Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM ‘SUIT’

(Sahsiah Unggul Individu Terbilang)

1.0 PENGENALAN

Pemerhatian dan dapatan data menunjukkan bahawa sahsiah murid di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur semakin menipis sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan guru-guru dan
pentadbir sekolah. Antaranya, sahsiah murid yang tidak menunjukkan pengamalan adab bersopan, malah
kadar kehadiran ke sekolah menunjukkan trend penurunan yang mengakibatkan kadar ponteng semakin
di meningkat. Bagi mengekang gejala negatif ini dari berterusan, JPWPKL telah merangka satu program
yang dinamakan Program ‘SUIT’, iaitu Sahsiah Unggul Individu Terbilang. Sehubungan dengan itu, pihak
SMK Cheras telah mengambil tindakan dengan melaksanakan program tersebut di sekolah. Pelaksanaan
program ini adalah melalui beberapa kaedah yang dicadangkan oleh JPWPKL ditambah dengan program
sedia di sekolah ada bagi merealisasikan matlamat program tersebut.

2.0 RASIONAL

Keperibadian dan etika yang tinggi seiring dengan pencapaian akademik yang baik mampu
hasilkan Individu untuk berjaya. Program ini bertujuan mencari pelajar holistik yang dikenalpasti oleh
warga guru serta warga pelajar sendiri dan memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat
penilaian kendiri.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid sekolah yang unggul dan holistik.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengurangkan kes salahlaku disiplin di sekolah.


4.2 Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan.
4.3 Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar.
4.4 Memantapkan ciri kepimpinan pelajar.
4.5 Menghargai pelajar-pelajar yang menunjukkan ciri peribadi yang cemerlang atau perubahan
sikap dari negatif kepada positif.
4.6 Memberi peluang kepada pelajar untuk memilih pelajar contoh dalam kalangan mereka serta
membuat penilaian kendiri.

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Mac sehingga Oktober


6.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini bahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu :


a) Kategori ‘The Ultimate’
b) Kategori ‘The Butterfly’
c) Kategori ‘The Ant’

6.1 Kategori ‘The Ultimate’


Kategori ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pelajar yang paling layak untuk dijadikan pelajar
contoh kepada pelajar-pelajar lain. Tiga orang terbaik akan dipilih dari sesi pagi dan dua orang sesi petang.
Cara penilaian dilakukan sebanyak sekali setiap penggal berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

· Pencapaian akademik
· Pencapaian kokurikulum
· Ciri-ciri kepimpinan
· Disiplin
· Sifat peribadi

6.2 Kategori ‘The Butterfly’


Kategori ‘The Butterfly’ untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan paling banyak perubahan
dari tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku yang positif.

Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang bermasalah disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan
yang diberi dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif serta disenangi oleh rakan-rakan dan guru-
guru. (Maksimum seramai 10 orang akan dipilih).

Penilaian untuk pelajar dalam kategori ini dibuat setiap tiga bulan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
· Peningkatan dalam pencapaian akademik
· Perubahan dalam penglibatan kokurikulum
· Perubahan dalam aspek disiplin
· Perubahan dalam sifat peribadi

6.3 Kategori ‘The Ant’


Untuk mengenalpasti dan menghargai pelajar-pelajar yang sentiasa menunjukkan peribadi yang
cemerlang tetapi tidak tergolong dalam dua kategori di atas. Tiga orang yang terbaik akan dipilih bagi
setiap kelas. Penilaian untuk kategori ini boleh dibuat setiap tiga bulan dan dilihat dari aspek:
· Ketaatan
· Kesopanan
· Kerjasama
· Kerajinan
7.0 CARA PENILAIAN KATEGORI MURID

Cara penilaian untuk menentukan kategori murid The Ultimate, The Butterfly dan The Ant, akan dibuat
melalui dua kaedah seperti yang sarankan oleh JPWPL, iaitu :

· Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.


dilihat dari segi pelaksanaan, pencalonan dan pemilihan murid contoh dan keberkesanan program
serta masalah yang dihadapi serta cadangan-cadangan penambahbaikan program.

· Pemantauan ke atas murid akan dilakukan melalui penggunaan Instrumen Penilaian Kendiri “SUIT”
dan Instrumen Penilaian Guru Terhadap Murid.

8.0 CARA PENGIKTIRAFAN

Pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti mengikut kategori The Ultimate, The Butterfly dan The Ant akan
diberi pengiktirafan dan penghargaan melalui cara berikut :

· Nama pelajar akan ditampal pada papan kenyataan khas


· Sijil dan hadiah iringan

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Noor Asmah bt Shariff


Timbalan Pengerusi : Pn. Noor Sa’adah bt Mahmood
Naib Pengerusi 1 : Pn. Ruhaidah bt Jaid
Naib Pengerusi 2 : En. Yusoff bin Mohd
Setiausaha : Pn. Suhaida bt Ismail
Pen. Setiausaha : Pn. Marehan bt Ab. Majid
AJK Program ‘SUIT’ : Guru Kelas
: Guru Bimbingan dan Kaunseling
: Guru Disiplin
: Guru Pendidikan Islam
: Guru Pendidikan Moral
: Setiausaha Kokurikulum

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


11.0 PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk mempamerkan sifat dan
sikap murni dan mengambil peluang dari persekitaran yang menyokong pembinaan sahsiah cemerlang
dan intelek yang dapat diterjemah melalui kemenjadian murid yang hebat, iaitu Individu Terbilang.
Program ini pada akhirnya dapat memenuhi Keperluan Hasrat Diri (Teori Hierarki Keperluan Maslow)
yang berkaitan dengan keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri seseorang murid
yang mempunyai sahsiah unggul dan holistik.

Disediakan oleh Disemak oleh

………………….. …………………….
SUHAIDA BT ISMAIL NOOR SA’ADAH BT MAHMOOD
Setiausaha Program SUIT PK Hal Ehwal Murid
SK Sentul 2 SK Sentul 2

Diluluskan oleh

……………………..
NOOR ASMAH BT SHARIFF
Guru Besar
SK Sentul 2