Anda di halaman 1dari 4

1

Kata Pengantar
Salamullah kepada pembaca yang budiman .

Semenjak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu


sensitif walaupun hanya desas desus yang mengatakan
tentang bangsa Melayu, ketuanan Melayu atau Raja-
raja Melayu Berpelembagaan yang perlu dihapuskan
dari catatan sejarah. Ia keluar dari mulut seseorang
dari kalangan bangsa Melayu itu sendiri. Nampaknya
bangsa kita sendiri muntah apabila mendengar
perkataan 'Melayu'. Kenapa? Kalau bukan melayu kita
hendak dipanggil apa?

Kita tidak sayang kepada yang bernama Melayu bahkan


sebenarnya kita tidak sayang terhadap diri sendiri.
Apakah yang dilakukan oleh orang Melayu terhadap kita
sehingga kita sangat benci kepada Melayu bangsa kita
sendiri? Anda tahu jawapannya sebab anda adalah di
kalangan bangsa ini.

Kalau kita benci dipanggil bangsa Melayu, kita suka


orang panggil kita apa? Mungkin kayu? Atau John? Atau
Ramasami atau 'tak bernama' itu lebih senang sebab
tidak akan fanatik mana-mana bangsa nanti ia akan
menjadi sebab perpecahan. Ha! baru saya dapat ilham,
kita namakan 'bangsa Malaysia'. Setuju??

Kalau setuju mudahlah kita mencampur aduk semua


agama jadi satu iaitu agama Malaysia. Itu adalah
agama induk. Agama-agama lain seperti hindu, buddha,
kristian, yahudi dan lain-lain adalah cawangan. Bolehlah
anak-anak kita kahwin dengan bangsa dan agama lain
Pelopor utama tanpa menukar agama dan bangsa itu.
Saya rasa ramai yang tidak setuju sebab ramai melayu kita terlalu fanatik terhadap agama
Islam dan agama lain pun ramai yang fanatik terhadap agama masing-masing bersama dengan
bangsa masing-masing. Kalau bangsa Cina terkenal dengan agama Buddha, bangsa India pula
terkenal dengan agama Hindu dan bangsa Melayu terkenal dengan agama Islam. Pada
pandangan saya, ia tidak mempunyai jalan penyelesaian untuk menjadi satu bangsa.

Baiklah, biar saya memudahkannya menjadi satu perkara yang paling 'simple'. Jika kita
menggunakan nama Bani Jawi, kerana jawi adalah yang sebenarnya menurunkan keturunan
bangsa Asia seluruhnya tidak kira bangsa Melayu, Kadazan, Dayak, Cina, India, Yahudi yang
berasal dari Asia Barat dan Timur tengah himpunan dari turutan genetik Kuki-Chin-Mizo. Lain
perkataan 'Jawi ialah bonda kepada bangsa-bangsa Asia'.

Tetapi yang sedihnya apabila kita hendak memasyhurkan Bani Jawi yang beragama Nabi
Ibrahim, ada pula golongan yang irihati dan telah cuba untuk menyekat, memadamkan tulisan
jawi bahkan kalau boleh bangsa ini tidak pernah wujud langsung. Bangsa dari jurai keturunan
Nabi Ibrahim melalui bonda mereka Keturah Kanaan. Paling menyayatkan hati ialah orang yang
cuba memadamkan bangsa Jawi ialah seorang Melayu.

Jika perbuatan itu dilakukan oleh Yahudi tidaklah menghairankan sebab hasad dengki mereka
telah termaktub di dalam Al-Quran. Yahudi tidak merosakkan agama kita dari dalam, kerana
mereka bermatian tidak mahu kepada Islam. Orang yang merosakkan agama kita ialah
petualang dari golongan kita sendiri yang disogok oleh Yahudi Kristian Liberal atau AFC. Kalau
kita berpandangan liberal/bebas, maka biarkanlah agama apapun yang dianuti masyarakat.
Tetapi bagi agama lain tidak mengapa pun bagi pihak mereka untuk menjadi liberal kecuali

2
agama Islam. Ia wajib dipadamkan atau disekat dari kebebasan beragama.

Fahaman liberal yang dianuti mereka sebenarnya salah dalam pengertian liberal itu sendiri.
Jika puak liberal ini memerintah tentu agama Islam segera dihapuskan atau dianak-tirikan tidak
dibenarkan bebas sewenang-wenangnya. Suatu ketidakadilan berlaku dalam memperjuangkan
keadilan. Di mana yang dikatakan kesaksamaan?

Puak inilah yang berkata manis dengan janji-janji kemudian janji itu dimungkiri. Puak petualang
atau munafik dalam golongan sendiri. Puak itu dikatakan Melayu yang membenci Melayu.
Pepatah orang tua kita berkata “Kalau tidak hulu kapak itu kayu juga yang memotong kayu”.
Ertinya “Kalau tidak Melayu juga yang menghancurkan Melayu”.

Inilah musuh kita yang sebenar bukan orang kafir dalam sudut Islam. Kita hanya menyempit-
kan perspektif munafik hanya dalam sudut agama sahaja. Cuba kita memperluaskan skop
munafik itu dalam pelbagai perspektik samada di sudut politik, organisasi, pertubuhan,
perniagaan dan sebagainya. Terdapat juga munafik di mana-mana.

