Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ABSTRAK
dilakukan di dalam sesebuah organisasi. Tugasan ini berdasarkan kajian yang telah dibuat
oleh lima orang pengkaji iaitu Patricia D. Schwarber (2005), Johan Frishmmar (2003),
Victor H.Vroom (2003), E.Frank Harrison (1996) dan Vassilis M.Papadakis, Spyros Lioukas,
David Chambers (1998). Kelima-lima pengkaji ini berpendapat pembuatan keputusan yang
tepat dalam sesebuah organisasi amatlah penting. Pengurus perlu melalui beberapa proses
sebelum membuat sesuatu keputusan. Ia bukan sahaja bergantung kepada kuasa yang ada
pada pengurus tetapi juga semua kakitangan yang ada di dalam organisasi tersebut.
PENGENALAN
Pembuatan keputusan adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang
pengurus. Justeru itu, pengurus perlu melalui beberapa proses bagi memastikan keputusan
yang dibuat adalah tepat dan dapat dilaksanakan. Berdasarkan kajian Victor H.Vroom yang
mendapati pengurus memerlukan manual untuk dijadikan asas dan panduan dalam membuat
keputusan. E. Frank Harrisan pula meletakkan empat set perspektif proses pembuatan
keputusan yang strategik. Johan Frishmmar menyatakan pengurus perlu mengambil kira
segala maklumat terkini dan idea-idea yang bernas sebelum membuat keputusan. Patricia D.
Schwarber menyatakan penglibatan individu yang betul, pada masa yang betul dan juga cara
Kajian – kajian yang dibuat dalam semua artikel ini menyatakan proses-proses ke arah
pembuatan keputusan yang tepat dan dapat diaplikasikan serta digunapakai untuk masa yang
berterusan. Johan Frishmmar telah membuat kajian terhadap empat syarikat di Sweden di
mana tiga daripadanya disenaraikan di papan bursa saham. Keputusan yang diambil seperti
ingin meluaskan perniagaan dan juga membuang pekerja. Kelima-lima artikel ini amat
METOLOGI KAJIAN
Artikel kajian ini diambil dari Emerald dan Blackwell menerusi carian di laman
Perpustakaan USM. Kajian-kajian yang dibuat di dalam artikel ini berdasarkan kajian yang
dilakukan keatas syarikat serta organisasi. Antara kaedah yang digunapakai seperti membuat
pemantauan ke atas keputusan yang telah dibuat oleh pengurus tersebut sama ada berjaya
atau gagal dilaksanakan. Victor H.Vroom juga menyediakan manual untuk dijadikan panduan
PENEMUAN KAJIAN
Melalui kajian yang dibuat oleh Patricia D. Schwarber (2005) kepada seorang
pengurus dan kumpulannya yang gagal turut serta dalam pembuatan keputusan besar dalam
syarikat. Pengkaji ini mendapati penglibatan individu atau kumpulan yang betul pada masa
yang betul dengan cara yang betul dapat membuahkan idea-idea yang bernas. Keputusan
Kajian oleh Johan Frishmmar (2003) terhadap empat syarikat di Swedan mendapati
perlunya maklumat terkini dalam pembuatan keputusan. Maklumat terkini perlu seperti turun
naik mata wang dunia serta kenaikan harga minyak. Pengkaji juga mendapati maklumat iaitu
infomasi terbahagi kepada dua iaitu infomasi secara halus (soft information) dan infomasi
secara kasar(hard information). Infomasi halus termasuk imej, visi, idea serta gossip.
Infomasi kasar boleh dibuat secara analisis serta kajian terhadap syarikat atau organisasi.
Pengkaji ini juga menyatakan terdapat dua cara pembuat keputusan memperolehi maklumat
iaitu meminta pandangan daripada pengurus atasan terutamanya berkenaan latar belakang
syarikat. Cara yang kedua memperolehi maklumat secara tidak langsung seperti respon dari
pelanggan. Maklumat dapat diperolehi sama ada dari luar organisasi atau di dalam organisasi
itu sendiri. Pengkaji telah membuat kajian ke atas sebuah syarikat subkontraktor di Sweden
yang menjalankan perniagaan jentera berat. Syarikat yang mempunyai 300 pekerja ini telah
mengambil keputusan untuk membeli sebuah syarikat dengan 50 orang pekerjanya. Akhirnya
Victor H.Vroom (2003) mendapati pengurus memerlukan manual seperti carta atau
model untuk dijadikan panduan. Pengkaji juga ada menyediakan laman web untuk menunjuk
latihan pengurusan, manual ini dapat digunakan dengan berkesan bersama pengurus
keputusan yang startegik. Pertama, pengkaji mendapati pembuatan keputusan strategik oleh
organisasi perlulah memberi kesan positif kepada kakitangan dan juga sekitarnya. Kedua,
sebelum keputusan dibuat objektif atau sasaran perlu diletakkan. Pembuat keputusan perlu
mencari alternatif bagi memastikan keputusan yang dibuat dapat diterima oleh orang lain.
Ketiga, pembuat keputusan perlu melalui aliran proses sebelum keputusan dapat dicapai.
Keempat, kejayaan dalam pembuatan keputusan apabila objektifnya dapat dicapai dan
keputusan dibuat, segala aspek berkenaan syarikat tersebut perlu dilihat dengan sebaik
mungkin. Ini bagi memastikan keputusan yang dibuat itu adalah tepat. Proses pembuatan
keputusan berkait rapat dengan pengurusan. Ia perlu dilihat dari segi rasional, laporan
kini. Berdasarkan kelima-lima artikel, semua pengkaji amat menekankan proses pembuatan
keputusan amat perlu sebelum sebarang keputusan dibuat. Pengurus perlu mempunyai
maklumat serta idea bernas supaya keputusan yang dibuat adalah tepat. Setiap keputusan
yang akan dibuat perlu mengambil kira setiap elemen seperti latar belakang syarikat.
KESIMPULAN
yang besar untuk membuat satu keputusan. Pengurus perlu melalui pelbagai proses sebelum
keputusan dibuat. Pembuatan keputusan berkumpulan adalah lebih baik digunakan dalam
situasi yang mendapatkan penglibatan ramai individu yang mempunyai kepakaran. Strategi-
strategi dalam pembuatan keputusan harus diguna pakai seperti bagaimana hendak
mendapatkan informasi dan di mana informasi itu dapat diperoleh. Pengurus perlu mengikuti
proses pembuatan keputusan yang betul supaya hasil keputusan itu dapat digunakan secara