surah ini diturunkan sebagai menjawab soalan dari puak Yahudi. Bagi
puak Musyrikin Mekah, setelah tidak ada cara lagi untuk berlawan hujah
dengan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, maka mereka telah meminta idea dari Yahudi
yang berada di Yathrib (nama lama Madinah) bagaimanakah cara hendak
mematahkan hujah baginda. Ini kerana mereka tahu yang Yahudi
mempunyai kitab wahyu.
Puak Yahudi menyuruh Musyrikin Mekah bertanyakan kisah Nabi Yusuf
‫عليه السالم‬. Mereka kononnya hendak memerangkap Nabi Muhammad ‫ﷺ‬
kerana memang tidak ramai yang mengetahui kisah Nabi Yusuf ‫عليه السالم‬
itu. Kalau ada yang tahu hanyalah mereka yang ada kitab wahyu, dan tidak
ada kisah sebegitu dalam sejarah dan tamadun Arab.

Oleh itu, apabila kisah Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬ini diceritakan dalam Bahasa
Arab, ia menjadi satu bukti yang Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬adalah seorang Rasul,
kerana tidak pernah ada kisah ini disebut dalam bahasa Arab. Jadi
tentunya baginda hanya dapat kisah ini dari wahyu yang disampaikan
oleh Allah ‫ﷻ‬.

‫ص ِبما أَو َحينا ِإلَيكَ ٰهذَا‬ِ ‫ص‬ َ َ‫س َن الق‬ َ ‫علَيكَ أَح‬
َ ‫ص‬ُّ ُ‫حن نَق‬
ُ َ‫ن‬
ٰ ‫رءآن َوإِن كُنتَ ِمن قَب ِل ِه لَ ِم َن‬
َ ‫الغ ِف‬
‫لين‬ َ ُ‫الق‬
Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan
mewahyukan Al Qur’an ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum
(Kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang-orang yang belum
mengetahui.

َ
‫رءآن‬ُ‫ص ِبما أَو َحينا إِلَيكَ ٰهذَا الق‬
ِ ‫ص‬ َ ‫علَيكَ أَح‬
َ َ‫س َن الق‬ ُّ ُ‫نَحنُ نَق‬
َ ‫ص‬
Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan
mewahyukan Al Quran ini kepadamu,
Kalimah ‫صص‬ َ َ‫ الق‬dari katadasar ‫ ق ص ص‬yang bermaksud ‘ikut jejak
langkah’. Digunakan untuk merujuk kepada kisah yang diberitahu
berkali-kali (kerana macam ulang jejak langkah sebelum itu). Oleh itu,
‫صص‬ َ َ‫ الق‬adalah kisah yang disampaikan dari generasi ke generasi.
Akan tetapi kisah Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬ini tidak ada di dalam sejarah
bahasa Arab, tetapi ia ada di dalam riwayat Orang Yahudi. Dan mereka
memang sukakan kisah ini dan selalu disebut dalam tradisi mereka dan
diulang cerita kepada keturunan mereka.

Satu lagi asbabun nuzul surah ini adalah kerana permintaan para sahabat
sendiri. Di dalam sebuah hadith disebutkan penyebab turunnya ayat ini
yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir ‫رحمه هللا‬.

Disebutkan bahawa telah menceritakan kepadaku Nasr ibnu


Abdur Rahman Al-Audi, telah menceritakan kepada kami Hakam
Ar-Razi, dari Ayyub, dari Amr (yakni Ibnu Qais Al-Mala-i), dari
Ibnu Abbas ‫ رضي هللا عنهما‬yang menceritakan bahawa para sahabat
pernah berkata, “Wahai Rasulullah, ‫ﷺ‬, alangkah baiknya
seandainya engkau menceritakan kisah-kisah kepada kami.”
Maka turunlah firman-Nya: Kami menceritakan kepadamu kisah
yang paling baik. (Yusuf: 3)
Sekarang sekarang kisah ini disampaikan pula dalam Al-Qur’an kepada
Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Dan sekarang kita dapat membacanya dan menjadi
kisah yang menakjubkan zaman berzaman.

ٰ ‫َوإِن كُنتَ ِمن قَب ِل ِه لَ ِم َن‬


َ ‫الغ ِف‬
‫لين‬
dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adalah
termasuk orang-orang yang belum mengetahui.
Kalimah َ‫ الغافلين‬bermaksud ‘orang yang tidak tahu’. Kalimah ‘ghaflah’ ada
dua jenis – dari segi intelektual atau spiritual. Nabi ‫ ﷺ‬dikatakan sebagai
‘ghaflah’ dalam ayat ini. Maksudnya baginda pun tidak tahu kisah ini
wujud.

Dan bukan baginda sahaja, kerana digunakan kalimah ‫لَمنَ الغافلي‬


(sebahagian dari mereka yang tidak tahu) yang bermaksud masyarakat
Arab pun tidak tahu dan baginda adalah salah seorang daripada mereka.

Allah ‫ ﷻ‬katakan ini adalah ‫صص‬ َ ‫( أَح‬kisah terbaik). Tetapi, mungkin


َ َ‫سنَ الق‬
kita tidak terasa begitu kerana kisah ini tidak disampaikan dengan
menarik. Oleh itu, walaupun Allah ‫ ﷻ‬sebut yang kisah Nabi Yusuf ‫عليه السالم‬
ini adalah kisah terbaik, namun susah pula untuk orang kita hendak
terima yang ini adalah kisah terbaik, bukan?

Lebih-lebih lagi jika ingin menjadikan kisah ini menarik kepada kanak-
kanak kerana sekarang sudah ada pelbagai perkara yang lebih menarik
perhatian mereka seperti rancangan TV dan kartun serta “games” di
hujung jari sahaja. Jadi kisah seperti kisah para Nabi ini tidak menarik
perhatian mereka, malangnya. Dan ini berpunca kerana kita tidak pandai
bercerita kepada mereka.

