Anda di halaman 1dari 2

DISEDIAKAN OLEH : NIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN NIK KAMARUDIN

1. Nyatakan bagaimana guru boleh mempertingkatkan persepsi murid dalam


pembelajaran.
a) guru haruslah memulakan pengajaran yang konkrit kepada abstrak iaitu dalam erti
kata lain yang mudah kepada susah supaya murid dapat menerima pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan oleh guru
b) menerangkan suatu konsep dengan jelas dan tidak mengelirukan murid-murid.
Sebagaimana yang diketahui konsep besar tidak sama nilai yang sebenarnya
c) guru perlu menerangkan sesuatu maklumat dengan betul. Maklumat tersebut perlu
ditapis dan dianalisis terlebih dahulu agar ia tidak menjadi kenyataan yang kabur dan
hasil pengajaran dan pembelajaran oleh murid adalah tidak terpesong daripada
kebenarannya
d) guru perlu menjelaskan sesuatu perkataan dengan tepat. Contohnya dalam bahasa
melayu terdapat beberapa perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi
berbeza bunyi dan maksudnya

2. Bincangkan bagaimana guru boleh membantu murid untuk mengingat dalam


pengajaran dan pembelajaran.
Guru boleh melakukan Teknik latih tubi dengan cara pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran
disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,
ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami
proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam
situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan
sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut
teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu
,Sebutan, Tatabahasa, Perbendaharaan kata, Kefasihan dan Kefahaman. Selain itu guru juga
boleh melakukan simulasi tentang setiap perkara yang diajarkan. Simulasi ditakrifkan sebagai
satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan
menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat
menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah
dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Cara ini juga memberi peluang kepada
pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui cara ini pelbagai kemahiran dapat
digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan
menulis. Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian pelajar. Pendekatan ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Guru mestilah bercerita
dalam keadaan yang selesa dan santai. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek
sebenar atau lain-lain BBM. Akhir sekali, Bahan Bantuan Mengajar (BBM) juga salah satu
cara yang baik untuk murid mengingati dan memahami setiap perkara yang diajar.
Bahan bantu mengajar merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar.
Pertama, bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu merangsang dunia pelajar
untuk pelajar. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat
pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran.
Bahan bantu juga mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada
pelajar

3. Berikan cara meningkatkan pemindahan positif dalam pengajaran dan pembelajaran .


a) Sediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran sebaik-baiknya yang
mengambil kira situasi seharian, iaitu menyerupai keadaan sebenar.
b) Sediakan contoh yang banyak, pelbagai dan sertakan aplikasi pengajaran yang
dipelajari.
c) Rancangkan penyampaian isi pelajaran yang memberi maklumat yang diperlukan
oleh murid untuk memahami topik pengajaran. Sediakan maklumat berbentuk
grafik seperti peta minda.
d) Selitkan maklumat dalam konteks yang bermakna, penyampaian maklumat atau
isi pemmbelajaran yang rapat dengan konteks kehidupan murid.
e) Sentiasa ulang rujuk topik-topik sebelumnya untuk menguatkan idea dan sebagai
latihan aplikasi yang lebih luas serta hubungkait setiap isi pembelajaran.
f) Banyakkan latih tubi dan latihan yang menggunakan pelbagai sumber yang dapat
mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang diajarkan.

Anda mungkin juga menyukai