Anda di halaman 1dari 4

2019

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG


KM 11 JALAN BUKIT LINTANG
75460 MELAKA

KERTAS KERJA
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH
(PROGRAM SELEPAS UPSR)
2019

TARIKH / HARI
9 OKTOBER 2019 /RABU

MASA PERLAKSANAAN
8.00 PAGI – 11.00 PAGI

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DENGAN KERJASAMA
UNIT KECEMERLANGAN UPSR 2019

1
2019
1. PENDAHULUAN
Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang
lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan ilmu pengetahuan dan
kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini merupakan program yang dirancang oleh Panitia
Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Kecemerlangan UPSR khusus untuk murid-murid tahun 6 bagi
memenuhi aktiviti –aktiviti selepas UPSR yang julung kali diadakan di Sek.Keb.Bukit Lintang. Usaha ini
juga diharapkan dapat membantu para pelajar tahun 6 memahami cara pengurusan jenazah sebagai
salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah
kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat
melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka.

2. RASIONAL
Tujuan diadakan Kursus Pengurusan Jenazah ini adalah sebagai salah satu alternatif yang baik untuk
mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan jenazah yang betul

3. OBJEKTIF
1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah
2. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.
3. Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih mendapat pemahaman
yang mendalam dalam pengurusan jenazah.

4. SASARAN
Semua murid Islam tahun 6 SKBL

5. PERLAKSANAAN

TARIKH : 9 Oktober 2019 (Rabu)


TEMPAT : Dewan Iltizam & Surau SKBL
MASA : 8.00 pagi - 11.00 pagi
PENCERAMAH : Ustaz Razif bin Abd Latif
( SK Ayer Molek )

2
2019
6. AKTIVITI DAN TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Penyediaan tempat oleh murid Tahun 6


8.30 pagi - Ceramah oleh Ustaz Razif bin Abd Latif
9.30 pagi - Amali Pengurusan Jenazah
11.30 pagi - Ucapan Guru Besar
- Penyampaian Cenderamata
- Jamuan Makan
- Bersurai

7. JAWATANKUASA PROGRAM

PENGERUSI :PN. ROHAYATI BT. BAHAROM ( GURU BESAR )

TIMBALAN PENGERUSI :HJ. RAZAK BIN HJ. BOHARI ( GPK 1 )

NAIB PENGERUSI 1 :PN. INTAN SHAFINA BINTI ABDUL HALIM (GPK HEM)

NAIB PENGERUSI 2 :PUAN ZAINAH BT. HASHIM ( GPK KOKU )

PENYELARAS PROGRAM :USTAZAH HJH. SITI NAJDAH ILAHIYYAH BINTI TAJUDIN


( KETUA PANITIA P.ISLAM )

SETIAUSAHA :USTAZAH SUHADA BINTI AHMAD

BENDAHARI :USTAZAH SARINAH BINTI ABU BAKAR

AJK
: USTAZ USMAN BIN SHARIP
: USTAZAH NORSAIDAH BINTI ALI

JAWATANKUASA

1) Pengacara Majlis : Ustaz Ustaz Usman Bin Sharip

2) Bacaan Doa : Ustaz Ustaz Usman Bin Sharip

3) Persediaan Tempat : Ustazah Suhada binti Ahmad


(Dewan/Surau)

4) Peralatan / Siaraya : Encik Khairil Anuar B. Baharom

5) Hadiah : Ustazah Sarinah binti Abu Bakar

3
2019
6) Fotografi : Ustaz Usman bin Sharip

7) Brosur : Ustazah Hjh. Siti Najdah Ilahiyyah binti Tajudin

8) Dokumentasi : Ustazah Norsaidah binti Ali

9) Kawalan Murid : Semua guru PdP tahun 6

8. ANGGARAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN ISLAM

Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah (RM)

1. Set Kain Kafan RM 100.00 x 1Set RM 100.00

2. Cenderahati Penceramah Rm 250.00 x 1 orang RM 250.00

3. Jamuan RM 6.00 x 5 orang RM 30.00

JUMLAH: RM380.00

9. SENARAI KEWANGAN

9.1 Peruntukan Duit Sumbangan Majlis Perayaan Agama Islam 2019

10. PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini mendapat kerjasama semua warga sekolah. Semoga jasa baik yang
kita lakukan akan diterima Allah swt sebagai satu ibadah dan diberikan ganjaran pahala
berterusan.Amin.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………… ………………… ……..


Usman Bin Sharip Rohayati bt. Baharom
Penyelaras program, Guru Besar,
Sek.Keb.Bukit Lintang Sek.Keb.Bukit Lintang
2019 2019

Anda mungkin juga menyukai