Ini adalah kerana selalunya apabila kita ceritakan kepada mereka, tidak
ada nilai hiburan untuk mereka menyebabkan mereka berasa bosan. Dan
kerana itu, kisah para Nabi ini terpaksa berlawan dengan semua
rancangan TV dan semua “games”, bukan? Kita kena sedar yang manusia
sifatnya sukakan elemen hiburan. Walaupun sebenarnya hiburan itu tidak
tahan lama pun.

Sebagai contoh, kalau kita sudah tengok filem sekali, selalunya sudah
tidak mahu hendak tengok lagi, bukan? Akan tetapi bukankah Al-Qur’an
ini kita selalu ulang-ulang baca? Tetapi walaupun kita sudah baca beribu
kali, kita tidak akan berasa bosan membacanya, bukan? Jadi kita kena
pandailah bercerita dengan menggunakan kaedah penceritaan Al-Qur’an.
Dan untuk mendapatkannya, kenalah belajar dahulu tafsir Al-Qur’an.

Oleh itu, ada cabaran untuk menjadikan Kisah Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬ini
menarik kerana mungkin ada yang berasa seperti sudah pernah
mendengar kisah ini di sekolah rendah, jadi tidak ada kesan hiburan lagi
di dalamnya. Oleh itu kita kena tahu apa hujungnya supaya kita tahu
apakah kebaikan untuk kita tahu dari kisah ini.

Allah ‫ ﷻ‬berkata kisah ini ada ibrah – pengajaran. Ia adalah dari katadasar
yang bermaksud menyeberangi air (sungai atau laut dan sebagainya). Ia
digunakan kerana apabila sesuatu kisah itu memberi kesan kepada hati
kita, ia sampai mengalirkan air mata kita (air menyeberangi dari mata
meleleh ke pipi). Memang ada kisah yang kita tidak dapat tahan dari
mengalirkan air mata, bukan?
Dan begitulah nanti dalam kisah Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬ini kita akan belajar
dan kita akan nampak bagaimana kisah ini kena tepat sungguh dengan
kita. Memang asalnya menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf, tetapi
sebenarnya kita seolah-olah sedang membaca kisah kita kerana ada
kaitan rapat dengan diri kita. Dan kerana inilah kisah ini dikatakan
sebagai ‘kisah yang hebat’.

Ada banyak karektor yang kita akan berjumpa nanti tetapi nama-nama
mereka tidak disebut pun. Nama mereka hanya dibincangkan dalam kitab
tafsir sahaja, tetapi Allah ‫ ﷻ‬tidak sebut dalam Al-Qur’an kerana nama
mereka tidak penting. Yang penting adalah kisah mereka. Yang hanya
disebut adalah nama Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬dan Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬sahaja.

Ini menunjukkan yang Allah ‫ ﷻ‬hanya berikan maklumat yang penting


sahaja. Kita akan belajar bagaimana dalam surah ini Allah ‫ ﷻ‬akan beri
kajian tentang manusia dengan cara yang amat hebat sekali. Kalau ada
yang dapat menjalankan kajian tentang psikologi manusia dengan
menggunakan surah ini, tentu ia akan menjadi amat hebat.

Ayat 4: Nanti kita akan belajar tentang 4 kisah permulaan dan seterusnya
kisah-kisah lain. Sekarang dimulakan dengan kisah permulaan. Selalunya,
manusia akan ingat kisah yang besar-besar, tetapi lupa kisah-kisah kecil.
Allah ‫ ﷻ‬bawakan kepada kita sekarang kisah yang kecil mengenai seorang
anak kecil yang bercakap dengan bapanya.

‫عش ََر كَو َكبًا‬ ِ َ‫ف ِِلَبي ِه ٰيأَب‬


َ ‫ت ِإنّي َرأَيتُ أَ َح َد‬ ُ ‫س‬
ُ ‫ِإذ قا َل يو‬
َ ‫َّمس َوالقَ َم َر َرأَيت ُ ُهم لي ٰس ِج‬
‫دين‬ َ ‫َوالش‬
(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku,
sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan
bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku”.

ِ ‫ف ِِلَبي ِه ٰيأ َ َب‬


‫ت‬ ُ ‫س‬
ُ ‫ِإذ قا َل يو‬
(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku,
Permulaan kisah Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬ini bermula dengan mimpi
baginda. Mari kita lihat dialog di antara Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬dengan
ayahnya, Nabi Ya’qub ‫عليه السالم‬.

Baginda menggunakan kalimah ‫( يا أَبَت‬wahai bapaku) dengan ayahnya itu.


Ini menunjukkan yang Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬bercakap dengan nada lembut
dan hormatkan ayahnya. Begitulah yang sepatutnya kita lakukan
terhadap ibubapa kita. Cuma lihat bagaimana Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬lakukan
dan bandingkan dengan anak-anak kita sekarang.

Ada anak-anak kita yang kecil, apabila perlukan perhatian kita, bagaimana
caranya? Kadang-kadang kita dengar mereka menjerit memanggil kita,
bukan? Tetapi lihat bagaimana Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬yang waktu itu muda
juga, tetapi baginda menggunakan bahasa dan budi bicara yang baik.

َ ‫َّمس َوالقَ َم َر َرأَيت ُ ُهم لي ٰس ِج‬


‫دين‬ َ ‫ِإنّي َرأَيتُ أ َ َح َد‬
َ ‫عش ََر كَو َكبًا َوالش‬
sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan
bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku”.
Baginda memberitahu kepada ayahnya, bahawa baginda telah bermimpi
yang sebelas (11) bintang, matahari dan bulan, sujud kepada baginda.
Apakah maksud bintang, matahari dan bulan itu?

 11 bintang itu adalah adik beradik baginda.


