Hari : ISNIN Masa : 9.00 Pagi Tempat : Kelas Prasekolah Mutiara
Satu aktiviti gotong royong
kebersihan kelas telah di jalankan pada 2 Februari yang lepas di kelas Prasekolah Mutiara. Aktiviti gotong- royong ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada murid kepentingan menjaga kebersihan kelas, mengamalkan cara hidup sihat dan selamat serta membina minda yang sihat dan cerdas.
Objektif utama gotong royong
kelas ini adalah untuk memberikan peluang dan pengalaman Murid dilatih membersihkan peralatan di dalam kelas. bermakna yang boleh membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan sosioemosi, menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Gotong royong ini juga secara tidak lansung membolehkan murid prasekolah melibatkan diri secara aktif serta dapat meningkatkan keyakinan diri bagi membentuk emosi yang sihat. Aktiviti seumpama ini juga dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan murid prasekolah selain dapat bersosial dan berinteraksi dengan guru, pembantu dan rakan sebaya.