Anda di halaman 1dari 32

MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN

MODEL INKUIRI-KREATIVITI

CHUZAIRY BIN HANRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN
MODEL INKUIRI-KREATIVITI

CHUZAIRY BIN HANRI

Tesis ini dikemukakan


Sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Oktober 2013
ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan :
Nama Penulis :
Tarikh :
iii

Untuk ibu dan ayah atas doa, harapan dan titisan kasih saying

Untuk isteri atas sokongan dan pengorbanan

Untuk penyelia atas segala ilmu dan tunjuk ajar


iv

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dengan izinNya saya telah dapat


menyempurnakan tesis ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat.

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia


disertasi PM. Dr. Mohammad Yusof bin Hj. Arshad yang tidak jemu-jemu
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat yang berguna.

Penghargaan ditujukan buat isteri dan ahli keluarga tercinta yang tetap
memberikan sokongan dalam menempuh cabaran dan dugaan sepanjang menyiapkan
tesis ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada Pengetua, rakan-rakan guru dan semua


pelajar dari sekolah menengah di daerah Kota Tinggi yang terlibat dalam kajian ini.
Tidak lupa juga kepada para sahabat yang sentiasa memberi sokongan moral
sepanjang tempoh menyiapkan disertasi ini. Semoga Allah memberi sebaik-baiknya
ganjaran dan balasan di atas sumbangan yang diberikan.
v

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengamalan pengajaran guru


dalam menggalakkan kreativiti dan membina modul bagi membantu guru dalam
menggalakkan kreativiti pelajar. Bagi mencapai tujuan ini, kajian deskriptif
dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif dalam dua fasa. Kajian Fasa I mengkaji
amalan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti dan masalah pengajaran guru
yang boleh menghalang penggalakan kreativiti pelajar. Bagi mencapai tujuan
tersebut, lima orang guru daripada daerah Kota Tinggi dicerap pengajaran mereka.
Cerapan kelas direkod, ditranskrip, dikod dan dianalisis secara kualitatif dan
kuantitatif melalui statistik deskriptif. Dapatan kajian Fasa I mendapati guru kurang
menggalakkan kreativiti pelajar. Guru lebih banyak mengawal pembelajaran pelajar,
aktiviti sumbang saran idea kurang dijalankan dan guru hanya memfokuskan kepada
idea yang betul sahaja, pembelajaran pelajar lebih banyak melalui penerangan dan
aktiviti pengajaran adalah lebih berpusatkan guru. Dalam kajian Fasa II, Modul
Kimia Kreatif telah dibina berdasarkan kepada dapatan kajian Fasa I dan digunakan
di dalam pengajaran untuk diuji keberkesanannya. Modul Kimia Kreatif dibina
berdasarkan kepada Model Inkuiri-Kreativiti yang mengandungi empat fasa iaitu
Fasa Permulaan, Fasa Eksplorasi, Fasa Pengukuhan dan Fasa Aplikasi dan diuji
kepada lima orang guru. Dengan menggunakan modul, pengajaran guru semakin
baik. Guru lebih cenderung memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka
dan mengawal sendiri pembelajaran mereka. Aktiviti sumbang saran idea dijalankan
dengan lebih baik dan dijalankan dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar melalui
pengalaman meningkat dan aktiviti pengajaran guru lebih banyak berpusatkan
pelajar. Respon daripada pelajar menunjukkan pelajar semakin kreatif dengan
merangka sendiri eksperimen dan membina sendiri pengetahuan mereka. Dapatan
kajian ini diharapkan dapat memberikan implikasi untuk mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kimia khususnya dalam
menggalakkan daya kreativiti pelajar.
vi

Abstract

This research was conducted to investigate teachers’ teaching practices in


nurturing creativity and developing module in helping them nurturing students’
creativity. To achieve those objectives, a descriptive study was conducted
qualitatively and quantitatively in two main phases. Phase I was conducted to
investigate teachers’ teaching practices in nurturing creativity and problems that
inhibit the process of nurturing students’ creativity. Five teachers from Kota Tinggi
district were observed to achieve the objective. Class observation was recorded,
transcribed, coded and analysed qualitatively and quantitatively through descriptive
statistics. The findings of the Phase I study showed that teachers did not encourage
students' creativity. Teachers tend to control students' learning, brainstorming
activities were not much conducted and teachers only focused on the right ideas,
students’ learning process was more towards learning through teacher’s explanation
and teachers’ teaching activities were more towards teacher-centered. Those findings
were then used as a basis to develop Chemistry Creative Module. In Phase II of the
study, Chemistry Creative Module was developed based on findings of the Phase I
study and used in teaching to test its effectiveness. Chemistry Creative Module was
developed based on the Inquiry-Creativity Model that contains four phases which
were Engagement Phase, Exploration Phase, Enhancement Phase and Application
Phase and tested on five teachers. By using these modules, teachers’ teaching
practice was improved. Teachers tend to give freedom for students to investigate and
control their own learning. Brainstorming activities were improved and done more
frequent. Students' learning through experience had increased and teachers’ teaching
activities were more towards student-centered. Students’ responses showed that they
had become more creative by designing their own experiment and construct their
own knowledge. The findings of this study are hoped to give an impact to enhance
teaching and learning chemistry effectiveness especially in nurturing students’
creativity.
vii

ISI KANDUNGAN

MUKA
BAB TAJUK
SURAT
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstact vi
Isi Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Rajah xiii
Senaran Singkatan xiv
Senarai Lampiran xv