 Matahari itu adalah ayahnya. Dan ada yang kata matahari itu emak
baginda kerana matahari dalam Arab berjantina perempuan.
 Bulan itu adalah emaknya. Dan kalau ambil pendapat yang mengatakan
matahari itu emak, maka bulan adalah ayahnya (Nabi Ya’qub).
Takwil mimpi Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬ini baru terjadi sesudah selang empat
puluh tahun (40) kemudian, pendapat lain mengatakan sesudah lapan
puluh (80) tahun. Ia terjadi ketika Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬mempersilakan
kedua orang tuanya untuk menduduki kursi singgahsananya, sedangkan
semua saudaranya berada di hadapannya dan ini disebut dalam ayat 100:

َ َ‫س َّجدًا َوقَا َل يَا أَبَت َهذَا ت َأوي ُل ُرؤي‬


{‫اي من قَب ُل قَد َجعَلَ َها َربِّي َحقًّا‬ ُ ُ‫}وخ َُّروا لَه‬
َ
Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada
Yusuf. Dan berkata Yusuf “Wahai ayahku, inilah ta’bir mimpiku
yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya
suatu kenyataan.”
Mimpi Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬ini adalah wahyu walaupun baginda belum lagi
menjadi Nabi (bakal Nabi). Dan dari mimpi ini, Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬tahu
yang Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬akan menjadi seorang Nabi.

Mari lihat kalimat َ‫لي ساجدين‬. Dari susunan ini, kita tahu yang susunan ini
tidak normal seperti kebiasaan bahasa Arab. Baginda berkata begitu
kerana baginda terkejut sangat sampai tersasul baginda berkata-kata. Ini
kerana baginda tidak sangka yang bintang, matahari dan bulan itu akan
sujud kepadanya.

Ada juga pendapat yang mengatakan Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬sudah tahu
siapakah yang dimaksudkan dengan bintang, matahari dan bulan itu. Ini
kita tahu dari penggunaan kalimah َ‫ ساجدين‬yang digunakan. Ini adalah
kerana dari segi nahu, bintang, matahari dan bulan itu adalah benda, dan
sepatutnya digunakan kalimah muannast (feminin), tetapi Nabi Yusuf ‫عليه‬
‫ السالم‬menggunakan kalimah َ‫ ساجدين‬yang hanya digunakan untuk
kehidupan bernyawa seperti manusia. Jadi ini menguatkan pendapat yang
mengatakan baginda sudah tahu siapakah yang dimaksudkan dengan
bintang, matahari dan bulan itu.

Nota: ada pula ajaran sesat yang mengajar ayat ini adalah ‘ayat pengasih’.
Kononnya apabila bersama dengan pasangan, maka baca ayat ini. Dan
untuk disayangi masyarakat, baca 3 kali selepas solat.

Ayat ini bukanlah ayat pengasih. Tidak ada apa-apa makna dalam ayat ini
yang mengandungi doa supaya orang kasih kepada kita. Kita telah baca
maknanya, dan telah baca tafsirnya, tidak ada kena mengena dengan
pengasih, bukan?

Maka, ayat ini tidak menanggung kehendak pengamalnya. Ini macam


hendak tolak kereta, tetapi menggunakan pen. Apakah kaitan pen dengan
perbuatan menolak kereta? Katakanlah ada orang keretanya tersadai,
maka, dia meminta bantuan kita untuk menolaknya. Kita pun berlari ke
rumah sebab hendak mengambil pen untuk tolak kereta itu. Tidakkah
bodoh tindakan itu?

Ayat 5:

‫خوتِكَ فَيَكيدوا لَكَ كَيدًا ۖ إِ َّن‬ ٰ ‫صص ُرءياكَ ع‬


َ ِ‫َلى إ‬ ُ ‫قا َل ٰيبُنَ َّي ال تَق‬
‫عد ٌُّو ُّمبين‬ ٰ ‫إل‬
َ ‫نس ِن‬ ٰ ‫الش‬
ِ ‫َّيط َن ِل‬
Ayahnya berkata: “Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada
saudara-saudaramu, maka mereka merancang rancangan terhadapmu.
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia”.
Lihatlah apa kata Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬dalam ayat ini. Kita selalunya tidak
layan sangat mimpi budak-budak, bukan? Tetapi lihatlah bagaimana Nabi
Ya’qub ‫ عليه السالم‬melayan dan mendengar apa yang disampaikan oleh anaknya
itu. Ini menunjukkan yang baginda adalah seorang ayah yang baik dan kita
kena perhatikan dan cuba untuk menirunya dengan melayan anak-anak kita
dengan sebaik mungkin.

Ini penting kerana kalau dari waktu mereka kecil kita tidak layan mereka, nanti
bila mereka sudah besar, jangan hairan dan mengeluh kalau mereka tidak mahu
bercakap dengan kita lagi. Ini kerana semasa mereka memerlukan kita, kita
tidak layan mereka sebaik-baiknya, maka balasannya nanti, apabila kita
memerlukan mereka, mereka sudah tidak mahu melayan kita lagi.

Ini kerana mereka berasa jauh sahaja dengan kita kerana semasa mereka kecil,
kita tidak ambil perhatian dengan perasaan dan kehendak mereka. Ini adalah
pengajaran yang amat penting untuk kita perhatikan.

Dan lihatlah juga Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬ini, baginda terus pergi kepada ayahnya
untuk menceritakan apa yang telah berlaku untuk mendapatkan nasihat
baginda. Ini juga hebat kerana selalunya kalau kita lihat, perkara ini tidak
berlaku sekarang. Selalunya seorang anak itu tidak mengadu kepada ayahnya
kerana selalunya mereka akan pergi mengadu kepada emak mereka. Kerana
selalunya ayah garang dan tidak melayan anaknya, bukan?

Ini menunjukkan kepada kita, Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬adalah seorang yang
pandai menjaga anaknya sampai anaknya sendiri rasa senang dan selesa untuk
berjumpa dan mengadu dengannya. Oleh itu Nabi Ya’qub ini adalah ‘model
contoh’ untuk seorang ayah. Kita kena belajar apa yang baginda lakukan dan
cuba mencontohi baginda.

