Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN

MAJLIS HARIJADI PRASEKOLAH MUTIARA 2009


SEK KEB JIMAH BARU

TARIKH, MASA & TEMPAT

Tarikh : 18 Februari 2009


Hari : Rabu
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Kelas Prasekolah Mutiara

Majlis harijadi telah berlansung dengan meriahnya bertempat di kelas Prasekolah


Mutiara. Majlis ini merupakan sambutan harijadi yang pertama diadakan bertujuan
untuk memberi penghargaan kepada murid prasekolah dalam satu suasana majlis
yang ceria dan meriah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir, meniup lilin dan
memotong kek hari lahir. Murid prasekolah kemudian dijamu dengan set Happy
Meal McDonalds, agar-agar milo dan buah tembikai.

Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Guru PK1, Guru PK HEM, Guru PK KO,
guru-guru akademik dan juga staf sokongan SK Jimah Baru. Majlis ini memberikan
peluang kepada murid prasekolah berinteraksi dengan para tetamu yang hadir
dan secara tidak lansung meningkatkan perkembangan kemahiran sosial dan
emosi mereka. Selain itu ia turut memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka
sangat berharga serta menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni dalam
diri mereka.

Majlis harijadi ini mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan pengalaman


yang menarik dan menggembirakan kepada murid prasekolah. Semua murid
pulang dengan riang dan tidak sabar untuk menceritakan pengalaman menarik
mereka kepada keluarga di rumah. Secara tidak lansung pengalaman bermakna
itu dapat membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan
sosioemosi, menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk
personaliti yang positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

1
Nyanyian lagu Selamat Harijadi dan meniup lilin.

Membaca doa sebelum menjamu selera.

2
Menjamu selera bersama set Happy Meal McDonalds.

Antara tetamu jemputan yang hadir.