Rasulullah saw. hanya mengutuskan surat sahaja kepada orang kafir dan mereka merasai
takut dengan isi kandungan surat itu. Orang-orang kafir adalah musuh yang mudah dihadapi
tetapi berbeza dengan puak munafik, mereka tidak gentar pun dengan kehebatan Islam.
Mereka berani berhadapan dengan Rasulullah dan Baginda tidak menunjukkan sebarang
permusuhan dengan mereka. Puak ini amat sukar untuk dihapuskan ibarat membuat duri yang
halus di dalam daging.

Kita perlu berhati-hati jika kita ada ramai pengikut atau mempunyai organisasi, perniagaan
atau kita seorang pemimpin. Pasti terdapat munafik dalam organisasi kita yang akan
merosakkan kestabilan bahkan mereka boleh memusnahkan kita. Ciri-ciri mereka boleh
dikenalpasti walaupun sukar. Satu daripada ciri-ciri munafik ialah memecah-belahkan hubungan
persaudaraan, memutuskan sesuatu yang diperintah Allah menghubungkannya.

Ini adalah formula khas dan mesej khas bagi menyatupadukan umat Islam Malaysia khasnya
dengan pendekatan konsep ketuhanan, ketuanan Melayu, kemujizatan Islam, agama Islam
sebagai agama rasmi dan memertabatkan tanahair malaysia di mata dunia dan di sisi Allah
serta mengenali dengan pengkajian kehebatan dunia peradaban keturunan Bani jawi sejak
beribu tahun dengan pengetahuan bahawa asal usul keturunan bangsa agung Bani Jawi. Pihak
pemerintah dan pemimpin-pemimpin Melayu untuk meyatupadukan umat Melayu Islam di
bawah payung Bani Jawi.

Jika tidak ada Ketuanan Melayu bagaimana bangsa mempunyai pemimpin? Adakah semua ingin
menjadi pemimpin sehingga rakyat ingin menjadi tuan? Rakyat tetap menjadi rakyat dan
pemimpin kepada rakyat itu tetap menjadi pemimpin. Idea memusnahkan Ketuanan Melayu ini
sangat tidak masuk akal. Bagaimana idea dari seorang yang bijak berpengajian tinggi boleh
mengelirukan?

Ketuanan Melayu di bawah Perlembagaan Raja-Raja Melayu telah tetap dan diakui oleh
penjajah British. Jika kita ingin mengubahnya lakukan perjanjian semula walaupun 99 tahun
perjanjian itu belum berakhir. Kita ingin sangat Negara kita menjadi Republik Malaysia supaya
rakyat lebih bebas memerintah. Tetapi jika kita lihat Republik Indonesia, rakyatnya tidak bebas
langsung untuk bersuara dan pemimpin tetap menjadi kaya raya dan rakyat papa kedana.

Isu-isu ini sebenarnya lebih kepada memecahbelahkan masyarakat. Ia hanya menjadi janji-janji
manis terhadap rakyat agar rakyat membuat provokasi dan komplot. Kita ingin menjadi
seperti Republik Singapura sehingga rakyat berbangsa Melayu dipinggirkan. Mahukah kita
Malaysia direpublikkan? Ketuanan Melayu tidak ada masalah tetapi yang menjadi masalah ialah
Ketuanan Politik yang memporakperandakan rakyat dengan mewujudkan rakyat yang taksub
dengan pemimpin-pemimpin politik.

3
Biodata

NAMA : PADUKA RAMIZU


UMUR : 43 TAHUN
BIDANG : PENGANALISA POLITIK BEBAS DAN KAUNSELOR BEBAS
KONSEP: BERIMAN BERISLAM BEREHSAN
TEMPAT BERTANDING : CALON BEBAS BUKIT GANTANG (2009)
CALON BEBAS DUN PENANTI (2009)
CALON BEBAS DUN PEMATANG PASIR (2009)

Kini beliau MASIH BEBAS dengan konsep menyatupadukan pemimpin dan rakyat demi
keamanan dan keharmonian hidup di Negara Majmuk negara yang dicintai SATU MALAYSIA.

Beliau mempunyai pemikiran yang tajam dalam menganalisa sesuatu isu atau perkara yang
berbangkit, masalah yang sukar untuk diselesaikan dan bertungkus lumus membantu masalah
orang lain. Hasil dari pemikiran beliau Penganalisa Politik Dunia Sophie Lemiere mengunjungi
beliau pada Pilihanraya Bukit Gantang. Sophie sangat teruja dengan pendapat beliau dan terus
mengikuti perkembangan beliau pada Pilihanraya Dun Penanti dan Dun Permatang Pasir,
Pulau Pinang bersama konsortium pakatan bebas beliau selama 4 bulan. Sophie menyelidiki
budaya bangsa Melayu dan mengetahui tentang Bani Jawi. Sophie akan datang lagi untuk
mengikuti perkembangan Bani Jawi.

Penganalisa Politik Dunia


Sophie Lemiere mengunjungi
suasana pilihanraya di Bukit
Gantang.

Oleh Penganalisis Politik : Paduka Ramizu@Kamarul Ramizu bin Idris

Website : http://s3banijawi.blogspot.com