Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN SEJARAH SENI LUKIS MODEN YANG

DIKEMUKAKAN OLEH PAUL CEZANNE DAN PERKEMBANGANYA

Modenisasi seni rupa barat, dilakukan sejak para seniman tidak hanya sekadar
menempatkan diri sebagai reflector. Alam tidak lagi ditiru begitu sahaja sebagai sumber
idea untuk menghasilkan karya ,tetapi diubah menjadi bentuk seni .Malah seniman
moden harus berpendirian bahawa pusat diri mana karyanya lahir adalah bertolak dari
diri peribadianya.
Sejak bila atau siapa yang mula mengorak langkah menuju kearah seni lukis yang
dianggap moden merupakan hal yang agak membingungkan juga. Berbagai-bagai
pendapat kita temui. Di Eropah, Sarah Newneyer misalnya, menunjukkan kemunkinan
pada lukisan Bison di Gua Lascaux, atau lukisan Picasso yang baru diselesaikan .Ini jelas
bahawa ia mengunakan istilah moden tersebut tidak dengan hubunganya dengan
kronologi melainkan yang diperuntukkan buat menamai sesuatu kelompok lukisan yang
memiliki sifat-sifat tertentu. Namun ,bagi John Canady pula memulainya dari aliran
Neo-klakisme Jacques David (1748-1825) . Tetapi disini penulis menyetujui pendapat
Herbert Read , kritikus yang tidak asing lagi dalam dunia seni lukis, dengan menggangap
Paul Cezanne (1839-1906) sebagai bapa seni lukis meden.
Dalam seni lukis Cezanne , kita telah menjumpai ciri-ciri seumpamanya ini.
Walaupun masih yang berpendapat ini agak terlalu awal kerana objek sasaran karyanya
masih menyentuh hal-hal tampak,apa yang dapat ditekankan , apakah kelainan yang
ditekankan, ialah kelainan yang ada pada pelukis, ini berbanding dengan pelukis
terdahulu . Karya Cezanne tidak lagi sekadar meniru alam ,tetapi melukis dengan penuh
kesedaran . Alam merupakan dasar sebaliknya, dia ingin memandang dunia lebih objektif
berbanding dengan kelompak impresionis yang melukis kesan cahaya matahari apa
adanya seperti yang terlihat setiap objek yang bakal dilukis. Sedangkan Cezanne cuba
memasuki objeknya dengan mengemukakan sifat tersendiri abadi dibalik pewujudan
yang diubah-ubah itu. Cezanne berpendapat ,To paint from natureis not merely to copy
the object,but to realize sensation. Seterusnya dia mengatakan bahawa segala bentuk itu
terdiri dari selinder, kubus dan kerucut disamping bentuk geometri merupakan asas yang
paling utama.
Dengan pemikiran yang dibawa oleh Cezanne serta tindakan untuk melahirkan
karya telah menunjukkan adanya unsur kretiviti.Sesungguhnya unsur ini harus dan mesti
dipunyai oleh setiap pelukis. Ini disebabkan seni moden tidak terbatas pada objek-objek
alam yang biasa, tetapi yang menentukan karya seni ialah ransangan dari diri pelukis itu
sendiri.
Lukisan adalah jiwa tampak .Oleh itu ,pelukis harus bebas dari kenangan-
kenangan yang datang dari pelbagai bentuk kolektiviti ,agar ia “benar”iaitu menampil apa
yang terasa dalam hati , yang bergerak dalam jiwanya,secara murni,lurus dan tidak
terhalang .Dia harus merdeka semerdekanya ,terlepas dari segala moral mahupun tradisi
untuk hidup segar dan merdeka seperti dinyatakan oleh Paul cezanne.
Meletusnya revolusi Francis pada tahun 1789 merupakan sejarah besar yang
mengubah suasana dunia dan kesannya sungguh mengoncangkan. Akibatnya bukan saja
mempengaruhi bidang politik,ekonomi dan sosial tetapi menyangkuti bidang kebudayaan
khususnya seni. Sekiranya pelukis terikat dengan pihak atasan yang berkuasa yang
memegang tompok penguasaan tetapi kini, ia sebaliknya hidup mereka mula bebas tanpa
sebarang ikatan . Melukis tidak lagi memenuhi pesanan atau tempahan-tempahan tetapi
pengkarya, kerana runtunan hati murni mereka. Mulai saat ini pelukis seperti Paul
Cezanne berani menampirkan diri dengan unsur kretif dan menonjol peribadi tunggal.
Sesungguhnya secara etimologi,istilah moden berasal dari perkataan Latin
“modo” yang membawa maksud “sekarang” . Oleh sebab ia dari bahasa latin (bahasa
yang amat tua umurnya) jelasnya kata moden berasal sejak dari dulu lagi. Dengan ini
,pelukis menggangap moden dalam seni lukis adalah karya yang kita jumpai hari ini yang
memperlihatkan ciri-ciri tertentu berpunca dari kebebasan seniman.
Apabila menbicarakan seni lukis moden ,kita sering difahamkan atau lebih
condong mengatakan bahawa lukisan-lukisan yang bercorak abstrak,non figurative dan
non-objektif sebagai seni lukis moden.Tetapi sebaliknya bukanya demikian .Dengan
kebebasan yang dituntut dalam dunia hari ini , pelukis-pelukis adalah bebas menentukan
apa sahaja aliran yang di senanginya. Dengan pelbagai ragam corak yang dibawa oleh
para pelukis ,ia sejak dilakukan oleh cezanne ,jelaslah aliran yang astrak ,non-objektif
dan non-figuratif tidak berupaya mengalahkan pewujudan seni yang figuratif dan
objektif. Kesenian dapatlah dikembalikan kepada salah satu atau kepada satu campuran
dua unsur di atas.Jika sesuatu kesenian sifatnya menghias bentuk pewujudanya adalah
abstrak. Disebabkan hakikat perhiasan semata-mata ,peribadinya dalam gerak dan irama
yang mutlak.

Anda mungkin juga menyukai