Anda di halaman 1dari 1

Pada pukul 7.

30 pagi, saya telah mengumpulkan murid lelaki 3E dan 3F untuk melaksanakan PdP
Pendidikan Jasmani dan kesihatan. Tempoh pdp adalah sekitar 70 minit dan saya laksanakan dalam tiga
bahagian iaitu pemanasan badan, sesi latihan litar secara berpasangan dan 20 minit terakhir saya telah
laksanakan aktviti permainan bebas iaitu permainan bola sepak. Sewaktu aktiviti itu berlangsung, salah
seorang murid saya iaitu ___ telah terlanggar kawannya dan terjatuh. Akibat pelanggaran tersebut,
pelajar itu didapati mengalami kecederaan pada bahagian buku lali dan kakinya. Perkara itu saya lihat
betul-betul didepan mata saya dan saya telah mengarahkan kawan-kawannya mengangkat ke sudut
padang bagi memudahkan saya menilai tahap kecederaan.

Saya mengarahkan sekali lagi kawan-kawannya mengangkat murid yang tercedera itu ke Kawasan yang
lebih selesa iaitu di wakaf hadapan bilik PPKI. Setelah itu, saya terus ke kantin sekolah untuk
mendapatkan ais sebagai langkah rawatan awal. Dalam tempoh rawatan, murid itu menyatakan
kesakitan berlaku pada bahagian kaki dan buku lalinya namun pada masa yang sama memberitahu saya
dia mampu berjalan pulang ke kelas. Beberapa orang kawannya turut membantu murid tersebut untuk
kembali ke kelas. Melihat akan kemampuannya berjalan waktu itu, saya membenarkan murid itu pulang
ke kelas dan saya meneruskan kerja saya yang lain.

Sekian sahaja laporan saya.

Anda mungkin juga menyukai