1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Sistem Pendidikan yang Berorientasikan 2
Peperiksaan
1.3 Pengajaran Sains secara Tradisional 3
1.4 Kreativiti dalam Sains 5
1.5 Penggalakkan Kreativiti dalam Sains 7
1.5.1 Pemikiran Kreatif 7
1.5.2 Penggalakkan Kreativiti secara Inkuiri 8
1.6 Pernyataan Masalah 10
1.7 Objektif Kajian 11
1.8 Persoalan Kajian 11
1.9 Kerangka Konsep 12
1.10 Kepentingan Kajian 14
1.11 Skop Kajian 14
1.12 Definisi Operasi 15
1.13 Rumusan 16

2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 17
2.2 Konsep Kreativiti 17
2.2.1 Definisi Kreativiti 18
2.2.2 Jenis Kreativiti 19
2.2.3 Ciri-ciri Kreativiti 21
2.3 Strategi Pengajaran yang Menggalakkan
Kreativiti 21
viii

2.3.1 Keseimbangan antara Kawalan Guru dan


Kebebasan Pelajar 23
2.3.2 Aktiviti Sumbang Saran Idea 23
2.3.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman 24
2.3.4 Pengajaran Berpusatkan Pelajar 25
2.4 Masalah yang Menghalang Penggalakkan
Kreativiti 25
2.5 Topik Elektrokimia dan Asid dan Bes 28
2.5.1 Topik Elektrokimia 29
2.5.2 Topik Asid dan Bes 31
2.6 Strategi Penggalakkan Kreativiti dalam Sains 32
2.6.1 Seni dalam Sains 32
2.6.2 Penggunaan Teknologi 34
2.6.3 Penggunaan Pendekatan Inkuiri 35
2.6.4 Perbandingan Strategi Penggalakkan
Kreativiti dalam Sains 35
2.7 Pengajaran secara Inkuiri 37
2.7.1 Tahap Inkuiri 38
2.7.2 Model BSCS5E 40
2.7.3 Model Kerangka Inkuiri 41
2.7.4 Model Arends 42
2.7.5 Perbandingan Antara Model-Model
Inkuiri 43
2.8 Proses Kreatif 45
2.9 Pembinaan Model Inkuiri-Kreativiti 48
2.10 Rumusan 50

3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 51
3.2 Rekabentuk Kajian 51
3.3 Kajian Fasa I 52
3.3.1 Cerapan Kelas Fasa I 52
3.3.2 Sampel Kajian Fasa I 53
3.3.3 Analisis Data Fasa I 54
3.4 Kajian Fasa II 54
3.4.1 Proses Pembangunan Modul 54
3.4.2 Pentadbiran Modul 55
3.4.3 Sampel Kajian Fasa II 57
3.4.4 Instrumen Kajian Fasa II 58
3.4.5 Analisis Data Fasa II 59
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian 61
3.6 Rumusan 61
ix

4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


4.1 Pengenalan 64
4.2 Penggalakkan Kreativiti di dalam Kelas Kimia 64
4.2.1 Keseimbangan antara Kawalan dan
Kebebasan Sebelum Penggunaan Modul 64
4.2.2 Sumbang Saran Idea Sebelum Penggunaan
Modul 70
4.2.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman
Sebelum Penggunaan Modul 73
4.2.4 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Sebelum Penggunaan Modul 76
4.2.5 Kesimpulan Penggalakkan Kreativiti
Pelajar 81
4.3 Modul Kimia Kreatif 84
4.4 Model Pengajaran Inkuiri-Kreativiti 84
4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik
Elektrokimia 87
4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit 88
4.5.2 Subtopik Elektrolisis Sebatian Lebur 89
4.5.3 Subtopik Elektrolisis Larutan Akueus 90
4.5.4 Subtopik Elektrolisis dalam Industri 91
4.5.5 Subtopik Sel Voltan 92
4.5.6 Subtopik Siri Elektrokimia 92
4.6 Pembangunan Modul Kimia Kreatf bagi Topik
Asid dan Bes 94
4.6.1 Subtopik Menganalisis Sifat-Sifat Asid
dan Bes 97
4.6.2 Subtopik Mensintesiskan Konsep Asid
Kuat, Asid Lemah, Alkali Kuat dan Alkali
Lemah 99
4.6.3 Subtopik Menganalisis Kepekatan Asid
dan Alkali 100
4.6.4 Subtopik Menganalisis Peneutralan 102
4.7 Rumusan Pembangunan Modul Inkuiri-Kreativiti 103
4.8 Keberkesanan Modul Kimia Kreatif 103
4.8.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa Penggunaan Modul 103
4.8.1.1 Keseimbangan antara Kawalan dan
Kebebasan Semasa Penggunaan
Modul 104
4.8.1.2 Aktiviti Sumbang Saran Idea
Semasa Penggunaan Modul 119
x

4.8.1.3 Pembelajaran Pelajar Semasa


Penggunaan Modul 124
4.8.1.4 Pengajaran Guru Semasa
Penggunaan Modul 141
4.8.2 Produk Kreatif Pelajar 155
4.8.3 Rumusan Keberkesanan Modul 161
4.9 Rumusan 163

5 KESIMPULAN DAN IMPLIKASI KAJIAN


5.1 Pengenalan 164
5.2 Pengamalan Pengajaran Guru dan Subjek Kimia 165
5.3 Kelemahan Guru dalam Menggalakkan Kreativiti 166
5.4 Pembangunan Modul Kimia Kreatif Berdasarkan
Model Inkuiri-Kreativiti 167
5.5 Keberkesanan Modul Kimia Kreatif dalam
Menggalakkan Kreativiti Pelajar 168
5.6 Implikasi Kajian 169
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 171
5.8 Kesimpulan 171
Rujukan 173
Lampiran 187
xi