‫قا َل ٰيبُ َن َّي‬


Ayahnya berkata: “Hai anakku,
Lihatlah kalimah yang Nabi Ya’qub gunakan untuk memanggil anaknya: ‫ي‬
َّ َ‫يا بُن‬
(wahai anakku yang tercinta). Ini adalah panggilan lembut seorang ayah
kepada anaknya – panggilan manja. Maka begitulah kita juga kena gunakan
kalimah yang lebih kurang sama dengan anak kita. Cakap dengan lembut,
dengan penuh kasih sayang dengan mereka.
Jangan mengeluh kalau anak mengganggu kita – mungkin kita sedang
bercakap waktu itu, sedang menyelesaikan pekerjaan penting, sedang
kepenatan, sedang menonton TV, sedang kepeningan dengan entah apa
masalah, sedang kepenatan – apa sahaja, tetaplah panggil anak kita dengan
panggilan sayang dan kasih. Jangan tengking dan marahkan mereka.

َ‫خوتِك‬ ُ ‫ال تَق‬


ٰ ‫صص ُرءياكَ ع‬
َ ِ‫َلى إ‬
janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-
saudaramu,
Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬menasihati Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬supaya jangan beritahu
kepada adik beradiknya kerana takut mereka akan dengki. Takut mereka akan
buat rancangan yang akan menyusahkan Nabi Yusuf ‫عليه السالم‬.

Maknanya, Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬sudah tahu sebelum adanya mimpi itu,
abang-abangnya sudah mengganggu Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬kerana tidak suka
kepadanya. Kalau mereka tahu baginda dapat mimpi seperti itu, maka lagilah
mereka akan bertambah dengki lagi dengan baginda. Tentu akan bertambah-
tambah kebencian mereka terhadapnya.

‫فَيَكيدوا لَكَ كَيدًا‬


maka mereka merancang rancangan terhadapmu.
Allah ‫ ﷻ‬menggunakan ‘‫ ’كيد‬dalam ayat ini dan bukan ‘‫’مكر‬. Keduua-duanya
digunakan dalam bahasa Arab sebagai ‘rancangan’, tetapi tidak sama di antara
keduanya. Kalimah ‫ مكر‬adalah rancangan jahat untuk merosakkan seseorang.
Dan kalau ‫ كيد‬pula, ia boleh digunakan mungkin rancangan untuk kebaikan
ataupun untuk kejahatan.

Ini menunjukkan yang Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬tidak pasti apa yang abang-
abang Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬itu akan buat. Cuma baginda suruh Nabi Yusuf
‫ عليه السالم‬berjaga-jaga sahaja. Ini menunjukkan kebijaksanaan baginda.

Mimpi itu bererti bahawa kelak semua saudara Yusuf ‫ عليه السالم‬akan tunduk
dan menghormatinya dengan penghormatan yang sangat besar; kerana kelak
mereka akan bersujud kepadanya demi menghormati, mengagungkan, dan
memuliakannya.
Maka Ya’qub ‫ عليه السالم‬merasa khawatir jika Yusuf ‫ عليه السالم‬menceritakan
mimpinya itu kepada saudara-saudaranya, kerana mereka pasti akan merasa
dengki terhadapnya, lalu mereka akan membuat tipu daya untuk
membinasakannya.

Tentang mimpi, Rasulullah ‫ ﷺ‬pernah bersabda:

Dari Abu Qatadah ‫رضي هللا عنه‬, dari Rasulullah ‫ ﷺ‬sabdanya:


“Mimpi yang baik datang dari Allah ‫ﷻ‬, dan mimpi yang buruk
dari syaitan. Maka siapa bermimpi yang dibencinya, hendaklah
dia meludah ke kiri, kemudian berlindung kepada Allah ‫ ﷻ‬dari
kejahatan syaitan, nescaya tidak akan membahayakannya. Dan
jangan menceritakan mimpi itu kepada siapa pun. Maka siapa
bermimpi dengan mimpi yang buruk, bergembiralah dan jangan
mencerita-ceritakannya kecuali kepada orang yang dikasihi.”
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2109.
Ia menunjukkan yang baginda sedar dengan realiti semasa. Baginda sedar yang
tidak semestinya anak-anaknya itu walaupun anak seorang Nabi, mereka itu
semuanya baik sahaja. Ini mengajar kita yang kalau kita sudah cuba mendidik
anak kita dengan ajaran baik pun, tidak semestinya mereka akan menjadi baik.

Lihatlah Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬ini – baginda adalah seorang Nabi namun anak
baginda ada yang tidak baik. Begitu juga Nabi Nuh ‫ عليه السالم‬yang ada anak
yang tidak mahu ikut baginda. Kalau tidak sedar tentang perkara inilah yang
menyebabkan ramai ibubapa marah kalau guru di sekolah marahkan anak
mereka. Mereka kata anak mereka baik, di rumah senyap sahaja, tidak
mungkin di sekolah berperangai buruk pula? Itu adalah perasan mereka sahaja.

Ini juga mengajar bahawa kita tidak boleh mengawal orang lain dan kita
kenalah bersabar sahaja dengan mereka. Memang kita tidak dapat kawal segala
apa yang orang di bawah kita lakukan, bukan? Masa anak kita kecil, bolehlah
kalau kita hukum mereka, tahan mereka, paksa mereka, tetapi kalau mereka
sudah besar sedikit, bagaimana?

Nanti apabila mereka sudah besar, kita akan sedar yang kita hanya boleh
nasihatkan mereka sahaja dan berikan ajaran sebaik mungkin, tetapi hanya
Allah ‫ ﷻ‬sahaja yang mampu menjaga mereka dan berikan hidayah kepada
mereka, bukan kita. Maka terimalah hakikat yang kita memang tidak boleh
kawal mereka dan ini kadang-kadang susah untuk kita terima.

Ayat ini ada kaitan dengan dugaan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Baginda juga
diganggu oleh kaum keluarga baginda semasa berdakwah di Mekah. Ini kerana
yang menentang baginda termasuk ahli keluarga baginda sendiri. Jadi biasa
sahaja kalau adik beradik dan ahli keluarga kita sendiri tidak bersama dengan
kita dan tidak suka dengan dakwah kita. Ini adalah dugaan.

