Anda di halaman 1dari 6

SEBANYAK 293 Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara akan dijenamakan semula

sebagai Klinik Komuniti. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,
sebanyak 20 daripada 347 K1M pula akan dinaikkan taraf kepada Klinik Kesihatan
manakala 34 yang lain bakal ditutup secara berperingkat. Katanya, usaha yang sedang
dilaksanakan kementerian itu adalah pelan reformasi K1M untuk memberi nilai tambah
kepada perkhidmatan sedia ada, selain menyusun keperluan dan pengurusan sumber.
“Reformasi ini bakal menambah baik mutu penjagaan kesihatan kepada golongan sasar
dengan menambah fungsinya dalam perkhidmatan rawatan pesakit luar yang memberi
fokus kepada rawatan dan kawalan penyakit tidak berjangkit serta kecemasan asas.

“Sekali gus ia membezakan fungsi antara Klinik Komuniti dan Klinik Desa yang
mempunyai fokus perkhidmatan kesihatan ibu dan anak,” katanya menjawab soalan
Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN UMNO-Lipis) mengenai impak positif
penjenamaan semula K1M kepada Klinik Komuniti pada sesi soal jawab di Dewan
Rakyat hari ini.

Jun lalu kerajaan mengumumkan semua K1M akan dikaji sebelum dinaikkan taraf,
dijenamakan semula atau ditutup.

Menjawab soalan tambahan Abdul Rahman mengenai kekurangan doktor dan rasional
penutupan 34 K1M, Dr Dzulkifli berkata masalah kekurangan itu diambil kira dalam
memantapkan lagi perkhidmatan K1M.

“Kita akan menempatkan pegawai perubatan dan pegawai farmasi di semua 293 buah
Klinik Komuniti secara berperingkat.

“Penutupan 34 K1M pula dibuat selepas kajian dijalankan mendapati lebih baik ia ditutup
kerana membabitkan kos dan kakitangan yang tinggi,” katanya.

------------------------------------- Sumber:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/388908/k1m-ditukar-kepada-klinik-
komuniti

Kementerian kesihatan hari ini mengumumkan Klinik 1Malaysia akan dijenamakan


semula sebagai Klinik Komuniti. Operasi keseluruhannya akan dinilai semula dengan
klinik yang tidak digunakan secara optimum akan ditutup manakala yang kekal
beroperasi akan dibekalkan dengan doktor dan pegawai farmasi. Perkara itu diumumkan
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dalam sidang media di Putrajaya hari ini. "Kami
memutuskan untuk memberi nama baru iaitu klinik komuniti bagi menggantikan klinik 1
Malaysia. "Ini sejajar dengan matlamat kami agar klinik ini menawarkan khidmat kepada
komuniti sama ada di bandar, luar bandar dan pinggir bandar," katanya. Selain itu,
katanya lagi, klinik tersebut yang sebelum ini dikritik kerana tidak menyediakan doktor
juga akan dibekalkan dengan pegawai perubatan dan pegawai farmasi, atau sekurang-
kurangnya penolong pegawai farmasi. "Ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan
yang ditawarkan," kata anggota parlimen Kuala Selangor itu lagi.

Beliau menjangka proses penjenamaan dan penambahbaikan itu akan menelan belanja
antara RM5 juta hingga Rm10 juta serta mengambil masa tiga hingga enam bulan.
Bagaimanapun, katanya lagi, ia hanya akan dibuat di klinik yang memenuhi dua syarat -
premis berkeluasan lebih daripada 1,400 kaki persegi dengan ruang untuk perkhidmatan
pegawai perubatan dan farmasi, serta didatangi lebih 50 pesakit sehari. "Kami akan tutup
klinik yang tidak memenuhi syarat ini," katanya sambil menambah kakitangan klinik
tersebut akan ditempatkan di klinik yang diteruskan operasinya. Pada masa ini, terdapat
346 klinik 1Malaysia di seluruh negara. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr
Noor Hisham Abdullah, sejumlah 1.8 juta rakyat Malaysia menerima khidmat klinik
1Malaysia sejak Januari lalu.