SENARAI JADUAL
NO. MUKA
TAJUK
JADUAL SURAT

2.1 Perbandingan antara strategi penggalakkan kreativiti


dalam sains 36
2.2 Ringkasan Model Schwab 38
2.3 Model BSCS 5E 40
2.4 Model Kerangka Inkuiri 42
2.5 Perbandingan Model Inkuiri 45
2.6 Ringkasan Model Proses Kreatif 47
3.1 Latar belakang responden kajian Fasa I 53
3.2 Latar belakang responden kajian Fasa II 57
3.3 Komponen Kreatif yang Dianalisis 60
3.4 Ringkasan sampel, instrumen, analisis data
berdasarkan persoalan kajian 63
4.1 Ringkasan keseimbangan antara kawalan dan
kebebasan 66
4.2 Aktiviti pengajaran guru 70
4.3 Ringkasan aktiviti sumbang saran idea GK1 dan
GK4 72
4.4 Aktiviti pembelajaran yang dijalankan guru 75
4.5 Ringkasan aktiviti pengajaran guru 79
4.6 Keseluruhan pengamalan pengajaran guru 81
4.7 Ringkasan dapatan kajian bagi elemen strategi
pengajaran 83
4.8 Ringkasan subtopik dan aktiviti yang dirangka 87
4.9 Ringkasan ciri strategi pengajaran yang diwujudkan
bagi setiap aktiviti 88
4.10 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolit dan
bukan elektrolit 89
4.11 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis
sebatian lebur 90
4.12 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis
larutan akueus 91
4.13 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis
dalam industri 92
4.14 Penerangan aktiviti dalam subtopik sel voltan 93
4.15 Penerangan aktiviti dalam subtopik siri elektrokimia 94
4.16 Ringkasan subtopik dan aktiviti yang dirangka bagi
topik Asid dan Bes 95
4.17 Ringkasan ciri strategi pengajaran yang diwujudkan
bagi setiap aktiviti bagi topik Asid dan Bes 96
4.18 Penerangan aktiviti dalam subtopik menganalisis
sifat-sifat asid dan bes 97
4.19 Penerangan aktiviti dalam subtopik mensintesiskan
konsep asid kuat, asid lemah, alkali kuat dan alkali
lemah 99
4.20 Penerangan aktiviti dalam subtopik menganalisis 100
xii

kepekatan asid dan alkali


4.21 Penerangan aktiviti dalam subtopik peneutralan 102
4.22 Kawalan guru dan kebebasan pelajar keseluruhan
semasa menggunakan modul 105
4.23 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa permulaan 107
4.24 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa eksplorasi 110
4.25 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa
pengukuhan 114
4.26 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa aplikasi 117
4.27 Pembelajaran pelajar keseluruhan semasa
menggunakan modul 126
4.28 Pembelajaran pelajar fasa permulaan 128
4.29 Pembelajaran pelajar fasa eksplorasi 133
4.30 Pembelajaran pelajar fasa pengukuhan 135
4.31 Pembelajaran pelajar fasa aplikasi 139
4.32 Aktiviti pengajaran guru keseluruhan semasa
menggunakan modul 142
4.33 Aktiviti pengajaran guru fasa permulaan 144
4.34 Aktiviti pengajaran guru fasa eksplorasi 147
4.35 Aktiviti pengajaran guru fasa pengukuhan 150
4.36 Aktiviti pengajaran guru fasa aplikasi 153
4.37 Keseluruhan suasana yang diwujudkan sebelum dan
selepas penggunaan modul 161
xiii

SENARAI RAJAH
NO. MUKA
TAJUK
RAJAH SURAT

1.1 Kerangka konsep ubahsuai Model BSCS5E dan


proses kreatif 12
1.2 Ringkasan kajian 13
2.1 Pembangunan Model Inkuiri-Kreativiti 49
2.2 Model Inkuiri-Kreativiti 49
3.1 Ringkasan pentadbiran modul 56
4.1 Ringkasan penyelesaian masalah fasa demi fasa
secara umum 86
xiv

SENARAI SINGKATAN

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

BSCS Biological Science Curriculum Study

SCIS Science Curriculum Improvement Study

BPK Bahagian Pembangunan Kurikulum

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia


xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Transkrip Data Fasa I 187

B Modul Kimia Kreatif Panduan Guru 188

C Modul Kimia Kreatif untuk Pelajar 189

D Produk Kreatif 190

E Transkrip Temubual 191


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia sekarang banyak mengalami perubahan dan yang paling ketara adalah
perubahan dalam dunia pekerjaan. Pada masa sekarang, kualiti pekerja tidak seperti
kualiti pekerja di zaman dahulu. Ini disebabkan oleh perubahan daripada era industri
kepada era ilmu pengetahuan. Di era ilmu pengetahuan, pekerja dikenali sebagai
‘Knowledge Worker’ yang perlu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah,
mencipta sesuatu yang baru (Ordonez & Maclean, 2007), mempunyai daya kreativiti
yang tinggi dan boleh bekerja secara berkumpulan (Florida & Goodnight, 2005;
Fosnot, 2005). Ini akan memberikan impak kepada sistem pendidikan di Malaysia
kerana bagi menghasilkan ‘Knowledge Worker’ yang berproduktiviti tinggi, sistem
pendidikan harus berubah dari sedia ada kepada sesuatu yang lebih dinamik. Adakah
kita telah bersedia?

Menyedari akan hakikat ini, kerajaan telah mengisytiharkan tahun 2010


sebagai tahun inovatif dan kreatif sebagai usaha untuk mencapai wawasan 2020. Di
bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) menuntut pendidikan
berkualiti diperluaskan dan sepatutnya dapat membangunkan budaya kreatif dan
inovatif bermula dari peringkat prasekolah lagi terutama dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Persoalannya adakah kreativiti dan inovasi pelajar dapat
digalakkan? Bagaimanakah caranya?
2

Terdapat beberapa percanggahan pendapat antara ahli-ahli akademik


mengenai kebolehajaran kreativiti. Ada antara mereka berpendapat bahawa kreativiti
hanya wujud di dalam diri pelajar yang terpilih sahaja. Terdapat juga ahli akademik
yang berpendapat bahawa kreativiti boleh diajar dan dipupuk dalam diri pelajar
(Kampylis et al., 2009; Hong & Kang 2009). Ini kerana kreativiti berkait rapat
dengan pemikiran pada aras tinggi iaitu pemikiran kreatif dan pemikiran kreatif ini
boleh diajar dan dipupuk dengan kaedah yang sesuai (deHaan, 2009). Sekiranya
kreativiti boleh diajar dan dipupuk, adakah secara realitinya sistem pendidikan di
Malaysia sekarang menggalakkan kreativiti pelajar? Adakah sistem pendidikan
Malaysia memberikan ruang kepada pelajar untuk menggalakkan kreativiti mereka
sendiri melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

1.2 Sistem Pendidikan yang Berorientasikan Peperiksaan

Masalah utama yang menghalang penggalakkan kreativiti yang dilaporkan


ialah tekanan peperiksaan (Zohar, 2008; Zawojewski & McCarthy, 2007; Craft,
2005; Maisuria, 2005; Hayes, 2004). Terlalu banyak peperiksaan menyebabkan guru
menghadapi masalah dalam menggalakkan kreativiti pelajar. Dalam kajian Maisuria
(2005), tekanan peperiksaan yang tinggi menyebabkan guru mengajar cara-cara
untuk lulus dalam peperiksaan dan ini menyebabkan kurangnya penekanan kepada
kreativiti. Dalam kajian yang dijalankan oleh Hong & Kang (2009) pula, beliau
mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menggalakkan kreativiti
pelajar adalah banyak masa digunakan untuk menghabiskan silibus untuk
menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Ini kerana, guru berpendapat bahawa
aktiviti yang menggalakkan kreativiti tidak diuji dalam peperiksaan. Maka, mereka
merasakan bahawa aktiviti tersebut tidak perlu digalakkan.

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu fokus kepada peperiksaan. Pelajar akan


menduduki tiga peperiksaan awam sepanjang persekolahan mereka iaitu satu pada
peringkat sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dua pada
peringkat menengah, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran
3

Malaysia (SPM). Sekiranya pelajar menyambung pelajaran mereka ke tingkatan 6


mereka terpaksa menempuh lagi satu peperiksaan awam iaitu Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM). Disebabkan terlalu banyak peperiksaan awam dan pencapaian
pelajar diukur melalui bilangan A yang diperolehi dalam peperiksaan tersebut, guru
menghadapi tekanan peperiksaan yang sangat besar yang menyumbang kepada
masalah yang menghalang kepada penggalakkan kreativiti.

Kesan daripada tekanan peperiksaan ini, guru cenderung untuk mengajar


pelajar bagaimana untuk lulus dalam peperiksaan. Guru juga akan memfokuskan
kepada teknik dan kaedah yang terbaik bagi menjawab soalan peperiksaan dan
pengajaran mereka kurang menggalakkan kreativiti.

1.3 Pengajaran Sains Secara Tradisional

Pengajaran tradisional adalah kaedah pemberian fakta dan konsep yang


berpusatkan kepada guru (Aliakbar et al, 2006; Steinhorst & Keeler, 1995). Strategi
utama kaedah tradisional adalah kuliah. Sesi pengajaran dan pembelajaran dikawal
oleh guru yang memfokuskan kepada pengetahuan asas. Kelas dimulai dengan guru
memberikan pengenalan kepada tajuk yang diajar, diikuti dengan pemberian fakta
dan konsep secara kuliah dan disudahi dengan guru menyimpulkan apa yang telah
dipelajari (Kenneth, 2009).

Dalam kaedah tradisional hampir 80% masa pengajaran dikuasai oleh guru.
Walaupun kaedah ini amat berkesan untuk memperkenalkan topik yang akan diajar
pada masa tersebut, menyediakan pelajar untuk belajar, berkesan dalam
menyimpulkan isi pengajaran dan menjimatkan masa, namun pelajar bersifat pasif
dengan hanya mendengar dan mengambil nota di dalam kelas. Proses pengajaran
dan pembelajaran sudah tentu membosankan dan tidak memotivasikan pelajar untuk
belajar sains. Memandangkan fungsi guru sebagai pemberi maklumat, pelajar terus
bergantung kepada guru. Maka, ia tidak membantu pelajar dalam meningkatkan
kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan kreativiti (Kenneth, 2009)
4

memandangkan mereka hanya menerima input yang diberikan guru secara terus dan
tidak mensintesis input tersebut.

Guru perlu menyokong pemikiran kreatif pelajar dengan menggalakkan


pelajar berfikir secara kreatif dan memberikan ganjaran kepada idea kreatif pelajar
(Sternberg & Grigorenko, 2004). Namun begitu, didapati pada masa sekarang guru
kurang menerima idea kreatif pelajar (Kennedy, 2005). Walaupun kreativiti
memerlukan idea yang unik dan relevan, tetapi guru hanya memberi penekanan
kepada idea yang relevan sahaja dan tidak mementingkan idea unik dan kreatif
daripada pelajar, dan ini akan menghalang pelajar daripada berfikir secara kreatif
(Runco, 2004). Disebabkan penekanan yang lebih diberikan kepada idea yang
relevan sahaja akan menyebabkan ketakutan kepada pelajar untuk mengemukakan
idea unik dan kreatif (Nickerson, 1999). Dalam kajian Beghetto (2007) mendapati
guru kurang memberi perhatian terhadap idea unik pelajar yang kurang relevan dan
guru lebih suka menerima idea pelajar yang relevan berbanding idea pelajar yang
unik semasa perbincangan di dalam kelas. Ini akan menyekat pemikiran kreatif
pelajar dan seterusnya mengekang kreativiti pelajar.