‫عد ٌُّو ُمبين‬ ٰ ‫إل‬


َ ‫نس ِن‬ ٰ ‫إِ َّن الش‬
ِ ‫َّيط َن ِل‬
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia

Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬takut syaitan akan mengambil kesempatan dengan


mimpi itu pula nanti. Ini kerana syaitan akan membisikkan cadangan-cadangan
jahat ke dalam hati abang-abangnya nanti. Syaitan tidak akan melepaskan
peluang kerana dia memang amat memusuhi keturunan Bani Adam dan akan
berbuat apa sahaja untuk menyesatkan manusia.

Ayat 6:

ِ ‫َوك َٰذ ِلكَ يَجتَبيكَ َربُّكَ َويُعَ ِلّ ُمكَ ِمن تَأوي ِل اِلَحادي‬
ُ‫ث َويُتِ ُّم نِع َمتَه‬
‫َلى أَبَ َويكَ ِمن قَب ُل ِإ ٰبرهي َم‬ ٰ ‫عقوب كَما أَتَ َّمها ع‬
َ ٰ ‫علَيكَ َوع‬
َ‫َلى آ ِل ي‬ َ
‫ق ۚ إِ َّن َربَّكَ عَليم َحكيم‬ ٰ ِ‫َوإ‬
َ ‫سح‬
Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan
diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta’bir mimpi-mimpi dan
disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya’qub,
sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang
bapamu sebelum itu, (iaitu) Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

َ‫َوك َٰذ ِلكَ يَجتَبيكَ َربُّك‬


Dan kerana kesempurnaan inilah, Tuhanmu telah memilihmu
Kalimah َ‫ َك ٰذلك‬dalam ayat ini diterjemahkan: ‘kerana kesempurnaan inilah’,
kerana ia bukanlah ayat perbandingan kerana tidak ada apa yang hendak
dibandingkan.

Nabi Ya’qub menggunakan kalimah َ‫( يَجتَبيك‬memilihmu). Ada maksud tertentu


kenapa ijtiba’ ini berbeza dengan kalimah lain yang digunakan untuk
‘pemilihan’. Memang ada lagi kalimah-kalimah lain. Sebagai contoh, kalimah
‘ikthiar’ itu digunakan kalau memilih berdasarkan kebaikan. Tetapi kalau
digunakan kalimah ijtiba’, ia bermaksud pemilihan berdasarkan kepada
kebolehan.
Ini seperti mengambil orang untuk bekerja dengan kita – ini kerana mereka
ada kelebihan dan kebolehan untuk melakukan kerja itu. Akan tetapi, apa yang
Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬telah lakukan sampai baginda dikatakan ada kebolehan
itu? Kalau hendak kirakan, baginda tidak berbuat apa-apa pun lagi. Memang
baginda akan ada kelebihan dan itu bukan setakat dapat mimpi sahaja kerana
dalam surah ini nanti kita akan lihat bagaimana orang kafir pun mendapat
mimpi yang benar juga.

Walaupun baginda belum lagi mendapat kelebihan-kelebihan itu tetapi


sebenarnya Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬dapat lihat yang anaknya itu ada kelebihan
kerana akhlaknya baik. Jadi baginda dapat memahami tentang mimpinya itu.
Maknanya baginda telah nampak kebijaksanaan pada anaknya itu.

Dalam ayat ini tentang mimpi yang pertama. Nanti akan ada dua kisah lagi
tentang mimpi. Iaitu mimpi raja dan mimpi dua orang banduan dalam penjara.
Kedua mereka itu nanti akan tanya apakah maksud mimpi mereka itu. Tetapi
lihatlah bagaimana Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬tidak minta ditadbir mimpinya sendiri
dan ini menunjukkan yang baginda tahu apakah maksud mimpinya itu.
Maknanya, baginda sudah ada kelebihan mentadbir mimpi walaupun baginda
masih kecil lagi.

ِ ‫َويُعَ ِلّ ُمكَ ِمن تَأوي ِل اِلَحادي‬


‫ث‬
dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta’wil kata-kata
Selalu apabila digunakan kalimah ‫ ت َأويل‬untuk Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬ini
dikatakan tentang kelebihan baginda meramal maksud mimpi. Tetapi cuba
lihat kembali bagaimana kalimah yang digunakan adalah ‫( األَحاديث‬kata-kata).
Oleh itu, baginda boleh mengetahui maksud bagi sesuatu peristiwa, sesuatu
perkara yang berlaku – bukan setakat mimpi sahaja. Kalau ada orang bercakap
dengan baginda, baginda boleh tahu apakah maksud yang disampaikan. Dan
ini adalah mukjizat Nabi Yusuf ‫عليه السالم‬.

Dari segi bahasa, ada 3 jenis kalimah yang digunakan untuk interpretasi
sesuatu yang susah dan kompleks untuk difahami:

 takwil – digunakan dalam bentuk umum.


 ifta’ (dari sinilah menjadi kalimah ‘mufti’ iaitu orang yang ada ilmu untuk
mengambil hukum dari persoalan manusia)
 tadbir – Ini digunakan khusus untuk mimpi.
Kita lihat bagaimana Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬menggunakan kalimah ‫ت َأويل‬,
maknanya bukan tadbir mimpi sahaja, tetapi Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬boleh tahu
mem’baca manusia’ – kerana ‫ األَحاديث‬tidak bermaksud mimpi sahaja, tetapi
termasuk dengan percakapan juga. Maksudnya apabila baginda jumpa orang
dan tengok sedikit sahaja, baginda akan tahu apakah yang tersembunyi dan
yang tersirat. Bukanlah baginda boleh membaca hati orang pula, tetapi dari
tanda-tanda yang ada, baginda boleh agak.

Tentang mimpi yang benar, orang Islam pun boleh dapat mimpi yang benar.
Iaitu akan diberikan kepada mereka yang benar dan jujur dalam kehidupan
mereka. Tetapi kena berhati-hatilah kerana ramai yang menyalahgunakan
mimpi ini. Ada golongan tarekat dan sufi yang menggunakan mimpi untuk
membenarkan ajaran sesat mereka.

