Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H

PRASEKOLAH MUTIARA
SK JIMAH BARU

Tarikh : 13 MAC 2009


Hari : JUMAAT
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : SK JIMAH BARU

Majlis sambutan Maulidur Rasul 1430H peringkat sekolah SK Jimah Baru telah
berlansung dengan meriahnya pada hari Jumaat, 13 Mac 2009. Majlis sambutan
dimulakan dengan perarakan murid dan guru sambil berselawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Perarakan bermula dari tapak
perhimpunan sekolah ke Masjid Kampung Jimah Baru dan kemudian kembali
semula ke tapak perhimpunan SK Jimah Baru.

Majlis perarakan kemudian ditamatkan dengan jamuan ringan, air kotak dan
nasi lemak. Acara sambutan kemudian diteruskan lagi dengan ceramah
Maulidur Rasul oleh Ustaz M. Azam bin Mansor daripada SK Telok Kemang.
Ceramah beliau dimulakan dengan pengenalan keluarga Rasulullah s.a.w dan
peristiwa kelahiran Baginda. Penceramah juga turut memberikan murid
penghayatan terhadap perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam membentuk
peribadi dan diri sahabat-sahabat Baginda seterusnya memberi petunjuk serta
tauladan buat sekalian umat Islam hingga ke hari ini.

Murid bersedia untuk berarak ke Masjid Kampung Jimah Baru.

1
Tiba di perkarangan Masjid Kampung Jimah Baru.

Setelah penat berjalan murid-murid duduk berehat sambil menikmati


minuman air kotak.

2
Ustaz M.Azam sedang menyampaikan ceramah Maulidur Rasul.

Sandaran penghayatan terhadap sirah nabawi serta faham dalam gerak kerja
Rasulullah s.a.w. dalam membawa masyarakat mentauhidkan Allah s.w.t. perlu
diterapkan secara berterusan sebelum, semasa dan selepas sambutan Maulidur
Rasul. Berikutan itu, Sambutan Maulidur Rasul ini mampu menanam asas
keimanan dalam diri murid seawal di peringkat prasekolah lagi dan selaras
dengan objektif dalam Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah iaitu
membolehkan murid mengenali sirah dan peribadi Rasullah s.a.w dan berusaha
mencontohinya.

Disediakan oleh: Disahkan oleh: