Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM

JOM KE SEKOLAH 2019

BIL. CUE PENGACARA MAJLIS


1. Persediaan Majlis Mohon kerjasama semua guru dan murid bersedia kerana majlis akan
dimulakan sebentar lagi.

2. Kata-kata Aluan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Dihormati, En. Hanafiah b. Mamat (NYDP SKPT) dan Koperal


Abd Rashid B. Ngah Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

Yang Berusaha, En. Mohd Azam b. Puteh ,


Guru Besar SK Pasir Tinggi

Yang Dihormati Guru Penolong Kanan 1,


En. Mohd Shukri b. Abu Bakar

Yang Dihormati,
Pn. Hjh Faridah Bt. Abd Manaf, Guru Penolang Kanan Hal Ehwal
Murid,

En. Saifur Zahri B Muhammad Aisa,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

3. -Kata-kata aluan pengacara majlis Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam majlis Pelancaran
Program Jom Ke Sekolah 2019 pada hari ini.
- Nyanyian lagu patriotik
Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita nyanyikan lagu
Negaraku, lagu Selamat Sultan dan lagu Sekolah.

Untuk itu, semua hadirin dipersilakan berdiri.

4. Bacaan Doa Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama
menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan
mendapat rahmat.
Justeru itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz
Mohamad B. Badrol untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Ustaz Mohamad B. Badrol atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Untuk pengetahuan semua, program Jom Ke Sekolah ini adalah satu
usahasama antara Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia
bagi mengurangkan masalah ponteng sekolah, sekaligus mendidik
murid untuk menghormati serta mengikuti peraturan sekolah.

5. Ucapan perasmian Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis seterusnya dipersilakan Yang Dihormati Koperal Abd. Rashid B.


Ngah selaku pegawai Perubugan Sekolah untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Koperal Abd


Rashid di atas ucapan tadi.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan dengan segala hormatnya


menjemput Yang Berusaha En. Azam B. Puteh Guru Besar SKPT untuk
menyampaiakn ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Jom
Ke Sekolah SKPT 2019.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru


Besar atas ucapan perasmian Majlis Perasmian Jom Ke Sekolah 2019
itu tadi.
6. Bacaan ikrar Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar.
Dengan ini, saya menjemput saudara …………………………untuk
mengetuai bacaan ikrar.

Dipersilakan.

7. Perasmian Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah kita ke acara perasmian Papan Kenyataan Peegawai


Perhubungan Sekolah SKPT. Papan kenyataan ini adalah bertujuan
untuk memberi maklumat berkaitan kepada murid di SKPT.

Oleh itu, dijemput


____________________________________________________
untuk merasmikan perasmian Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan
Sekolah SKPT.
8. Penutup Dengan berakhirnya perasmian itu tadi, maka berakhirlah Majlis
Perasmian Jom Ke Sekolah 2019 pada hari ini.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin kerana sudi


hadir ke majlis pada pagi ini.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar


SKPT mengiringi Yang Dihormati En. Hanafiah dan Koperal Abd
Rashid untuk menikmati jamuan rigan yang disediakan dikantin
sekolah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…..

Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian, terima kasih.


Marilah kita tutup majlis degan bacaan Surah Al-Asr.

Anda mungkin juga menyukai