Mereka reka amalan dan kata mereka dapat dalam mimpi. Entah jin mana yang
datang dalam mimpi mereka tetapi mereka kata itu adalah wali. Atau mereka
kata Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sendiri yang ajar sesuatu amalan dalam mimpi
mereka. Padahal yang ajarkan kepada mereka adalah syaitan yang menjelma
dalam bentuk orang alim atau Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Bagaimana mereka boleh
mendapat mimpi yang benar, sedangkan amalan mereka banyak yang syirik
dan bidaah?

‫عقوب‬
َ ٰ ‫علَيكَ َوع‬
َ‫َلى آ ِل ي‬ َ ُ‫َويُتِ ُّم نِع َمتَه‬
dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada
keluarga Ya’qub,
Kalimat َ‫علَيك‬
َ ُ‫( يُت ُّم نع َمتَه‬disempurnakan nikmat-Nya atasmu) maksudnya Allah ‫ﷻ‬
akan menyempurnakan nikmat dengan melantik Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬menjadi
Nabi.
Kalimat ‫عقوب‬
َ َ‫لى آل ي‬
ٰ ‫ع‬َ (atas keluarga Ya’qub ‫ )عليه السالم‬bermaksud keluarga
mereka pun akan mendapat berkat. Ini kerana kejadian yang terjadi itu bukan
untuk Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬sahaja tetapi untuk keluarga mereka juga. Ini
menunjukkan yang Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬berbangga dengan anaknya itu. Dan
baginda sudah nampak yang masa hadapan Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬akan cerah.

‫ق‬ ٰ ِ‫َلى أ َ َب َويكَ ِمن قَب ُل إِ ٰبرهي َم َوإ‬


َ ‫سح‬ ٰ ‫ۚ كَما أَت َ َّمها ع‬
sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua
orang bapamu sebelum itu, (iaitu) Ibrahim dan Ishak.
Kelebihan yang diberikan kepada baginda itu adalah kesinambungan dari
kelebihan yang telah diberikan kepada keluarga mereka dari zaman Nabi
Ibrahim ‫ عليه السالم‬dan Nabi Ishak ‫ عليه السالم‬lagi. Mereka turun temurun
mendapat pangkat kenabian itu.

Oleh itu, dalam ayat ini, Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬memberi amaran dan dalam
masa yang sama, memberi berita gembira kepada Nabi Yusuf ‫عليه السالم‬. Ini
mengajar kita supaya jangan bagi amaran dan marah sahaja kepada anak kita.
Kita janganlah negatif sangat dengan anak-anak. Dan dalam perkara ini ada
kesilapan dalam cara didikan ramai ibubapa.

Kalau kita perhatikan, ramai yang selalu merungut sahaja tentang anak-anak
mereka: “Kenapa kamu tak jadi macam anak orang sebelah?”, “Kenapa kamu
tak jadi pandai macam sepupu kamu?” dan sebagainya. Kata-kata seperti ini
semua akan memusnahkan jati-diri budak itu. Sepatutnya kalau kita hendakkan
anak kita menjadi seseorang yang yakin dengan diri dia sendiri dan menjadi
lebih baik, kenalah bagi semangat kepada mereka.

Kita dahulu pun bukannya hebat sangat, bukan? Semua daripada kita
memerlukan masa untuk meningkat naik dari kecil menuju ke usia remaja.
Dalam meningkat naik itu, memang kita amat memerlukan sokongan dari
orang-orang yang kita hormati seperti ibubapa kita. Maka ibubapa kenalah
belajar cara-cara psikologi dengan anak-anak supaya didikan yang diberikan
lebih baik.

‫إِ َّن َربَّكَ عَليم َحكيم‬


Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Allah ‫ ﷻ‬maha tahu apakah yang akan diberikan kepada Yusuf ‫عليه السالم‬. Allah
‫ ﷻ‬dengan kebijaksaan-Nya akan melakukan sesuatu yang baik bagi baginda.
Ayat 7: Jadi inilah ringkasan permulaan kisah Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬dalam
surah ini. Surah Yusuf mengandungi 4 Dakwa penting:
1. Tauhid – Allah ‫ ﷻ‬sahaja yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Surah ini
adalah kisah Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬dan perkara tauhid yang kita kena pegang
dalam kisah ini adalah: Allah ‫ ﷻ‬sahaja yang tahu perkara ghaib. Dari kisah
yang panjang itu, kita dapat tahu yang Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬dan Nabi Ya’qub
‫ عليه السالم‬pun tidak mengetahui tentang perkara ghaib walaupun mereka itu
para Nabi.
2. Tauhid – Allah ‫ ﷻ‬sahaja yang ada kuasa mengurus. Hanya Allah ‫ ﷻ‬yang
mengurus dan mentadbir segala sesuatu dan Dia tidak memberi kepada selain-
Nya kuasa mengurus itu melainkan dalam asbab yang dibenarkan.
Dalam surah ini kita akan baca pelbagai ikhtiar dilakukan oleh Nabi Ya’qub
‫ عليه السالم‬dan lain-lain karektor dalam surah ini tetapi yang berlaku hanyalah
dalam kehendak Allah ‫ ﷻ‬sahaja. Dalam surah ini ada 15 keadaan yang berlaku
pada Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬dalam keadaan yang berbeza-beza untuk
menceritakan dua perkara ini – iaitu Allah ‫ ﷻ‬yang Maha Mengetahui perkara
ghaib dan Dialah sahaja yang Maha Berkuasa.

3. Risalah – Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬adalah Nabi benar yang dipilih oleh Allah
‫ﷻ‬. Bukti baginda adalah Nabi, baginda dapat memberitahu kisah Nabi Yusuf
‫ عليه السالم‬ini kerana baginda menerima wahyu dari Allah ‫ﷻ‬.
4. Akhirat – Tentang orang yang menderita untuk menegakkan agama Allah
‫ﷻ‬. Untuk mereka itu akhirnya akan berjaya. Walaupun mereka susah dalam
kehidupan mereka, tetapi kesudahannya mereka akan berjaya di akhirat kelak.

