Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor kemalangan jalan raya.

PENDAHULUAN ) Sejak akhir-akhir ini, kadar kemalangan jalan raya di


negara kita semakin meningkat setiap tahun. Kemalangan jalan raya berlaku
di mana-mana sahaja. Kebiasaannya kemalangan kerap berlaku pada musim-
musim perayaan. Kemalangan jalan raya merupakan salah satu tragedi
dahsyat yang acap kali membawa kematian dan kecacatan kepada sebilangan
pengguna jalan raya di negara kita.

ISI 1) Tragedi ini berpunca daripada beberapa faktor. Faktor utama yang
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan
raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan
jalan raya walaupun undang-undang ditetapkan. Sebagai contoh, penggguna
jalan raya tidak mematuhi peraturan had laju. Selain itu, sesetengah
pengguna jalan raya tidak mematuhi lampu isyarat kerana mereka ingin cepat
sampai ke destinasi masing-masing.

ISI 2 ) Seterusnya, sikap pengguna yang tidak berhati-hati juga menjadi


faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Pemandu seharusnya menumpukan
sepenuh perhatian semasa memandu. Malangnya, terdapat ramai pemandu
yang tidak menumpukan perhatian samasa memandu. Contohnya, ada antara
mereka yang menggunakan telefon bimbit atau berbual-bual semasa
memandu dan kebanyakan mereka juga tidak mematuhi papan tanda. Mereka
juga tidak berfikir bahawa pengubalan peraturan dan undang-undang jalan
raya adalah untuk keselama tan mereka.

ISI 3) Selain itu, hampir semua pengguna jalan raya pada masa kini
mementingkan diri sendiri. Mereka tidak memikirkan keselama tan
pengguna jalan raya yang lain semasa memandu. Mereka memandu dengan
laju dan memotong sesuka hati tanpa memirkirkan akibatnya. Contohnya,
semasa kesesakan jalan raya ada pengguna yang memotong barisan
kenderaan lain yang telah lama beratur panjang. Kesannya, kesesakan jalan
raya semakin bertambah dan perselisihan faham antara penggguna jalan raya
akan berlaku.

KESIMPULAN ) Oleh itu, semua pengguna perlulah mengubah sikap


mereka untuk menjamin keselama tan diri sendiri dan orang lain. Akhir
sekali , pengguna diseru agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan
raya bak kata pepatah "biar lambat asal selamat"