Pengajaran secara tradisional juga tidak memberikan kebebasan kepada


pelajar untuk mengawal pembelajaran masing-masing. Ketiadaan suasana
pembelajaran yang bebas menyebabkan pelajar takut untuk mengemukakan idea baru
atau bertanyakan soalan yang luar biasa (Kennedy, 2005). Ketiadaan kebebasan
dalam pendidikan akan melahirkan pelajar yang hanya mahir dalam bidang yang
telah ditentukan di dalam kurikulum. Mereka hanya belajar dengan menerima segala
ilmu yang diberikan guru secara terus, dan mengaplikasikan sebahagian daripada
ilmu tersebut semasa peperiksaan. Pelajar seperti ini boleh berjaya di dalam
peperiksaan dengan menghafal fakta. Masalah yang timbul daripada proses belajar
seperti ini adalah tiada apa yang baru dihasilkan dan pelajar tidak memproses input
yang diberikan menggunakan pemikiran kreatif mereka (Erez, 2004). Oleh itu,
kebebasan perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk
kreativiti pelajar dan modul yang dibina akan mengambil kira kebebasan dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk menjana kreativiti.
5

Realiti yang berlaku di Malaysia adalah guru masih mengamalkan kaedah


pengajaran tradisional yang tidak menggalakkan daya kreativiti pelajar. Berdasarkan
kajian yang telah dijalankan oleh Martin et al (2004), aktiviti yang diamalkan oleh
guru di dalam kelas sains adalah seperti berikut iaitu guru memberi kuliah (25%),
guru membantu pelajar (19%), pelajar menyelesaikan masalah tanpa bimbingan guru
(11%) dan menyemak kerja rumah bersama-sama (13%). Ini menunjukkan bahawa
guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional yang tidak mengembangkan
daya kreativiti pelajar. Sesetengah penulis dan penyelidik (Koh, 2009; Norrizan,
2000) berpendapat bahawa sistem pendidikan di Malaysia hanya memfokuskan
kepada pengajaran secara tradisional iaitu berorientasikan peperiksaan dan
penghafalan sahaja seterusnya menghalang penggalakkan kreativiti. Kesan daripada
itu pelajar di Malaysia mempunyai daya kreativiti yang rendah (Norfauzi, 2002).
Chua (2004) mendapati min skor kreativiti pelajar Malaysia lebih rendah berbanding
skor min pelajar Amerika Syarikat pada peringkat usia yang sama. Oleh itu, kaedah
pengajaran perlu ditukar kepada satu pengajaran yang lebih kondusif dalam usaha
menggalakkan kreativiti pelajar.

l.4 Kreativiti dalam Sains

Semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah sebenarnya terdapat peluang


bagi menggalakkan kreativiti dan ia bergantung sama ada guru tersebut ingin
menggalakkan kreativiti di dalam kelas ataupun tidak. Pada masa sekarang guru
hanya beranggapan mata pelajaran bersifat artistik sahaja seperti kelas muzik, sastera
dan lukisan memberikan peluang kepada pelajar untuk menggalakkan kreativiti dan
tidak kepada mata pelajaran sains (Kampylis et. al., 2009).

Mata pelajaran sains sebenarnya memberikan lebih banyak ruang kepada


penggalakkan kreativiti memandangkan banyak aktiviti dalam sains yang boleh
digunakan bagi menggalakkan kreativiti (Torrance, 1992). Proses dalam sains
banyak memberikan ruang kepada kreativiti (Meador, 2003). Seperti contoh, dalam
proses pemerhatian, pelajar perlu fleksibel dan sensitif dalam melakukan
6

pemerhatian terhadap fenomena yang ingin dikaji. Pelajar perlu melihat masalah
bukan hanya daripada satu aspek sahaja tetapi perlu mengambil kira aspek-aspek
yang lain. Fleksibiliti dan sensitiviti merupakan salah satu elemen dalam kreativiti.

Namun begitu, kreativiti dalam sains berbeza dengan kreativiti dalam bidang
seni dan artistik kerana pembelajaran sains bukan hanya menguasai pengetahuan
sains atau hanya mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi pelajar perlu berfikir
melampaui pengetahuan dan prosedur sedia ada dalam proses memahami sesuatu
fenomena. Dalam menyelesaikan masalah harian menggunakan konsep sains, pelajar
perlu menggunakan pengetahuan sedia ada, mensintesis pengetahuan tersebut untuk
memikirkan beberapa kemungkinan penyelesaian kepada masalah dan akhirnya
menghasilkan penyelesaian hasil daripada kombinasi pengetahuan dan prosedur yang
sedia ada (Hu & Adey, 2002).

Park (2011), telah memperkenalkan satu model bagi mengenalpasti kreativiti


saintifik melalui tiga dimensi utama iaitu pemikiran kreatif, pengetahuan saintifik
dan kemahiran inkuiri saintifik. Seseorang pelajar boleh dikategorikan dalam
kreativiti saintifik apabila dia merangka satu eksperimen yang tidak terikat dengan
prosedur di dalam buku teks (kemahiran inkuiri saintifik) bagi menguji sesuatu teori
(pengetahuan saintifik) dan merangka eksperimen tersebut melalui pemikiran
mencapah (pemikiran kreatif). Kriteria dan proses yang dialami oleh pelajar dalam
mengasilkan sesuatu yang kreatif dalam sains adalah berbeza berbanding kreativiti
dalam seni yang hanya memerlukan pengetahuan dan pemikiran kreatif tetapi tidak
memerlukan kemahiran inkuiri saintifik.

