Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1. ISI KANDUNGAN 1
2. PENGHARGAAN 2
3. PENGENALAN 3
5. BIBLIOGRAFI 9
PENGHARGAAN
Salam sejahtera
Bersyukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja
kursus saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Pengenalan Pedagogi Sains Abad
Ke-21.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya
sepanjang saya menyiapkan kerja kursus saya ini. Pertama sekali kepada pensyarah saya,
Cik Hajah Norhayati bt Sidek kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat
kepada semua pelajar serta memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan
kerja kursus ini.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga
juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan
kerja kursus masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai kerja kursus
amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya
maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus Pengenalan Pedagogi Sains Abad Ke-21
Terima kasih.
PENGENALAN
Penulisan esei sebanyak 1000 perkataan tentang refleksi kendiri dengan mengambil kira
kemahiran memperolehi dan menguruskan maklumat relevan daripada pelbagai sumber
aplikasi kemahiran saintifik, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah secara
alternatif serta perkongsian pengalaman dalam semua aktiviti untuk membudayakan
pedagogi Sains abad ke 21.
Kurikulum yang direka bentuk menuntut kita untuk membuat pilihan tentang elemen
penting pada masa kini bagi membantu murid untuk masa depan mereka. Semua pihak perlu
memainkan peranan dalam memastikan keberhasilan dan kemenjadian murid berlaku secara
aktif agar tercapai 6 aspirasi abad ke-21 iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian serta mempunyai
identiti nasional yang diperlukan oleh murid untuk bersaing di peringkat global. Keberkesanan
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berkait rapat dengan kefahaman guru terhadap ciri-ciri
pembelajaran abad ke-21, reka bentuk bilik dan kesediaan guru sebagai orang yang akan
memimpin proses pembelajaran. Saya telah mendapati sekolah Kebangsaan Convent Kota,
Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 1 telah membudayakan pengajaran dan pembelajaran abad
ke 21 dengan efisen.
Hasil daripada pemerhatian saya semasa pengalaman berasaskan sekolah, sekolah ini
telah mewujudkan persekitaran bilik darjah abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains. Merujuk rajah 1, kita dapat melihat susunan meja dalam bilik darjah yang dapat
mewujudkan komunikasi dan kolobarasi antara murid-murid. Kolaboratif melibatkan
perkongsian maklumat kemahiran dan idea untuk kemajuan bersama. Pada mendapati setiap
aktiviti – aktiviti Sains yang diberikan kepada para murid melibatkan kolabarasi supaya murid
dapat saling berkongsi pendapat dan idea. Hasil daripada perbincangan dengan Pn Fairus,
Penyeleras LADAP SK Convent Kota, beliau telah berkongsi pendapatnya bahawa ciri yang
penting dalam pembelajaran abad ke 21 adalah penglibatkan murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan bukannya perhiasan bilik darjah yang mendorong pembelajaran abad ke
21. Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, berdasarkan
kecenderungan dan minat yang bersesuaian dengan murid itu sendiri. Murid aktif belajar dan
guru sebagai pembimbing pembelajaran. Ada segelintir sekolah yang mewujudkan persekitaran
pembelajaran abad ke 21 dengan menyediakan parking lots, sudut pembelajaran, carta
ganjaran dan lain-lain tetapi proses pengajaran dan pembelajaran tidak menjurus ke
pembelajaran abad ke-21. Pada pendapat saya, apabilia dikatakan pembelajaran abad ke-21,
guru guru harus memahami ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 dan berkait rapat dengan
kesediakan guru terhadap pebelajaran abad ke-21.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 merupakan satu pelan
strategik jangka panjang yang mensasarkan kualiti pendidikan Negara dipertingkatkan dalam
tempoh 13 tahun dengan pelaksanaan tranformasi. Bagi mencapai hasrat tersebut, Guru
sebagai pemudah cara yang melaksanakan pelbagai aktiviti berpusatkan murid, menyediakan
aktiviti yang dapat mencabar minda murid dan penyoalan aras tinggi secara berperingkat bagi
mendorong murid memberi pandangan serta membuat penyelidikan dan membuat penerokaan
secara terancang dan berstruktur. Saya mendapati sekolah ini mengaplikasikan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pada tahap penyoalan tetapi penggunaan pendekatan IBSE,PBL,
S.T.E.M adalah kurang diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi hasil
perbincangan dengan guru Sains tahun 5, beliau berkata pendekatan Inquiry Based Science
Education (IBSE) selalu digunakan terutamanya semasa aktiviti praktikal. Contoh aktiviti yang
beliau berikan adalah untuk penyiasatan tentang mikroorganisma. Murid-murid dikehendaki
menjalankan penyiasatan tentang faktor-faktor yang menyumbang pertumbuhan
mikrooraganisma. Semasa penyiasatan ini, murid-murid akan terlibat secara langsung dan guru
hanya membimbing murid-murid. Murid-murid akan membuat kesimpulan di akhir penyiasatan.