---------------------------------- Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/431573

Pelan reformasi Klinik Komuniti akan menempatkan Pegawai Perubatan dan Pegawai
Farmasi di semua 293 buah Klinik Komuniti secara berperingkat. Sejumlah 293 akan
dijenama semula sebagai Klinik Komuniti adalah daripada 347 buah Klinik 1Malaysia
(K1M) sebelum ini. Manakala sebanyak 20 buah akan di naik taraf kepada Klinik
Kesihatan, dan 34 yang lain bakal ditutup secara berperingkat. Menteri Kesihatan Datuk
Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM menaiktaraf K1M kepada Klinik Komuniti
dengan memberikan fokus kepada perkhidmatan; penempatan pegawai perubatan dan
pegawai farmasi;naik taraf fasiliti yang sesuai kepada Klinik Kesihatan dan;penamatan
perkhidmatan fasiliti yang tidak kos efektif. “Reformasi K1M kepada Klinik Komuniti ini
bakal menambah baik mutu penjagaan kesihatan kepada golongan sasar dengan
menambah fungsinya kepada Rawatan Pesakit Luar, khususnya dalam menangani
masalah Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Diseases – NCD); iaitu Diabetes
dan Hipertensi. “Sekaligus ianya membezakan fungsi antara Klinik Komuniti dan Klinik
Desa; yang mempunyai fokus perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak.

“Melalui pelan reformasi ini juga fasiliti K1M yang sedang menyediakan perkhidmatan
Kesihatan Ibu dan Anak akan dinaik taraf secara berperingkat kepada Klinik Kesihatan.

“Dengan langkah tersebut, proses evolusi perkhidmatan daripada Klinik Komuniti dan
Klinik Desa kepada Klinik Kesihatan menjadi lebih jelas,” ujarnya.

Beliau menjawab bertulis pertanyaan dikemukakan Datuk Abdul Rahman bin Mohamad
(BN-Lipis) berkaitan impak positif penjenamaan semula Klinik 1Malaysia (K1M) dan
kriteria yang ditetapkan bagi memastikan Klinik 1Malaysia yang diperkenalkan oleh
Kerajaan Barisan Nasional terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Sidang dewan
rakyat hari ini Dr Dzulkefly turut menjawab pertanyaan bertulis Datuk Seri Dr Ismail
Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai b menambah baik Klinik Desa (KD),
terutamanya dari segi infrastruktur yang agak uzur. Dr Dzulkefly menjelaskan sehingga
kini terdapat sebanyak 1792 Klinik Desa di seluruh negara. Daripada jumlah itu sebanyak
122 sejak 2011 KD telah dinaiktaraf kepada Klinik Kesihatan (KK).

“Pelaksanaan naik taraf KD ke KK akan dilaksanakan melalui sama ada pembinaan KK


baru bagi infrastruktur yang uzur atau penambahan bangunan bagi perkhidmatan pesakit
luar dan kecemasan.

“Walau bagaimanapun, naik taraf KD kepada KK akan dilaksanakan mengikut


keutamaan dan juga tertakluk kepada keupayaan kewangan,” ujarnya.

Mengikut laporan KKM bagi tahun 2017 jumlah kedatangan pesakit ke K1M adalah
sejumlah 6,590,295 kes. Kos operasi bukan perubatan yang meliputi sewa, utiliti dan
penyelenggaraan; adalah sekitar RM36 juta. Manakala kos operasi perubatan yang
meliputi ubat, reagen dan consumables; adalah sekitar RM119 juta. Kementerian telah
menyenarai pendek 34 buah fasiliti K1M yang tidak kos efektif.pada tahun 2017
berjumlah RM1,376,850.62. Manakala kos operasi perubatan adalah RM1,168,138.78.

-----------------------------Sumber: https://malaysiadateline.com/naik-taraf-k1m-293-klinik-
komuniti-ada-pegawai-perubatan-pegawai-farmasi/

PUTRAJAYA: Sebanyak 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dinilai sebelum
diputuskan untuk dinaik taraf dan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti atau
ditutup, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata syarat untuk sebuah
Klinik 1Malaysia dinaik taraf sebagai Klinik Komuniti ialah menerima kedatangan
pesakit sekurang-kurangnya 50 orang sehari, berkeluasan lebih daripada 1,400 kaki
persegi dan mempunyai ruang untuk pegawai perubatan serta farmasi. "Bagi Klinik
1Malaysia yang tidak memenuhi dua kriteria ini untuk dinaik taraf tetapi terdapat
keperluan untuk perkhidmatan kesihatan, Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula
waktu operasi selaras trend kedatangan pesakit bagi memastikan sumber digunakan
secara optimum.

"Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menutup Klinik 1Malaysia tetapi menaik taraf
dan meningkatkan keberkesanan klinik tersebut ," katanya pada sidang media di
kementeriannya pada Rabu. Beliau berkata petugas Klinik 1Malaysia yang kesemuanya
penjawat awam tidak perlu bimbang soal kehilangan jawatan kerana kesemua mereka
akan diserapkan ke Klinik Komuniti. Beliau berkata anggaran kos untuk penilaian
semula, menaik taraf dan menjenamakan semula Klinik 1Malaysia kepada Klinik
Komuniti ialah antara RM5 juta hingga RM10 juta. Dzulkefly berkata kedatangan pesakit
ke Klinik 1Malaysia telah bertambah daripada 1.3 juta setahun kepada 6.59 juta pada
2017. Pertambahan yang dicatatkan bagi tempoh 2010 hingga 2017 ialah sehingga 5
peratus setahun, katanya. -Bernama

------------------------- Sumber:
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/06/27/klinik-1malaysia

Privatisation has not led to any appreciable savings but has worsened problems like the
brain drain from government hospitals, says Jeyakumar Devaraj. Health, which is a state
of complete physical, mental and social wellbeing, and not merely the absence of disease
or infirmity, is a fundamental human right. The attainment of the highest possible level of
health is a most important world-wide social goal. There is a need for urgent action by all
governments, all health and development workers, and the world community to protect
and promote the health of all the people of the world.

– Declaration of Alma-Ata, September 1978

Malaysia has a fairly well developed health care delivery system.

[I am not detailing the improvements in infant mortality rates, maternal mortality rates or
life expectancy to support this assertion as one cannot conclude that the improvement in
Malaysia’s health indices is due primarily to the quality of healthcare our citizens
enjoyed. Other factors such as improving income, better nutrition, sanitation, clean water
supply and others have played a role as well.] Support the struggle to build a New
Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

About 2,860 government-run health clinics are distributed throughout the nation (Health
Facts 2014, Ministry of Health).

Of these, 1,039 are health clinics which have the post for a doctor, while 1,821 are
community clinics which are manned by paramedics. Over 86.2% of the population are
within 5km of a health clinic (Household Income and Basic Amenities Survey 2016).

In addition, 6,800 private general practitioner (GP) clinics in small and big towns provide
primary care (Health Facts 2014).

The Ministry of Health maintains 141 hospitals that provide in-patient treatment. (Health
Facts 2014). [The Ministries of Education and Defence also maintain hospitals.]

In 2017, 2.37 million patients were admitted to government hospitals compared to 1.05
million admissions to private hospitals (Health Facts 2018).
The smaller district hospitals do not have hitech facilities for investigation or treatment –
eg they have no CT scanners, and most do not have the capacity to conduct operations
under general anaesthesia. But the larger government hospitals are quite well equipped
with diagnostic modalities and a number of specialist departments.

And then we have the private hospitals which in 2016 provided 14,620 out of the total of
60,300 hospital beds in the country. These private hospitals are concentrated in the larger
towns mainly in the West Coast of Peninsular Malaysia. They have the services of more
than 70% of the specialists aged above 50 years.

Childhood immunisation is nearly universal. BCG, DPT and polio immunisation was
administered to 98 – 99% of infants born in 2017 (Health Facts 2018).

Shortcomings of current healthcare delivery system

Most Malaysians will agree that we have a fairly good public healthcare system. Any
Malaysian who needs medical treatment can access care at a government clinic or
hospital at affordable rates. However there are several shortcomings.

Incompetence of ‘gatekeepers‘

A wide variation exists in the competency of junior doctors manning the health clinics
and the out-patient departments of the district hospitals. Some senior specialists in the
government sector have confided that up to 30% of the junior doctors in service are
dangerously incompetent! This leads to misdiagnoses and delays in diagnosis.

It also contributes to the phenomenon of patients by-passing the health clinics and the
district hospitals to go directly to the general hospitals for assessment and treatment.
Those who can afford it go directly to the private hospitals.

Breakdown of primary healthcare system

The government hospitals still require screening by the out-patient departments before
patients can access specialist clinics thus keeping to the primary healthcare approach.

But this is not observed in the private hospitals, where patients can choose which
specialist to see for initial assessment of their symptoms. Most Malaysians do not have a
primary care physician but “shop” around going to government out-patient department
clinics, private general practitioners and private specialists.

-------------------------- Sumber: https://aliran.com/aliran-csi/four-reasons-why-malaysias-


healthcare-system-is-ailing/