Berdasarkan hujah di atas, kreativiti perlu dipupuk dalam subjek sains. Dalam
memupuk daya kreativiti pelajar pemikiran kreatif pelajar haruslah diasah kerana
kreativiti dan pemikiran kreatif berkaitan antara satu sama lain. Pelajar perlu
memiliki kemahiran pemikiran kreatif yang tinggi supaya kreativiti mereka semakin
meningkat.
7

1.5 Penggalakkan Kreativiti dalam Sains

Subjek sains memberikan ruang kepada guru untuk menggabungkan kreativiti


dan pemikiran kritis (Helgeson, 1998). Oleh itu, dalam pendidikan sains banyak
perhatian diberikan kepada penggalakkan pemikiran aras tinggi pelajar dan
penyelesaian masalah. Dalam kebanyakan pemikiran aras tinggi yang terlibat dalam
sains, kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kemahiran berfikir yang paling
berharga dan paling penting.

1.5.1 Pemikiran Kreatif

Kemahiran berfikir secara kreatif memainkan peranan penting dalam bidang


saintifik terutama sekali dalam menentukan hipotesis dan permasalahan dan
merangka langkah penyelesaian bagi hipotesis dan masalah tersebut (Hu & Adey,
2002s). Pemikiran kreatif yang bersifat mencapah (Guilford, 1967) membolehkan
seseorang melihat sesuatu perkara daripada pelbagai aspek yang membawa kepada
pembinaan hipotesis dan permasalahan yang lebih menyeluruh dan berkesan dan
seterusnya menguji hipotesis dan menyelesaikan permasalahan dengan lebih baik.

Komponen-komponen pemikiran kreatif termasuk memahami bahagian-


bahagian yang tidak lengkap, jurang, masalah dan kesukaran untuk mendapatkan
pengetahuan secara intuitif; membuat andaian mengenai bahagian-bahagian, jurang,
masalah dan kesukaran; menetapkan hipotesis, menguji hipotesis tersebut,
membanding hasil ujikaji, untuk menetapkan dan menilai hipotesis baru dan akhir
sekali untuk menjelaskan keputusan akhir ujikaji (Saeki et al., 2001). Kesemua
proses ini berlaku secara intuitif. Oleh itu, ianya berlaku dalam keadaan tidak sedar.

Untuk menggalakkan pemikiran kreatif satu proses yang memberikan ruang


yang ampuh untuk sesuatu pengetahuan terus dikembangkan perlu disediakan.
Banyak kajian lepas yang telah mengkaji proses ini dan mewujudkan model
8

pengajaran bagi menggalakkan pemikiran kreatif (Ott& Pozzi, 2010; Rose, 2009;
Torrance, 1993; Klahr & Dunbar, 1988).

Antara model yang boleh diaplikasikan dalam subjek sains adalah model
yang dikemukakan oleh Klahr & Dunbar (1988) dan Rose (2009). Kedua-dua model
ini menerangkan fasa hipotesis dan eksperimen (Klahr & Dunbar, 1988) dan fasa
aplikasi (Rose, 2009). Fasa-fasa ini digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam
sains dimana penyelesaian masalah adalah proses kreatif dalam sains (Jardine, 2000).
Proses pembinaan penerangan berlaku dalam fasa hipotesis. Pelajar akan membina
sebanyak mungkin penerangan saintifik mengenai sesuatu fenomena dengan melihat
fenomena itu daripada pelbagai aspek. Dalam fasa eksperimen, pelajar akan menguji
penerangan yang telah mereka bina sebelum ini. Oleh itu, pelajar berpeluang mereka
eksperimen dengan menggunakan imaginasi tersendiri walaupun ianya masih baru
bagi pelajar. Fasa yang terakhir adalah fasa aplikasi iaitu pelajar menggunakan
kefahaman mereka daripada eksperimen yang telah dijalankan untuk menyelesaikan
masalah yang praktikal dan berkaitan dengan dunia sebenar. Kesemua fasa ini
menggalakkan pemikiran kreatif pelajar dengan memberikan ruang yang cukup
untuk pelajar mengembangkan idea mereka.

1.5.2 Penggalakan Kreativiti Secara Inkuiri

Dalam konteks kreativiti, inkuiri boleh dikatakan sebagai sintesis


pemerhatian, refleksi dan maklumat secara kreatif dan berterusan dimana proses
inkuiri membolehkan pelajar membina sendiri pengetahuan mereka (Hammerman,
2006). Keadaan ini membuktikan bahawa inkuiri berpusatkan kepada pelajar
memandangkan pelajar mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan proses
pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan pelajar dalam menentukan proses
pengajaran dan pembelajaran dan dibimbing oleh guru sebagai fasilitator akan
menggalakkan lagi kreativiti pelajar.
9

Pengajaran secara inkuiri memberikan kebebasan kepada pelajar untuk


meneroka dan dengan bimbingan guru mereka tidak tersasar daripada objektif
pembelajaran (Robertson, 2007). Kebebasan dengan bimbingan guru membolehkan
pelajar meneroka sendiri pengetahuan tetapi tidak tersasar dari matlamat kurikulum.
Keadaan ini boleh menggalakkan kreativiti pelajar kerana pelajar akan berfikir
dengan lebih fleksibel tanpa terikat dengan fakta dan prosedur di dalam buku teks.

