Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

BILANGAN KANDUNGAN MUKA SURAT

01 ISI KANDUNGAN 1

02 PENGHARGAAN 2

03 LAPORAN TEMUBUAL 3-6

04 LAMPIRAN 7 - 21

05 RUJUKAN 22

1
PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Bersyukur saya kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan kerja kursus Profesionalisme Perguruan (EDUP 3083) bagi tahun 2019. Dalam kerja
kursus kali ini, saya telah ditugaskan untuk menjalankan satu sesi temu bual dengan seorang
guru di SJK (T) Methodist Buntong,Ipoh. Setinggi penghargaan kami ucapkan kepada Dr Fauziah
Hanim, pensyarah yang banyak membantu dan sebagai pembimbing kami dalam melaksanakan
tugasan ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu
saya dan yang sanggup bersama saya dalam mencari bahan untuk melengkapkan serta
menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah
membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya kepada Cik Victoria Emli,
yang sanggup meluangkan masa untuk sesi temubual dan ibu bapa saya yang telah banyak
memberi sokongan moral. Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini saya berasa tenang kerana
segala aktiviti dapat dijalankan dengan terancang. Semoga Puan dapat memaafkan saya jika
terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan saya.

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui
Profesionalime Perguruan dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tidak akan saya lupakan.

Sekian terima kasih.

2
LAPORAN TEMUBUAL

Saya Priya A/P Murugan, pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 dari IPG Kampus Ipoh telah
menemu ramah seorang guru, Cik Victoria Emli dari SJK(T) Methodist bertujuan untuk
mendapatkan maklumat mengenai konsep mengajar sebagai satu profession dan ciri-ciri guru
yang professional serta isu dan cabaran kerjaya guru pada masa ini termasuk dari aspek
perundangan. Hasil temubual ini saya mendapati banyak maklumat yang berguna mengenai
profesionalisme perguruan. Responden yang dipilih adalah guru kelas tahun 6 Pagalavan dan
mempunyai pengalaman selama 23 tahun. Beliau dapat mengutarakan pendapat beliau
mengenai soalan- soalan yang ditanya dengan jelas.

Soalan pertama yang diajukan kepada beliau adalah tentang pendapat beliau mengenai
profesion perguruan. Dan beliau berpendapat bahawa profesion perguruan adalah satu bidang
yang berkaitan dengan pembentukan pembentukan insan yang sempurna dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi serta berkait rapat dengan mutu pendidikan negara. Saya amat
menarik dengan respon beliau kerana pendapat beliau amat berkaitan dengan Falsafah
Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi yang seimbang dan holistik. Menurut
(Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara, 1990), Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Pernyataan falsafah ini
menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik,
berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Berpandukan kepada
Falsafah Pendidikan insan yang baik iani secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang
baik. Sememangya, guru berperanan dalam menjunjung perubahan dalam kurikulum serta
berperanan besar dalam melahirkan warganegara yang sempurna.

Soalan seterusnya adalah berkaitan ciri-ciri kualiti peribadi guru. Soalan yang diutarakan
adalah bagaimanakah beliau menonjolkan kualiti peribadi guru dalam kalangan masyarakat.
Kualiti peribadi guru amat penting kerana ia membawa imej pendidik negara kita serta dijadikan

3
ikutan masyarakat setempat. Menurut respons beliau, beliau menonjolkan kualiti peribadi baik
melalui sikap dan nilai yang diamalkan oleh beliau. Contohnya, beliau selalu jujur dan amanah
dalam menjalankan sesuatu tugas tidak kira di sekolah ataupun luar sekolah. Pernyataan beliau
menunjukkan beliau mengamalkan integriti semasa pelaksanaan tugas beliau. Mengikut (Institut
Integriti Negara, 2004), integriti merujuk kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu
pada individu dan organisasi. Lanjutan daripada itu, integriti guru sebagai penjawat awam
membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Beliau juga berkata bahawa beliau
sentiasa menjaga peradaban serta berhati – hati dengan cara pemakaian beliau supaya ia tidak
mencemarkan imej beliau sebagai seorang pendidik.

