Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

PENGENALAN

Hari Asyura merupakan dari perkataan arab ‘asyara’ yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari
asyura adalah hari yang ke sepuluh di dalam kalender islam iaitu pada 10 muharam. Hari asyura
menyaksikan banyak sejarah besar dan mukjizat yang berlaku ke atas para nabi. Di antara peristiwa
yang berlaku pada 10 muharam adalah Allah telah menyelamatkan nabi Nuh a.s dan pengikutnya
selama 6 bulan dan bahtera mereka selamat berlabuh di puncak pergunungan. Pada waktu tersebut
mereka telah mengumpul biji bijian untuk dimasak. Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum
muslimin menjadikan makanan mereka itu dari biji bijian yang dinamakan bubur asyura.

MATLAMAT

Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan dan menjadikan
insan yang lebih bertaqwa kepada Allah melalui ibrah sirah rasul.

OBJEKTIF

Murid-murid dapat

1. Merasai sendiri memasak bubur asyura.


2. Menjalinkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan dan guru.
3. Mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah yang berlaku pada 10 Muharam.

SASARAN

Murid tingkatan 4 Zuhal dan 4 Musytari

TARIKH PELAKSANAAN

22 September 2018

TEMPAT

Surau SMK TEMERLOH


SUMBER DAN KOS

SUMBER PERBELANJAAN

Jagung 20 tin x RM 3.90 = RM 78.00


BANTUAN PERSEKOLAHAN LAIN – Ketumbar 400 gm x 5.00 = RM 20.00
BBTP ( KEGIATAN PENDIDIKAN Labu 2 biji x RM 6.90 = RM 13.80
ISLAM) Bawang 6 kilo x 9.00 = RM 54.00
Gula 14 kilo x 2.95 =RM 41.30
Gula nisan 2 paket x RM 8.00 = RM 16.00
JUMLAH = RM 690.40 Gula kerek 4 kilo x RM 8.00 = RM32.00
Halia 2 kilo x RM 8.00 = RM 16.00
Daging 4 kilo x RM20.00 = RM20.00
Rempah asyura 3 kilo x RM 30.00 = RM90.00
Kacang Tanah 4 kilo x 12.00 = RM48.00
Kacang merah 6 kilo x 12.00 = RM72.00
Kacang hijau 6 kilo x RM10.00 = RM 60.00
Bawang merah 2 kilo x RM5.00 = RM 10.00
Keledek 10 kilo x RM4.80 = RM 48.00
Ikan Talang masin 3.100 x RM 23.00 =RM 71.30

JUMLAH RM 690.40

PENUTUP

Diharapkan dengan terlaksananya program ini,murid-murid dapat menghayati dan mengambil iktibar
dari peristiwa besar yang berlaku kepada nabi-nabi terdahulu. Murid-murid juga dapat menjadikan
kisah ini sebagai satu langkah untuk menjadi mukmin yang berakhlak mulia dan cemerlang di dunia
dan akhirat.

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………………. ………………………………..