Penggunaan teknik makmal berdasarkan kepada pemikiran kreatif dan kritikal


boleh menggalakkan kreativiti. Kajian yang dijalankan oleh Koray & Koksal (2009)
terhadap guru sains membuktikan bahawa penggunaan teknik makmal boleh
menggalakkan kreativiti guru sains. Penemuan ini disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Haigh (2007) yang mendapati kaedah eksperimen secara terbuka
boleh menggalakkan kreativiti pelajar. Keterbukaan dalam merangka eksperimen
memberikan ruang kepada pelajar untuk menggunakan pemikiran kreatif dan kritikal
seterusnya menggalakkan lagi kreativiti mereka memandangkan pemikiran ini amat
berkait rapat dengan kreativiti.

Kajian yang telah dijalankan oleh Longo (2010) mendapati pelajar yang
belajar melalui pengajaran secara inkuiri bukan sahaja boleh menguasai topik yang
diajar tetapi mereka juga lebih kreatif berbanding pelajar yang belajar dalam suasana
pengajaran tradisional. Ini kerana mereka memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran di mana mereka boleh meneroka dan menyelesaikan masalah yang
telah mereka pilih. Pelajar perlu bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah
yang mereka pilih lebih daripada guru kerana semasa proses menyelesaikan masalah
pelajar mungkin akan melakukan kesilapan tetapi mereka belajar daripada kesilapan
tersebut (Sternberg & Lubart, 2007). Belajar melalui pengalaman membuatkan
mereka lebih fleksibel dan kreatif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang
wujud dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, sudah terbukti bahawa inkuiri boleh menggalakkan kreativiti pelajar.
Selain memberikan kebebasan kepada pelajar yang menjadi tunjang utama kepada
penggalakkan kreativiti, ia juga melatih pelajar untuk berfikir secara kreatif.
Penggunaan pendekatan inkuiri juga meningkatkan kefahaman pelajar dengan
10

mengaitkan apa yang mereka pelajari dengan situasi kehidupan seharian. Dengan itu
suatu pembinaan modul kreativiti dalam pengajaran sains perlu dibangunkan.

1.6 Pernyataan Masalah

Kreativiti perlu dipupuk dalam diri pelajar bagi melahirkan pekerja yang
fleksibel dan berdaya saing pada masa akan datang. Namun begitu, sistem
pendidikan Malaysia tidak menggalakkan kreativiti pelajar memandangkan
pengajaran yang masih dijalankan secara tradisional. Pengajaran secara tradisional
yang berpusatkan guru, tiada kebebasan dalam pengajaran dan pembelajaran dan
terlalu fokus kepada peperiksaan menghalang penggalakkan kreativiti. Oleh itu, satu
teknik pengajaran perlu dibangunkan bagi memastikan berlakunya penggalakkan
kreativiti dalam diri pelajar.

Subjek sains banyak memberikan peluang bagi menggalakkan kreativiti


pelajar. Proses dalam sains yang mirip dengan proses kreativiti secara umum
menunjukkan bahawa banyak peluang yang diberikan oleh subjek sains dalam
menggalakkan kreativiti. Selain itu, proses sains itu sendiri mempunyai ciri-ciri
kreatif. Walaupun proses sains mirip kepada proses kreatif secara umum, kreativiti
dalam sains amat berbeza dengan kreativiti dalam bidang artistik. Kreativiti dalam
sains bukan sekadar menghasilkan sesuatu yang kreatif tetapi menggabungkan
elemen kemahiran inkuiri saintifk, pengetahuan saintifik dan pemikiran kreatif bagi
menghasilkan produk kreatif tersebut.

Salah satu pendekatan pengajaran sains yang menggalakkan kreativiti adalah


pendekatan inkuiri. Pendekatan inkuiri adalah berpusatkan pelajar dan ia memberi
peluang kepada pelajar untuk menentukan pembelajaran mereka dan seterusnya
memberikan ruang kepada penggalakkan kreativiti. Kebebasan yang disediakan
apabila menggunakan kaedah inkuiri juga akan memberikan ruang kepada pelajar
untuk mengasah daya kreativiti mereka. Selain itu, pembelajaran melalui pengalaman
11

yang disediakan daripada pengajaran secara inkuiri juga akan menggalakkan lagi
kreativiti pelajar.

Bagi tujuan di atas, pengamalan pengajaran guru akan dikaji. Seterusnya,


kelemahan yang terdapat dalam pengajaran guru akan dijadikan asas untuk membina
sebuah modul. Modul tersebut cuba untuk menambah baik pengamalan pengajaran
guru agar proses penggalakkan kreativiti pelajar lebih efektif. Oleh itu, menjadi
hasrat kajian ini untuk membina modul bagi menggalakkan lagi kreativiti pelajar.

1.7 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan kajian di atas, objektif kajian ini adalah:

(i) mengkaji pengamalan pengajaran guru kimia dalam menggalakkan kreativiti


(ii) mengkaji kelemahan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti
berdasarkan kepada strategi pengajaran yang digunakan
(iii) membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada
Model Inkuiri-Kreativiti
(iv) mengkaji keberkesanan modul dalam
a. menggalakkan kreativiti pelajar dalam sains
b. mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kreativiti

1.8 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan iaitu:

(i) Apakah amalan pengajaran guru dalam subjek kimia dalam menggalakkan
kreativiti pelajar?
12

(ii) Apakah kelemahan yang dilakukan oleh guru dalam menggalakkan kreativiti
pelajar?
(iii) Adakah modul yang dibangunkan dapat menggalakkan kreativiti pelajar?
(iv) Adakah modul yang dibangunkan berdasarkan kepada Model Inkuiri-
Kreativiti berkesan dalam mewujudkan persekitaran yang menggalakkan
kreativiti?