Seterusnya, soalan yang ditanya mengenai cara beliau menghadapi isu berkaitan kerjaya
perguruan pada era globalisasi ini. Beliau telah berkongsi pengalaman beliau dalam bidang
perguruan dan cabaran yang dihadapi olehnya selama 18 tahun di bidang perguruan ini. Beliau
berkata profesion perguruan pada masa kini amat mencabar dan para guru dibebani dengan
banyak kerja selain daripada menjalankan PdPc dalam kelas. Beliau sendiri menghadapi cabaran
ini. Contohnya, beliau mempunyai banyak kerja seperti kerja - kerja fail selain menjalankan aktiviti
pembelajaran. Beliau berpendapat bahawa guru pada era globalisasi ini perlu peka dengan
perkembangan terkini yang sentiasa mendatang dan sanggup menghadapi proses
kepemimpinan, pengurusan,dan lain- lain. Beliau sendiri selalu peka terhadap isu-isu semasa,
apabila melaksanakan tugas. Contohnya, beliau menyiapkan tugasan pada masa yang
ditetapkan supaya ia tidak menjadi bebanan baginya. Beliau juga perlu menjaga kebajikan murid-
murid di bilik darjah untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham dalam kalangan murid-
murid. Pada pendapat saya, tanggungjawab guru dalam mendidik anak muridnya amat berat.
Namun begitu, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan murid yang berteraskan
keikhlasan serta bersifat penyayang supaya dapat memberikan didikan yang terbaik kepada
mereka (Noriati, Boon,P.Y, & Wong Kiet Wah, 2010). Sebagai guru tahun 6 beliau peka terhadap
kebajikan pelajar dan menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Melalui
pendapat beliau, saya mendapati guru-guru di era globalisasi ini amat dibebani dengan kerja-
kerja tambahan selain menjalankan aktiviti PdPc. Ini menyukarkan para guru untuk berfokus
dalam PdPc dan mengalami tekanan.

Berikutan, soalan ditanya berkaitan cabaran dalam bidang perguruan secara amnya.
Beliau berkongsi pendapat beliau bahawa,cabaran yang dihadapi oleh guru adalah perubahan
kurikulum dan kokurikulum yang baru, pengurusan tekanan kerja dan emosi. Sememangnya,

4
peranan guru abad ke 21 semakin kompleks dan bebanan kerja yang meningkat mungkin
menjejaskan kualiti guru. Para guru tidak dapat berfungsi dengan aktif dan produktif dalam
keadaan tertekan. Perasaan tertekan ini menyebabkan emosi menjadi tidak stabil, contohnya,
tidak rasional, cemas, tegang dan tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja dan gagal
menikmati kepuasan terhadap kerja yang dilakukan. Ini secara langsung, akan menghalang sifat
peribadi yang positif dalam kalangan guru. Inilah yang menyebabkan belakunya kes-kes yang
melibatkan perundangan. Dengan ini,guru perlulah wajar dalam memahami faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap kepuasan kerja. (Spector, 1997), mendefinisikan kepuasan kerja sebagai
perasaan seseorang tentang pekerjaan dan aspek-aspek yang dikaitkan dengan pekerjaan
tersebut. Saya amat bersetuju dengan pendapat beliau kerana saya sendiri telah melihat perkara
ini di sekolah semasa menjalankan Praktikum Fasa pertama dan kedua. Guru- guru amat tertekan
dan emosi yang tidak stabil menyebabkan berlakunya kes seperti guru merotan murid, guru
terkasar bahasa dengan murid dan lain- lain lagi. Sebagai contohnya, kes-kes sebegini membawa
imej buruk kepada profesion perguruan. Menurut Akta Perlindungan kanak-kanak 1991, kanak-
kanak memerlukan perlindungan jika kanak-kanak tersebut telah atau besar kemungkinan akan
dicedarakan atau dianiaya dari segi fizikal, emosi atau seks (Noriati, Boon,P.Y, & Wong Kiet
Wah, 2010). Turutan ini, guru hendakalah berhati-hati dengan sebarang tindakan yang diambil
terhadap murid supaya ia tidak mencemarkan nama sendiri dan membawa imej buruk kepada
sekolah dan profesion.