Beliau juga berpendapat bahawa, pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan di semua aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Beberapa prinsip dan konsep perlu didedahkan secara langsung
oleh guru atau guru boleh melaksanakan inkuiri terbimbing. Pada pendapat saya, pendekatan
inkuiri perlu diaplikasikan dengan dikaitkan dengan kehidupan seharian murid seperti
melakukan penyiasatan terhadap sesuatu fenomena. Pendekatan inkuiri membantu murid
untuk memahami konsep saintifik, menghargai proses memperolehi pengetahuan dan
mengembangkan kemahiran menjadi ‘independent inquirers’.
Pada pendapat saya, penambahbaikan diperlukan dari aspek penggunaan peta i-think.
Murid-murid hanya menggunakan peta i-think untuk merumuskan nota pembelajaran. Guru
sains perlu menggalakkan murid untuk mengunakkan peta i-think terhadap tugasan yang
meningkatkan daya pemikiran murid. Murid juga harus diberi pendedahan tentang lapan peta
pemikiran I-think.
Penggunaan Whole Brain Teaching di sekolah ini kurang dipraktikan. Namun saya
berpendapat guru-guru di sekolah dapat membudayaknnya dengan beberapa cara yang
mudah. Kaedah Whole Brain Teaching adalah satu cara pembelajaran yang dapat menarik
perhatian murid. Pada pendapat saya, tidak semestinya guru menggunakan konsep ini secara
menyeluruh tetapi boleh mengaplikasikannya mengikut keperluan. Contohnya, guru boleh
mengaplikasi langkah keempat dalam Whole Brain Teaching iaitu ‘score board’. Langkah ini
akan membantu guru untuk membuat penilaian terhadap hasil kerja. Ini adalah sama dengan
sistem ganjaran iaitu apabila seseorang murid didapati memenuhi harapan maka murid tersebut
diberi ganjaran (muka smiley gembira). Pendekatan ini akan meningkatkan komunikasi antara
murid dengan guru.
Flipped Classroom juga merupakan salah satu elemen penting dalam pembelajaran
abad ke-21.Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan
masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas
digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara
individu.
Hasil pemerhatian saya, pendekatan Flipped Classroom tidak dipraktikan di sekolah ini. Setelah
perbincangan dengan guru, saya mendapati pendekatan ini tidak dapat dilaksanakan keran
aada segelintir murid yang tidak mempunyai kemudahan internet di kediaman mereka
menyebabkan pendekatan ini kurang efisen. Pendekatan Flipped Classroom ini,akan
menjadiakn tugas-tugas mengajar menjadi lebih mudah dan lebih bermakna. Pada pendapat
saya, melalui ini juga kita menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka dan tidak mengharap usaha guru semata-mata. Maka waktu
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan dapat dilangsungkan dengan lebih berkesan
dan lebih bermakna. Saya akui pasti akan ada beberapa kekangan untuk model ini. Liputan
internet yang terhad, latar belakang murid, sikap murid dan beberapa faktor lain lagi. Tetapi,
saya berpendapat kita sebagaiwarga pendidik berusaha memberi peluang kepada murid untuk
merasa pengalaman pembelajaran yang berbeza.
Sebagai kesimpulan, rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad
ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai
pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa
depan. kita sebagai pendidik perlu menjunjung aspirasi Negara dalam menhadapi cabaran
pembelajaran abad ke-21 dan perlu memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21.
BIBLIOGRAFI