1.9 Kerangka Konsep

Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah proses kreatif saintifik dan
model pengajaran inkuiri. Memandangkan guru merupakan medium kepada
penggalakkan kreativiti, pengamalan pengajaran guru perlu mengarah kepada
penggalakkan kreativiti. Modul pengajaran yang dibina perlu berupaya dalam
membantu guru mengubah strategi pengajaran yang sedia ada kepada strategi
pengajaran yang lebih mengarah kepada penggalakkan kreativiti.

Teori proses kreatif saintifik hasil daripada gabungan proses-prose kreatif


daripada kajian-kajian lepas digunakan dalam kajian ini kerana proses kreatif akan
mewujudkan ruang yang cukup bagi percambahan idea kreatif seterusnya
menggalakkan pemikiran kreatif yang menjadi tunjang utama dalam menggalakkan
kreativiti. Pendekatan inkuiri digunakan bagi menggalakkan kreativiti pelajar
memandangkan pendekatan ini berpotensi untuk mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan kreativiti. Model pengajaran inkuiri BSCS5E digunakan dan
diubahsuai supaya menepatu proses kreatif. Kesemua perkara ini dibincangkan
dalam Bab 2. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian.

Fasa Fasa Fasa Fasa


Permulaan Eksplorasi Pengukuhan Aplikasi
Penggalakkan
Persediaan Pembuktian Pengaplikasian Kreativiti

Rajah 1.1: Kerangka konsep ubahsuai Model BSCS5E dan proses kreatif
13

Pemerhatian kelas dijalankan bagi mengkaji pengamalan pengajaran guru dan


masalah yang menghalang penggalakkan kreativiti. Seterusnya, satu Model Inkuiri-
Kreativiti dihasilkan bagi menambah baik dan menyelesaikan masalah dan
kekurangan pengajaran guru seperti yang dikesan semasa pemerhatian kelas. Model
ini akan digunakan dalam modul pengajaran yang akan dibina. Seterusnya, modul
akan diuji keberkesanannya melalui produk kreatif dan pengajaran guru. Rajah 1.2
menunjukkan ringkasan kajian secara keseluruhan.

FASA I
PEMERHATIAN BILIK DARJAH

FASA II
PEMBANGUNAN MODUL

MODEL INKUIRI-KREATIVITI

MODEL BSCS 5E PROSES KREATIF

FASA PERMULAAN

PERSEDIAAN

FASA EKSPLORASI
PEMBUKTIAN

FASA PENERANGAN PENGAPLIKASIAN

FASA
APLIKASI

PENGUJIAN MODUL

Rajah 1.2: Ringkasan Kajian


14

1.10 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat memberikan kepentingan kepada:

i. Guru

Dengan adanya kajian ini, guru boleh merefleksi pengajaran mereka dan
mengubah pengajaran mereka sekiranya ianya tidak menggalakkan kreativiti.
Perubahan strategi pengajaran ini amat penting agar penggalakkan kreativiti pelajar
berlaku dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu, guru boleh menggunakan modul
ini dalam proses pengajaran mereka agar pelajar yang lebih kreatif boleh dihasilkan
dan menjadi pemacu kepada kejayaan negara pada masa akan datang.

ii. Pelajar

Hasil kajian ini boleh memberikan kesedaran kepada pelajar kepentingan


meningkatkan tahap kreativiti mereka. Dengan adanya kreativiti yang tinggi, mereka
dapat menyelesaikan masalah dengan pelbagai pendekatan dan fleksibel, mampu
menjana idea yang asli dan unik seterusnya berpotensi berkembang menjadi seorang
perekacipta. Mereka juga turut menyedari kebolehan mereka yang boleh
dimanfaatkan dalam memperolehi ilmu pengetahuan disamping dapat merefleksi
kemahiran-kemahiran yang lain.

1.11 Skop Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan kepada penggalakkan kreativiti pelajar dalam


subjek kimia bagi pelajar tingkatan empat. Kajian ini juga merangkumi pembelajaran
konsep-konsep kimia dalam elektrokimia dan asid dan bes di kalangan pelajar
tingkatan empat aliran sains.
15

1.12 Definisi Operasi

Operasi kajian akan berkisar kepada beberapa definisi berikut:

i. Kreativiti

Kreativiti bermaksud kebolehan seseorang untuk menghasilkan sesuatu


yang baru. Sesuatu yang baru tersebut tidak semestinya baru kepada orang
lain tetapi juga baru kepada diri sendiri.

ii. Model Inkuiri-Kreativiti

Model yang menggabungkan pendekatan inkuiri dan proses kreatif yang


digunakan dalam kajian ini.

iii. Pemikiran kreatif

Kemahiran untuk berfikir secara mencapah. Kemahiran ini merupakan


tunjang utama dalam menggalakkan kreativiti

iv. Persekitaran kelas

Persekitaran kelas merujuk kepada suasana di dalam kelas. Suasana yang


kondusif perlu diwujudkan bagi menggalakkan lagi kreativiti pelajar.

v. Modul pengajaran kreatif

Modul pengajaran kreatif adalah modul yang dibangunkan untuk


membantu guru menggalakkan kreativiti pelajar.
16

1.13 Rumusan

Bab ini membincangkan secara keseluruhan berkaitan permasalahan yang


berlaku dalam dunia pendidikan sains khususnya dalam menggalakkan kreativiti
pelajar dalam sains. Pengajaran secara tradisional dan tekanan peperiksaan menjadi
penghalang utama kepada penggalakkan kreativiti. Sehubungan itu, suatu strategi
pengajaran dan pembelajaran iaitu Model Inkuiri-Kreativiti yang diaplikasikan dalam
pembinaan modul telah dikemukakan bagi mengatasi permasalahan ini.

Anda mungkin juga menyukai