Akhirnya, saya telah bertanya mengenai peranan beliau sebagai pemimpin profesional.
Beliau menyatakan peranan yang dimainkan oleh beliau selaku pemimpin profesional. Antaranya
adalah, beliau selalu selalu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai teknik dan
pendekatan pengajaran dari masa ke masa. Sebagai guru yang professional, kemahiran dan
pengetahuan mengenai kaedah dan teknik pengajaran perlu diperkemas dari semasa ke semasa.
Guru perlu melengkapkan diri dengan pembahuruan dan perubahan kurikulum agar mereka tidak
ketinggalan dalam perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan. Maka profesion
keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasakan ilmu
dan pemikiran (Abdullah, Abdul Rashid,M., & Abdul Ghani,A., 2007). Beliau juga melengkapkan
dirinya dengan pembahuruan dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan. Beliau
berpendapat bahawa beliau berupaya membuat keputusan dalam hal hal pengurusan bilik darjah,
mewujudkan hubungan mesra dengan dengan pihak pentadbir serta membina kerjasama yang
baik dengan murid- murid, ibu bapa dan pihak luar. Dengan ini, setiap pemimpin guru perlu
bersikap dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan kemahiran untuk menguruskan
perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa. Akhirnya, beliau berkata beliau

5
amat komited dalam merancang PdPc dan menjalankan akauntibiliti yang diberi dengan jujur dan
amanah.

Kesimpulannya, hasil temu bual dengan guru tersebut amat berguna kepada saya untuk
mendapatkan maklumat dan info mengenai profesionalisme perguruan. Sistem pendidikan di
negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan dan
transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara dalam usaha
merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
Standard Guru Malaysia, 2009). Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan. Dengan ini, guru perlulah
wajar bertindak dan menjunjung aspirasi negara dan memikul akauntibiliti dalam meningkatkan
aspek keprofesionalannya, iaitu melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan
kemahiran selaras dengan kehendak PPPM.

6
LAMPIRAN

7
BIODATA GURU

NAMA : CIK VICTORIA EMLI A/P RAYAPAN

UMUR : 48

GRED GURU : DG 42

JAWATAN : KETUA PANITIA MUZIK


GURU KELAS TAHUN 6 PAGALAVAN
PENYELARAS UPSR
GURU PENASIHAT KELAB RUKUN NEGARA & BADAN UNIT UNIFORM
PENGAKAP
KELAYAKAN AKADEMIK : SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

8
SKRIP TEMUBUAL

Sampel : Cik Victoria Emli (Responden 1)


Tarikh : 26 Februari 2019
Masa: 09: 15 – 09: 45 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SJK(T) Methodist

Saya : Selamat sejahtera Cikgu. Saya Priya A/P Murugan, pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 dari
IPG Kampus Ipoh. Saya ingin menemu bual Puan berkaitan Profesionalisme Perguruan.

R1: Selamat Sejahtera. Terima kasih kerana sudi menemu ramah saya.

Saya : Baiklah Puan. Saya akan terus kepada soalan pertama saya. Apakah pendapat anda
mengenai profesion perguruan?

R1 : Ehh.. bagi saya profesion perguruan ialah satu bidang yg berkaitan dengan pembentukan
insan yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi serta berkait rapat
dengan mutu pendidikan negara.

Saya : Baik cikgu. Soalan seterusnya adalah, bagaimanakah anda menonjolkan kualiti peribadi
sebagai seorang guru dalam kalangan masyarakat ?

R1 : Ehh sebenarnya saya sebagai guru selalu menunjukkan tingkah laku yang baik seperti
amanah dan jujur dalam menjalankan sesuatu tugas tidak kira di sekolah ataupun di
kawasan luar sekolah. Ahh.. saya juga selalu menjaga peradaban saya serta cara
pemakaian saya supaya ia tidak mencemarkan imej saya sebagai seorang guru.

Saya : Okey cikgu. Seterusnya cikgu, bagaimanakah anda menghadapi isu berkaitan kerjaya
perguruan pada era globalisasi ini?

R1: ahh..Pada pendapat saya,profesion perguruan pada masa kini amat mencabar dan
para guru dibebani dengan banyak kerja selain daripada menjalankan PdPc dalam kelas.

9
Saya sendiri mempunyai banyak kerja seperti itu.. jadi kerja – kerja fail selain
menjalankan aktiviti pembelajaran juga membebankan guru. Guru pada era globalisasi
ini perlu peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang dan sanggup
menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, dan juga lain- lain ni lar. Dengan ini, saya
selalu peka terhadap isu-isu semasa, apabila melaksanakan tugas saya pada masa yang
ditetapkan supaya ia tidak menjadi bebanan bagi saya. Ehm ahh selain daripada itu saya
juga perlu menjaga kebajikan murid-murid di bilik darjah saya iaitu anak murid saya lar.
Yang ini adalah untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham dalam kalangan murid-
murid. Contohnya ye, saya sebagai guru tahun 6 perlu peka terhadap kebajikan pelajar
dan menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

Saya : Pada pendapat cikgu, soalan seterusnya cikgu apakah cabaran yang dihadapi oleh guru
dalam profesion perguruan ?