‫لين‬ ّ ‫خو ِت ِه آ ٰيت ِلّل‬


َ ‫سا ِئ‬ َ ‫ف َو ِإ‬
َ ‫س‬ َ ‫لَقَد‬
ُ ‫كان في يو‬
(SAHEEH INTERNATIONAL)

Certainly were there in Joseph and his brothers signs for those who ask, [such
as]

(MALAY)

Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda (kekuasaan Allah) pada (kisah)


Yusuf dan saudara-saudaranya bagi orang-orang yang bertanya.
‫خوتِ ِه ٰآيت‬
َ ِ‫ف َوإ‬
َ ‫س‬ َ ‫لَقَد‬
ُ ‫كان في يو‬
Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda (kekuasaan Allah) pada
(kisah) Yusuf dan saudara-saudaranya
Dalam ayat ini, ada dua karektor sedang disebut: Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬dan adik
beradiknya. Abang-abang Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬tidak suka kepada baginda.
Mereka tidak suka Yusuf ‫ عليه السالم‬pergi kepada bapa mereka dan rapat sangat.
Dari sini, kita dapat agak yang mereka pun nampaknya tidak baik dengan bapa
mereka sendiri. Ini adalah kerana mereka tidak suka cara bapanya melayan
Yusuf ‫عليه السالم‬.

Dan beginilah masalah yang dihadapi oleh masyarakat: kadang-kadang


mereka menyalahkan adik beradik yang tidak ada masalah dalam keluarga.
Mereka merungut dan berkata adik itu yang disayangi, bukannya mereka. Dan
mereka jadikan itu sebagai alasan untuk mereka menjadi jahat, nakal dan
pemberontak (dengan alasan kerana mak ayah aku tidak sayangkan aku).

Fikiran mereka keliru sangat sampaikan mereka berasa masalah mereka


bermula dengan anak yang seorang itu. Mereka jadikan adik beradik mereka
sebagai ‘kambing hitam’ untuk kesilapan dalam kehidupan mereka sendiri.

Akan tetapi, tidak dinafikan yang kadang-kadang benar juga ada ibubapa yang
pilih kasih. Ini pun tidak dapat dipersalahkan kerana perangai anak-anak pun
lain-lain – ada banyak jenis anak-anak kita ini. Dan normal kalau anak itu baik,
tentu mak ayah akan sayang kepada anak itu lebih lagi.

Maka kenalah pandai ambil hati emak dan ayah – ikutkan kata mereka kalau
nak disayangi oleh mereka. Yang jadi masalahnya kalau menyalahkan orang
lain sahaja di atas kekurangan kita. Kalau seorang yang baik, dia akan lihat
kepada dirinya sendiri dulu, sebelum hendak menyalahkan orang lain.

Jadi ada tanda pada kisah mereka ini. Bukan sahaja dari Nabi Yusuf ‫عليه السالم‬
tetapi juga dari adik beradiknya sekali. Dalam kisah mereka terdapat
pengajaran yang kita kena ambil tahu. Apakah tanda itu? Itulah tanda bahawa
Allah ‫ ﷻ‬Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa dalam setiap perkara.

ّ ‫ِلّل‬
َ ِ‫سائ‬
‫لين‬
bagi orang-orang yang bertanya.
Yang dimaksudkan ‘bertanya’ dalam ayat ini adalah orang Yahudi. Mereka
yang menimbulkan persoalan tentang Bani Israil dan Allah ‫ ﷻ‬sedang jawab
kepada mereka. Kepada mereka pun akan mendapat pengajaran – tentang
bagaimana Bani Israil dapat berada di Mesir (sedangkan mereka asalnya dari
tempat lain) dan kisah ini sepatutnya cukup bagi mereka untuk masuk Islam,
kerana kisah ini hebat.

Kisah dan kandungan surah ini menjawab persoalan yang dikemukakan untuk
golongan Yahudi pada waktu itu untuk membantah kerasulan Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬. Musyrikin Mekah telah bertanya kepada puak Yahudi
bagaimana hendak berhujah dan menolak Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Maka puak
Yahudi suruh tanya tentang kisah Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬kerana kisah itu mereka
tahu ada dalam kitab mereka sahaja – orang Arab tentu tidak tahu.

Dan apabila Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬boleh menceritakan tentang Nabi Yusuf ‫عليه‬
‫السالم‬, maka ini menjadi hujah dan dalil bahawa baginda memang seorang
Rasul – kerana kisah ini bukanlah dari sejarah bangsa Arab, maka tentu Nabi
Muhammad ‫ ﷺ‬mendapat dari wahyu Allah ‫ﷻ‬. Maka tentulah Nabi Muhammad
‫ ﷺ‬itu menjadi dalil bahawa memang benar baginda seorang Rasul.

Ayat 8: Ini adalah keadaan ke 2. Allah ‫ ﷻ‬memberitahu bahawa apa yang Nabi
Ya’qub ‫ عليه السالم‬bimbangkan itu tetap tidak dapat disekat. Walaupun baginda
sudah memberikan nasihat kepada Yusuf ‫ عليه السالم‬supaya jangan menyebut
apa yang baginda mimpikan itu kerana takut adik beradiknya tahu dan ambil
tindakan, perkara itu tetap juga terjadi. Kerana itu semua ada dalam taqdir
Allah ‫ ﷻ‬dan Allah ‫ ﷻ‬yang mahukan ia terjadi begitu.

ُ َ‫لى أَبينا ِمنّا َون‬


‫حن عُصبَة ِإ َّن‬ ُّ ‫ف َوأَخو ُه أَ َح‬
ٰ ‫ب ِإ‬ ُ ‫س‬ُ ‫ِإذ قالوا لَيو‬
ٍ ‫ض ٰل ٍل ُّم‬
‫بين‬ َ ‫أَبانا لَفي‬
(SAHEEH INTERNATIONAL)

When they said, “Joseph and his brother¹ are more beloved to our father than
we, while we are a clan. Indeed, our father is in clear error.
 Benjamin, who was born of the same mother as Joseph.
(MALAY)

(Iaitu) ketika mereka berkata: “Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya


(Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita dari pada kita sendiri, padahal kita
(ini) adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita adalah dalam
kekeliruan yang nyata.