R1 : ehh, sebenarnya cabaran itu banyak tapi pada pandangan saya, cabaran yang dihadapi
oleh guru adalah perubahan kurikulum dan kokurikulum yang baru, pengurusan tekanan
kerja dan emosi. Para guru tidak dapat berfungsi dengan aktif dan produktif dalam
keadaan tertekan. Kalau kita tension macam mana kita nak kerja.. tak baik kan. Perasaan
tertekan ini menyebabkan emosi menjadi tidak stabil, contohnya, tidak rasional, kita rasa
cemas, tegang dan tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja dan gagal menikmati
kepuasan terhadap kerja yang dilakukan. Disebabkan kerja-kerja fail yang lain kita tak ada
masa untuk siapkan kita punya kerja.. ahh co-business apa yang kita panggil itu iaitu
mengajar,menilai, menyemak buku, membimbing murid; jadi tak ada masa untuk semua
ini. Ini secara langsung, akan menghalang sifat peribadi yang positif dalam kalangan guru.
Inilah yang menyebabkan belakunya kes-kes yang melibatkan perundangan.

Saya : Soalan terakhir bagi cikgu. Bagaimanakah anda berperanan sebagai pemimpin
profesional dalam PdPc?

R1 : Ahh.. saya bertindak sebagai pemimpin profesional dengan selalu meningkatkan


pengetahuan dan kemahiran saya mengenai teknik dan pendekatan pengajaran dari
masa ke masa. Saya melengkapkan diri saya dengan pembahuruan dan perubahan
kurikulum agar tidak ketinggalan. Saya juga berupaya membuat keputusan dalam hal hal
pengurusan bilik darjah, mewujudkan hubungan mesra dengan dengan pihak pentadbir

10
serta membina kerjasama yang baik dengan murid- murid, ibu bapa dan pihak luar. Saya
juga komited dalam merancang PdPc dan menjalankan akauntibiliti yang diberi dengan
jujur dan amanah.

Saya : Terima kasih banyak- banyak cikgu atas kerjasama yang diberi dan masa yang
Diperuntukkan. Sebab ini banyak membantuk saya dalam menyiapakan kerja kursus
saya.

R1 : Okay. Terima kasih kepada cikgu. Terima kasih

11
TRANSKRIP TEMU BUAL

Soalan pertama : Apakah pendapat anda mengenai profesion perguruan?


RESPONDEN RESPON KOD
Responden 1 (R1) Ehh.. bagi saya profesion
perguruan ialah satu bidang
yang berkaitan dengan
pembentukan insan yang 2
sempurna dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi
serta berkait rapat dengan 3
mutu pendidikan negara.

Penentuan Kod :
1 - latihan khas
2 - sempurna
3 - pendidikan
4 - perkhimatan

12
TRANSKRIP TEMU BUAL

Soalan kedua : bagaimanakah anda menonjolkan kualiti peribadi sebagai seorang guru dalam
kalangan masyarakat
RESPONDEN RESPON KOD
Responden 1 (R1) Ehh sebenarnya saya
sebagai guru selalu
menunjukkan tingkah laku 2
yang baik seperti amanah dan
jujur dalam menjalankan
sesuatu tugas tidak kira di
sekolah ataupun di kawasan
luar sekolah. Ahh.. saya juga
selalu menjaga peradaban 3
saya serta cara pemakaian
saya supaya ia tidak
mencemarkan imej saya 5
sebagai seorang guru.

Penentuan Kod :
1 - kod etika
2 - tingkah laku
3 - peradaban
4 - imej

13
TRANSKRIP TEMU BUAL

Soalan ketiga : bagaimanakah anda menghadapi isu berkaitan kerjaya perguruan pada era
globalisasi ini?