‫ف‬ ُ ‫ِإذ قالوا لَيو‬


ُ ‫س‬
ketika mereka berkata: “Sesungguhnya Yusuf
Dalam ayat ini, ada tawkid (huruf ‫ ل‬pada ‫ف‬ ُ ‫ )لَيو‬pada Nabi Yusuf ‫عليه السالم‬,
ُ ‫س‬
menunjukkan penekanan dari mereka – kerana mereka benci sungguh
kepadanya. Mereka memang ada iri hati terhadapnya. Memang selalunya kalau
anak kesayangan emak atau ayah tidak akan disenangi oleh adik beradik yang
lain.

ُ‫َوأَخوه‬
dan saudara kandungnya
Yang dimaksudkan adalah adiknya yang bernama Bunyamin. Mereka ada 12
adik beradik. Tetapi mereka datang dari berlainan emak. 10 dari mereka dari
satu emak manakala Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬adalah satu emak dengan adiknya
Bunyamin.

‫لى أَبينا ِمنّا‬ ُّ ‫أ َ َح‬


ٰ ِ‫ب إ‬
lebih dicintai oleh ayah kita dari pada kita sendiri,
Mereka sudah tahu yang bapa mereka lebih sayangkan Nabi Yusuf ‫عليه السالم‬
dan Bunyamin. Tetapi lihat bagaimana susunan ayat ini: ‘Yusuf dan adiknya
lebih disayangi’, bukannya: ‘ayah kita lebih sayang mereka lagi’. Ini
menunjukkan ada penekanan pada Yusuf ‫ عليه السالم‬dan adiknya, bukannya
Nabi Ya’qub ‫عليه السالم‬.
Maknanya mereka lebih marah kepada Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬dan Bunyamin
kerana mereka berdua adalah anak yang baik dan menjadikan mereka nampak
teruk (bila ada yang baik, nampaklah mereka jadi teruk). Mereka lebih marah
kepada Yusuf ‫ عليه السالم‬dan Bunyamin daripada mereka marah kepada Nabi
Ya’qub ‫عليه السالم‬.

Adakah Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬bersalah kerana terlebih sayang kepada dua
anaknya itu? Kita kena faham bahawa perasaan kasih Nabi Ya’qub ‫عليه السالم‬
itu adalah secara naluri biasa dan bukan kerana syar’i. Memang perasaan
baginda sayang kepada dua beradik itu bukan dibuat-buat. Dan oleh kerana
begitu, maka Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬tidak bersalah. Kesalahan hanya berlaku
apabila tidak berlaku adil dari segi pemberian.

Kenapa Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬menyayangi Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬dan adiknya
Bunyamin?

1. Kerana keduanya masih kecil berbanding abang-abang tirinya. Mengikut


sesetengah riwayat, ibu mereka berdua telah meninggal sewaktu mereka
kecil lagi.
2. Tambahan pula, Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬telah mengetahui kedudukan Nabi
Yusuf ‫ عليه السالم‬yang gemilang sama ada melalui ilham atau melalui wahyu.
3. Di samping itu, kecantikan dan perwarakan Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬telah
menarik perhatian Nabi Ya’qub ‫عليه السالم‬.

‫َونَحنُ عُصبَة‬
padahal kita (ini) adalah satu golongan
Kalimah ‫عصبَة‬
ُ bermaksud kumpulan yang kuat yang terdiri dari 5 – 10 orang.
Dari kalimah inilah jadi asabiyyah – yang bermaksud perkauman yang
melebihkan keturunan dan puak sendiri.
Abang-abang Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬berasakan mereka lebih kuat kerana
mereka lebih ramai dari Yusuf ‫ عليه السالم‬dan Bunyamin. Mereka rasa kekuatan
kekeluargaan 10 orang mereka itu lebih kuat dan mereka rasa berlagak dengan
kumpulan sendiri. Mereka rasa mereka patut lebih disayangi oleh bapa mereka.

Padahal Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬lebih sayangkan dua adik beradik itu kerana
memang bersifat dan berakhlak baik kalau dibandingkan dengan abang-abang
mereka. Terutama sekali Nabi Yusuf ‫ عليه السالم‬yang bakal menjadi Nabi, maka
tentu Nabi Ya’qub ‫ عليه السالم‬sayangkannya lebih lagi kerana akan meneruskan
perjuangannya nanti.

ٍ ‫ض ٰل ٍل ُّم‬
‫بين‬ َ ‫ِإ َّن أَبانا لَفي‬
Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata.
Sekarang mereka mengutuk ayah mereka pula. Mereka rasa ayahnya buat silap
dengan lebih sayang kepada dua beradik itu. Begitulah sifat dengki manusia
tidak ada batasan. Sudahlah mereka bencikan dua beradik itu, sekarang mereka
salahkan ayah mereka pula.

Kalimah ‫ضالل‬ َ dalam ayat ini bukan bermaksud ‘sesat’, tetapi ‘silap’. Jangan
kita silap terjemah pula kerana dalam ayat Qur’an yang lain, ada digunakan
kalimah ‫ضالل‬ َ untuk membawa maksud ‘sesat’. Jadi kita kena pandai lihat
kepada konteks ayat.

Begitulah bahayanya perasaan dengki dalam hati. Ia sampai boleh membawa


kepada pembunuhan. Dengki juga menghilangkan pahala amal kebaikan
seperti api memakan kayu api seperti disebut dalam hadith.

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬diriwayatkan bersabda: “Kedengkian


memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.”
(Riwayat Abu Daud)
Alamat dengki:

1. Tidak boleh melihat orang lain mendapat kesenangan.


2. Merasa suka apabila melihat orang lain mendapat kesusahan, di mana
mereka yang dengki akan berkata: “Padan muka dia”.

Anda mungkin juga menyukai