RESPONDEN RESPON KOD


Responden 1 (R1) ahh..Pada pendapat saya,profesion
perguruan pada masa kini amat
mencabar dan para guru dibebani
dengan banyak kerja selain daripada
menjalankan PdPc dalam kelas. Saya
sendiri mempunyai banyak kerja seperti
itu.. jadi kerja – kerja fail selain
menjalankan aktiviti pembelajaran juga
membebankan guru. Guru pada era
globalisasi ini perlu peka dengan 1
perkembangan terkini yang sentiasa
mendatang dan sanggup menghadapi
proses kepemimpinan, pengurusan, 3
dan juga lain- lain ni lar. Dengan ini,
saya selalu peka terhadap isu-isu
semasa, apabila melaksanakan tugas 2
saya pada masa yang ditetapkan
supaya ia tidak menjadi bebanan bagi
saya. Ehm ahh selain daripada itu saya
juga perlu menjaga kebajikan murid-
murid di bilik darjah saya iaitu anak
murid saya lar. Yang ini adalah untuk
mengelakkan sebarang perselisihan

14
faham dalam kalangan murid murid. 4
Contohnya ye, saya sebagai guru tahun
6 perlu peka terhadap kebajikan pelajar
dan menyediakan murid-murid untuk
menghadapi peperiksaan.

Penentuan Kod :
1 - perkembangan terkini
2- masa
3 - kepemimpinan
4 - perselisihan faham
5 - akauntibiliti

15
TRANSKRIP TEMU BUAL

Soalan keempat : apakah cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion perguruan ?

RESPONDEN RESPON KOD


Responden 1 (R1) ehh, sebenarnya cabaran itu banyak tapi
pada pandangan saya, cabaran yang
dihadapi oleh guru adalah perubahan 1
kurikulum dan kokurikulum yang baru,
pengurusan tekanan kerja dan emosi. 2
Para guru tidak dapat berfungsi dengan
aktif dan produktif dalam keadaan
tertekan. Kalau kita tension macam mana
kita nak kerja.. tak baik kan. Perasaan
tertekan ini menyebabkan emosi menjadi
tidak stabil, contohnya, tidak rasional,
kita rasa cemas, tegang dan tidak dapat 3
menumpukan perhatian pada kerja dan
gagal menikmati kepuasan terhadap 4
kerja yang dilakukan. Disebabkan kerja-
kerja fail yang lain kita tak ada masa
untuk siapkan kita punya kerja.. ahh co-
business apa yang kita panggil itu iaitu
mengajar,menilai, menyemak buku,
membimbing murid; jadi tak ada masa
untuk semua ini. Ini secara langsung,
akan menghalang sifat peribadi yang
positif dalam kalangan guru.Inilah yang
menyebabkan belakunya kes-kes yang
melibatkan perundangan.

16
Penentuan Kod :
1 - kurikulum
2 - tekanan dan emosi
3 - perhatian
4 - kepuasan
5 - akauntibiliti

17
TRANSKRIP TEMU BUAL

Soalan kelima : Bagaimanakah anda berperanan sebagai pemimpin profesional dalam PdPc?

RESPONDEN RESPON KOD


Responden 1 (R1) Ahh.. saya bertindak sebagai
pemimpin profesional dengan
selalu meningkatkan 1
pengetahuan dan
kemahiran saya mengenai
teknik dan pendekatan
pengajaran dari
masa ke masa. Saya
melengkapkan diri saya
dengan pembahuruan dan 2
perubahan kurikulum agar
tidak ketinggalan. Saya juga
berupaya membuat
keputusan dalam hal hal 3
pengurusan bilik darjah,
mewujudkan hubungan
mesra dengan dengan pihak
pentadbir serta membina 4
kerjasama yang baik dengan
murid- murid, ibu bapa dan
pihak luar. Saya juga komited
dalam merancang PdPc dan
menjalankan akauntibiliti
yang diberi dengan jujur dan 5
amanah.

18
Penentuan Kod :
1- pengetahuan / kemahiran
2 - pembahuruan
3 - berupaya
4 - kerjasama
5 - akauntibiliti

19
GAMBAR SESI TEMU BUAL

20
RAKAMAN VIDEO SESI TEMU BUAL

21
RUJUKAN
Abdullah, S., Abdul Rashid,M., & Abdul Ghani,A. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Sdn.Bhd.
Institut Integriti Negara. (2004). Pelan Integriti Negara.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. Putrajaya: Bahagian
Pendidikan Guru.
Noriati, A., Boon,P.Y, & Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepemimpinan dan Profesionalisme
Perguruan. In A. R. Noriati, & P. Boon, Perundangan Berkaitan Guru dan Pendidikan
(pp. 37 -76). Shah Alam: Oxfard Fajar Sdn.Bhd.
Spector. (1997). Job Staisfaction: Application, Assessment, Causes and Consequences.
Thousand Oaks, CA: Saga Publicatons.

22

Anda mungkin juga menyukai